Like Sampai Jari Patah

Tuesday 7 June 2011

Kenapa UMNO cakap Negara kebajikan itu bukan Negara Islam?

Selesai sudah Muktamar PAS kali ke-57, maka UMNO mengarahkan parajurit-parajuritnya untuk menaburkan fitnah terhadap PAS. Pelbagai jenis peluru kapur digunakan oleh UMNO untuk memburukkan PAS sempena muktamar kerana telah menerima dua kejutan iaitu kemenangan Mohamad Sabu sebagai Timb. Presiden PAS dan pendekatan PAS iaitu 'Negara Kebajikan'.

Maka diarahlah sekalian UMNOrian untuk mencari lubang-lubang untuk ditembusi supaya dapat memburuk-burukkan PAS kali ini. Maka keluarlah panglima-panglima songkok tinggi memfitnah Mat Sabu dengan fitnah sex yang sememangnya sudah menjadi darah daging UMNO, maka bertaburanlah golongan-golongan ini memperdayakan rakyat malaysia bahawa Negara Kebajikan itu bukan negara Islam. Geli hati membaca utusan dan berita harian yang saban hari mencari modal picisan untuk memburukkan PAS.

Kenapa UMNO cakap Negara kebajikan itu bukan Negara Islam?; ini disebabkan UMNO sebelum ini telah berjaya mendefinisikan negara Islam kepada rakyat Umum. Negara Islam yang didefisnikan oleh UMNO seperti yang pernah disebut sendiri oleh pemimpin-pemimpin UMNO:

“apa erti Negara Islam jika mundur”

(Dato’ Abdullah Ahmad Badawi, 13 Nov 1999, berita Harian)

“tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”

(Dato Seri Dr Mahathir Muhamad, 5 sep 1997, PWTC, perhimpunan Agung UMNO, Pita rakaman)

“Hukum rejam kepada penzina adalah primitif”
(Kenyataan Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad kepada wartawan, 3 Mac 1994 di Nilam puri, Kelantan, Pita rakaman)

“Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?”
(Ucapan Dato Seri Dr Mahathir Mohamad pada 3 mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan, Pita rakaman)

“Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secocok dengan ajaran islam”
(Dato’ Seri Mahathir Mohamad, Ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 ogos 1994, Pita rakaman)

“Negara akan huru hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan”
(Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak, Utusan Malaysia, 20 april 1993)



apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja”
(Dato’ Seri Dr Mahathir Mohammad, 14 Julai 1992, ucapannya kepada wartawan, pita rakaman)


“bagaimana kita boleh maju kalau orang islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di Negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama”
(Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, 2 mei 1992, ucapannya di papar sabah, pita rakaman)

Kenyataan-kenyataan diatas menggambarkan bagaimana UMNO memahamkan rakyat tentang negara Islam untuk membina tembok supaya negara islam akan terus ditolak oleh masyarakat, tapi PAS menjawab pada muktamar kali ini bahawa Negara Islam itu Negara Berkebajikan dan Negara Keadilan, kerana Islam tu sudah cantik dan adil. Modal-modal UMNO untuk menakutkan rakyat malaysia khususnya cina dan india tidak lagi berhasil dengan tindakan PAS yang memahamkan rakyat dengan cara paling mudah.

Saya akui dengan meletakkan "Negara Islam" sahaja tidak memadai untuk memahamkan rakyat tentang negara islam apatah lagi setelah ditipu hidup-hidup oleh gerombolan UMNOrian.. PAS kena menjelaskan secara lebih dalam dan dapat diterima oleh masyarakat lagi-lagi non-muslim yang sebelum ini diajar oleh MCA supaya prejudis dengan PAS dan negara islam. 

Bagi saya muktamar kali ini adalah sangat berjaya serta dapat menjawab dan membebaskan "Negara Islam" yang pernah dipukul teruk oleh UMNO secara tidak berasas. Jawapan berbentuk politik ini harap boleh membebaskan fikiran rakyat serta jasad rakyat dari belenggu ketahyulan. 

Kesimpulannya rakyat perlu faham, Negara Kebajikan langsung tidak menggugurkan prinsip akidah, dan non muslim perlu faham bahawa negara Islam bukanlah seperti yang didakwa oleh UMNO sebelum ini, Negara islam adalah negara yang adil dan saksama..Wassalam.

Template by:

Free Blog Templates