Like Sampai Jari Patah

Sunday 14 July 2013

PERMASALAHAN SOLAT QADHA

Solat qadha terbahagi kepada dua:-

1. Meninggalkan solat kerana keuzuran seperti tertido.
- Disunatkan menyegerakan qadhanya supaya terlepas dari tanggungjawab dengan segera.
- Disunatkan juga mendahulukan qadha sekiranya tidak ditakuti habis waktu untuk solat tunai tersebut. - Disunatkan juga mengqadha solat mengikut tertib solat tersebut seperti mendahulukan solat subuh ke atas solat zohor.

2. Meninggalkan solat dengan sengaja.
- Wajib menyegerakan qadha
- Wajib melapangkan sepenuh masa untuk menqqadhanya kecuali masa yang diperlukan untuk keperluan hidup seperti mencari rezeki untuk kehidupan dia dan orang dibawah tanggungannya. Haram untuknya melapangkan masa untuk perkara yang bukan menjadi keperluan hidupnya seperti bercakap sia2,main game,main facebook dan yang seumpama dengannya.
- Wajib mendahulukan solat qadha yang disengajakan keatas solat qadha yang kerana keuzuran. Haram didahulukan qadha kerana keuzuran yang disengajakan tetapi solat adalah sah.

PERHATIAN!! HARAM menunaikan apa2 bentuk solat sunat bagi orang yang masih ada solat qadha yang belum disempurnakan.

(Rujukan kitab bushral kariim syarah kepada mukaddimah hadhramiyah dan juga kitab mughnil muhtaaj syarah kepada minhaajuttolibiin.)

By: Maulana Usamah Muhammad.

Admin:

Siapakah orang yang DIWAJIBKAN untuk mengqadha solatnya?
-Lelaki: Yang beragama Islam, berakal dan suci.
-Perempuan: Tidak diwajibkan mengqadha solat-solat yang terpaksa ditinggalkan semasa berada didalam keadaan haid.

Jumhur ulamak pelbagai mazhab bersepakat bahawa orang yang meninggalkan solat diwajibkan mengqadakannya sama ada dia terlupa atau sengaja meninggalkannya. Lalu bagaimana jika seseorang itu meninggalkan solat dengan sengaja selama berpuluh-puluh tahun?

Contoh kalau seseorang itu meninggalkan solat selama 20 tahun, hendaklah dia mengira sebanyak mana solat yang perlu digantikan. Contohnya 365 hari (1 tahun) dikalikan dengan 5 (solat 5 waktu) iaitu bersamaan dengan 1825 waktu yang perlu diganti. 1825 waktu pula dikalikan dengan 20 tahun, hasilnya ialah 36500 solat yg perlu digantikan. Jadi masing-masing boleh mengira sendiri samada dalam tempoh 20 tahun itu dia pernah solat tetapi dalam sekitar 20% sahaja daripada waktu itu, maka tolaklah 20% daripada jumlah waktu yang perlu diqadhakan itu.

Dengar macam berat, tapi sebenarnya itulah tanda kasih sayang Allah. Allah memerintahkan kepada kita untuk solat, mungkin kita dulu jahil/lagha sehingga meninggalkan solat yg sememangnya wajib ke atas kita. Allah sememangnya nak masukkan kita ke dalam syurga dengan rahmatNya, maka solat merupakan salah satu ibadah yang menjadi kuncinya. Jadi, sebenarnya solat adalah salah satu ibadah yang merupakan satu perjanjian antara kita dengan Allah SWT, seperti yang telah disebutkan didalam sebuah hadith:

Daripada Ubadah bin Al-Shomit RA dia berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: 'Sembahyang lima waktu itu telah diwajibkan oleh Allah ke atas hamba-hambaNya. Barangsiapa yang menunaikannya, bermakna dia tidak mensia-siakan sesuatupun daripada kewajipan tersebut lantaran memandang ringan terhadapnya, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Dan sesiapa yang tidak menunaikannya maka dia tidak ada apa-apa perjanjian di sisi Allah. Sekiranya Allah menghendaki Dia akan mengazabkannya dan jika Dia kehendaki, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga." (Hadith riwayat Abu Daud (1420) dan lain-lain).

Ada sebuah hadith yang berbunyi: Daripada Anas RA daripada Nabi SAW sabdanya: "Sesiapa yang terlupa (mendirikan sembahyang) maka dia hendaklah sembahyang apabila dia mengingatinya dan dia tidak dikenakan kafarrah melainkan mendirikan sembahyang tersebut. Baginda membaca firman Allah yang bermaksud: Dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati-Ku. (Thaha: 14)" (Hadith riwayat Al-Bukhari (572) dan Muslim (684) )
Jadi daripada hadith ini jelaslah bahawa qadha solat sebaik sahaja kita teringat solat yang kita masih belum tunaikan setelah habis waktu kerana terlupa atau tertidur, wajiblah dia mengqadha solatnya itu tetapi tidaklah diwajibkan bersegera untuk menunaikannya. Ia berbeza kepada orang yang sengaja meninggalkan solat kerana malas, maka wajiblah dia segera mengqadakannya dan memperuntukkan lebih banyak waktu lapang untuk digunakan bagi mengqadha solat.. Bagi mereka yang terlupa atau tertidur sehingga tertinggal 1 atau lebih waktu solat, kadangkala seseorang itu akan teringat pada masa-masa yang dimakruhkan (makruh jenis tahrim, yakni makruh yang hampir ke tahap haram) untuk solat seperti waktu:

1- Ketika matahari berada di tengah-tengah langit - kecuali pada hari jumaat - dan selepas sembahyang Subuh sehingga matahari naik setinggi tombak (setinggi satu galah).
2- Selepas sembahyang Asar hingga jatuh matahari.

Maka pada waktu-waktu sebegini tidaklah dilarang untuk menunaikan solat qadha.

Dimana pula dalil-dalil yang memerintahkan solat qadha bagi mereka yang meninggalkan solat biarpun bertahun-tahun kerana malas? Seperti yang kita ketahui, sumber ilmu yang menjadi tatapan para ulamak untuk istinbath (menggali) sesuatu hukum tauhid dan feqah itu adalah daripada Al-Quran, hadith (yang diambil untuk dijadikan sunnah), ijma dan qias. Tetapi tidak terdapat hukum daripada Al-Quran dan hadith yang mengatakan seseorang itu hendaklah mengqadhakan solatnya yang telah ditinggalkan bertahun-tahun. Ini kerana pada zaman Nabi SAW majoriti umat Islam pada zaman itu, begitu jarang sekali ada orang Islam yang meninggalkan solat selain terlupa dan tertidur. Jadi para ulama mendapati masalah ini mula berlaku apabila umat Islam semakin jauh daripada agama dan melalaikan kewajipan solat. Jika seseorang itu meninggalkan solat dengan sengaja kerana malas, ia masih tidak dianggap sebagai kafir kecuali kepada mereka yang mengatakan solat itu tidak wajib dan sebagainya. Oleh kerana itu para ulama bersepakat terutamanya dalam mazhab Syafie mewajibkan bagi orang yang meninggalkan solat dengan sengaja selama bertahun-tahun hendaklah menggantikan/mengqadhakan solat itu dengan kadar yang tertentu bergantung kepada berapa banyak solat yang ditinggalkan oleh seseorang itu.

Apakah itu ijma'? Ijma' merupakan sumber rujukan yang ketiga daripada sumber-sumber hukum (selepas Al-Quran dan sunnah), apabila kita tidak dapati sesuatu hukum di dalam Al-Quran dan as-Sunnah maka kita lihat, adakah perkara tersebut telah disepakati oleh ulama' atau tidak. Sekiranya ia merupakan ijma' ulama', makan hendaklah kita menerima dan beramal dengannya.

Q - Solat sunat, pun tak bolehkah? Rugilah kalau tak solat sunat. Saya baca banyak buku-buku yang menerangkan keutamaan solat-solat sunat seperti solat sunat Dhuha, witir, tarawikh, hari raya dan sebagainya yang sangat banyak fadilatnya. Takkan tu pun tak boleh kot? Kot ye pun, takkanlah sampai haram..?
A- Sepakat ulamak mengatakan haram solat sunat selagi solat qadha masih belum selesai ditunaikan. Selain solat jenazah (solat jenazah merupakan fardhu kifayah, maka ia berbeza antara fardhu kifayah dengan sunat), semua solat sunat seperti solat dhuha, witir, solat terawih, solat sunat hari raya aidilfitri/aidiladha, rawatib, solat hajat, solat taubat dan sebagainya diharamkan kepada mereka yang mempunyai solat fardhu yang masih tidak diqadhakan lagi. Ini kerana 1 solat fardhu lebih baik berganda-ganda daripada semua fadilat-fadilat solat-solat sunat yang disebutkan tadi. Jika kita menunaikan solat-solat sunat seumur hidup kita pun, ia tidak akan mampu menggantikan 1 solat fardhu sekalipun. Janganlah kita lupa, solat fardhu merupakan amalan ibadah kita yang pertama akan dinilai di akhirat nanti.
Bukankah kita boleh menggantikan solat-solat sunat itu dengan solat wajib? Contohnya sekiranya kita berjemaah di masjid, nak masuk masjid bukankah perlu solat sunat tahiyatul masjid? Maka gantikanlah solat sunat tahiyatul masjid itu dengan solat fardhu qadha Subuh contohnya.. Begitu juga dengan solat sunat Dhuha dan sebagainya... Dan bagaimana pula dengan solat terawih dan solat sunat hari raya..? Setahun sekali saja kita dapat menemui solat-solat seperti ini, bukan..? Maka gantikanlah solat sunat terawih itu dengan solat fardhu qadha.
Jadi masing-masing fikirkanlah sendiri, samada berbaloi atau tidak solat sunat sedang solat qadha belum diselesaikan lagi.

Q - Bagaimana cara-cara untuk qadha solat fardhu?
A - Niat solat qadha ialah seperti biasa, tetapi berbeza sedikit yakni dengan meniatkan qadha, perhatikan: "Usolli fardhal subhi rok'ataini QADHAAN lillahitaala", bermaksud: "Sahaja aku menunaikan solat fardhu subuh 2 rakaat QADHA kerana Allah taala."

Bagi yang mahu qadha solat fardhunya di masjid untuk mengelakkan sebarang fitnah untuk solat Subuh, solat seperti biasa, tetapi ketika hendak membaca doa qunut, pendekkan sahaja bacaannya sekadar rukun yakni:
-Bacaan qunut itu sendiri
-Selawat ke atas Nabi SAW.
Dalam hal ini, cukuplah sekadar membaca sepatah bacaan qunut, contohnya "Allahummah dini fiiman hadait" kemudian terus sambung membaca selawat ke atas Nabi SAW, iaitu: "Fasallallahu'ala saiyidina Muhammadinin Nabi ummiyyi wa'ala 'alihi wasohbihi barik wasallim." kemudian barulah turun sujud. Jangan turun sujud selagi tidak sempurna rukun bacaan doa qunut tadi, yakni hendaklah membacanya sehingga habis dalam keadaan berdiri itu. Angkat tangan untuk berdoa pun sunat, tak perlu angkat tangan untuk berdoa. Kemudian bagi yang mahu menunaikan solat qadha Zuhur, Asar, Maghrib atau Isyak, buatlah dirumah, atau boleh saja melakukannya dimasjid jika kita tidak mempedulikan pandangan orang (itulah yang sebaik-baiknya, kerana kewajipan menunaikan solat qadha lebih penting daripada menilai perhatian orang lain).

Berkenaan dengan solat sunat terawih dan solat sunat hari raya, bagaimana pula untuk qadha solat fardhu dalam keadaan berjemaah? Mengenai hal ini, mungkin agak rumit untuk diperjelaskan dan difahami oleh pembaca, tetapi saya akan cuba untuk menjelaskan sebaik mungkin.

Qadha solat fardhu ketika berjemaah dengan jemaah yang menunaikan solat terawih:
-Biasanya di masjid akan melakukan solat sunat terawih sebanyak 20 rakaat. Dan ia dilakukan sebanyak tiap-tiap 2 rakaat 1 salam. Jadi bagi mereka yang nak qadha solat subuh, bolehlah mengikut cara yang disebutkan tadi cuma perlulah diniatkan sebagai makmum yakni mengikut imam iaitu melalukan niat qadha solat subuh qadha mengikut imam kerana Allah taala semasa mengangkat takbir.

Tetapi bagi mereka yang hendak qadha solat Zuhur, Asar dan Isya', begini caranya:
-Hendaklah dia berniat untuk qadha solat Zuhur/Asar/Isya' sebagai makmum (mengikut imam). Solatlah seperti biasa mengikut imam, tetapi apabila imam memberi salam, kita tidak boleh mengucapkan salam juga, jika tidak, solat kita akan menjadi batal (kerana salam adalah tanda habisnya sesebuah solat yang didirikan). Jadi berniatlah untuk mufarakah daripada mengikut imam (yakni berniat untuk tidak lagi mengikut imam) dan kekalkan keadaan diri anda dalam keadaan tahiyat awal, ini kerana anda perlu bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk bangun mengikut imam semula. Sesiapa yang hendak menggerakkan kepala sedikit hanya semata-mata isyarat untuk salam (supaya makmum disebelah kita tidak mengesyaki apa-apa kerana pelik dengan tindakan kita yang tidak memberi salam mengikut imam) maka lakukanlah kerana pergerakan itu tidak membatalkan solat (selagi anda tidak melafazkan salam atau mengalihkan dada dari arah kiblat). Sekarang doa dibacakan oleh imam dan para makmum, anda pula sedang dalam keadaan tahiyat awal. Maka bersabarlah sebentar untuk mereka habiskan bacaan doa itu, kemudian apabila imam bangun untuk solat 2 rakaat yang seterusnya, sebaik sahaja imam habis melafazkan takbir, niatkanlah (masukkan semula niat anda untuk mengikut imam kerana sebentar tadi anda telah berniat mufarakah dengannya) untuk mengikut imam untuk menyelesaikan 2 daripada 4 rakaat yang perlu dihabiskan untuk menyempurnakan solat fardhu qada 4 rakaat anda. Apabila imam memberi salam, pada waktu ini barulah anda boleh memberikan salam kerana anda sudah selesai menunaikan solat fardhu qada 4 rakaat. Perlu diingatkan, niat masuk-keluar-masuk daripada menjadi makmum kepada seorang imam ini hanya dibolehkan di dalam mazhab Syafie selagi solat imam itu tidak terbatal kerana najis/tersalah bacaan/lafaz dll.
Kemudian, lakukanlah solat qadha fardhu 4 rakaat bagi rakaat yang seterusnya. Sekurang-kurangnya anda boleh menyelesaikan sebanyak 5 solat waktu untuk 20 rakaat solat terawih dan 1 solat maghrib untuk witir (solat witir didirikan dengan 3 rakaat 2 salam) yang sesuai untuk qadha solat Maghrib kerana bilangan solat witir yang ganjil.

Bagaimana dengan solat sunat hari raya..?
Solat sunat hari raya mempunyai 2 rakaat di dalamnya, dengan 7 takbir (tidak termasuk takbiratul ihram) pada rakaat pertama dan 5 takbir pada rakaat kedua. Untuk rakaat pertama, niatkan solat qadha subuh mengikut imam dan ambil 1 takbir sahaja (samada pada permulaan takbir pertama imam - jika mengambil takbir pertama imam, maka xperlu mengangkat 7 takbir yang seterusnya, maka hendaklah anda diam sehinggalah imam membacakan Al-Fatihah) atau bertakbiratulihram pada takbir yang ke tujuh). Pada rakaat kedua, tidak perlu mengangkat sebarang takbir (kerana mengangkat takbir tambahan di dalam rakaat pertama dan kedua solat sunat hari raya adalah sunat; jika terlupa melakukannya dan terus membaca fatihah, maka takbir-takbir tadi luput tidak perlu diulangi semula) dan solat tetap sah - apa lagi anda yang sedang solat qadha). Kemudian habiskan solat dengan mengikut imam seperti biasa.

Admin harap anda semua faham akan apa yang admin ingin sampaikan. Anggap sajalah mengqadha solat itu semua adalah sebagai denda untuk diri kita, kerana solat umpama perjanjian kita dengan Allah, kita sebagai hambaNya mestilah mengharapkan agar Allah mengampuni segala dosa-dosa kita kerana ‘mengingkari’ perjanjian kita dengan Allah yakni menyembah Allah dengan mendirikan solat atas kejahilan kita pada masa dahulu atau kerana malas. Apa salahnya kita qadha solat-solat kita yang sengaja ditinggalkan dulu kerana bukankah Allah menjadikan kita untuk hidup di dunia ini hanya untuk beribadah kepada Allah..? Untuk mengejar dunia dan akhirat, kedua-duanya ada ibadah, bukanlah bermakna perlu meninggalkan keduniaan dan focus untuk beribadah untuk akhirat sahaja. Kita juga mempunyai tanggungjawab masing-masing dalam dunia zaman sekarang yang penuh dengan cabaran hidup, tetapi masukkanlah kehidupan anda dengan ibadah. Untungnya seseorang muslim itu, setiap perbuatan yang disertai dengan niat yang baik, halal dan sebagainya akan diganjarkan oleh Allah dengan pahala.

Tidak rugi pun kalau kita meluangkan masa yang lebih panjang setiap hari untuk berdiri di atas tikar sejadah untuk menunaikan tanggungjawab kita kepada Allah. Benar, pada zahirnya pasti akan terdetik perasaan “Rasa macam susah je nak kena qadha berpuluh dan beratus ribu solat yang perlu diqadhakan... Kalau tak sempat nak habiskan qadha macam mana?” Allah tak kejam, Allah tak zalim, melainkan kita yang menzalimi diri sendiri. Tetapi jika kita sudah berusaha, kemudian Allah dahulukan kematian kita sebelum sempat kita habiskan semua solat-solat qadha kita, berserahlah kepada Allah, kerana kita sudah pun berusaha, terpulang kepada rahmat Allah.

Terbitkanlah rasa takut dengan persoalan-persoalan seperti “Ya Allah, kalau aku buat solat sunat padahal solat wajib pun aku tak buat lagi ni, agaknya Allah terima ke solat-solat sunat aku? Tak mungkin seluruh solat-solat sunat yang aku kerjakan ini mampu menggantikan walau satu solat fardhu sekalipun!”

Ibarat kita berhutang dengan seseorang.
Contoh…. Kita berhutang kepada seseorang sebanyak RM100 dan sudah sampai masanya untuk membayar semula pinjaman kita. Sedang kita berjalan hendak membayar pinjaman, tiba-tiba kita ternampak seorang pengemis yang meminta sedekah di tepi jalan, lalu kita pun menghulurkan RM100 yang sepatutnya digunakan untuk membayar hutang, kepada pengemis itu. Lalu apabila si pemberi pinjam itu bertanya, “Mana hutang aku?” Lalu kita pun menjawab dengan selamba: “Aku dah bagi kat peminta sedekah tadi la…” Agaknya apakah perasaan kawan kita tu? Mungkinlah dia sedang banyak duit, dan tak perlukan pun RM100 tu, tapi janji tetap janji. Janji wajib ditunaikan dalam keadaan kita mampu nak melunaskan janji kita tu. Tapi kita lebih mengutamakan perbuatan sunat berbanding yang wajib. Patutkah?

Bagi org yg beriman,mereka akan sami'na wa ato'na(kami dengar dan kami taat) apabila diisyhtihar bahawa itu qaul muftabihi(fatwa terkuat yang muktamad) dalam mazhab... Bagi yg lemah iman,mereka akan meminta2 dalil agar mereka tenang utk bermaksiat pd allah(tinggalkan solat adalah maksiat besar,jika puasa pun kena qodo,sedangkan puasa itu rukun ke 4 islam,begitu juga zakat wajib diqodo jika yang lama belum langsai,begitu juga haji,kalau kita mati wajib waris laksanakan haji utk si mati,maka dimana kedudukan solat yg dianggap paling penting dalam islam????????solat rukun islam kedua dan paling penting selepas syahadah,rukun islam ke 3,ke 4,ke 5 pula wajib di qodo?)

Sdgkan ktika nabi hampir wafat,nabi merintih 'as solah as solah'.... Menunjukkan solat sgt penting dlm islam... Nbi bsbda solat umpama kepala pd badan....

Tapi kenapa jika ditinggal tidak diqodo?
Tepuk dada, tanyalah iman...

Wallahualam....

BUKTI DEMOKRASI ADALAH SISTEM@FITNAH DAJJAL

SABDA RASULULLAH SAW

"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

BEGITULAH SISTEM DEMOKRASI. YANG MENANG PRU AKAN TETAP TERUS DIMUSUHI OLEH YANG KALAH SELAMANYA..

SISTEMNYA TIDAK ADIL@BERAT SEBELAH@BOLEH DIPANGGIL "CACAT SEBELAH"

PARTI KANAN TIDAK AKAN MEMBERI PELUANG@BUAT TAK NAMPAK PADA PARTI KIRI IBARAT BUAT TAK ENDAH DENGAN APA JUA PERMINTAAN DARI PARTI KIRI DALAM SOAL PENTADBIRAN NEGARA@JUGA "BUTA"

SISTEM DEMOKRASI ADALAH SISTEM DARI BARAT@ACUAN DARI "KAFIR"

SEDANGKAN ATURAN(ISLAM) DARI ALLAH SWT MAHA SEMPURNA@ "TIDAK CACAT"

tidak seperti demokrasi CIPTAAN MANUSIA DAN HANYA ALLAH SWT YANG MAHA SEMPURNA

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Jalan-jalan Madinah dijaga oleh para malaikat, sehingga kota itu tidak akan dimasuki wabak taun ataupun dajjal."

seperi kita ketahui Kota makkah@madinah diarab saudi ini TIDAK AMALKAN DEMOKRASI DALAM CORAK PERTUKARAN PEMERINTAH SIAPA CIPTA DEMOKRASI?ALLAH SWT ATAU MANUSIA?apabila kita terima kemerdekaan itulah TAHUN KITA TERIMA SISTEM DEMOKRASI DARI PENJAJAH KERANA CORAK DEMOKRASI ADALAH CADANGAN DARI PENJAJAH..KITA SETUJU ATAS DASAR "MANUSIA BEBAS?"...APABILA PENJAJAH BERI KEMERDEKAAN KEPADA KITA PENJAJAH UMPAMA DATANG DAN BERI KITA SEBIJI BOLA(DEMOKRASI) DAN SEBUAH GELANGGANG(NEGARA KITA)..DAN KITA MASING-MASING BERMAIN UNTUK MEREBUT BOLA ITU(DEMOKRASI) SIAPA PALING BANYAK DAPAT GOL(JUMLAH UNDI)MAKA DIA LA YANG MENANG...DAJJAL ITU ADA TAHUN TIPU DAYA DAN FITNAH....

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

BEGITU JUGA DEMOKRASI. apabila hampir aja PRU@bubar parlimen maka TERSEBARNYA FITNAH DAN PENIPUAN ANTARA 2 PARTI YANG BERTANDING....JADI?

Assalamualaikum saudara/saudari seislamku...artikel mengenai DEMOKRASI kali ini adalah untuk MENJAWAB PERSOALAN OLEH MEREKA YANG BERTANYAKAN KENAPA SAYA KATAKAN DEMOKRASI ADALAH FITNAH@GELANGGANG DAJJAL...dan ada yang bertanya kenapa ULAMAK tak tahu DEMOKRASI NI FITNAH DAJJAL

Rasulullah telah bersabda;"bilamana disaat-saat akhir zaman...ramai ULAMA' yang melalui jalanku...akan terpedaya lalu terperangkap DITENGAH-TENGAH GELANGGANG FITNAH DAJJAL. bahkan paling dahsyat..mereka akan membawa sekalian pengikut..pembantu dan pendukung2 mereka...TERJUN KE DALAM API NERAKA!!" (H.R Ahmad)

Dalam sistem DEMOKRASI akan ada 2 PARTI@lebih yang akan BERTANDING dan MEREBUT untuk mentadbir negara apabila sampai TEMPOH MATANG KABINET@BUBAR PARLIMEN dan kemenangan akan diberi kepada parti yang meraih 2/3 pungutan undi mejoriti@PALING RAMAI DAPAT UNDIAN PARTI PEMERINTAH DIKENALI SEBAGAI PARTI BERHALUAN KANAN

manakala

PARTI PEMBANGKANG ADALAH PARTI BERHALUAN KIRI

Saya tidak mahu sebutkan PARTI KANAN NAMA APA BEGITU JUGA NAMA PARTI KIRI....

Sebab bila menyebut nama-nama parti maka saya akan dituduh PRO@MEMIHAK KEPADA SALAH 1 DARI PARTI

SEBAB ARTIKEL INI DITUJUKAN KEPADA SEMUA PARTI-PARTI YANG DIKETUAI OLEH ORANG ISLAM SETIAP NEGARA DIDUNIA

Cuba ikuti SITUASI dan DIALOG ini....

Setiap kali apabila HAMPIR tiba MASA MENGUNDI PARTI KANAN(PARTI PEMERINTAH)AKAN MENAWARKAN BERBAGAI TAWARAN IAITU

-"Kalau undi kami(Parti kanan)akan dapat Jalan baru"

-"Dapat bantuan Pokok untuk pertanian dan bantuan baja"

-"Dapat HAIWAN TERNAKKAN MACAM LEMBU@KAMBING"

-"Dapat BEKALAN AIR YANG BERSIH dan CUKUP"

-"Sekolah yang besar dan selesa"

-"Duit dan bantuan sara diri"

-"Dapat projek dan kontrak"

-"Negara kita akan MAJU dan KAYA"

-"semua RAKYAT AKAN SENANG"

TENGOK!!SERONOKKAN DENGAR DIALOG NI KALAU MEMILIH@MENGUNDI@MEMANGKAH PARTI KANAN!!!

TAWARAN MEREKA UMPAMA SYURGA DIDUNIA!!

TAPI

kalau UNDI MEREKA(PARTI KIRI)

-"Habislah hancur Negara ni

-"Lingkup Negara ni"

-"Habislah Lepas ni takder bantuan dari Kerajaan dah"

-"Makan ubi la kita nanti"

-"Tak dapat apa-apa pun"

-"Bukan ada DUIT"

TAKUTKAN...??!!KALAU JADI MACAM DIALOG DAN SITUASI NI APABILA PILIH PARTI KIRI...UMPAMA NERAKA DIDUNIALAH...HIDUP SUSAH

Saudara-saudaraku DARI PARTI KANAN dan PARTI KIRI...setiap situasi dan dialog ini sesuailah dengan salah satu daripada HADIS NABI MUHAMMAD SAW BERKAITAN FITNAH DAJJAL IAITU

Sabda Rasulullah saw

"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

"Dajjal itu dapat memberi kamu TUMBUH-TUMBUHAN YANG SUBUR serta HAIWAN TERNAKKAN YANG SIHAT DAN BESAR PINGGULNYA(GEMUK)

"Dajjal itu dapat MENGALIRKAN dan MENGUBAH SUNGAI-SUNGAI"

SUDAH NAMPAKKAN APA PERKAITAN HADIS NABI MUHAMMAD SAW DENGAN SITUASI DAN DIALOG TERSEBUT

BAIKLAH UNTUK SAUDARAKU PARTI KIRI PERNAH MENYATAKKAN

-"Abis tu takkan nak biar aja parti kanan memerintah?"

-"Kita kena lawan dan ubah"

-"Kita kena dirikan hukum hudud"

-"Kita kena dirikan sistem islam"

YA!......memang BENAR dan BAGUS saudara-saudaraku parti kiri dengan apa yang dikatakan kalian...

TAPI CUBA KITA DENGAR HADIS NABI INI

SABDA RASULLULAH SAW

"sesiapa yang MENDENGAR TENTANG DAJJAL,HENDAKLAH DIA MENJAUH(elakkan) DIRI DARIPADANYA.Ada nanti orang yang merasa DIRINYA SUDAH KUAT IMANnya kemudian DIDATANGI DAJJAL,lalu dia pun MENGIKUT dajjal itu"

BAGAIMANA HENDAK MENJAUHKAN DIRI@elak?

SETIAP UMAT ISLAM JANGAN MENGUNDI MAKA SECARA AUTOMATIK FITNAH@GELANGGANG DAJJAL INI AKAN LENYAP DAN PUPUS..KALU TIDAK MAIN BOLA(DEMOKRASI) NI MAKA WUJUD TAK PERGADUHAN DALAM NEGARA KITA?TAK WUJUDLER KAN DAH XDER SIAPA MAIN..APA SAYA MAKSUDKAN KALU KITA TAK PERGI MENGUNDI...MAKA AUTOMATIK SISTEM DEMOKRASI INI TIADA SOKONGAN DAN PERMAINAN INI AKAN HILANG DENGAN SENDIRI....KAN NABI SURUH JAUHKAN DIRI...,bebaskan diri dari pengaruh sistem DEMOKRASI KERANA IA CIPTAAN MANUSIA DAN IA JUGA CARA NASRANI@AMERIKA KERANA MEREKA JUGA ADA PRU

O...jadi..habis tu siapa nak memerintah tak der Pemimpin dan KERAJAAN?huru-hara ler negara....

DENGARLAH SURAH INI SAUDARA-SAUDARA SEISLAMKU

AL MULK(KERAJAAN)

SURAH 67

AYAT 1

"Maha berkat(serta maha tinggilah kelebihan)ALLAH YANG MENGUASAI (Segala) KERAJAAN(DUNIA DAN AKHIRAT) dan dia maha kuasa atas segala sesuatu"

JADI KENAPA PERLU FIKIR AKAN HURU-HARA SUDAH DIJELASKAN DALAM SURAH BERKAITAN KERAJAAN DIATAS

Ada juga mengatakan TAKKAN NAK BIAR ORANG KAFIR MEMERINTAH?bukan biar..tapi cuci minda kalian yang percaya demokrasi.....takkan nak bagi orang kafir jadi pemerintah sedanhkan ALLAH PUN LARANG.....

Maka dengarlah surah ini pula saudara-saudara semua

SURAH AN KABUT

AYAT 66

"Biarlah mereka Menginkari NIKMAT yang telah kami berikan kepada mereka dan silakan mereka(hidup)bersenang-senang(dalam kekafiran)MAKA KELAK mereka akan mengetahui (akibat perbuatannya)"

NIKMAT=HASIL@KEMUDAHAN DARIPADA SISTEM DEMOKRASI

MAKA KELAK=SETIAP KERAJAAN ADA TEMPOHNYA ALLAH SWT SUDAH TETAPKAN...AKAN SAMPAI MASA KHALIFAH@ISLAM..JAWAPANYA ADA DALAM HADIS NABI MUHAMMAD SAW MENGENAI"PERMASALAHAN KEPEMIMPINAN"..BOLEH RUJUK ARTIKEL SAYA YANG LEPAS .....

MAKSUD SALAH 1 FITNAH DAJJAL ADALAH KATA-KATA@UCAPAN DARIPADA FITNAH TERJADINYA PERGADUHAN@PERLAWANAN....2 PERKARA NI MEMERLUKAN GELANGGANG...ITULAH SEBAB DEMOKRASI ADALAH FITNAH DAN GELANGGANG DAJJAL....

Maksud FITNAH JUGA ADALAH KATA-KATA DARI KATA-KATA TERJADINYA ARAHAN DARI ARAHAN PERLUKAN SISTEM..ITULAH SISTEM DAJJAL..@demokrasi dan lebih dikenali BENEDICT ORDER..sistem perintah dan pecah

Para nabi berhijrah apabila TIDAK MAMPU MENYEDARKAN GOLONGAN PEMERINTAH

-NABI NOH AS MENAIKI BAHTERANYA

-NABI IBRAHIM DAN NABI LUT KELUAR DARI NEGERINYA

-NABI MUSA MENYEBERANGI LAUT

-NABI ISA DIANGKAT KELANGIT

-NABI KITA IAITU NABI MUHAMMAD SAW BERHIJRAH KEMADINAH

ADAKAH SAUDARA/SAUDARI SEMUA MENYANGKA ZAMAN KITA TIADA HIJRAH???.....

Saudara&saudari SUDAH LUPAKAH HADIS NABI MENGENAI DARI TIMUR KEKHORASAN??

Abu Huraira (ra) reports that Rasulullah (saw) said:

"Armies carrying black flags will come from Khurasan, no power will be able to stop them and they will finally reach Eela (Aqsa Mosque in Jerusalem) where they will erect their flags”

Hadis Riwayat Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim

Nabi Muhammad pernah bersabda: "Jika kamu semua melihat panji-panji hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah mereka walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. Maksudnya ialah Al-Masih Mahdi.

Jalan untuk KEMBALI......!!!

Dalam perjuangan mngikut jalan kenabian..,kita tdk boleh melihat keadaan realiti ....contohhnya ramainya penentang & ramainya yg mngikut sistem demokrasi krn ajaran Islam adalah hanya PERCAYA/YAKIN (iman).. Cukup hanya percaya pd janji ALLAH bahawa "..akan kembali khilafah di atas jejak kenabian."(Riwayat Ahmad) .Itu sudah ckup mnguatkan pegangan kita krn dgn percaya shaja mnjadi pngukur tahap mana keimanan kita yg sbenar.

Jadi, langkah pertama BEBASKAN DIRI dari dmokrasi dan jemaah yg bermcm2 jenama yg MEMUSTAHILKAN penyatuan ummah.. berjuanglah/berdakwah hanya sebagai seorang Islam (AL JAMAAH)... mengajak umat bebas dr syirik dmokrasi dan jemaah yg mcm2.Kerana dgn bermcm2 jenama ianya juga berada dlm subsistem demokrasi yg menggalakkan berpertubuhan dan kita akn berpuak2 dan berpecah .Hanya bersatu dan berjuang didlm Islam sebagaiSATU JEMAAH ,SATU AQIDAH, dan SATU DUNIA...... Dan dari sinialh akn bangkitnya kerajaan (DAULAH) Islam...InsyaAllah.

Mulakan lah dgn diri kita dan ajaklah...umat yg sudah tersalah jalan....Inilah sunnah Nabi n sahabt yg berjuang dgn dikelilingi oleh ramainya musyrik diseluruh dunia tetapi akhirnya bangkit hingga menawan suku dunia. Kerana apabila berjuang dlm demokrasi,ia hanya memanjangkan hayat sistem taghut itu.. sistem itu akan runtuh jika kita meninggalkanya......BUKAN TERUS MENDUKONG DAN MENJAYAKAN SISTEM KAFIR TERSEBUT..!!!

PERCAYA LAH BAHAWA UMAT ISLAM TIDAK ADE PILIHAN LAIN......!!!

Saturday 13 July 2013

Pesanan ulama terhadap para WANITA :

1) Solat di AWAL waktu
2) Membaca AL QURAN secara istiqamah
3) TA'LIM wa ta'allum
4) MENDIDIK anak secara SUNNAH
5) Hidup sederhana
6) MENUTUP AURAT secara SEMPURNA
7) MELAYANI SUAMI dengan baik
8) MENDORONG suami dan mahram untuk KELUAR di jalan ALLAH swt

Jema'ah Masturat

•Solat Di Awal Waktu :

Berwudhu' sebelum adzan.
Mendorong suami, saudara lelaki, anak lelaki, bapa untuk solat berjama'ah di Masjid/Surau.
Meninggalkan semua kegiatan waktu azan dilaungkan.
Memperbanyak solat-solat sunat (Rawatib, Isyraq, Dhuha, Tasbih, Awwabin, Tahajud, Witir dll).

• Membaca Al Qur'an dan Zikir Pagi Petang secara Istiqomah :

Mengusahakan membaca 1 juzu' setiap hari bagi yang sudah lancar membaca dan 3 juzu' setiap hari bagi yang hafizah (huffaz Qur'an).
Membaca surah As-Sajadah dan Al-Mulk di antara Maghrib dan Isya' (banyak fadhilat).
Membaca surat Yasin pagi dan petang.
Membaca Al-Waqi'ah sebelum tidur.
Membaca surat Ad-Dukhan setiap hari.
Membaca Tasbih Fatimah , Selawat, dan Istighfar masing-masing 100 kali di waktu setelah solat Subuh dan setelah solat Asar.

• TA'LIM wa Ta'lum :

Hadiri ta'lim mingguan secara Istiqomah di morhala/halqoh dengan dibawa mahram.
Menghidupkan ta'lim secara istiqomah setiap hari di rumah (seafdalnya selepas Subuh).
Menceritakan kisah para Nabi dan para Sahabat r.anhum dengan cara yang mudah difahami oleh anak sebelum tidur.
Mengajarkan cara Solat, cara berpakaian secara Sunnah, dan sunnah-sunnah Nabi saw yang mulia dalam keseharian (adab makan, adab tidur, adab belajar, adab berjalan (safar), adab istinja', dll).

• MENDIDIK ANAK Secara SUNNAH :

Memperkenalkan sunnah kepada anak sejak seawal mungkin (dari kecil).
Mendidik mereka adab-adab, doa-doa Nabi saw, cara bergaul dll.
Beri contoh dengan contoh yg baik dari orang yang telah berjaya dunia akhirat (akhlak dll).
Mendidik solat ketika usia 7 tahun dan membiasakannya untuk Solat 5 waktu dan Solat-solat sunat.

• Hidup dengan Pola Sederhana :

Kita harus mencontoh kehidupan Rasulullah saw & para Sahabat r.anhum yang sederhana.
Jangan sembarangan membelanjakan harta suami secara berlebih-lebihan dan tidak tepat.
Mesyuarat untuk setiap pengeluaran (sebelum beli barang supaya Syaitan tidak hasut dalam urusan jual beli kita).
Belanja menurut keperluan bukan memenuhi keinginan nafsu.
Mengatur kewangan keluarga.

• MENUTUP AURAT secara Sempurna :

Aurat wanita di luar solat SELURUH TUBUHNYA harus di tutup secara sempurna ketika keluar rumah dan ditemani dengan mahramnya.
Jangan jadi fitnah dunia & dajjal ketika berada di luar rumah.
Sentiasa amal tutup aurat ketika memasak, mengajar anak-anak dll (supaya boleh membiasakan diri).

• Melayani Suami :

Mempersiapkan semua keperluan suami sebelum diminta.
Mengurus rumah dengan bersih dan rapi.Mencuci baju, memasak, dll.
Diam ketika suami berbicara.
Mengantar suami apabila mahu keluar rumah.
Berhias / rapi / bersih / wangi / seksi di hadapan suami.
Memakai wangi-wangian yang disukai suami.
Memelihara bau mulut.
Menawarkan diri ketika mahu tidur.

• MENDORONG Suami dan Mahram untuk KELUAR di Jalan ALLAH swt :

Mengingatkan dan menyiapkan keperluan mereka (bedding, kitab-kitab, pakaian dll)
Mengorbankan segala yg ada untuk dibawa.

Amal Muzakarah Iman di rumah.
Pastikan rumah di hijab dengan langsir yang tebal supaya tidak mudah diintai.

Semoga semua kita dapat amal dan sampaikan..(♥^^♥)

By: Ustaz Muhammad Zamree

Template by:

Free Blog Templates