Like Sampai Jari Patah

Friday 20 December 2013

Ibnu Batoota dan Kristian



Tulisan yang bakal kalian baca ini merupakan hasil tulisanku tahun-tahun lepas (tak ingat tahun berapa). Dulu saya agak aktif menulis tentang kristianiti (insya-Allah saya akan kembali aktif menulis tentang itu) dan ada satu artikel perdebatan sebenar terjadi antara saya dan seorang negro di Afrika berkenaan Islam dan Kristian. Artikel ini telah berjaya menarik perhatian beberapa nama famous dalam dunia internet yang telah copy link ni dalam web dan page mereka dan asbab dari situlah nama ibnu batoota mula dikenali ramai sehingga ke hari ini.

Selepas peristiwa perdebatan ini berlaku, saya terus rekodkan semua point-point perdebatan satu-persatu di dalam sebuah aplikasi nota dalam hp saya waktu itu, kemudian saya tulis semula dalam blog saya (yang dah dipadam sekarang) versi panjang selepas saya ingat satu persatu dialog kami dibantu dengan nota point-point yang telah saya tulis ketika itu. Jadi dialog antara saya dan dia memang dapat ditulis semula dan bukan rekaan saya.

Kisah bermula:

Kisah ini berlaku 2 bulan lepas kalau tak silap
aku,ketika itu aku baru pulang dari membeli barang keperluan di bandar Lenasia,South Africa. Disini teksi persendirian macam di Malaysia tu tersangat lah mahal,perjalanan 1KM lebih sahaja dikenakan bayaran RM35++,jadi kami selalunya menaiki teksi van yang lebih murah lebih kurang RM2/RM3 yang kami gelar van itu sebagai ‘kombi’(Entah aku pun tak tahu bahasa apa). Semasa aku dalam van itu,aku duduk di sebelah seorang lelaki negro yang kelihatan bersopan dan lemah lembut tutur bicaranya,jadi aku dapat rasakan bahawa dia ini penganut kristian yang berpegang teguh pada agamanya itu.

Aku, Ibnu Batoota (bukan nama sebenar) telah
ditegur oleh pemuda Negro itu.Berikut adalah dialog yang telah diterjemahkan dari bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu Tinggi (BMT) yang berlaku antara aku dan dia.

Pemuda Negro: Hai !

Ibnu Batoota: Hai, apa khabar?

Pemuda Negro : aku sihat. Kamu?

Ibnu Batoota: aku pun sihat.

Pemuda Negro: Kau belajar lagi? Belajar di mana?

Ibnu Batoota: Ya. Di Zack Park..(Nama sebuah tempat di hujung bandar Johannesburg iaitu Zakariyya Park)

Pemuda Negro: Apa yang kau belajar di sana? Selepas habis belajar nanti nanti kau boleh kerja apa?

Ibnu Batoota: Aku belajar bidang berkaitan agama aku, iaitu Islam. Setelah habis nanti,aku mungkin jadi pemimpin agama, ulama, macam paderi (priest) bagi agama kamu.

Pemuda Negro: Oh? Jadi, kau akan bekerja di gereja? (Mereka panggil masjid orang Islam sebagai church)

Ibnu Batoota: Well, not really. Boleh juga hendak kerja di bank (penasihat syariah / perbankan Islam), sekolah dan tempat-tempat lain tetapi kebanyakannya jadi ulama.

Pemuda Negro: Oh ! Jadi, kau akan dipandang tinggi oleh masyarakat nanti?

Ibnu Batoota: Mungkin.

Pemuda Negro: Jadi, kau kena berhati mulia, ambil tahu hal semasa dan masyarakat dan kena bantu masyarakat kerana mereka akan anggap kau pemimpin mereka yang mulia.

Ibnu Batoota: Islam telah ajar semua itu kepada semua penganutnya tidak kira ulama atau orang awam, memang kami kena saling tolong-menolong dan saling memuliakan (ikramul muslimin).

Pemuda Negro: Kau percaya Jesus? (p/s: Dia sudah mula hendak berdakyah)

Ibnu Batoota: Ya, aku percaya Jesus, tapi bukan seperti yang kau percaya.

Pemuda Negro : Kenapa? Apa bezanya kita? Kita percaya pada Tuhan yang sama, tapi kenapa kita mesti berbeza dan bergaduh? (p/s: Ayat perangkap)

Ibnu Batoota: Kami percaya Jesus sebagai Nabi, bukan anak Tuhan!

Pemuda Negro: Aah! Macam mana kau tidak percaya yang dia anak Tuhan? Dia lahir tanpa bapa dan boleh buat macam-macam mukjizat (miracle), dia boleh buat burung dengan tanah dan hidupkan. Dia juga boleh sembuhkan orang yang sakit.

Ibnu Batoota: (memotong cakap dia) Wait! Wait! Wait! Bagi aku cakap pula. Aku mahu tanya kau sesuatu, boleh?

Pemuda Negro: Very well. Apa dia?

Ibnu Batoota: Kau kata Jesus anak Tuhan hanya kerana dia lahir tanpa bapa?

Pemuda Negro: Yes! Definately! (Ya! Semestinya!)

Ibnu Batoota: Adakah ada sebab lain?

Pemuda Negro: Hmmm (berfikir). No! (Tidak ada!)

Ibnu Batoota: Jadi kenapa kau tidak sembah Adam dan Eve (Nabi Adam dan Hawa)? Mereka bahkan wujud tanpa ibu dan bapa. Mereka lebih layak dijadikan "anak Tuhan" berbanding Jesus?

Pemuda Negro: Err.. That’s a tough question (soalan ini sangat sukar)

Ibnu Batoota: Jadi, tidak boleh jawablah?

Pemuda Negro: Hmm, aku rasa, mungkin sebab Jesus ‘dilahirkan’ (born) tapi Adam ‘dicipta’ (created). So, it’s different!

Ibnu Batoota: Kalau beza pun kenapa? Tuhan cuma satu dan seperti mana Dia ciptakan Adam tanpa ibu bapa, macam itu juga dia cipta Jesus tanpa bapa. Jadi, kenapa kau suka-suka saja kata Jesus anak Tuhan?

Pemuda Negro: Bible yang cakap dia anak Tuhan. Kau tidak baca Bible?

Ibnu Batoota: Bible yang mana? (Dengan nada sinis mengejek sebab Bible ada banyak versi dan masing-masing bercanggah).

Pemuda Negro: Bible versi ni (Dia sebut nama tapi Ibnu Batoota terlupa namanya)

Ibnu Batoota: Jadi, Bible ini perkataan Tuhankah?

Pemuda Negro: Ya.

Ibnu Batoota: Versi yang lain, perkataan siapa pula?

Pemuda Negro: Err … Hmm.

Ibnu Batoota: ?

Pemuda Negro: Hmm. Aku rasa, kau ini seorang wali (saint). Aku ini belajar di sekolah gereja dan kami belajar mengenai Kristian tapi soalan semudah ini aku tidak boleh jawab (kerana tak pernah terfikir).

Ibnu Batoota: Hahahahaha! Kalau aku kau panggil saint (wali), mungkin guru aku kau ambil jadi Tuhan ke-4. (Kristian percaya kepada konsep 3 Tuhan 3 in 1 yang mereka namakan trinity, macam instant coffee 3 in 1).

Pemuda Negro: Mungkin aku kena bawa kau jumpa
paderi aku. Kau akan dapat semua keterangan di sana. Kau akan jadi Kristian dan kita akan bersaudara, okey?

Ibnu Batoota: Aku memang mahu kau jadi saudara aku, tapi dalam Islam. Insya-Allah, aku akan jumpa paderi kau dan Islamkan dia. Okey?

Pemuda Negro: Hahaha. Tidak mungkinlah. Sebab kami yakin Kristian adalah agama yang benar.

Ibnu Batoota :eleh..ni aku pulak nak tanya. Kau kenal (Nabi) Muhammad?

Pemuda Negro: Ya. Aku mendengar mengenainya sejak kecil.

Ibnu Batoota: Bagi kau, dia siapa? Nabi atau Tuhan?

Pemuda Negro: Dia adalah manusia seperti aku, ada daging ,rambut dan lain-lain. Tidak ada apa-apa yang istimewa.

Ibnu Batoota: Jadi, adakah Jesus seorang makhluk asing (alien)? Tidak ada rambut, daging dan lain-lain?

Pemuda Negro: Hahaha…bukan…maksud aku, dia tidak ada kelebihan macam Jesus… Dia tak boleh sembuhkan penyakit, cipta burung dengan tanah dan lain-lain.

Ibnu Batoota: Mukjizat itu memang diberikan kepada semua Nabi tapi dengan keajaiban yang berbeza. Solomon (Nabi Sulaiman) mukjizat dia lain, Moses (Nabi Musa) lain, Abraham (Nabi Ibrahim) lain, Yoshua (Nabi Yusha) lain, David (Nabi Daud) lain,Joseph(Nabi Yusuf) lain…mereka semua adalah Nabi. Kenapa kau tak sembah mereka semua sedangkan mereka pun boleh buat benda-benda ajaib?

Pemuda Negro: Tapi ….

Ibnu Batoota: Tapi apa?

Pemuda Negro: Hmm… Oh ya! Mereka berbeza dengan Jesus kerana Jesus lahir tanpa bapa! Mereka semua pula lahir seperti biasa!

Ibnu Batoota: Jadi, macam mana dengan Nabi Adam yang aku sebut tadi?

Pemuda Negro: Err…….hmm….(Dia fikir, kemudian
senyum seorang diri). Aku rasa kau ini memang saint (wali) yang dihantar oleh (Nabi) Mohammed. Aku tak pernah jumpa orang macam kau!

Ibnu Batoota : Hah! Jangan merepek! Aku orang biasa saja, siapa suruh kau tegur aku…hahaha…banyak soalan aku kau tak jawab. Sekarang, aku mahu tanya lagi.

Pemuda Negro: Aku akan take note dan rujuk semua ini pada paderi aku.

Ibnu Batoota: Ok, kau sayang Jesus?

Pemuda Negro: Tentulah!

Ibnu Batoota: Jesus sayang kau?

Pemuda Negro : Mestilah … dalam Bible cakap ‘Jesus loves you’. Dia sayang pada aku dan kau.

Ibnu Batoota: Apa tanda dia sayang aku dan kau?

Pemuda Negro: Dia telah rela disalib dan mati di tiang salib untuk tebus dosa semua umat manusia sampai kiamat.

Ibnu Batoota: Jadi, kita bolehlah buat dosa sesuka hati sebab sudah diampunkan?

Pemuda Negro: Bukan! Bukan! Kalau kau buat dosa, kau kena dapatkan surat pengampunan daripada priest, priest ini wakil Jesus.

Ibnu Batoota: Habis, siapa pula yang hendak bagi surat pengampunan kepada priest?

Pemuda Negro: Hahaha! kau saja hendak kenakan aku ya?

Ibnu Batoota: No! Aku serius ni!

Pemuda Negro: Priest tidak ada dosa. Dosa mereka sudah terampun sebab mereka sudah serah diri pada gereja dan sanggup tak kahwin.

Ibnu Batoota: Jadi, priest boleh buat dosa sesuka hati dia sebab sudah diampun?

Pemuda Negro: Bukan. Mereka tidak buat dosa!

Ibnu Batoota: Aku selalu baca berita yang priest rogol budak dalam bilik pengampunan dan homoseks sesama priest . Itu apa cerita?

Pemuda Negro: Err …! (tersenyap)

Ibnu Batoota: Hehehe … (ketawa sinis)

Pemuda Negro: Itu gereja tempat lain. Mereka mazhab lain. Lagipun itu masalah peribadi.

Ibnu Batoota: Well, kalau aku masuk Kristian, aku mahu jadi priest-lah, boleh buat dosa sesuka hati…hehe…

Pemuda Negro: Kau dah salah faham ni…agama kami bukan macam itu…

Ibnu Batoota: Oh ya, tadi kau kata Jesus disalib. Hmm, aku terfikir satu benda la…

Pemuda Negro: Ya, apa dia?

Ibnu Batoota: Kalau dia anak Tuhan, kenapa Tuhan biar manusia salib anak dia?

Pemuda Negro: What???Wow. Aku tak pernah terfikir. Tapi aku rasa mungkin sebab itu pilihan dia, untuk berkorban demi pengampunan dosa manusia sejagat.

Ibnu Batoota: Jadi, memang dia lah yang nak mati?

Pemuda Negro: Ya…mesti la…dia sayang kita…

Ibnu Batoota: Jadi dia bukanlah tuhan sebab dia boleh mati, kalau tuhan boleh mati,sapa yg nak matikan kau?

Pemuda Negro: Hahaha…kau ni kan!!!itu kerja God
(Allah) bukan kerja anak dia….

Ibnu Batoota: Ok, tapi kau tak jawab pun soalan aku, dia kan anak tuhan,kenapa dia mati?

Pemuda Negro: No…dia cuma mati jasad manusia
sahaja…tapi hakikatnya dia masih hidup…

Ibnu Batoota: =_=’ hampeh mamat ni (ckap dlm hati).

Ok…kau ckp kau sayang Jesus kan…?

Pemuda Negro: Of course…(tentulah....)

Ibnu Batoota: Kalau Jesus ada dpan kita sekarang, dia akan sokong aku ke kau?

Pemuda Negro: Mestilah aku! Aku penganut agama dia!

Ibnu Batoota: Aku pun pnganut agama dia (yang sebenar)….dia org Islam, dia percaya satu Tuhan…

Pemuda Negro: Aku tak percaya tu….

Ibnu Batoota: Dia tak akan sokong kau sebab kau bukan pengikut dia…

Pemuda Negro: Kenapa pulak?

Ibnu Batoota: Kau pernah tengok Jesus(Isa) dan Marry (Maryam)?

Pemuda Negro: Ya…(Di gereja mereka melukis gambar Nabi Isa dan Maryam)

Ibnu Batoota: Kenapa ye dia berjanggut tebal, berjubah putih, rambut panjang memang sebjik macam Mohammed dan juga macam aku ni haa~ (aku pakai jubah putih,rambut panjang dan berjanggut lebat waktu itu)…..dan kenapa ye Marry pakai jubah hitam dan bertudung? sebijik macam wanita kami(muslimah solehah, bukan muslimah fasiq)…

Pemuda Negro: Itu pakaian mereka zaman tu…

Ibnu Batoota: Jadi,kenapa priest pkai macam tu?

Pemuda Negro : Itu peraturan gereja dan tanda mereka cintakan Jesus dan Marry, sebab itu tiru pakai macam mereka…

Ibnu Batoota: Tadi kau cakap kau sayang Jesus, tapi kenapa kau tak tiru macam dia pakai?? Jadi hakikatnya aku lebih sayangkan Jesus daripada kau…

Pemuda Negro: Hmm……

Ibnu Batoota: Sebenarnya berjanggut, berambut
panjang, berjubah adalah fitrah semua Nabi dari Nabi Adam…mereka semua diperintahkan pakai macam tu oleh Tuhan dan ini membuktikan kenabian Muhammad sebagai Nabi terakhir…buktinya,lihat lah semua muslim (orang-orang islam kat sini memang majoriti berjubah
dan berjanggut sebab janggut wajib bagi mazhab hanafi dan muslimahnya berpurdah/ kalau perdebatan ni berlaku kat Malaysia, memang kantoilah aku sebab orang Melayu lebih suka pakai pakaian orang kafir daripada pakaian Nabi sendiri), mereka semua berpakaian dan meniru fizikal Muhammad,dan Muhammad pula sama seperti Jesus sebab ia adalah ‘trademark’ para nabi…(sebab tu ulama tekankan kita mengikuti sunnah nabi, berjubah, berserban dll)

Pemuda Negro: Hmm……….aku rasa kita tak perlu bahas benda ni…kita percaya benda yang sama cuma ada sedikit perbezaan je…(dia terasa sbb dia cuma pakai kemeja dan jeans,tiada janggut)

Ibnu Batoota: Betul…tapi masalahnya perbezaan yang kau cakap kecil tu sebenarnya besar! Jesus tak mungkin jadi anak Tuhan tapi dia adalah Nabi….Tuhan cuma satu!

Pemuda Negro : Hmm……memang betul kau ni saint Mohammed datang nak buat aku ragu dengan agma aku…

Ibnu Batoota: Apa pulak? …kau yang tegur aku dulu…haha!

Pemuda Negro: Hahaha. (dia gelak skali)

Ibnu Batoota: Ada satu benda lagi berkaitan crucify (salib) aku nak tanya…

Pemuda Negro: Errr.....ya….. (dia dah gelabah sikit)

Ibnu Batoota: Kau cakap Jesus rela disalib untuk pengampunan umat kan?

Pemuda Negro: Ya…betul…dia penyelamat umat…

Ibnu Batoota: Habis tu kenapa dia meronta-ronta ketika ditangkap dan merintih macam tak rela je bila kena salib?(sebab mengikut sejarah, Nabi Isa diangkat ke langit oleh Allah dan yang dibawa ke tiang salib tu orang lain dan dia menjerit-jerit mintak dilepaskan dan merintih/ orang Kristian sendiri percaya sejarah tentang rintihan ni).

Pemuda Negro: ………………(buat muka sekupang)

Ibnu Batoota : What? Aku tanya je….

Pemuda Negro : Hmm……aku rasa kau betul-betul kena jumpa priest aku……

Ibnu Batoota: Ok… (Kebetulan van dah smpai depan madrasah dan aku menjerit kepada driver suruh berhenti)

Pemuda Negro: Eh? Dah smpai dah? Aku baru nak tanya soalan dan nak mintak no telefon kau…

Ibnu Batoota : (Sambil angkat-angkat barang) Alaaa kau nampak sekolah aku ni? haaa nanti kau bawak semua paderi kau ke sini tau…jumpa aku dan guru-guru aku… (Sebenarnya aku tak ingat no telefon aku berapa,haha)

Pemuda Negro: Nak buat apa?

Ibnu Batoota: Nak Islamkan kau dan paderi-paderi kau….(sambil buat muka macho,kebetulan angin tengah kuat, menggerbang je tali serban aku tu)

Aku pun tinggalkan van tu dan bawak barang aku yang dekat 30kg seorang diri balik asrama.

-tamat-




-uibo-

Saturday 7 December 2013

Ayuh BANGKIT

Bismillahirrahmanirrahim...

Bumi bertuah bumi Malaya satu masa dulu pernah menjadi empayar hebat yang digeruni seluruh pelusuk masyarakat dunia...

Bangsa Malaya Islam pernah menjadi pusat tumpuan dunia perdagangan....

Bahasa Melayu pernah menjadi Lingua Franca....

Ia hebat bukan kerana Melayu,
Tetapi Melayu yang hebat kerana Islam,
Atas sebab itu,Dajjal cuba hapuskan Islam di tanah Malaya agar kekuatan itu hilang...

Islam menyatukan seluruh umat di Malaya dan seluruh Nusantara termasuk Indonesia, Brunei, Sulu, Pattani, Filipina dan lain-lain....

Bahkan Empayar Agung China yang lebih awal mendapat Islam juga mengkagumi dan menghormati Empayar Islam Nusantara....

Tapi kini Islam "dihancurkan" Dajjal maka pergaduhan antara Nusantara berlaku walaupun sesama saudara Islam...

Indonesia membenci Melayu...
Sesama Melayu memacaikan sesama Melayu kerana politik...
Sulu menyerang Melayu...
Filipina ramai yang murtad...
Pattani disiamkan Thailand...
Melayu pula dimurtadkan Syiah(anti-Quran)...
Dimurtadkan Kristian(anti-Islam)....
Dimurtadkan puak Quranist(anti-hadis)...
Disesatkan Wahhabi(anti-hadis daif)...

Maka Islam di Nusantara "musnah" akibat kroni-kroni Dajjal ini....

Di mana titik kesatuan?

Bagaimana kita boleh menjadi kuat seperti dahulu?

Disinilah pentingnya mempelajari SEJARAH....

Islam dulu bersatu di bawah payung SIASAH Sultan yang berdaulat, tiada perpecahan politik mengikut parti...

Di bawah bayangan bangunan FIQH mazhab Asy-Syafi'e...

Di dalam naungan AKIDAH mazhab Al-Asy'ari...

Diliputi pula dengan keindahan TASAWWUF mazhab Al-Ghazali....

Selama ratusan tahun Islam berdaulat di Nusantara kerana sepakat umat Nusantara untuk berpegang kepada semua ini.....

Tetapi kini, sedikit demi sedikit Dajjal cuba menghapuskan titik kesatuan ini dengan menghapuskan SIASAH kesultanan dan diganti demokrasi...

Mazhab FIQH Syafi'e diganti mazhab "tafsir Quran Hadis sendiri"...(Sedangkan baca Quran pun masih merangkak)

Mazhab AKIDAH Asy'ari diganti mazhab Wahhabi yang mengajarkan akidah Hindu(ada jisim tapi tak serupa jisim makhluk, macam patung hindu, ada tangan,tapi tak serupa makhluk punya tangan, sebab tu tangan patung Hindu ada banyak)....

Ajaran Sifat 20 mazhab Asy'ari diganti dengan Tauhid 3 serangkai (uluhiyyah,rububiyyah,asma sifat) Ibnu Taimiyyah....

Ajaran TASAWWUF dan AKHLAK mazhab Al-Ghazali diharamkan Wahhabi dan dikafirkan pula orang yang mempelajarinya (yang mereka gelar sebagai SUFI) dan diganti dengan akhlak buruk Wahhabi yang ajarkan sikap kafir mengkafir umat Islam, bidaah bidauh bidaih sana sini, syirik kufur itu ini, sesat sana sesat sini....

Ditambah lagi dengan Syiah, Kristian, Quranist, Liberal, ajaran-ajaran sesat kampung dan sebagainya.....

Maka atas ini.....

1) Saya menyeru agar semua umat Islam bersama berganding bahu untuk menyokong penuh 100% hasrat untuk UMNO dan PAS bergabung demi Islam yang dimulakan langkahnya oleh Tuan Guru Mulia Haji Hadi untuk bermuzakarah dan disambut baik pula oleh DS Pak Najib....kami sangat mengharap tiada ejen atau kroni Dajjal cuba interupt muzakarah ini dan mahu terus umat Islam berpecah...

Saya juga menyeru agar ahli PAS dan UMNO saling mengamalkan politik sihat kerana Freemason sedang bergiat menjadi "pembangkang" dan jadi "kerajaan" untuk membakar "ikan-ikan bilis" dari kedua-dua pihak. Misalnya: Apa yang mereka perlu lakukan hanyalah edit gambar Pak Najib dengan penghinaan kemudian sebarkan di Internet dan bangkitkan kemarahan orang kerajaan kepada pembangkang (sedangkan pembangkang hanya diam pada mulanya), kemudian mereka pula edit gambar pemimpin pembangkang dengan penghinaan dan menyebabkan orang pembangkang pula meroyan dan memacaikan orang kerajaan, jadi penuh di status-status pembangkang dan kerajaan perkataan caci maki dan penghinaan sehingga gugurlah pandangan rahmat Allah kepada kedua-dua pihak sepertimana yang dikhabarkan di dalam HADIS Nabi...Freemason pulak goyang kaki dan ketawa melihat sesama umat Islam ASWJ bergaduh dan caci mencaci...

Oleh sebab itu, jangan diperbodohkan MEDIA DAJJAL....

Berpegang teguhlah pada MEDIA yang paling SAHIH sehingga kiamat iaitu QURAN dan HADIS yang mengajarkan kita bahawa musuh kita BUKAN umat Islam (PAS atau UMNO), tetapi musuh sebenar kita ialah SYAITAN (Freemason)...

2) Saya juga menyeru agar umat Islam membantu untuk menghapuskan ajaran-ajaran sesat seperti Wahhabi (yang difatwakan sesat oleh mufti-mufti Malaysia), Syiah (yang difatwakan sesat oleh mufti-mufti Malaysia) dan lain-lain ajaran sesat yang tidak perlu difatwakan sesat sebab dah jelas sangat kesesatan mereka....

Langkahnya ialah kita sendiri jauhi fahaman-fahaman ini dan terus berpegang teguh kepada mazhab Syafie untuk masalah FIQH, mazhab Asy'ari untuk masalah AKIDAH dan mazhab Al-Ghazali untuk masalah AKHLAK/TASAWWUF...

Saya juga menyokong penuh Mufti Kedah yang lantang suarakan kesesatan Wahhabi, dan juga mufti-mufti lain....

Kini Wahhabi dah banyak menusuk masuk ke dalam JAKIM secara perlahan-lahan, jangan sampai mereka masuk ke Institusi Fatwa pulak macam yang berlaku di Perlis dan menyingkirkan mufti-mufti ASWJ....

Kami sangat berharap agar semua sultan dan raja Melayu terus berpegang kepada ajaran ASWJ yang merupakan sumber kekuatan Islam di Nusantara...

3) Saya menyeru agar tidak melayan video atau blog atau laman web atau page yang cuba melaga-lagakan Malaysia dan Indonesia kerana semua itu dibina oleh Freemason untuk kita bergaduh sesama sendiri...

Seperti biasa, Freemason hanya perlu membuat beberapa blog dan video yang menghina Malaysia atau Indonesia, maka dua negara menjadi bertelagah kemudian video dan blog yang saling menghina bercambah begitu banyak macam cendawan menyebabkan Freemason hanya goyang kaki dan melihat Malaysia dan Indonesia bergaduh...

Oleh sebab itu jangan jadi BODOH dan DIPERBODOHKAN oleh Freemason kerana kita ini MUSLIM...

MUSLIM itu hebat dan pintar, tidak mudah diperbodohkan orang kafir kecuali jika "Islam" telah pudar dari dirinya....

Jangan anggap ini hanyalah "anggapan" saya kepada Freemason, saya dapat info tentang usaha memecah belahkan Malaysia dan Indonesia ini dari ahli Freemason sendiri di Afrika yang telah mendapat hidayat dan memeluk Islam, sekarang dia hidup dalam pelarian kerana diburu Dajjal untuk dibunuh....

Note: We are better than this, marilah kita bersatu dan kembali menjadi gelombang kuasa kuat melawan Dajjal, musuh kita bukan Amerika, Israel, British atau mana-mana negara, mereka itu semua hanyalah BONEKA yang digunakan Dajjal. Musuh sebenar kita ialah DAJJAL dan kroni-kroni FREEMASON nya....

Jika tidak mahu menjadi watak akhir zaman yang mencetuskan kebangkitan Islam...

Sekurang-kurangnya...

Janganlah jadi watak akhir zaman yang menyebabkan kehancuran umat.....


-uibo-

3 MISI SYIAH

Misi Syiah ada 3:
Misi pertama: Syiahkan semua dunia Islam. 200k org mereka sudah dlm Msia. Ada sebagai pelajar, pekedai, pelancung ttp semua berlakun sebenarnya nak sebarkan syiah. Golongan sasaran adalah pelajar2, orang2 profesional dan berjawatan tinggi dan juga org awam yg jahil.
Produk dibawa: Produk utk pelajar2 sekolah dan Univ dan busy people-"Solat Nabi"-subuh sekali, zohor asar jamak, magrib dan isya jamak.
Produk utk org2 profesional dan khawas: "kahwin Nabi"- mutaah. Ada 3jam seminggu sebulan dan macam2 lagi.
Produk utk org awam yg dia rasa boleh makan-produk keliru nombor eg Abu Hurairah masuk islam tahun 7hijrah riwayat 5374 hadis manakala Ali rhu cuma riwayat 586 hadis so mana lojiknya. (Sebenarnya Abu Hurairah sentiasa bersama Nabi manakala Ali rhu sibuk keluar berjuang dijln Allah yg mana org awam ramai taktau.
2. Cerita Abu Bakr marah Fatimah tapi mereka tak cerita habis.
3. Mengangkat pemimpin2 mereka setinggi tingginya sehingga kita rasa pemimpin mereka hebat. Ini sudah memadai utk memudahkan jarum seterusnya.
4. Takiyyah ajak kita bersatu dgn mereka dgn mengutarakan persamaan2 antara kita dan mereka cth tuhan dan Nabi yg sama buat apa gaduh2 dsb....utk memudahkan mereka move next step.
5. Menyusup masuk apa sahaja persatuan pertubuhan islam, semua parti politik. Sbg wadah sahaja utk mensyiahkan org islam.
Misi2: Hendak menguasai semua kerajaan Islam didunia ini. Skrg sudah dpt Iran dan Iraq dan sdg mendapatkan syria.
Misi3: Hendak mengendalikan Makkah dan Madinah.
Mengajak berdebat-utk meragukan org awam dikalangan ASWJ. Membawa kata2 ulama ASWJ yg tidak berapa faham ttg siapa syiah. Bawa ahlul bait juga utk kelirukan.
Misi membunuh ulama ASWj.
Kenapa org islam masih ikut mereka?
1. Syaitan mengindahkan amalan mereka.
2. Nafsu suka amalan2 mereka yg dimudahkan eg jamak dan nikah mutah.
3. Jahil tiada ilmu agama. Cth maulana ada tanya seorg profesor kenapa jadi syiah? Dia kata dari pembacaan. Dia banding antara sunnah dan syiah melalui pembacaan dan syaitan telah buat keputusan memilih syiah utk dia. Akibat jahil agama jahil apa syiah sebenar.
Syiah sebenar hanya dpt difahami bila belajar syiah dgn mereka sendiri dan duduk bergaul dgn mereka dimana tiada taqiyyah ketika itu. Sbb itu fatwa sebelum 1996 masih mengecualikan 2 imamiah daripada 12 daripada sesat kerana kefahaman terhadap syiah tidak mendalam.


-mum-

Template by:

Free Blog Templates