Like Sampai Jari Patah

Friday 26 October 2012

Ciri-ciri bidadari syurga

Ciri-ciri bidadari syurga ♥ ♥ dan kalau diamalkan,bakal menjadi bidadari dunia juga.

Sifat-sifat bidadari syurga (Hurun Ain) dalam al-Quranul Karim adalah seperti berikut:

Pertama: Qasrut Torfi.

Ada tiga ayat yang mana tuhan menjelaskan kepada kita bahwa bidadari syurga bersifat begini. Diantaranya:

“Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jelita matanya.” 48 : as-Saffat

Imam Tobari berkata:

Ayat ini menjelaskan bagaimana sifat yang agung bidadari syurga iaitu hanya memandang kepada pasangan mereka tidak seperti wanita dunia yang memandang ke sana sini.

Imam Fakhurrazi berkata:

Ini menunjukkan bahwa betapa malunya bidadari syurga kerana “at-Torfu” adalah gerakan kelopak mata (eyelid). Bidadari tidak menggerakkan kelopaknya dan tidak mengangkat kepalanya untuk lelaki bukan suaminya.”

Wanita muslimah sepatutnya mencontohi wanita syurga yang mana segala kemesraan, pandangan manja, layanan dan sebagainya hanya untuk suami.

Kedua: “ Atrab” Umur yang sama diantara mereka.

Firman Allah swt:

“Dan pada sisi mereka (ada bidadari-bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya.”52 :surah Sod

Atrab adalah plural bagi turb iaitu sebaya atau sama umur. Mereka berumur 33 tahun seperti disebut dalam hadis riwayat imam Ahmad dengan sanad yang baik.

Ketiga: Baik akhlak dan cantik paras rupa.

Firman Allah swt:

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." 70: surah ar-rahman

Ulama berkata bidadari memiliki akhlak yang baik dan rupa paras yang cantik.

Keempat:"kawa'ib" Buah dada yang tegang (tense).

Firman Allah swt:

“Dan ahli syurga mendapat gadis-gadis yang memiliki buah dada yang tegang dan sebaya umur mereka.”33 (an-Naba)

Kelima: Anak dara.

Firman Allah swt:

“Dan kami jadikan mereka (bidadari-bidadari) yang perawan.”36 : Surah al-Waqiah

Berkara pengarang tafsir Maalimut Tanzil:

“Setiap kali mereka dijimak oleh suami-suami bidadari, mereka akan dapati bidadari tersebut ada dara .”

Keenam: Bagus layanan dan kasih sayangnya kepada pasangannya.

Firman Allah swt:

“Bidadari-bidadari yang bagus layanan dan kasih sayangnya serta sebaya umur mereka.”37 : Al-Waqiah

Mujahid, Hasan dan Qatadah (Ulama tafsir) berkata:

Urub adalah wanita-wanita pecinta yang asyik kepada suami-suami mereka dan menyintai mereka sepenuh hati, melayani suami mereka dengan manja, baik serta pertuturan.

Ketujuh: Tubuh mereka bersih

Firman Allah swt:

"...Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya ."25 : al-Baqarah

Imam at-Tabari berkata:

“ Kesucian bidadari adalah kesucian yang mutlak yang mana termasuklah suci dari semua perkara yang tidak disukai yang ada pada wanita dunia seperti haid,nifas, kencing, berak, ludah,kahak, mazi, mani dan perkara yang seumpama dengannya yang dianggap kotor, jijik, najis.”

Nabi saw bersabda:

“ Peluh-peluh ahli syurga adalah haruman kasturi.”

Hadis sahih Bukhari dan Muslim

Kesimpulan:
Para lelaki hendaklah beramal sebaiknya untuk mendapatkan bidadari syurga dan wanita pula beramal sebaiknya untuk menjadi ketua bidadari kepada pasangannya. Bacalah AlQuran... Allah s.w.t menceritakan wanita2 yg hebat, malah wujud satu surah yg bernama surah An-Nisa... Selain nama Maryam, nama siapakah yg pernah disebut di dalam Al-quran? Yang ada cumalah "isteri kepada fulan", atau "isteri kepada firaun", takde disebutkan nama mereka ( begitu sekali Allah memelihara kaum wanita supaya terjebak jauh drpd fitnah) melainkan sifat2 mereka sbg isteri atau wanita yg solehah yg patut diambil pengajaran...

~kredit to uibo~

La taghdhob



Daripada Abu Hurairah r.a.:
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah. ( Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari )

La taghdhob (لاَ تَغْضَبْ) = Jangan kamu marah

#Lepas ni,kalau ada kawan-kawan kita yang marah2,kata kat dia "la taghdhob" (bukan tidoq tau ahaks)

Saidina ‘Ali radhiyallahu ‘anhu pernah berkata kepada isterinya, (iaitu) Fathimah radhiyallahu ‘anha:

ﻳﺎ ﻓﺎﻃﻤﺔ ﻣﺎ ﺧﻴﺮ ﻣﺎ ﻟﻠﻤﺮﺃﺓ؟

“Wahai Fathimah, apa yang terbaik untuk seseorang wanita?” Fathimah menjawab:

ﺃﻥ ﻻ ﺗﺮﻯ ﺍﻟﺮﺟﺎﻝ ﻭﻻ ﻳﺮﻭﻫﺎ

“Hendaklah dia tidak melihat lelaki (yang bukan mahramnya) dan lelaki pun tidak melihatnya.” ‘Ali berkata lagi:

ﺃﻻ ﺗﺴﺘﺤﻴﻮﻥ؟ ﺃﻻ ﺗﻐﺎﺭﻭﻥ؟ ﻳﺘﺮﻙ ﺃﺣﺪﻛﻢ ﺍﻣﺮﺃﺗﻪ ﺗﺨﺮﺝ ﺑﻴﻦ ﺍﻟﺮﺟﺎﻝ ﺗﻨﻈﺮ ﺇﻟﻴﻬﻢ ﻭﻳﻨﻈﺮﻭﻥ ﺇﻟﻴﻬﺎ

“Tidakkah kamu malu? Tidakkah kamu cemburu? Salah seorang di antara kamu membiarkan isterinya pergi ke khalayak kaum lelaki dan dia melihat mereka serta mereka (para lelaki) pun melihat mereka pula.” (Lihat: adz-Dzahabi, al-Kaba’ir,)

Maka para wanita berkata: "ala..tu kalau keluar rumah..kami tak keluar rumah pun...."

Ibnu batoota berkata: "memang la korang tak keluar rumah,tapi korang telah 'keluar rumah' secara khianat melalui fb,twitter dan laman soooo-sial yang lain dengan mempamerkan gambar-gambar korang walaupun berpurdah kepada umum,kalian dilihat ramai lelaki dan yang lebih jauh,gambar kalian di save para lelaki dalam laptop dan handphone mereka..maka apakah kalian tidak malu?dan apakah suami kalian tidak cemburu?"

~kredit to uibo~

Template by:

Free Blog Templates