Like Sampai Jari Patah

Saturday 12 March 2011

20 Amalan Mulia Pasti Membuka Pintu Rezeki Kita




Amalan 1.  
Menyempatkan diri beribadah -
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya,
seperti firman-Nya dalam Hadis Qudsi:
"Wahai anak Adam,
sempatkanlah untuk menyembah-Ku,
maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu.
Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan,
dan Aku tidak menutup kefakiranmu."
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)


Amalan 2. 
Memperbanyak istighfar -
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah,
yang menjadi sebab Allah merasa sayang dan kasihan pada hamba-Nya,
lalu Allah berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba yang meminta itu.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
"Barang siapa memperbanyak istighfar,
maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya,
menyelesaikan segala masalahnya,
dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka."
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari 
Abdullah bin Abbas r.a.)


Amalan 3.  
Tinggalkan perbuatan dosa -
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa.
Dosa bukan saja membuat hati resah,
malah menutup pintu rezeki.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya."
(Riwayat at-Tirmizi)

Antara perbuatan dosa yang hari-hari kita buat:
- pandang aurat manusia – umpat berlebihan (juga melalui internet pakai keyboard)
- buruk sangka – pandang rendah keupayaan manusia lain – rasa diri bagus
- buang sampah keluar dari kereta – dan perkara2 yang anda tafsirkan sebagai jelek


Amalan 4. 
Sentiasa ingat Allah -
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.
Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman (iaitu Islam).
Firman-Nya:
"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati
Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."
(Al Quran, Surah Ar-Ra'd, Ayat 28)

Antara amalan ingat Allah yang boleh kita buat:
- sambil kerja sambil berzikir dalam hati (tak perlu gerakkan mulut pun)
- banyakkan bersyukur setiap 1 jam (dengan cara anda yang tersendiri)
- mulakan setiap 1 perkara dengan Bismillah (kalau anda mampu)
- dan apa sahaja perbuatan “baik” asalkan minda anda sentiasa mempunyai
“connection” dengan Allah tanpa “disconnect” dengan Allah.


Amalan 5.  
Berbakti dan mendoakan ibu bapa -
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad,
Nabi Muhammad s.a.w. berpesan,
agar sesiapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya,
hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Nabi Muhammad s.a.w. juga bersabda:
"Siapa berbakti kepada ibu bapanya,
maka kebahagiaanlah buatnya,
dan Allah akan memanjangkan umurnya."
(Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya,
nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya. "
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


Amalan 6.  
Berbuat baik dan menolong orang yang lemah -
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah,
menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,
juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki,
 melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu."
(Riwayat Bukhari)


Amalan 7. 
Tunaikan hajat orang lain -
Menunaikan hajat orang,
menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri,
seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya..."
(Riwayat Muslim)


Amalan 8. 
Banyak berselawat -
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai,
kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan,
selawat itu dapat menghilangkan kesukaran serta meluaskan rezeki,
selawat itu dapat menyebabkan terlaksananya semua hajat.
Wallahu a'lam.


Amalan 9. 

Buat kebajikan banyak-banyak -
Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati,
kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.
Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa,
menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki & makhluk lain mengutuknya. "


Amalan 10. 
Berpagi-pagi -
Menurut Nabi Muhammad s.a.w.,
berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah)
adalah amalan yang berkat.


Amalan 11.  

Menjalin silaturrahim -
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya,
maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya. "
(Riwayat Bukhari)


Amalan 12.  
Melazimi kekal berwuduk -
Seorang Arab desa menemui Nabi Muhammad s.a.w.
dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas)
 nescaya Allah akan memurahkan rezeki."
(Diriwayatkan daripada Sayyidina Khalid al-Walid)


Amalan 13.  
Bersedekah -
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
"Hai Zubair,
ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy,
 yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.
Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain,
 nescaya Allah membanyakkan baginya.
Dan siapa yang menyedikitkan,
nescaya Allah menyedikitkan baginya."
(Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)


Amalan 14. 
Melazimi solat malam (Solat Tahajud) -
Rekod menunjukkan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki,
menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang
dan doanya dimakbulkan Allah .


Amalan 15.  
Membiasakan Solat Dhuha -
Waktu Solat Dhuha
- iaitu 28 minit selepas waktu syuruk
- waktu syuruk = waktu terbit matahari
- waktu maksimum Dhuha ketika kulit anda dapat merasai bahang matahari
Solat Dhuha lazimnya dibuat waktu ketika manusia sibuk dengan urusan dunia
(aktiviti harian),
Amalan ini mempunyai rahsia tersendiri yang Maha Luar Biasa.
Firman Allah dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam,
 jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan 4 rakaat pada waktu permulaan siang
(solat Dhuha),
 nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya."
(Riwayat al-Hakim dan Thabrani)


Amalan 16.  
Bersyukur kepada Allah -
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah .
Lawannya adalah kufur nikmat.
Allah berfirman:
"Demi sesungguhnya!
Jika kamu bersyukur,
nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu,
 dan demi sesungguhnya jika kamu kufur,
 sesungguhnya azab-Ku amat keras."
(Al-Quran, Surah Ibrahim, Ayat 7)
Allah berfirman lagi:
"... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur."
(Al-Quran, Surah Ali Imran, Ayat 145)


Amalan 17.  
Amalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu -
Zikir dari ayat-ayat Al-Quran atau Asma'ul Husna (99 Nama Allah)
selain dapat menenangkan hati manusia,
malah dapat menjernihkan perasaan dan melunakkan hati,
amalan berzikir mengandungi fadilat khusus untuk
- keluasan ilmu
- terbukanya pintu hidayah,
- dimudahkan untuk memahami agama,
- diberi kemanisan iman
- dan dilapangkan rezeki.

Misalnya,
2 ayat terakhir Surah at-Taubah (ayat 128-129)
jika dibaca secara berterusan 7 kali selepas solat fardhu,
dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah ,
al-Fattah (Maha Membukakan)
dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika dibacakan selalu;
misalnya dibaca
"Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang,
 diiringi doa:
"Ya Allah ,
bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,
bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu,
ya Fattah ya 'Alim."
Ada juga hadis menyebut,
siapa amalkan baca Surah al-Waqi'ah setiap malam,
dia tidak akan ditimpa kepapaan & kemiskinan selagi dia hidup di dunia ini.
Wallahu a'lam.


Amalan 18. 
Berdoa -
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah,
penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya.
Dalam Al-Quran,
Allah suruh kita meminta kepada-Nya,
nescaya Dia akan perkenankan.
Nota:
- tanggungjawap manusia kekalkan berdoa kepada Allah (jangan putuskan amalan ni)
- peranan Allah memakbulkan apa sahaja permintaan manusia
- gabungkan formula doa ini mintak di waktu mustajab (pukul 2~3 tengah malam)
Inilah buktinya…
Allah berfirman lagi:
“…dan tuhanmu berfirman,
berdoalah kepada-Ku,
niscaya akan Ku-perkenankan bagimu…”
(Al-Quran, Surah Ghafir, Ayat 60 )


Amalan 19.  
Berikhtiar sehabisnya -
Siapa yang berusaha, dia akan dapat.
Ini sunnatullah.
Dalam 1 hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang
dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya,
tapi nikmat agama Islam hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja.
(Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang Islam yang beriman,
tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki
dalam skop yang luas.
Misalnya,
hendak tenang dibacanya Al-Quran,
hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi,
hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal,
hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik,
hendak dapat jodoh yang baik dia sendiri kena jadi baik dulu,
hendak rezeki berkat dijauhinya dari sumber yang haram,
dan sebagainya


Amalan 20.  
Bertawakal -
Dengan tawakal,
seseorang itu akan dikurniakan rasa kaya oleh Allah .
Firman-Nya:
"Barang siapa bertawakal kepada Allah ,
 nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ."
(Al Quran, Surah At-Thalaq, Ayat 3)
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal,
nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki,
 ia pagi hari lapar dan petang hari ia telah kenyang."
(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)



Kesemua 20 amalan mulia yang disebut ini,
adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa.
Dengan takwa,
Allah akan beri
"jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) ,
dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya."
(Al-Quran, Surah At-Talaq, Ayat 2~3)
Pendek kata,
bagi orang Islam,
untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya,
kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa.
Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah,
lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan
pemberian-Nya.
Selamat Beribadah
dan semoga amalan-amalan ibadah kita diterima oleh Allah,
dan mintaklah pada Allah,
supaya kita semua dapat berjumpa di galaksi SYURGA,
bersama-sama kita semuanya kekal di sana,...........
Sila pergi ke mukasurat sebelah,
untuk melihat jadual amalan anda untuk hari ini,
boleh cetak supaya anda boleh tandakan setiap hari supaya sasaran amalan anda
tercapai,
dengan mengguna pakai formula ini,

((( Hari Ini Lebih Baik Dari Hari Semalam ))) 
((( Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini ))) 

sumber: http://www.dinar-emas.com/attachment.php?aid=590

Saturday 5 March 2011

Cinta Itu Anugerah



Sesiapa yang menikahi wanita kerana
kemuliaan status sosialnya, maka ALLAH tidak
akan menambah kepadanya selain kehinaan.

Sesiapa saja yang menikahi wanita kerana
hartanya, maka ALLAH tidak akan
menambahkan kepadanya selain kefakiran.

Sesiapa saja yang menikahi wanita kerana
kedudukannya, maka ALLAH tidak akan
menambahkan kepadanya selain kerendahan.

Sesiapa saja yang menikahi wanita bukan
kerana hal lain, kecuali agar pandangan
matanya dapat dikekang, dan kemaluannya
terpelihara atau untuk tujuan menyambung
tali silaturahim, maka ALLAH akan memberkati 
pernikahannya dengan wanita itu dan wanita
itu berolah berkat pula kerana disunting olehnya.
(riwayat Abu Nu'aim dan al-Hilyah)

Kisah Asal Bermulanya Manusia Membuang Air Besar

Dalam sebuah riwayat mengatakan bahawa Nabi Adam a.s. sesungguhnya setelah beliau memakan buah syajarah (buah larangan) maka perut beliau pun mula memulas ketana beliau rasa ada sesuatu yang hendak keluar dari bahagian dubur.

Dikisahkan lagi bahwa tidaklah dijadikan hal seperti itu pada suatu apa-apapun dari makanan-makanan syurga kecuali di dalam syajarah ini , maka sebab itulah Allah s.w.t. melarang Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa memakan buah tersebut.

Setelah Nabi Adam a.s. hendak membuang air besar maka beliau pun berlari mengelilingi syurga untuk mencari tempat bagi membuang air besar. Kemudian Allah s.w.t. memerintahkan seorang malaikat berbicara dengan Nabi Adam a.s.

Lalu berkata malaikat: "Apa yang kamu kehendaki? Nabi Adam a.s. berkata :" Aku ingin membuang kotoran (najis) yang ada di dalam perutku." Kemudian Allah mewahyukan pada malaikat:" Katakan padanya:"Di tempat mana hendak engkau letakkan kekotoran yang ada dalam perutmu itu? di atas tempat tidur, singgahsana, sungai-sungai atau di bawah naungan pohon-pohon? Adakah kamu mendapati sebuah tempat yang sesuai untuk itu? Oleh itu turunlah ke bumi".

Dengan ini dapatlah kita ketahui syurga adalah satu tempat yang paling suci dan diterangkan bahawa apabila telah dimasukkan ke dalam syurga maka seseorang itu tidak ada rasa hendak buang air besar dan sebagainya. 

Dunia adalah tempat untuk semua. Semua jenis penyakit, najis, maksiat dan sebagainya ada dalam dunia. Oleh itu hendaklah kita hidup dalam dunia dengan menjauhi dari bermacam-macam najis samaada najis maksiat, najis judi, rasuah, bohong, menipu, minum arak dan sebagainya.

Manusia yang hidup cara Rasulullah s.a.w. adalah orang yang akan mendapat penghormatan di dunia dan di akhirat. Di dunia orang akan menghormatinya dan di akhirat Allah memberi syurga dengan rahmatnya. ((Salman Al-Farisi, 2009)

Punca Kehancuran Umat Islam

Tsauban r.a berkata "Telah bersabda Rasulullah s.a.w. : sesungguhnya Allah s.w.t. telah memperlihatkan kepadaku (peta) bumi secara keseluruhan, aku dapat melihat bumi sebelah timur dan barat. Sesungguhnya kekuasaan umatku akan sampai ke seluruh tempat yang telah diperlihatkan oleh Allah s.w.t. kepadaku".

Sabda Rasulullah s.a.w.: "Kepadaku telah diberikan dua macam perbendaharaan iaitu merah dan putih. Aku telah memohon kepada Allah s.w.t. untuk membantu umatku supaya mereka tidak dibinasakan dengan musim susah yang panjang, dan aku telah memohon kepada Allah s.w.t. supaya mereka tidak dijajah oleh kekuasaan asing selain oleh mereka sendiri, sehingga kekuasaan mereka menjadi hancur luluh.

Lalu Allah .s.w.t. berfirman "Ya Muhammad, apabila aku telah memutuskan suatu perutusan maka putusanku tidak dapat diubah lagi. Aku perkenankan doamu untuk umatmu bahawa mereka tidak akan binasa dengan musim susah yang panjang dan aku tidak akan menjajahkan kepada mereka suatu kekutan musuh selain diri mereka sehingga kekuatan mereka hancur luluh, sekalipun musuh-musuh mereka bersatu mengelilingi, melainkan bila sebahagian mereka membinasakan yang sebahagian dan mereka saling tawan-menawan".

Hadis ini sudah cukup kukuh untuk kita fikirkan kenapa negara Islam berperang sama sendiri, kenapa Iraq menyerang Iran dan Iran menyerang Iraq. Kenapa Iraq menyerang Kuwait dan kenapa Arab Saudi, Mesir, Syria, Turki dan orang-orang kafir menyerang Iraq.

Kalau orang Islam tidak menyerang antara satu dengan lain, bukankah yang akan bermegah adalah orang Islam sendiri. Bukankah apabila berlaku peprangan sesama Islam yang rugi ialah orang Islam sendiri.

Islam tidak menyuruh membunuh sesama Islam, Islam menyuruh supaya orang-orang Islam bersatu dan menjadi sebagai sebuah negara contoh dan teladan pada negara yang bukan Islam. Sekiranya orang-orang Islam dapat menjadikan negara Islam sebagai negara contoh yang berdasarkan kepada cara pemerintahan Rasulullah s.a.w. maka insyaALLAH satu hari nanti seluruh dunia akan menjadi negara Islam (Salman Al-Farisi, 2009).




Nasihat Lukman Al-Hakim kepada anaknya

Kata Lukman Al-Hakim kepada anaknya "Wahai anakku! Apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang) maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan menjadi malas untuk melakukan ibadah, dan akan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya di aman hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat (menghadap Allah?) dan manfaat berzikir (ingat kepada Allah)".

Kata Lukman Al-Hakim kepada anaknya "Wahai anakku! Apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang) maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan menjadi malas untuk melakukan ibadah, dan akan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya di mana hati yang bersih itu akan tercapai dengan kelazatan bermunajat (menghadap Allah) dan manfaat berzikir (ingat kepada Allah)".
Kata Lukman Al-Hakim "Wahai anakku! Kalau sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak (di hari tua) kamu akan memtik buahnya dan kamu akan menikmatinya".

Kata Lukman Al-Hakim "Wahai anakku! kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah dan janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan, kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesudahan dari hidupmu di dunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan nafsu berahimu dan ini akan membuat kamu merasa bahawa senang dengan kehidupan dunia".

Kata Lukman Al-Hakim "Wahai anakku! Aku sudah memikul batu-batu yang besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi yang berat. Tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya.

Kata Lukman Al-Hakim " Wahai anakku! Aku sudah merasakan segala benda-benda pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan.

Kata Lukman Al-Hakim "Wahai anakku! Aku sudah pernha mengalami penderitaan dan bermacam-macam kesusahan dan kepayahan tetapi aku belum pernah mengalami penderitaan yang lebih susah dan lebih payah dari menaggung hutang".

Kata Lukman Al-Hakim "Wahai anakku! Sepanjang hidupku aku hanya dapat memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi-nabi yang lalu, sabda mereka:

1. Apabila engkau mengerjakan sembahyang, beribadah kepada Allah s.w.t. maka jagalah baik-baik fikiranmu.
2. Apabila engkau berada di rumah orang lain, hendaklah kamu menjaga matamu (pandangan matamu).
3. Apabila engkau berada di tengah-tengan majlis, hendaklah kamu menjaga lidahmu (perkataanmu).
4. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, hendaklah kamu menjaga perangaimu.
5. Ingatlah kepada Allah s.w.t.
6. Ingatlah akan mati.
7. Lupakanlah budi baikmu  terhadap orang lain.
8. Lupakan semua kesalahan orang terhadap dirimu.

Template by:

Free Blog Templates