Like Sampai Jari Patah

Friday 22 November 2013

Fatwa Penegahan Ajaran Wahabi di Perak


Alhamdulillah, daulat Islam, daulat Sultan, daulat negeri Perak...

Akhirnya singa kuning bangun dari tidurnya...

Hancur Wahhabi hancur...

Doakan lagi,usahakan lagi, supaya seluruh Malaysia keluarkan fatwa yang sama khususnya negeri Perlis yang telah diwahabikan oleh FreeMason...

http://mufti.perak.gov.my/perkhidmatan/e-book/372-fatwa-penegahan-menyebarkan-aliran-dan-dakyah-wahabiah.html

http://www.youtube.com/watch?v=_CVTt0BmjBE...

-uibo-

Thursday 14 November 2013

Dinar, Dirham dan DAJJAL



Assalamualaikum semua umat Islam...

Kita tahu kita berada di zaman Dajjal...

Zaman di mana ramai yang murtad tanpa sedar...

Zaman di mana dari 1000 orang, 999 akan ke neraka dan hanya 1 akan ke syurga...

Zaman di mana umat ISLAM sendiri akan berpecah kepada 73 golongan,semua 72 ke neraka dan 1 sahaja golongan ke syurga...

Zaman di mana ILMU akan diangkat Allah dengan MEMATIKAN ramai ulama HAQ (benar) dan hanya tinggal orang-orang bodoh yang memakai nama "ulama" atau "mufti" atau "doktor PHd" atau "tok guru" atau "ustaz" atau apa sahaja label "ilmuan" walaupun hakikatnya orang itu hanyalah seorang cikgu Geo, Pilot, atau tukang kebun...

Zaman di mana wanita berpakaian (tidak mahu dilihat) tapi telanjang (mahu dilihat) yang bertujuan menarik perhatian (menggoda) lelaki (berpakaian seksi untuk goda lelaki lemah iman)..tidak terkecuali golongan uploader gambar berniqab yang "berpakaian/menutup/berpurdah" (tidak mahu dilihat/malu dilihat kerana menutup badan dengan kain) tetapi "telanjang" (mahu dilihat/tidak malu dilihat kerana gambar "nangka berbalut" tu dipamer kepada jutaan lelaki bukan mahram kerana mahu "menggoda" lelaki-lelaki soleh kononnya mereka ayu dan solehah dan so-called "pemalu" sedangkan gambar-gambar itu boleh diprivate jika alasan di upload itu untuk tontonan kawan-kawan sejantina)...tidak ada bezanya antara kedua-dua situasi ini kerana kedua-duanya merupakan PENGGODA lelaki yang tidak cium bau syurga....

Zaman di mana zina berleluasa seperti ianya bukan lagi dosa... (Statistik anak haram dari orang Islam-Melayu adalah paling ramai di Malaysia,mencecah jutaan. Jika 1 juta anak haram lahir, bermakna ada 2 juta ahli zina menempah neraka)....

Zaman di mana muzik terlampau berleluasa sehingga dianggap bukan lagi dosa walau sebesar habuk dan juga dianggap HALAL ...seperti yang dikhabarkan dalam hadis sahih bahawa akan muncul golongan di akhir zaman yang menghalalkan zina,arak dan muzik....

Zaman di mana masjid-masjid tersergam indah tetapi kosong dari hidayah....zaman dulu punya masjid,atapnya pelepah tamar,lantainya pasir, tapi 24 jam sentiasa ada yang beramal di dalamnya macam kilang. Tapi zaman sekarang, masjid sangat hebat,mengalahkan istana Firaun, mengalahkan rumah Abu Jahal, mengalahkan istana-istana musuh-musuh Islam lainnya tapi hanya wujud solat berjemaah 5 waktu (itu pun tak sampai satu saf, ada masjid yang cuma hidup 3 waktu atau 2 waktu atau 1 waktu sahaja)...dan waktu lain dikunci....sebab tak ada yang nak buat amal,dan takut Mat Pit curi barang dalam masjid....

Zaman di mana Islam hanya tinggal nama...memang benar kata Nabi, Islam hanya tinggal nama sejak terciptanya IC, tertulis agama "Islam", tapi rukun iman rukun islam tak tahu....satu-satunya tanda Islam ialah bukti dalam IC dan nama yang "Islami"....

Zaman di mana generasi awal Islam (para Sahabat,para Tabiin,para Tabi' Tabiin) dicaci...contohnya seperti Syiah dan geng Anti-Hadis yang mengkafirkan para Sahabat Nabi dan seperti kebanyakan Wahabi/Salafi ekstrim yang menghina imam-imam mazhab (yang merupakan tabiin dan tabi' tabiin)...

Zaman di mana 3 masjid utama tidak lagi dikuasai orang Quraisy sebaliknya dikuasai Yahudi...itu telah terjadi di mana masjidil Aqsa dikuasai Yahudi Zionist yang kafir, masjid Nabawi dan masjidil haram pulak dikuasai oleh Bani Sa'ud (Saudi) yang berketurunan Yahudi tetapi beragama Islam-Wahhabi...

Zaman di mana berlaku peperangan hebat di Syam (Syria, Palestin, Lubnan)...

Zaman di mana berlaku peperangan di Khurasan (Afghanistan dan Iran)...

Zaman di mana berlaku peperangan di Al-Hind (India,Pakistan dan Bangladesh)...

Zaman di mana semua manusia akan dipaksa makan duit riba (wang fiat/wang kertas) seperti yang diramalkan Nabi....

Zaman dimana tidak ada lagi yang peduli hasilnya itu haram atau halal,makanan itu halal atau haram,semuanya tidak mahu diperiksa sebaliknya bergantung kepada khabar angin (tentang penghalalan sesuatu) semata-mata...

Zaman di mana...

Telah hampirnya kedatangan the biggest disciple of Lucifer iaitu Anti-Christ atau DAJJAL...........

Sekian lamanya saya telah berfikir bagaimana untuk DIRI SAYA dan ANAK ISTERI saya selamat daripada fitnah yang maha dahsyat ini...dimana Nabi telah beri amaran bahawa fitnah Dajjal ini merupakan sedahsyat-dahsyat fitnah umpama malam yang menimpa sesuatu kawasan,tidak akan ada kawasan yang cerah melainkan semuanya akan dilimpahkan kegelapan malam...

Maka saya kira saya tidak dapat lari daripada semua fitnah ini samada dari segi makanan,pendidikan,perubatan,kewangan dan lain-lain....

Tetapi setelah saya memohon pertolongan Allah dibantu dengan doa dan solat hajat bidadari saya penyokongku saat melawan fitnah...

Alhamdulillah beberapa fitnah Dajjal di dalam beberapa bidang dapat saya selamatkan diri walaupun tidak sempurna (semoga Allah ampunkan saya dan anak isteri akan ketidak sempurnaan ini,sesungguhnya kami telah CUBA BERUSAHA)...

Antara yang saya dan anak isteri saya lakukan adalah:

1) Boikot sistem pendidikan sekular terutamanya institusi kafir yang bercampur lelaki perempuan dengan mengadakan home schooling yang diajar Rasulullah. (Jangan risau dengan pendirian saya ini kononnya kalau semua boikot sekolah,macam mana umat nak so-called "maju" kerana saya dan anak isteri cuma BERTIGA sedangkan yang sudi melibatkan diri dalam sistem ini masih berbaki beberapa BILLION manusia yang saya kira cukup kot untuk so-called "majukan umat" lah sangat.)

2) Boikot sistem perubatan moden atau bahasa kasarnya perubatan DADAH dan diganti dengan perubatan herba yang diajar Rasulullah.

3) Boikot seboleh mungkin makanan-makanan syubhah yang bukan "makanan" seperti makanan ringan,makanan segera,bahan kimia yang memudaratkan dan diganti dengan makanan sebenar seperti daging,roti,nasi,buah buahan seperti yang dimakan oleh Rasulullah.

4) Boikot seboleh mungkin semua jenis hiburan haram dan semua jenis ejen penyebaran fitnah Dajjal seperti TV,muzik(termasuklah muzik yang kononnya nampak halal sebab "islamik"),movie (termasuklah movie/drama yang kononnya nampak halal sebab "islamik") dan diganti dengan tilawah Al-Quran seperti yang dialunkan Rasulullah sebagai penghibur hati dan hiburan terbaik...

5) Boikot dan melawan sekeras-kerasnya institusi Dajjal terbesar yang bertanggungjawab membawa 90% umat manusia ke neraka iaitu BANK (la'natullahi 'alaihim ajma'in syadid laknat, extremely curse be upon BANK institution, sakht la'nat hei bank ki uper bohot sakht la'nat) dengan menutup semua akaun bank kecuali satu akaun (untuk urusan transfer duit ke luar negara memandangkan saya ni homeless-traveler) dan itu pun digunakan dengan penuh berhati-hati, bila ada duit di masukkan, akan terus dikeluarkan serta merta kerana jika duit itu kekal di dalam akaun,ia akan digunakan oleh pihak bank laknatullahi 'alaihim ajmain untuk melakukan aktiviti riba mereka dan saya akan mendapat sahamnya dan anak isteri saya juga akan makan dari hasil yang syubhah...semua wang saya disimpan dalam bentuk aset sebenar iaitu EMAS dan wang yang diperlukan pula (memandangkan emas tidak digunakan sebagai duit pada zaman ini) saya akan simpan di dalam TABUNG HAJI yang bukan bank tetapi adalah tabung sejati. (Tetapi sayangnya tabung haji tak buat sistem ATM untuk kegunaan transfer luar negara,kalau tak, saya akan patahkan kad ATM bank saya dan guna Tabung Haji sahaja).

6) Boikot semua jenis pinjaman riba samada dalam bentuk pinjaman pelajaran,perniagaan,jual beli kereta dan rumah dan lain-lain dengan membeli semuanya CASH. Alhamdulillah Allah mudahkan hidup saya dengan pembiayaan zakat dari Afrika (zakat kat Malaysia tak iktiraf tempat belajar saya,jadi minta zakat tak dapat) untuk yuran belajar saya, cash money untuk beli motor dan kereta 2ND HAND saya yang cuma berharga RM6700 (RM5000 untuk kereta+RM1700 untuk motor) yang dibeli hasil dari bisnes saya, dan rumah yang disewa RM540 sebulan juga dibayar dengan hasil bisnes saya kerana tiada biasiswa yang saya terima,tiada juga zakat yang saya terima untuk bayar sewa. Jadi hidup kami bahagia je, tak ada hutang, tak ada riba, tempat berteduh ada, kereta motor ada, belajar pun free.

Status ni akan jadi sangat panjang kalau saya detailkan semuanya...

Tapi basically,I hope u guys manage to get the ideas with the topic I'm talking about...

Ini adalah CARA SAYA (yang diambil dari cara Rasulullah) untuk melawan FITNAH DAJJAL....

Ianya praktikal dan terbukti berkesan PADA SAYA....

Walaupun banyak fitnah Dajjal Allah telah bagi taufik (kekuatan) kepada saya dan anak isteri untuk melawannya....

Tetapi siang malam hati saya tetap tidak tenang kerana risaukan nasib di akhirat yang bakal menimpa saya dan anak isteri saya kerana masih ada SATU fitnah Dajjal yang sangat beraaaaattttttt dan jelas keharamannya yang tidak dapat saya dan anak isteri saya lari.....

Iaitu penggunaan wang riba (wang fiat/wang kertas)!

Saya cuba selamatkan anak isteri saya dahulu dengan saya "HARAMKAN" anak isteri saya "sentuh" duit kertas ni...jadi hanya saya seorang sahaja yang menyimpan wang kertas di dalam poket saya dan menafkahi keluarga saya dengannya....dan saya seorang sahaja yang mempunyai akaun bank...

Bidadari saya langsung tak pegang wang kertas ini dan tidak pulak mempunyai akaun bank...semua makan minumnya saya tanggung dan semua keperluannya saya beli tanpa beliau perlu sentuh duit itu..

jadi isteri saya memang dikira "selamat" daripada memiliki walau SATU sen daripada wang kertas dan itu benar-benar hakikat bahawa beliau tidak mempunyai walau satu sen daripada wang kertas dalam simpanan beliau, wang mahar RM1000 yang saya pernah bagi masa kahwin dulu pun dah habis beliau sedekahkan dan ambil sedikit sahaja untuk beli keperluannya ke Afrika bersama saya....

Dan sejak saya ajarkan beliau tentang riba dan kaitannya dengan wang kertas, maka sejak kahwin sehingga ke hari ini beliau tidak pernah meminta belikan apa-apa walau sehelai stokin apatah lagi baju atau barang kemas kerana ingin memiminumkan penggunaan wang kertas dan juga meminimumkan penghisaban di hari hisab kelak....

Begitu juga anak saya yang masih baby,lagilah tidak mempunyai apa-apa...

Tapi sayangnya, kami masih "terpaksa" guna wang kertas tu kerana ia sememangnya "darurat" yang benar kerana sistem wang kertas riba yang dikenalkan Dajjal ni diiktiraf oleh orang-orang bodoh seluruh dunia, sehingga menyebabkan para ulama tiada pilihan lain melainkan terpaksa berfatwa "harus" kerana darurat menggunakan wang kertas ni....kerana ulama(orang berilmu) itu minoriti dan orang bodoh yang mengiktiraf sistem wang riba ini pula adalah majoriti...

Jika ulama bertegas mengharamkan penggunaan wang kertas (yang sememangnya haram) maka golongan minoriti ini tidak dapat berjual beli dan tidak dapat makan kerana hari ini,semua jual beli dan kewangan wajib melibatkan wang kertas....

Wang kertas yang asalnya disandarkan kepada nilai emas telah ditukar kepada wang kertas kosong yang disandarkan kepada riba semata-mata pada tahun 1971 oleh Amerika...

Jadi tak hairanlah beberapa murid kepada syeikh syeikhku (Syaikhul Hadis Maulana Zakariyya Al-khandahlawi) telah lari masuk hutan dan tinggal di sana pada era tahun 70-an dan 80-an dan makan hasil sendiri,ternak binatang sendiri,cucuk tanam sendiri kerana nak selamatkan diri daripada fitnah dajal yang sangat dahsyat ini....

Saya sendiri pada tahun 2010 pernah bertemu dengan salah seorang murid Maulana Zakariyya yang tinggal bersama keluarganya di hutan Afrika selama lebih 20 tahun dan hanya makan hasil sendiri kerana fitnah dahsyat yang tidak disedari ramai ini (fitnah-fitnah dajjal semuanya indah belaka,sebab tu ramai tak sedar dan terjebak dengannya,sebab tu juga nabi bagi amaran berkali-kali tentang kedahsyatan fitnah ni)...

Lari masuk ke hutan dan bukit bersama haiwan ternakan ni adalah perintah Nabi di dalam sebuah hadis riwayat Huzaifah Al-Yamani yang menceritakan tentang kedahsyatan fitnah akhir zaman yang mana tak ada siapa yang mampu selamat daripadanya kecuali jika mereka lari ke hutan atau bukit...

Tapi jika ini yang "didakwahkan" maka ramai yang akan melenting kerana mereka cintakan syurga Dajjal mereka atau ada juga golongan yang fikir "sape nak dakwah kalau semua masuk hutan"....

Jadi di atas sebab itu, "lari masuk hutan" tidak akan menjadi pilihan orang ramai samada ahli syurga Dajjal ataupun ahli dakwah....

Dan ia dilihat "tidak praktikal" oleh mereka walaupun ia arahan Nabi mereka sendiri (semoga Allah pelihara lidah saya daripada mengatakan arahan Nabi tidak praktikal atau tidak releven, Amin)....

Walaupun ada "pendakwah" yang marah kepada idea Nabi untuk "lari masuk hutan" ini kerana alasan "tak ada sape nak dakwah umat kalau semua masuk hutan" tapi saya sangat takjub dengan kehidupan "pendakwah" tu sendiri yang berenang indah dalam syurga Dajjal dan hanya meluangkan SIKIT sahaja masa untuk "dakwah" walaupun itulah KONONNYA alasan untuk mereka terus berada di dalam masyarakat....

Saya berusaha juga menjadi "pendakwah" yang belum lagi ambil keputusan untuk lari ke dalam hutan kerana mahu berusaha dulu "selamatkan" diri dan umat sekeliling...walaupun saya cuba berada di dalam masyarakat Dajjal dalam keadaan cuba untuk elak daripada terkena najis Dajjal...saya tetap tidak dapat elakkan diri daripada terkena najisnya...

kerana untuk selamatkan orang yang berada di dalam lautan najis, kita terpaksa terjun ke dalam lautan najis tu jugak....

Tetapi berbeza dengan orang yang memang suka dan gembira berenang dalam lautan najis Dajjal dan apabila diseru keluar, mereka beralasan "sape nak dakwah kalau semua lari keluar?". Alasan di mulut mereka indah umpama permata, tetapi kehidupan mereka? Setiap bulan keluar masuk bank untuk bayar loan riba rumah kereta,insuran dan lain-lain...

Jika benar ingin selamatkan umat, at least berusahalah sikit untuk minimumkan penggunaan sistem dajjal tu...

Jadi tidak dapat tidak kita (yang beralasan mahu terus kekal hidup dalam masyarakat dajjal) kena ada inisiatif sendiri untuk selamat daripada hal ni....

Sebab saya fikir sampai bila saya mampu "haramkan" anak isteri saya daripada menyentuh duit kertas?

Lambat laun mereka tetap terpaksa berurusan dengan taik dajjal ni...

Memang guna wang kertas itu "haram" yang diharuskan kerana "darurat" sepertimana babi dihalalkan kerana darurat...

Tapi mesti dengan kadar yang sederhana dan cukup-cukup makan...

Kemudian orang berhujah, jika semuanya cukup-cukup makan, tentulah ekonomi akan dikuasai orang bukan Islam kerana umat Islam hanya dibenarkan guna wang kertas dengan kadar yang "cukup makan" sahaja?

Atas sebab itu pula, sekali lagi para ulama mengharuskan wang kertas yang haram ni untuk digunakan secara maksima supaya umat Islam tidak ditindas dalam ekonomi (walaupun fatwa guna wang kertas harus secara maksima dikeluarkan, orang Melayu-Islam tetap paling mundur dalam ekonomi sebab kemalasan mereka sendiri dan sikap "semua-salah-kerajaan" sedangkan bangsa lain macam cina, India, kemboja, thailand, bangla dan lain-lain boleh berjaya hebat dalam ekonomi tanpa ditolong kerajaan langsung)....

Jadi secara fatwanya, wang kertas tu boleh digunakan...

Tapi disebabkan saya dan anak isteri saya mahu menjadi "special" di akhirat (semoga Allah terima) dan menjadi kebanggaan Rasulullah kerana at least "berusaha" untuk lawan sistem Dajjal semampu mungkin, maka kami berusaha sekeras mungkin untuk meminimumkan benda haram yang dihalalkan ni dan memilih jalan takwa....

Wang kertas kami guna sekadar cukup makan, selebihnya kami guna untuk tolong orang Islam terutamanya kat Afrika ni yang tak cukup makan....

Jadi saya pun buat bisnes untuk penuhkan keperluan saya, dan juga untuk bantu sesama muslim...

Jauh sekali untuk kemewahan (na'uzubillahi min zalik)...

Jika ada yang fitnah saya berbisnes untuk kemewahan, atau fikir saya ni gila duit, gila harta, guna agama untuk keuntungan dunia dan yang sewaktu dengannya maka hal ini akan saya adukan pada Rasulullah di mahsyar kelak!

Jadi tujuan saya cerita ni semua ialah untuk menjawab semua persoalan yang diajukan kepada saya berkenaan "bagaimana nak hidup di zaman Dajjal ini tanpa bermaksiat kepada Allah".....

saya tak mahu bagi jawapan yang "kosong" kerana nanti akan dikata cuma kata-kata kosong tapi tak mampu amal...

Oleh sebab itu, saya berikan jawapan yang saya SENDIRI praktiskan kerana saya dan family saya juga manusia, kami bukan alien, jika kami mampu buat,saya yakin penanya juga mampu buat....

Jadi bagi yang risau juga akan kehidupan di zaman dajjal ini seperti saya dan bertanya kepada saya tentang ini, maka inilah jawapan saya kepada soalan kalian...

Bagi yang tak mampu ikut, dan tak nak ikut, dan fitnah pulak saya ni extrimist ke, orang bodoh ke, orang yang cuma tau menghukum ke, orang yang riak dok cerita amalan sendiri ke...

Sesungguhnya setiap inci dari kehidupanku DEMI ALLAH tak ada kaitan dengan korang...

Oleh sebab itu secara rasminya saya katakan I DON'T GIVE A DAMN on whatever u people said....

Don't waste your time on argument with me because it just an another announcement to the public about your own stupidity...

...Selesai...

Untuk persoalan yang saya ingin bincangkan sesama followers yang ikhlas berjuang melawan sistem Dajjal di dalam status ini ialah...

Apakah cara yang paling terbaik untuk kita bermuamalat tanpa (atau guna seminimum mungkin) menggunakan wang kertas?

Ada yang syorkan pakai dinar dan dirham macam zaman Nabi...

Tapi macam mana nak jadikan benda tu pratikal?

Tak kan nak beli air soya yang bernilai RM2 dengan bayaran 1 dinar emas yang berharga RM700 lebih kot?

1 dinar mungkin boleh bayar seekor kambing...

Tapi 1 dinar tak boleh bayar sebiji gula-gula kerana penjual perlu pulangkan baki beratus-ratus ringgit...

Boleh guna,tapi tak praktikal...

Apa yang saya belajar, di zaman pemerintahan Islam dulu, untuk jual beli benda kecik-kecik ni, mereka gunakan "fulus" iaitu logam campuran ala-ala duit syiling zaman sekarang...

Untuk jual beli besar-besar, mereka guna dinar dan dirham....

So macam mana kita nak praktiskan benda ni dalam kehidupan sekarang?

Maybe we can create a community yang jual beli pakai dinar dan dirham dan "fulus"?

Jadi ini tujuan sebenar status panjang ini ditulis...

dengan harapan kita dapat sama-sama bincang cara untuk kembalikan penggunaan dinar dan dirham seperti di zaman Rasulullah.....

Bismillah...

~uibo~

Template by:

Free Blog Templates