Like Sampai Jari Patah

Sunday 25 August 2013

Syarat Sah Wuduk & syarat wajib wuduk

Soalan: Salam .. minta penCerahan , apa "Syarat sah wudhuk" .. ?

Ustazah Ahlam Hayati: Dalam kitab fiqh ala mazahib al-arba'ah syeikh syeikh abdul rahman al juzairi b'kata " syarat wuduk ada 3..


1-syarat sah wuduk
2-syarat wajib wuduk
3-syarat sah dan wajib wuduk

syarat sah wuduk ialah syarat yg tidak sah wuduk tanpanya..
syarat sah wuduk
1-air mutlak
2-org tu mstilah baligh
3-air mestilah smpai (meratai) anggota wuduk
4-org tu mstila tidak ada penyakiit yg boleh membatal wuduk..intaha

rujukan : الفقه على المذاهب الأربعة jilid 1 m/s 51

Soalan: Syarat wajib wuduk tu mksudnya cmne ustazah?
Ustazah Ahlam Hayati:  soalan tambahan..syarat wajib wuduk ialah syarat yg wajib keatas mukallaf..antaranye
1-ketika hendak solat
2-bukan seorang yg gila

-muzakarah ilmu masturat-

Waktu niat wuduk

Soalan : Salam..sy keliru, niat ketika mengambil wuduq ketika basuh muka air mula2 sampai didahi kan?niat dalam hati...jadi? sunnah basuh tangan, kumur, hidung tu semua tanpa niat ke??


Ustazah Ahlam Hayati:  Sy respon soalan, dalam kitab المجموع شرح المهذب imam nawawi b'kata "niat b'mula pada basuhan anggota wuduk yg fardu iaitu muka (seperti anggota wuduk yg disebut dlm quran-maidah:6) adapun basuh tgn, kumur masukkan air dlm hidung semua itu bkn lah anggota fardu, jadi niat tidak terangkat pada permulaan basuh tgn bahkan sunat membaca basmalah (bismillah).." intaha

rujukan : المجموع شرح المهذب jilid 1 m/s170

-muzakarah ilmu masturat-

Sunday 18 August 2013

sunnah-sunnah (surah, sirah sarirah)

Khas buat 'orang islam' yang elergi dengan sunnah nabi,yang mendakwa sunah2 nabi sebagai adat,yang malu nak amal sunnah2 nabi lalu mencari2 dalil untuk menunjukkan sunnah itu tidak perlu....ketahuilah bahawa sunnah nabi itu terbahagi kepada 3 jenis:

1)Sunnah surah: yakni luaran nabi,iaitu rambut nabi,pakaian nabi,serban nabi,celak nabi,seluar nabi,selendang nabi,panjang serban nabi,panjang jubah nabi,ekor serban nabi,warna serban nabi,cincin nabi dan apa jua yang zahir pada diri mulia baginda saw.

2)Sunnah sirah: yakni perjalanan hidup nabi,dari mula bangun tidur hingga tidur kembali,bagaimana nabi bangun tidur,bagaimana ke tandas,bagaimana nabi makan,cara nabi duduk ketika buang air,ketika nabi makan,jari apa yang nbi guna utk makan,bagaimana mnjilat jari selepas makan,masuk masjid kaki kanan,keluar kaki kiri,kutip makanan yg tumpah dan semua jenis kelakuan harian nabi yang mulia saw.

3)Sunnah sarirah: yakni dalaman diri nabi,fikir risau nabi,zikir sirr(senyap) nabi,zikrulmaut(ingat mati) nabi,zikrulakhirat(ingat akhirat) nabi,sangka baik nabi,dan semua jenis amalan dalaman nabi mulia kita yang tidak kelihatan oleh mata kasar.

Maka ketahuilah wahai pembenci sunnah! Jika kalian memerangi sunnah,maka dengan nama allah aku memerangi kalian!

Maka ketahuilah wahai muslim liberal... Sloganmu 'iman bukan pada jubah' akan kau telan sendiri di hari hisab nanti...

Maka ketahuilah wahai yang dipalingkan wajah nabi darinya.. Kebencian kalian terhadap sunnah2 nabi terutamanya sunnah luaran nabi seperti pakaian nbi hanya akan mencelakakn diri kalian...

Dalam syarah syamail tirmizi,qutbul aqtab hazrat ra'isul muhaddisin maulana zakariyya rah. ada bawakan kalam dari al-imam ibnu hajar asqalany rah. bahawa 'orang yang tinggalkan/tolak utk amal sunnah nabi kerana malu(yakni dia masih ada ta'zim pada sunnah nabi cuma malu dan tak da kekuatan utk amal) maka tidak apa2 mudhorat baginya,tapi jika ssorg tinggalkan/tolak utk amal sunnah nabi kerana menganggap ia perkara yang memalukan(yakni memandang rendah/hina/jijik pada sunnah nabi),maka dia telah kufur...'

-kredit to uibo-

Wednesday 14 August 2013

Akidah 1

Sebenarnya,semua perkara yang kita gaduhkan tidak lah sepenting perkara yang kita tinggalkan iaitu MISI UTAMA semua para Nabi dihantar ke muka bumi iaitu untuk MEMBETULKAN AKIDAH (keyakinan dalam hati) MANUSIA...

Kalau tak undi,tak join politik,tak jatuh kafir,tak masuk neraka..

Tapi kalau tak mau belajar akidah sahih,akidah salah,akidah kotor,itu konfem dah neraka.....

Demokrasi ialah sistem dicipta yahudi dan diterapkan kepada semua negara jajahan eropah pada zaman perang dunia sebelum negara2 jajahan tu dilepaskan atas nama "merdeka",ianya tidak lain adalah perancangan freemason untuk menyibukkan umat manusia supaya saling bercakaran..

Dalam beratus2 negara yang amalkan demokrasi peninggalan eropah ni,negara mana yang aman dari pertelingkahan?

Kenapa mereka sibukkan kita dengan pergaduhan sesama kita?

Supaya kita hilang sifat ikramul muslimin (memuliakan sesama muslim) iaitu sifat agung para sahabat yang dipuji Allah dalam al-quran:

"Orang2 yang bersamanya(muhammad) sangat keras/tegas terhadap orang kafir dan MENYANYANGI sesama mereka(muslim)."

(Sekarang terbalik,kerana politik,kita keras terhadap muslim dan berkasih sayang dengan kafir)

Bila kita(muslim) sibuk bergaduh rebut kuasa,maka para tentera dajjal boleh selesaikan misi tanpa diganggu seperti penaklukan dan pengusiran rakyat palestin,penyeksaan rakyat syria,rohingya,bangladesh,india,bosnia dan sebagainya...di mana2 ada muslim dizalimi,dan muslim di tempat lain hanya berpeluk tubuh dan teruskan bercakaran kerana politik,dan cerita penderitaan muslim tu hanya di share di wall fb,twitter dll,kezaliman itu hanya di maki hamun di komen,dan wujud tabung2 duit yang bukan sikit pengkhianatan berlaku kpd tabung2 tu...tiada tindakan selain tu..berbeza dengan zaman dulu yang pantang muslim diusik,semua angkat pedang....sekarang ni semangat "persaudaraan islam" telah mula hancur kerana iman rosak,pembahagian negara2,pembahagian manusia kpd parti politik,kesibukan dunia dan kebodohan ilmu agama...

Jadi atas sebab itu daku menyeru agar kita berpolitik(sebab terpaksa) secara sihat,iaitu kita saling menyanyangi satu sama lain dan cukup kita pergi mengundi 5 tahun sekali....kenapa perlu saling membenci,memaki,memfitnah sedangkan peluang mengundi cuma 5 tahun sekali? selebihnya?

dosa...dosa..dosa...

Muslim yang saling caci mencaci diisytiharkan fasiq oleh lidah nabi sendiri,tak kira dia di pihak benar atau salah,di pihak tie atau di pihak serban...

Jadi kita tinggalkan perbalahan,berpolitiklah dengan penuh senyuman,dan sama2 kita bersatu atas akidah islam ahlu sunnah wal jamaah(aswj)...

Bersambung di akidah 2~

-kredit to ustaz ib owsemm-

Akidah 2

Akidah(kepercayaan dalam hati) merupakan pemisah syurga dan neraka kepada seorang manusia,dan nabi khabarkan firqah(golongan) akidah akan berpecah kpd 73 golongan dan cuma 1 sahaja yang sahih dan selainnya akan ke neraka kerana kekotoran akidah mereka..

-Pengenalan Ahlu Sunnah Wal Jamaah

1 jemaah yang selamat itu dinamakan "ahlu sunnah wal jamaah"(aswj)...dan para ulama bersepakat bahawa akidah aswj ini merupakan akidah 2 mazhab akidah termahsyur iaitu mazhab akidah al-asy'ari dan al-maturidi..

Sangat penting kita semua belajar akidah aswj agar kita tahu akidah mana yang salah dan termasuk di dalam 72 golongan yang disebut nabi...

72 golongan yang terkeluar dari aswj itu antaranya akidah muktazilah,syiah,wahabi/salafi(mujassimah/musyabbihah),jabariyyah,murjiah,hulul,qadariyyah,wihdatul wujud dan banyak lagi..

Semua akidah sesat ini ditentang habis2an oleh para ulama sejak zaman Sahabat dan tidak ada lagi yang berbaki pada zaman ini kecuali dua golongan yang masih disebarkan oleh golongan tidak bertanggungjawab iaitu golongan akidah syiah dan akidah wahabi/salafi.

SYIAH

Syiah terkenal dgn akidahnya yang mentuhankan saidina ali dan keluarga nabi,mengkafirkan semua sahabat nabi kecuali beberapa,sering melaungkan isteri nabi sbg pelacur,berkeyakinan ilmu allah tidak sempurna,masih ada yang allah tidak tahu,berkeyakinan nabi dan keluarganya serta para sahabat akan bangkit dari kubur pada akhir zaman kelak untuk nabi dan keluarganya menyeksa para sahabat atas kekafiran mereka dan banyak lagi kepercayaan kafir mereka.cara mudah untuk kenali mereka ialah dengan memuji2 saidina abu bakar,umar,aisyah dan shbt2 nabi,muka mereka akan berubah kerana tidak suka.

WAHABI/SALAFI

Golongan mufsidin(perosak umat) yang menolak mazhab para tabiin dan tabiin(seperti imam 4 mazhab) bahkan menghukum haram kepada muslim yang mengikuti secara tetap kepada satu mazhab,mereka membidaahkan orang sesuka hati dan menolak hadis daif umpama hadis daif ini hadis palsu,mereka mudah sekali menuduh sesuatu hadis sbg palsu tanpa ilmu,dari segi akidah,mereka yakin allah bertempat di langit dan duduk bersila di atas arasy,percaya allah mempunyai anggota badan spti tangan,kaki,muka,dan percaya al-kursi merupakan tempat letak kaki allah,percaya seluruh zat allah turun ke langit bumi pada 2/3 malam,menuduh mazhab aswj asya'irah dan maturidi sbg sesat.Cara untuk mengenali mereka ialah apabila bertanya di mana allah,mereka akan menjawab "di langit" atau "di atas arasy".Sedangkan jawapan yang benar apabila ditanya "dimana allah"(ainallah) ialah "allah wujud tanpa tempat".kebanyakan tokoh agama di malaysia yang femes sekarang ni berakidah wahabi,kalau tak caya,tanya soalan tu.kalau mereka jawab allah wujud tanpa tempat,maka ajaran mereka boleh diikut.

Selain dua golongan tegar ini,tidak dinafikan masih ada saki baki golongan akidah sesat yang lain seperti golongan yang berkeyakinan "allah ada di mana2/semua tempat" dan ada juga golongan muktazilah yang mendakwa "al quran itu makhluk"...ini semua akidah yang salah dan sesat yang perlu kita jauhi...

-kredit to ustaz ib owseem~

ISTIKHARAH

Jawapan istikharah boleh dapat dengan 3 cara:

1.undian
2.mimpi
3.gerakan hati /perasaan

dan boleh juga amalkn doa ini setelah buat doa/solat istikharah:

'ya awwalal awwalin, ya aakhirul aakhirinya zalquwwatal matin, yaa rahimal maasakin ya arhamarrahimin "-mum-

*undian boleh dibuat dengan cara tulis dalam kertas dan cbut undinya setelah selesai doa/solat istikharah

p/s: bagi yang tidak abis solat qada tidak boleh melakukan solat istikharah maka anda hnya boleh buat doa istikharah setelah solat fardhu or solat qadha..


------------------------------------------------------------------------------
Soalan: ustad..sy skrg tgh wat qada solat...so kan x leh nk buat solat2 sunat..tpi skrg sy perlukn petunjuk dri ALLAH....mcm mna nk buat??

Maulana Usamah Mables: boleh buat solat qadha dan doa solat istikharah

Soalan: mcm mna tue ustad...kirenya lps abis selesai solat..tue kite berdoa yer..

Maulana Usamah Mables: yer doa dgn doa solat istikharah

Soalan: boleh x sya buat undiaN...cthnya amik kertas pstue tulis apa yg kita nk tue..pstue selesai solat jer kite cbut undi..boleh ker cm2.

Maulana Usamah Mables: selepas doa cabut undi

Soalan: blhlh wat undia nie..sbb sy perlukn sgt ..

Maulana Usamah Mables: yer boleh

Soalan: lagy satu kalu kite wat solat hajat...boleh x dlam doa...kite sebut nama...laki yg kite hajatkan tu...agar disatukan hati kite ngan dia...sebut nama dia n nama kite...maksudnye mcm kite minta dri ALLAH...agar dijodohkan ngan laki tersebut...mohon pencerahan yea

Maulana Usamah Mables: boleh

-muzakarah ilmu masturat-

Akidah 3

Saya mohon dan merayu agar tiada mana2 orang Wahabi/Salafi datang buat kacau di post ini.....

Sebab saya dah bagi peluang kalian buktikan kebenaran fahaman dan akidah kalian,tapi kalian takut dan menyorok..maka tolong jangan halang pengajaran akidah ahlu sunnah di jalankan.

Ada beberapa soalan femes dari follower yang tak mampu saya nak jawab sebab kesuntukan masa jadi saya jawab disini:

1) Allah ada di mana-mana / di semua tempat

Para ulama aswj menyatakan bahawa ini akidah yang salah kerana mensabitkan allah dengan al-makaan(tempat) bahkan sabitkan allah pada semua tempat.Jika Allah di mana2,bermakna Allah juga dalam lubang hidung kita?dalam lubang jamban?dalam lubang biawak?Sanggup cakap macam tu?Jadi jelas ini akidah yang SALAH.Adapaun yang benar disisi ulama aswj ialah ILMU dan QUDRAT Allah ada di mana2,meliputi segalanya,dalam lubang cacing,lubang hidung,lubang biawak,semuanya di dalam PENGETAHUAN ALLAH dan di dalam KAWALAN ALLAH dan di dalam KEKUASAAN ALLAH.

Laa ilahailallah~Allah maha kuasa,makhluk langsung tak da kuasa!

2) Allah berada di langit

Di dalam bahasa arab ia disebut "Allah fi sama' ", "fi" dalam bahasa melayu bermaksud "di dalam" jadi terjemahannya ialah "Allah di DALAM langit",ini akidah yang salah kerana beranggapan Allah MENYATU DENGAN MAKHLUK atau BERADA DI DALAM ZAT MAKHLUK-NYA.Mustahil Allah itu memerlukan makhluk(langit) untuk bertempat,bahkan "tempat" atau dalam bahasa arabnya "al-makaan" juga merupakan makhluk.Makhluk itu isim maf'ul kepada kalimat khalaqa(cipta) jadi "makhlu"k maksudnya dalam b.melayu ialah "yang dicipta".Jadi SEMUA selain Allah itu dinamakan " makhluk" manakala Allah pula digelar "Khaliq" (isim fa'il dari kalimat "khalaqa" yang bermaksud "pencipta").So langit itu makhluk,arah juga makhluk,tempat juga makhluk,dan Allah telah isytiharkan bahawa Allah tidak SAMA dengan makhluk dan tidak MEMERLUKAN makhluk,jadi orang yang berkata allah itu "bertempat" sama ada di langit atau di mana2,maka itu akidah songsang yang salah dan sesat kerana menisbatkan tempat kepada Allah seolah2 Allah lemah dan memerlukan "tempat" seperti manusia dan binatang.

Para ulama telah jelaskan bahawa "allah terpisah dari makhluknya" (bahkan kata2 ulama ni sering di copy paste oleh wahabi) menunjukkan dalil jelas bahawa "Allah wujud tanpa tempat" kerana "tempat" itu makhluk dan Allah terpisah dari MAKHLUK.

Jadi akidah yang sebenar apabila ditanya "di mana Allah" maka jawapannya ialah "Allah wujud tanpa tempat".Maha suci Allah daripada mempunyai tempat.

Faham semua?

Kalau tak faham boleh tanya..mohon jasa baik para asatizah aswj yang mulia jawabkan kalau saya tak online...

*Wahabi / Salafi jangan menyibuk kat sini,kalau nak,kita bukak posting baru dan berhujah cara ilmiah,jangan kacau orang nak belajar akidah Rasulullah dan para Sahabat.


~by uibo~

CARA NK HADAM ILMU

Kawan-kawan..sa­ya nak offline..nak kembali berjuang,lagipu­n bidadari saya dah bising suruh offline sebab mata saya dah merah asyik migrain dari pagi tadi fikir pasal korang...haih..­nak rehat pulak..insyalla­h jumpa lagi minggu depan,saya syorkan,kawan-k­awan pun kurangkan lah main fb ni,online sabtu ahad je macam saya,amacam?kal­au alasan nak main fb nak carik ilmu,kita muzakarahlah ilmu sabtuahad?lagi 5 hari,kita bagi lah masa untuk ibadat,kita asyik "tuntu ilmuuu" je,bila kita nak amal ilmu2 fb ni?

tapi untuk post terakhir ni saya nak jawab persoalan ramaaai rakan2 yang tanya,tapi semua saya tak jawab sebab malas nak jawab..jadi biar saya jawab kat sini,semua dapat manfaat..

Soalannya ialah: "ostad,macam mana ustad boleh dapat banyak ilmu macam ni?apa amalan ustad?macam mana ustad belajar?macam mana ustad ngafal? (Dan soalan2 yang berbau macam ni)

Jawapan: ok..hmmmm...

Macam ni...saya ni orang biasa,korang yang muliakan saya,tapi hakikatnya allah yang tahu,saya kenal diri saya,saya ni kalau nak banding ngan anjing kat luar nu,anjing lagi baik dari saya,ilmu saya,bukan ada..saya kosong..semua tu ilmu allah...tapi saya ada belajar cara2 nak dapatkan ilmu dari ramai ulama seluruh dunia..dan alhamdulillah ajaran mereka tu bermanfaat buat saya dan menyebabkan saya dapat faham dan hafal ilmu dengan mudah,saya senaraikan apa yang guru2 saya ajar yang berjaya saya dapat hasilnya:

1)Setiap hari taubat
2)Sentiasa khimat mak ayah dan rayu minta doa dari ibu sebab doa ibu sangat mustajab!
3)Khidmat dan adab dengan ibu bapa dan ustaz.
4)Adab dan akhlak terhadap ibu bapa,ustaz dan ilmu itu yang paling penting.
5)Jangan tinggi suara depan ibu bapa dan ustaz.
6)Saya tak pernah halakan kaki kepada ibu bapa dan ustaz bahkan tidak pernah halakan kaki kepada mana2 ulama dan rakan2 saya yang hafiz quran sebab hormati ilmu dan quran dalam dada mereka.
7)Tak pernah halakan kaki kepada mana2 kitab agama dan tak pernah sentuh mana2 kitab agama termasuk lah pen dan kertas kosong yang diniatkan untuk guna menulis ilmu allah TANPA WUDHU.
8)Tak pernah tunjuk bontot kat ustad,lepas cakap ngn ustad,keluar dengan berundur.
9)Setiap kali dengar hadis atau ilmu yang SUDAH TAHU,saya akan tunduk dan cakap "ya allah,aku belum tahu ilmu ni,aku masih jahil!"
10)Setiap kali dengar hadis atau ilmu,akan niat dalam hati untuk amal bukan untuk "kumpul ilmu"
11)Setiap kali belajar dan terlintas dalam hati yang belajar tu sebab nak jadi pandai,saya akan terus stop belajar dan betulkan niat dulu sungguh2,baru sambung belajar balik.
12)Semua ulama yang aku jumpa walau lebih muda dari aku akan aku hormati dan sanjung2 dia.
13)Setiap kali baca kisah sahabat,wali dan ulama hebat saya akan doa dalam hati "ya allah,aku bukan wali,aku bukan ulama,aku bukan org soleh,tapi mencintai mereka dan PERTAHANKAN AJARAN MEREKA dari virus2 dajal,maka ampunkan aku dan bukak lah pintu ilmu utk ku"
14)Setiap kali dengar apa2 ilmu,aku akan sentiasa bercakap dalam hati,"aku tak tahu,aku jahil,aku hina",bahkan selepas aku paham pun,aku akan tetap nafikan yang aku paham.(Wallahi cara ini sgt berkesan untuk allah buka lagi dan lagi kefahaman ttg sesuatu ilmu,dan pengalaman aku,kalau aku cakap "dah tahu" kepada ssuatu ilmu,kefahaman akan terhenti sampai situ je,aku tak dapat faham lebih jauh lagi ttg sesuatu ayat quran atau hadis tu )
15)Kalau orang puji aku,aku sangaaat takut dan istgfar,tapi kalau orang hina aku atau cakap aku bodoh,aku saaaangat gembira,sebab tu cara tarbiah hati untuk tawadhuk dengan allah,baru lah allah bagi lagi banyak ilmu yang belum saya ketahui.
16)Saya tidak ambil ilmu dari kitab dan ulama semata2,tapi saya ambil ilmu dari segalanya,dari perkataan budak kecik,dari haiwan,dari kata2 kawan,isteri,ke­lakuan mereka,perubaha­n awan,langit dan hujan,semua yang berlaku depan mata saya,saya yakin allah nak bagi mesej,lalu saya akn termenung fikir dan doa mintak allah bagi faham,pastu allah akan bagi macam2 ilham dan kadang2 ilham yang terlampau banyak ni saya limpahkan dalam fb,kadang dalam diari,kadang kat isteri.
17)Kena tahu kedudukan ilmu,bila susun kitab,akan susun ikut tahap,contohnya­ kitab mantik saya letak paling bawah,diikuti ilmu nahu,ilmu fiqh,ilmu tauhid,tajwid,h­adis,dan al quran paling tinggi.
18) Saya sentiasa dahulukan pendapat ulama lama yang lebih warak dan dekat dengan nabi,dan saya akan belakangkan sebelakang mungkin pendapat2 baru dari ulama baru yang hidup dalam zaman dajal ni.

Ntah la..aku rasa ini yang penting kot..kalau ada lagi,nanti kita muzakarah lagi...

Korang nak cakap saya bongkak,takabur­ dok cerita amalan sendiri,itu bukan hal saya.. Saya serahkan kepada allah untuk adili ia,tapi saya rasa ilmu dan adab ni sangat bermanfaat utk saya jadi saya nak share ngn smua orang supaya korang pun dapat amal...

~kredit to uibo~

PERMASALAHAN SALAM

KEPADA SEMUA YANG BERTANYA DAN JUGA YANG TAK BERTANYA TENTANG SALAM SILA BAGI PERHATIAN. BACA DAN CUBA FAHAMKAN PASTU KALAU TAK FAHAM TANYA..

PERMASAALAHAN SALAM

Hukum memberi Salam ialah Sunat Ain(sunat keatas setiap individu) ketika berseorangan dan Sunat Kifaayah(sunat ke ats sebahagian) ketika ramai.

Hukum menjawab Salam ialah Fardhu Ain(wajib keatas setiap individu) ketika yang menjawab salam berseorangan dan Fardhu Kifaayah(wajib ke atas sebahagian) ketika yang menjawab salam adalah ramai.

Syarat memulakan dan menjawab salam.

1) Dengan suara yang jelas skira2 didengari oleh org yang menerima salam dan begitu juga didengari oleh org yang memberi salam ketika menjawabnya

2)Jawapan salam hendaklah bersambung seperti bersambungnya Ijab dan Qabul

Tidak memadai salam dijawab oleh kanak2 atau org gila ketika adanya orang dewasa atau org yang siuman.

Lafaz memberi salam ialah : ASSALAMUALAIKUM atau SALAAMUN ALAIKUM.

Sekiranya pemberi salam melafazkan ALAIKUMUSSALAM sah salamnya tetapi makruh hukumnya. Disunatkan menggunakan lafaz JAMA'(utk ramai) iaitu dengan lafaz ASSALAMUALAIKUM walaupun memberi salam kepada seorang individu kerana adanya malaikat bersamanya.

Lafaz memberi salam ialah : WAALAIKUMUSSALAM(utk ramai) atau WAALAIKASSALAM(utk sorang). Tak mencukupi dengan hanya mengucapkan WAALAIKUM.

Menambahkan WARAHMATULLAHIWABARAKAATUH ketika memberi dan menjawab salam adalah paling sempurna.

Disunatkan org yang berkenderaan memberi salam kepada pejalan kaki, pejalan kaki kepada yang duduk, yang muda kepada yang tua, seorang kepada yang ramai.

Disunatkan memberi Salam sesama wanita. Diharamkan wanita memberi salam kepada lelaki ajnabi(bukan mahram) begitu juga haram wanita menjawab salam dari lelaki ajnabi(bukan mahram). Makruh lelaki memberi salam kepada wanita bukan mahram dan juga makruh menjawabnya. Tidak makruh jumlah ramai dari lelaki memberi salam kepada wanita. Disunatkan jumlah wanita yang ramai memberi salam kepada lelaki.

Elakkan dari memulakan salam kepada orang yang fasiq atau ahli bid'ah dan juga elakkan menjawab salam dari mereka kecuali kerana sesuatu keuzuran seperti ditakuti akan menyebabkan berlakunya pergaduhan. Tidak diwajibkan menjawab salam orang yang gila atau mabuk.

Haram memberi salam kepada orang kafir. Sekiranya baru diketahui dia adalah kafir setelah memberi salam maka hendaklah ia mengatakan ISTARJA'TU SALAAMI (AKU MENARIK BALIK SALAMKU. Sekiranya org kafir zimmi memberi salam hendaklah jawab WAALAIKA. Sekiranya memberi salam kepada satu himpunan yang ada dalamnya org bukan Islam,wajib niatkan pengecualian salam kepada org bukan Islam didalam hati.

Disunatkan bagi org yang masuk ke rumah memberi salam kepada ahli rumah atau mengucapkan ASSALAMUAALINA WA'ALAA IBAADILLAHISSOLIHIIN ketika memasuki rumah yang kosong.

Hendaklah tidak memberi salam kepada orang yang ada di dalam bilik mandi, dalam tandas, yang sedang makan, sedang solat, iaitu sekira2 orang yang sedang sibuk dengan sesuatu urusan yang tidak sepatutnya diganggu, termasuklah dalam hokum ini utk org yang sedang tidor,mengantuk, dan juga membaca khutbah. Tidak diwajibkan org yg dalam keadaan tersebut menjawab salam yang diberi. Diwajibkan menjawab salam yang diberikan oleh pembaca khutbah.

Dimakruhkan orang yang sedang kencing, sedang jimak dan yang seumpama dengannya menjawab salam yang diberikan kepadanya. Disunatkan orang yang sedang makan atau beradadalam bilik mandi(berasingan dgn tandas) menjawab salam yang diberikan. Disunatkan menyampaikan salam kepada orang yang tidak ada disamping samaada melalui surat atau melalui seseorang dan wajib ke atas org yang menerima salam menjawab salam yang disampaikan. Sunat menjawab salam bagi yang menyampaikan salam.

Hendaklah berlumba dalam mendahulukan memberi salam.

Sekian dari MUM yang sentiasa MABLES 

~kredit to maulana usamah mables~

BERDAKWAH SECARA HIKMAH

Ada org kata sy ni berdakwah tak hikmah.....

Lalu sy tanya apa maksud 'hikmah'?

Dia kata 'lemah lembut'...................................

Maka sy tanya apakah saidina umar tidak 'hikmah'?

Maka jawab beliau.........................(jwapannya yg titik2 tu)

Lalu sy menerangkan dgn izin allah bahawasanya 'hikmah' itu mksudnya bkn 'lemah lembut'....

'Hikmah' ertinya 'bijaksana'....

Ada masa kita lembut,ada masa kita keras,ada masa kita gedik,ada masa kita garang,ada masa kita comel,ada masa kita manja,ada masa kita singa,ada masa kita angry bird...semuanya tergantung 'keadaan'......

Ada golongan yg bila dgr tapak kaki je dah terjaga dari tidur...
Ada yg x perlu sapa kejut tp terjaga sendiri...
Ada yg kna kunci jam baru terjaga...
Ada yg kena cuit baru bangun...
Ada yg kena bg penumbuk baru bangun....

Siapa yg jenis terjaga hanya dgn cuit skit,tak perlu lah hiraukan 'tumbukan' tu kerana 'tumbukan' tu utk org yg jenis 'kena tumbuk baru bangun'....

Aku kick quick-quick kang............

~kredit to uibo~

Maksud Pemimpin

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Pemimpin pilihan di antara kamu semua ialah orang-orang yang kamu cintai (suka), mereka juga mencintai kamu. Kamu semua mendoakan mereka untuk kebaikan begitu juga mereka mendoakan untuk kebaikan kamu. Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di kalangan kamu ialah orang-orang yang kamu benci mereka, dan mereka pun benci kepada kamu. Kamu melaknat mereka dan mereka juga melaknat kamu. Auf bin Malik bertanya kepada Rasulullah: Apakah kita tidak boleh menentang mereka? Sabda baginda: Jangan menentang mereka selama mereka masih mendirikan sembahyang di kalangan kamu. (H.R. Muslim)

nabi memberi jawapan dan daku tunduk akur........


~kredit to uibo~

Template by:

Free Blog Templates