Like Sampai Jari Patah

Friday 27 September 2013

Riba episod 3

Kepada yang masih tak faham-faham apa itu riba...riba ni sebenarnya ada banyak jenis...yang paling famous sekarang ialah riba duyun atau riba yang melibatkan hutang a.k.a interest/duit bunga.
Kepada yang faham bab ekonomi,mereka akan faham bahawa tidak ada seorang manusia pun pada hari ini yang terlepas dari riba sebab sistem wang kertas (duit kertas) tu sendiri adalah RIBA...

Kepada yang masih meroyan harga barang naik, harga itu ini naik, fahamilah konspirasi Dajjal yang sebenarnya iaitu hakikatnya ialah tak ada satu barang pun harganya naik...sebenarnya nilai duit kita yang semakin hari semakin turun sebab sistem duit kertas adalah sistem riba yang menghancurkan tamadun manusia...ia semakin menekan manusia dan jadikan manusia "hamba selepas merdeka"....

Hanya dinar(emas) dan dirham(perak) sahaja yang kekal harganya sejak zaman Rasulullah sehinggalah ke hari ini...

Buktinya ialah, dalam hadis ada menceritakan bahawa seorang sahabat nabi membeli seekor kambing yang berharga 1 Dinar (lebih kurang RM700±) dan pada hari ini,1 Dinar itu juga boleh beli seekor kambing. Pelik betul, kenapa harga kambing tak naik-naik sejak zaman Nabi?

Jadi harga barang yang naik ke atau wang kertas semakin tak berguna?

Zaman atok nenek kita dulu kalau ada orang gaji sebulan seribu, dia boleh hidup mewah dengan kereta mewah,banglo mewah,tapi zaman sekarang seribu tu gaji orang keje kilang je,itu pun cukup-cukup makan...

Dan satu hari nanti, yang bangga ada berjuta-juta dalam akaun tu nanti akan jatuh miskin dan semua paper money nya tu seharga wang "jutaria" atau wang "saidina" sahaja...

Sebab apa wang kertas semakin tak berguna? Sebab ia terlampau banyak dicetak..
Sebab apa ia terlampau banyak dicetak?
Sebab terlampau ramai yang nak pinjam dan makan riba..
Sebab apa nak pinjam?
Sebab nak hidup mewah,ada kereta canggih,rumah mewah,handphone mahal..

Maka kami ucapkan Selamat Datang ke syurga Dajjal~

Kepada yang benak,teruskan anda dalam syurga anda, kepada yang Allah bagi faham, segeralah tinggalkan "syurga" itu dan hidup lah sederhana,serta tukarlah wang anda dalam bentuk aset sebenar seperti emas,perak,hartanah dll sebelum Dajjal sebenar muncul dan switch off semua digit nombor dalam akaun seluruh dunia...

Jangan korang fikir "duit" korang "selamat" bila korang masukkan dalam bank...

Duit tu sebenarnya "hilang" (kerana membayar "bunga") dan diganti dengan "nombor" yang tertera dalam "skrin"...

Kita kena faham akhir zaman merupakan "klimaks" kepada sebuah "filem" dan iblis telah tunggu saat ini sekian lamanya, iaitu saat dia dapat merekrut berjuta-juta anak adam ke neraka seperti yang disabdakan Rasulullah mahfumnya akhir zaman kelak, dalam nisbah 1000 orang, 999 akan ke neraka dan seorang sahaja yang akan syurga...

Berhati-hatilah Sahabat...

Kita menunggu "penyelamat" kita yang bakal hapuskan semua kezaliman ini, yang akan hapuskan semua bank-bank laknatullahi'alaihim dan diganti dengan baitul mal dan sistem dinar dan dirham....

Ramai orang komplen pasal duit,pasal pinjaman pelajaran bla bla bla...komplen je apa boleh jadi?

Inilah masanya kita bangun berganding bahu bangunkan "bank" kita sendiri untuk saling bantu membantu..

Saya dah mula network bisnes saya, dan dengan izin Allah saya dah berjaya buka beberapa bisnes, dengan harapan bila dah berjaya merampas kembali "rezeki" umat islam, kita akan sebarkan pada semua muslim secara percuma...tak perlu risau lagi pinjaman itu ini sebab "baitul mal" akan membantu...saya dan network bisnes saya telah pun berjanji untuk berbisnes kerana Allah dan semata-mata untuk membantu umat Islam...kalau kami berjaya,Insyaallah kita akan bantu semua muslim untuk memiliki rumah, kereta, motor, pelajaran TANPA RIBA...

Seperti yang berlaku pada zaman khalifah umar bin abdul aziz..semua rakyat kaya raya sampai tak ada yang layak terima zakat sebab kemiskinan terhapus 100%...kerana riba ketika itu habis dipijak-pijak umat Islam,maka Allah kayakan seluruh dunia secara sama rata...

Sekarang kita dikelilingi riba..dan jangan hairan kenapa sejak perang dunia pertama(wang kertas riba mula dicipta) sampai hari ini, manusia menjadi "binatang" dengan begitu mudah...sebabnya,Allah dah isytihar perang pada riba, maka siapa yang makan riba, hatinya akan hitam legam..jadi jangan hairan kenapa "budak zaman sekarang macam ni"...sedangkan tamadun manusia sejak nabi adam penuh dengan adab,kebaikan,tatatusila kecuali beberapa kaum,itu pun Allah hantar nabi untuk betulkan kaum tu,dan kalau degil,Allah hapuskan kaum tu dan ganti dengan kaum lain yang lebih baik.

Semoga Allah beri kita faham dan selamatkan kita daripada menjadi mangsa "syurga" Dajjal...korang boleh pilih untuk hidup "bermewah" kat dunia akhir zaman ni...itu hak korang..

Tapi jangan cakap Nabi dan ulama tak bagi amaran tentang "syurga Dajjal" ni...

Note: Jangan lupa membeli belah di 5 pages rasmi syarikat Batoota group iaitu:

1) Angry Batoota Islamic Shop (A.B.I.S) : menjual produk kesihatan.

2) Batoota Phone Shop (B.P.S): menjual handphone.

3) Batoota Islamic Fashion (B.I.F): menjual pakaian sunnah untuk lelaki dan wanita.

4) Batoota Kids Collection (B.K.C): menjual pakaian sunnah khas untuk kanak-kanak.

5) Batoota Toy's World (B.T.W): menjual alat permainan pendidikan Islam.

Akan datang! (Insya-Allah)

1) Pustaka Batoota: menjual buku-buku tulisan Ibn Batoota dan ramai penulis yang lain.

2) Batoota Food's Market (B.F.M): menjual pelbagai jenis bahan makanan dan minuman keluaran muslim 100% terutamanya produk jenama sendiri keluaran Batoota group.


---------------------------------------------------------------------------

1)Batoota Toy's World:

www.facebook.com/BatootaToysWorld

2)Batoota Kids Collection:

www.facebook.com/BatootaKidsCollections

3)Batoota Phone Shop:

www.facebook.com/BatootaPhoneShop

4)Angry Batoota Islamic Shop:

www.facebook.com/AngryBatootaIslamicShop

5) Batoota Islamic Fashion:

www.facebook.com/BatootaIslamicFashion

-kredit to uibo-

Saturday 21 September 2013

Riba episod 2



Secara psikologinya, manusia perlu diberi pelbagai ancaman demi ancaman supaya mereka "tersedar" daripada mimpi palsu mereka. Apabila mereka "tersedar" maka mereka akan mencarikan "penyelesaian"...

Tak kurang juga ada yang masih tidur nyenyak dalam mimpi riba dan mengigau bertanya dengan nada mengejek:

"jangan hanya hukum haram halal sana sini,berikan juga penyelesaian"

Puak-puak mengigau ni kalau bagi sejuta penyelesaian pun mereka tetap tak berubah apa-apa dan terus tenggelam dalam mimpi mereka kerana hanya orang bodoh sahaja yang bercakap soal "penyelesaian" dengan orang yang sedang tidur+mengigau pulak tu.

Sengaja saya tidak sertakan penyelesaian kerana dunia kini telah pun dipenuhi dengan pengikut-pengikut Dajjal yang sememangnya dalam IC mereka tulis "Islam". Golongan muslim pengikut Dajjal ni akan melolong melalak kepada muslim sejati yang tidak mahu mengikut Dajjal dengan menjanjikan pelbagai ketakutan kemiskinan supaya mereka juga mengikuti Dajjal seperti:

"Semua benda tak boleh,tak kan nak duduk dengan anak bini bawah jambatan?"

"Nak masuk U kena pinjam duit riba, kalau tak masuk U nanti nak bagi anak bini makan apa? Pasir jerlus?"

"Susah lah macam tu,nak pakai kereta tak boleh,nak beli cash tak mampu,macam mana nak pergi kerja?nak guna untuk berkhidmat pada keluarga dan agama?"

Macam-macam lagilah..malas saya nak cakap...kalau puak-puak ni dah tepu dengan kenikmatan "syurga" Dajjal, maka bagi lah penyelesaian apa pun mereka tak mungkin akan tinggalkan "syurga" ciptaan Dajjal tu.

Bagaimana mungkin kita tidak menangis apabila kekasih dunia akhiratku yang tercinta,

yang ku sanggup mati seribu kali untuknya,

tetapi tidak mungkin sanggup walau tercalar duri pada kakinya,

Iaitu habibi mustofa, telah bersabda:

“Dajjal itu buta mata kirinya, berambut lebat, ia membawa syurga dan neraka, nerakanya adalah surga dan syurganya adalah neraka.” (HR. Muslim).

Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata, Rasulullah Saw. bersabda:

“Inginkah kamu sekalian aku beritahukan tentang Dajjal, suatu keterangan yang belum pernah diceritakan seorang Nabi kepada kaumnya? Sesungguhnya ia buta sebelah mata, ia datang dengan membawa sesuatu seperti syurga dan neraka. Maka apa yang dikatakannya syurga adalah neraka dan aku telah memperingatkan kalian terhadapnya sebagaimana Nabi Nuh telah memperingatkan kaumnya.” (HR. Muslim).

Tahukah kalian bahawa dosa mengambil riba itu menjanjikan kita untuk dihumban ke NERAKA SELAMA-LAMANYA?

Tahukah kalian bahawa yang dihumban itu bukan sahaja pemakan riba, tetapi juga PEMBERI RIBA, penulis rekod tentang riba tu (pekerja bank/ah long) dan dua orang saksinya?

Tahukah kalian bahawa Dajjal telah datang ke dunia ini dengan memperkenalkan pelbagai kecanggihan,kemewahan, kehebatan alatan dunia seperti RUMAH BESAR dan moden, kereta MEWAH dan lain-lain yang PERSIS seperti sabdaan Nabi bahawa Dajjal akan datang ke dunia ini dengan membawa "SYURGA"?

Tahukah kalian bahawa golongan bodoh dan tertipu yang mabuk dengan "Syurga" dibawa Dajjal itu pula jika ingin merasa syurga itu disyaratkan merasa ia dengan mengambil RIBA yang menjanjikan NERAKA?

Maka apakah kalian faham maksud sabdaan nabi bahawa "syurga" yang dibawa Dajjal itu HAKIKATNYA adalah NERAKA?

Apakah kalian tidak tahu bahawa fitnah dajjal ini akan merebak ke seluruh dunia "memurtadkan" seluruh pengikutnya?

Dan hanya segelintir kecil sahaja yang selamat yang akan berjuang bersama Al-Mahdi dan Nabi Isa untuk membunuh Dajjal Laknatullahi'alaih?

Belum sedarkah wahai orang yang tiduuurrr??
Belum sedarkah wahai orang yang mimpiii??
Belum sedarkah wahai orang yang ngigauuu??

Kita disajikan "syurga" dan "neraka" oleh Dajjal dan Nabi telah menyatakan SATU sahaja penyelesaiannya apabila itu berlaku, iaitu memilih "NERAKA". Nabi tak suruh "islamisasikan" atau letak cop halal JAKIM kat "syurga" Dajjal tu supaya jadi Halal,tapi Nabi suruh pilih "neraka" je.

So secara sederhananya, kita ada 2 penyelesaian:

1) Boleh masuk "syurga" Dajjal itu dengan menggunakan "tiket" syurga yang diislamisasikan dan difatwa halal oleh para ulama akhir zaman.

2) Masuk je "neraka" Dajjal tu seperti yang diperintahkan Nabi Muhammad kita.

So saya tak boleh dan tak akan halang kalau korang nak pergi ke perbankan islam ke apa ke, itu hak korang, fatwa dah cakap halal.

Tapi saya secara peribadinya memilih jalan takwa, jalan yang dijanjikan "syurga" oleh lidah Nabi sendiri iaitu terjun terus ke "neraka" Dajjal.

Sejak saya "sedar" akan kehadiran "syurga" Dajjal ni, saya berazam untuk tidak masuk U kerana ia akan memaksa saya untuk "membeli tiket syurga Dajjal". Dan saya rasa umat tak akan rugi apa-apa bila 1 billion umat Islam wujud atas bumi ni, hanya SEORANG sahaja yang tak pergi U..tak akan rugi apa-apa, jangan cakap: "kalau semua tak masuk U,rosaklah umat,sape nak jadi itu ini, bla bla bla".

Jangan risau sebab umat tak rugi apa-apa, yang tak masuk U tu saya sorang, yang baca tulisan saya ni beberapa ratus orang je, dan beberapa ratus orang tu pulak hanya akan like, komen, ngutuk, dan teruskan hidup macam biasa tanpa apa-apa tindakan. So hakikatnya tetap saya sorang je yang tak masuk U tu, jadi tak perlulah takut akan perkara yang TAK AKAN WUJUD. Dan saya tak de pulak cakap jangan masuk U. Kalau korang ada otak, dapat biasiswa, pergi lah belajar free. Atau pun,mintak lah pinjaman MARA yang korang kena bayar ikut kepandaian otak korang, kalau korang pandai,tak perlu bayar, kalau korang bodo,malas belajar,masuk U bukan belajar tapi sibuk berkapel,berdating,tengok naruto,main game sampai ke pagi, memang patut pun orang macam korang ni kena "berhutang" dan tak layak dapat pelajaran percuma. Dasar Melayu tak syukur!

Dan jugak kalau mak bapak korang kaya, masuk lah U, bayar cash semuanya.

Silakan,silakan,korang ada pilihan...

Saya pulak pilih tak pergi terus sebab family saya miskin,kalau nak masuk jugak,terpaksa makan api. Lebih baik orang anggap saya bodoh di dunia (sebab tak masuk U dan tak ada sijil) daripada saya betul-betul jadi orang bodoh kat akhirat yang makan api penuh dalam perut.

Tapi miskin-miskin saya pun, saya usaha amal sunnah nabi dan buat bisnes sejak kecil dan ketika berumur 17 tahun saya ada company saya sendiri dan saya dah pun berjaya travel ke seluruh dunia, dah hampir 10 negara saya lawat masa umur 18 tahun tanpa buat loan bank ke apekejadah ke. Semuanya CASH.

Sekarang saya berumur 23 TAHUN (lahir 1990), dan tinggal di Afrika Selatan (sambil belajar di madrasah) bersama anak isteri saya dan harga minyak kat sini RM4.20 seliter (orang Malaysia minyak murah masih tak nak syukur) , harga barang sini semuanya berganda-ganda mahal, tapi saya tetap ada kereta sendiri beli CASH, ada skuter jugak beli CASH dan nak beli rumah tak mampu, jadi saya sewa,dan semurah-murah sewa rumah kat sini adalah RM550 tak termasuk api dan air. Kos hidup saya kat sini paling minimum RM1500 sebulan, dan saya tak kerja, tak dapat zakat (sebab belajar kat madrasah yang tak diiktiraf kerajaan), tak ada biasiswa dan Semuanya tu saya bayar tanpa sentuh sikit pun duit mak bapak saya (diorang pun tak da duit nak bagi)

Tak ade pulak anak bini saya duduk bawah jambatan?

Tak ade pulak anak bini saya makan pasir sebab saya tak masuk U?

Macam mana saya buat semua ni?

Saya hanya boleh jawab:

"Yang pertama sekali seseorang itu perlu jadikan Allah sebagai tuhannya, bukannya sijil U, kerja, kedai yang merupakan tuhan orang Melayu pada hari ini. Apabila seseorang itu telah buat keputusan untuk setia pada Allah dan Rasul lalu memilih "neraka" Dajjal,maka Allah tidak akan membiarkan hidup dia susah kerana orang itu telah memilih untuk memerangi Dajjal dan riba sepertimana yang Allah sendiri perangi, jadi bila kita jadikan Allah sebagai bos, Allah pasti akan selesaikan masalah dunia kita sepertimana seorang pekerja yang yakin dengan gaji bulanan yang pasti dia dapat daripada bosnya yang bukannya tuhan tapi hanya makhluk yang lemah."

Note: Dan ingatlah ketika Dajjal datang, semua umat Islam (yang sebenar bukannya umat Islam yang ikut Dajjal) akan berada dalam kesusahan tanpa makanan dan keperluan hidup dan mereka cuma memakan "zikir". Jadi kalau saya cerita macam mana saya dan anak isteri makan "zikir" tu, korang tentu tak akan percaya.Celakalah para pengikut Dajjal yang bernama "Wahabi" yang cuba menghapuskan zikir-zikir dari lidah umat Islam.

*waiting for al-mahdi to come and clean these freaking mess*

-ustaz ibnu batoota owsem-

Sunday 15 September 2013

kampung sunnah

Sejak dua menjak ni, hati saya jadi sangat resah gelisah,murung dan sering tiba-tiba menangis tanpa sebab. Semuanya bermula selepas saya berhenti menulis buku,berhenti membaca kitab,berhenti berfikir untuk umat,berhenti melakukan semua urusan rutin saya dan baring sambil melihat status-status orang ramai dalam fb...saya jarang yang amat membaca status sesiapa pun kecuali jika ditag itu pun kebanyakannya tak dilayan...saya hanya berada di dalam dunia saya,akaun saya,inbox saya.

Saya tulis status di wall sendiri,komen sikit-sikit apa patut, dan saya teruskan rutin harian saya. Saya tak pernah ada masa untuk tengok status-status lain di home facebook ni.

Tapi baru-baru ni saya mula terdetik untuk membaca,menjadi silent reader. Dan tak semena-mena air mata saya mengalir. Terutamanya bila saya melihat baby saya yang sedang tidur di sebelah saya sambil isap jari.

Saya terfikir...Subhanallah...Lahaula wala Quwwata illabillah.... Hebatnya kerosakan umat...apa akan jadi pada anak-anak aku nanti?

Ada yang upload gambar dedah aurat, ada yang berpelukan, ada yang jantan betina berkekek-kekek,ada post pasal cinta luar nikah,ada yang post hina imam-imam mazhab,ada yang post pasal anti hadis,ada post pasal keagungan syiah, ada post pasal keagungan wahabi,ada post untuk ketawakan niqabis yang menjaga maruahnya, ada post pasal kutuk ulama "kuno" dan up kan ulama "moden", ada yang mengutuk pendakwah, ada jugak yang mengaibkan individu2 tertentu khususnya yang melibatkan politik kepartian. Isu-isu seperti purdah,keharaman wanita bersafar tanpa mahram, dan lain-lain syariat Allah telah menjadi satu bahan jenaka orang-orang bodoh.

Saya jadi bagai nak gila selepas saya korek-korek dunia gelap fb ni dan perkara pertama yang saya risaukan ialah anak saya. Adakah anak saya juga termasuk dalam golongan ini ataupun dia mendapat petunjuk daripada Allah?

Saya menjadi sangat takut dengan tanah kelahiran sendiri...

Dan saya ceritakan dan tunjukkan semua kerosakan ini kepada bidadari saya. Dia juga menangis dan terkejut kerana dia tidak pernah didedahkan dengan perkara macam ni sejak kecik sebab dia tak pernah terlibat dengan apa-apa teknologi moden dan cuma bersekolah di rumah. Dia lalu terus bacakan kepada saya satu hadis berkenaan hal ini yang diriwayatkan saidina huzaifah alyamani di mana rasulullah arahkan untuk lari masuk ke hutan/pergunungan sambil membawa haiwan ternakan apabila bertemu dengan zaman ini...

Dia mintak supaya kami sekeluarga jangan tinggal di Malaysia kerana ketakutan yang amat sangat akan kerosakan agama. Lebih baik tinggal di hutan,jauh dari manusia terutamanya yang dikenali daripada seluruh keluarga berada di neraka kerana terpengaruh dengan semua fitnah dajjal ni.

Saya juga terfikir perkara yang sama dan akhirnya saya bermesyuarat dengan salah seorang guruku. Beliau syorkan kepadaku agar tidak melarikan diri ke hutan sebaliknya saya perlu membina sebuah perkampungan yang agak jauh daripada bandar dan hanya dipenuhi dengan orang baik-baik yang beramal soleh,beramal sunnah 100%,menutup aurat dengan sempurna, suasana ilmu,iman dan amal yang baik, mempunyai kebun dan ladang sendiri,sembelih sendiri binatang untuk dimakan dan yang paling penting jauh dari fitnah orang ramai.Dengan ini,sebuah komuniti yang baik dapat dibina,dapat saling berdakwah,dapat tegakkan solat jumaat dan dapat bina suasana yang baik agar dapat memberi kesan kepada hati siapa sahaja yang masuk ke situ seperti di madinah ketika zaman rasulullah. Sesiapa yang melihat suasana madinah,pasti akan masuk islam.Dengan ini,umat mendapat manfaat.

Idea dan kerisauan ini saya curahkan kepada semua rakan niaga saya di Afrika Selatan yang terdiri daripada saintis,doktor,pakar bahasa inggeris,pakar ekonomi dan ulama. Mereka semua sangat takut bercampur gembira dan teruja dengan idea tu serta bersetuju untuk tinggal bersama saya. Saya dan rakan ulama saya akan ajar anak-anak kami bab agama,yang lain pula akan ajar mengikut kepakaran bidang masing-masing di sekolah yang kami sendiri bina.

Semoga Allah makbulkan dan mudahkan urusan ini.Amin.

Note: kepala sudah gegar,hati sudah gusar,jantung sudah berdebar....harap-harap cita-cita ni tercapai.....


-ustaz ibnu batoota owsem-

Fiqh Bisnes

Islam agama yang penuh bisnes, Nabi kita sendiri merupakan seorang bisnesman hebat sampai menarik perhatian boss besar (saidatina khadijah) untuk mengahwininya kerana akhlak nabi yang sempoi dan berjaya majukan bisnesnya tanpa unsur penipuan.

Selama bertahun-tahun saya bertalaqqi dengan guru-guru terhormat saya, satu perkara yang saya perasan ialah di dalam kitab-kitab fiqh mana-mana mazhab pun, ajaran berkenaan bisnes (atau bahasa kitab arabnya: muamalat/ buyu') adalah sangat tebal. Boleh dikatakan dalam satu kitab Fiqh tu,hampir separuh kitab tu adalah berkenaan Fiqh Bisnes dan selebihnya adalah Fiqh lain seperti bersuci, solat, puasa, zakat, nikah, jenayah,hudud dan lain-lain.

Bisnes adalah perkara besar dalam Islam. Para ulama mengatakan bahawa Islam itu disempurnakan atas 5 perkara:

1) Iman
2) Ibadat
3) Muamalat (Bisnes)
4) Muasyarat (Pergaulan sesama makhluk)
5) Akhlak

Adalah satu perkara yang mengejutkan apabila semua Fiqh bisnes ini tidak diajarkan kepada umat Islam sehingga hampir semua umat Islam khususnya kaum Melayu JAHIL DAN BODOH berkenaan ilmu bisnes. Sedangkan Islam sangat hebat ilmu bisnes. Sebab tu bisnes-bisnes orang Melayu penuh dengan penipuan, riba, khianat dan lain-lain sedangkan bisnes non-muslim pulak berjaya kerana mereka mematuhi syariat Fiqh bisnes ni.

Misalnya, dalam kitab Mukhtasar Al-Quduri bab buyu' (bisnes) , bab pertama sahaja adalah berkenaan Khiyarus syart yang termasuk di dalamnya mengenai bab khiyarul 'aib iaitu berkenaan aib barang yang dijual. Islam mengajarkan kita supaya apa-apa barang yang kita jual apabila berlaku aib dan customer minta refund (pulangkan duit) atau tukar barang lain, maka kita WAJIB bagi.

Tapi problemnya,hampir semua orang Islam bila barang yang dijual mereka ada aib contohnya kes tersilap design printing Tshirt owsem saya tu, mereka tak mahu refund! Itu dah kita makan duit haram tu.

Sedangkan kalau korang pergi ke kedai non-muslim, terutamanya company besar macam Tesco, Sony, Nokia bla bla bla, mereka semua letakkan sistem guarantee dan quality control dan sistem refund jika customer tak puas hati. Semua sistem-sistem yang mereka buat tu tertulis dengan jelas dalam kitab-kitab Fiqh Islami!

Di Afrika ni, ada satu supermarket Yahudi bernama Game yang ada polisi, kalau barang yang sama kat kedai lain jual murah, kita boleh bawa resit atau bukti yang kedai tu jual lebih murah daripada pihak syarikat Game dan pihak Game akan beri harga yang sama atau lebih murah sebagai jaminan semua barang mereka adalah harga termurah. Yang ini juga diajar di dalam Islam dan merupakan SUNNAH NABI..

Jadi jangan hairan kenapa bisnes Melayu semua lingkup, sebab korang JAHIL bab fiqh bisnes dan banyak buat khianat pada pelanggan, berbeza dengan bisnes non muslim, mereka amal Sunnah Nabi dalam bisnes, maka mereka BERJAYA kerana sesungguhnya Allah telah buat keputusan bahawa:

HANYA DALAM SUNNAH SAHAJA TERDAPAT KEJAYAAN.

Di Malaysia ni baru saya perasan yang umat Melayu tak pernah diajar mengenai Fiqh bisnes. Di masjid dan di tapak ceramah semuanya ceramah pasal politik, ceramah motivasi, ceramah sirah atau pun fiqh-fiqh ibadat macam solat dan lain-lain. Bab-bab bisnes ni belum lagi saya jumpa ada mana-mana ulama buat kuliah tentang ni.

So lepas ni Insyaallah saya akan cuba usahakan ilmu bisnes Islam ni disebarkan kepada kaum Islam samada dalam bentuk kuliah, talaqqi atau pun penulisan buku.

DOAKAN SAYA,

Berkhidmat untuk AGAMA
-Ibnu Batoota Owsem Al-Keyboard Warrior-

RIBA



Sejak lahir sehinggalah tahun 2010 saya memang tak tahu menahu tentang riba. Tetapi selepas guru terhormat saya jelaskan satu per satu tentang riba. Badan saya berpeluh-peluh, bergetar-getar dan setiap kali melihat muslim mengambil riba, air mata saya tak akan mampu ditahan. Bila saya cuba terangkan, mereka semua sangka saya gila,bodoh, datang dari planet marikh, tak up to date,tak moden,macam mana nak hidup, macam mana nak beli rumah,kereta,bisnes..semua tu kena ludah balik ke muka saya....

Apa yang lebih memedihkan hati sampai nak tercabut jantung saya ialah bila saya lihat golongan ustaz-ustazah pun pakai duit riba juga untuk membeli rumah dan kereta mereka yang bakal mereka tinggalkan di dunia selepas mereka mati masuk kubur badan kena makan ulat....

Dulu saya sangat sedih dengan kes zina yang semakin berleluasa sebab itu menunjukkan kiamat dah semakiinnnn dekat, dari yang bogelis sampailah niqabis, semuanya dah macam binatang. Manusia dengan binatang dah tak ada beza, mengawan sini sana. Tapi sekurang-kurangnya manusia-manusia ni masih ada lah sedikiiiiiiiit lagi akal yang tinggal yang menyebabkan mereka tidak mengawan dengan pasangan mereka di jalanan seperti binatang. Beerti mereka masih menganggap ianya sesuatu yang dosa,kotor dan jijik.

Tetapi yang lebih menakutkan ialah kini hampir semuanya terlibat dengan riba, daripada sesampah-sampah manusia hinggalah semulia-mulia manusia semuanya makan riba. Bahkan ianya tidak pernah dianggap dosa dan yang lebih lebih lebih menakutkan ialah manusia kini GEMBIRA yang amat apabila pinjaman berunsur riba mereka dari para bank laknatullahi'alaihim diluluskan.

Manusia kini gembira apabila mendapat wang riba?

Manusia kini sedih dan tertekan bila bank black list nama mereka daripada mengambil pinjaman riba dari mereka?

Sistem bank riba ini telah diperkenalkan oleh Dajjal melalui family Rothchild untuk merosakkan seluruh manusia dengan "memaksa" seluruh manusia makan riba dan hapuskan "dosa" riba dengan menjadikannya "halal".

Seluruh keluarga dan rakan kita kononnya "terpaksa" terlibat dengan riba untuk membeli keperluan hidup samada rumah,kenderaan,modal bisnes dan lain-lain.

Sedangkan dosa riba adalah terrrrramatlah besar!

Jika dosa zina itu sebesar gajah maka dosa riba pula adalah sebesar ikan paus!

Nabi telah beri amaran yang maha hebat kepada pemakan riba, antaranya sesiapa yang guna satu dirham (lebih kurang RM25) duit riba dosanya adalah LEBIH BERAT daripada berzina dengan 36 pelacur.

Nabi juga bersabda mafhumnya riba itu mempunyai 73 pintu (dalam riwayat lain ada sebutkan 70,72,63 pintu) dan dosa riba yang paling kecil ialah umpama seorang lelaki BERZINA DENGAN IBU SENDIRI.

Dalam hadis lain ada dinyatakan bahawa apabila telah nampak jelas di sesuatu tempat tu berleluasanya zina dan riba, maka mereka itu adalah golongan yang menghalalkan azab allah ke atas mereka.

Nabi juga bersabda di dalam Sahih Muslim yang mafhumnya:

“Allah melaknat orang yang memakan (hasil) riba, yang memberi makan dengannya, penulisnya, dan dua saksinya jika mereka mengetahuinya”

Orang yang mempunyai otak dan iman pasti akan bergetar apabila ancaman-ancaman maha hebat seperti ini dibacakan. Dan dosa sebesar ini apabila kita halang saudara muslim kita daripada mendekatinya, kita pula yang dituduh bodoh dan gila. Tidak sedar dirikah kalian bahawa kalian sedang hebat dilaknat oleh Allah setiap saat kerana riba????

Saya mulai sedar betapa bahayanya riba apabila guru saya akan bergetar,berpeluh, dan beristigfar banyak-banyak apabila lalu di depan bank. Apabila beliau lalu di bangunan dan terdapat bangunan bank di hadapan,dia akan elakkan dirinya daripada seluruh teduhan bangunan tu dan berjalan dalam keadaan seluruh badannya tidak ditutupi walau sebesar kuman pun bayang-bayang daripada bangunan bank tu.bila ditanya kenapa, beliau menjawab mafhumnya bahawa:

" dosa riba antara dosa paling berat dalam islam melebihi dosa berzina dengan ibu sendiri. Ia satu-satunya dosa yang secara jelas Allah telah isytiharkan PERANG. Dan saya tidak mampu mencegah sesiapa pun daripada mengambil riba, jadi setiap kali saya nampak bank dan pusat riba lainnya, saya akan mencegah maksiat besar ini dengan hati dan beristigfar sebanyak-banyaknya. Saya tidak akan lalu di bawah bayang-bayang bangunan bank kerana seluruh bangunan itu dibina melalui wang keuntungan riba, jika ianya disewa, ianya disewa dengan wang keuntungan riba, jadi berselindung daripada matahari di bawah bayang-bayang bank tanpa sebab adalah sama seperti mengambil manfaat daripada hasil keuntungan wang riba. Saya takut jika di dunia ini saya bersih dari apa-apa wang riba, tapi selepas saya mati, buku amalan saya penuh dengan dosa riba yang banyak dan setaraf dengan berzina dengan ratusan pelacur hanya kerana saya mengambil teduhan daripada bangunan bank yang merupakan pusat riba dan penarik bala Allah yang paling kuat. "

Tidak ada golden words yang lebih berharga daripada ini.Ketika saya bertalaqqi kitab Mukhtasar Al-Quduri dengan guru saya, pengarang kitab tersebut sangat beradab. Beliau tidak pernah menyebut lafaz "halal" atau "haram" di dalam kitabnya kerana takwa (takut-takut bila cakap sesuatu tu haram,rupa-rupanya disisi Allah ianya halal, inilah ketakwaan para ulama zaman dahulu,bukan macam "ulama" zaman sekarang, lagi-lagi puak-puak wahabi, sesedap tekak mak bapak diorang je cakap itu ini bidaah,haram,sesat,kafir,masuk neraka), sebaliknya pengarang cuma tulis perkataan "yajuz" (dibenarkan) dengan "la yajuz"(tidak dibenarkan) sebagai ganti lafaz "halal-haram".

TETAPI! Apabila masuk bab Riba je, ayat pertama yang pengarang tulis ialah "Yahrumu" (DIHARAMKAN).

Syeikh saya yang ketika itu membacakan kitab ini kepada kami akan terdiam,memejam kuat mata dan bergetar-getar badannya seperti tersangat sejuk. Kemudian setelah bertenang, beliau terangkan kepada kami bahawa Dajjal sudah benar-benar hampir sampai kerana kini riba sudah lagi tidak dianggap dosa dan sesiapa yang berkata ianya dosa akan dituduh gila dan bodoh...

Jika kalian merupakan salah seorang pemakan riba, berhentilah segera dan bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat....

Kepada para pemakan riba yang tetap mahu makan riba selepas diberikan amaran maka dengan jelas Allah berikan ancaman untuk sumbat mereka ke dalam JAHANNAM SELAMA-LAMANYA...Allah berfirman...

“Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Rabbnya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba selepas amaran diberi), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa.” (Al-Baqarah:
275-276)

Berkata Al Imam Adz Dzahabi Rahimahullah :
“Ini adalah ancaman yang sangat besar dengan dikekalkan didalam neraka orang yang makan dari hasil riba, sebagaimana yang kamu saksikan bagi orang yang kembali memakan riba setelah peringatan. Tidak ada daya dan upaya kecuali karena pertolongan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung ” (rujuk kitab Al-Kabaair Imam Adz Dzahabi : m/s 35 )

Note: Bersaksilah wahai seluruh manusia bahawa aku telah menyampaikan, bersaksilah wahai seluruh jin bahawa aku telah menyampaikan, bersaksilah wahai seluruh malaikat bahawa aku telah menyampaikan dan bersaksilah wahai Allah, bahawa aku telah menyampaikan.

-ustaz ibnu batoota owsem-

Pemikiran Melayu episod 6

Fahamkan hakikat di bawah ini:-

Kaum Cina:

Bila seorang: buat bisnes
Bila berdua: main judi
Bila lebih dari dua: buat kongsi gelap

Kaum India:

Bila seorang: mabuk
Bila berdua: pergi disko menari
Bila lebih dari dua: bergaduh

Kaum Melayu:

Bila seorang: tidur
Bila berdua: mengumpat
Bila lebih dari dua: buat makan-makan

Note: OMG...if "accidently" you are one of them...you are pathetic..... =.="


-ustaz ibnu batoota owsem-

Pemikiran Melayu episod 5

Malas nak cakap banyak..pikir je lah sendiri dengan cerita saya ni...

Pe'ah merupakan seorang gadis sunti berumur 17 tahun yang baru selesai menduduki SPM. Satu hari terjadi dialog seperti berikut:

Pe'ah: Ayaaah~ boleh tak Pe'ah nak mulakan bisnes kecil-kecilan? Boleh tolong mak dan ayah sikit-sikit.

Ayah: Jangan nak mengarut.Habiskan belajar dulu...

Pe'ah pergi kepada ibunya...

Pe'ah: Maaaak~ boleh tak Pe'ah nak kahwin dengan bisnesman kaya yang ada 5 hotel?Boleh Pe'ah tolong bisnes dia dan keluarga kita?

Mak: Jangan nak mengarut. Habiskan belajar dulu...

Pe'ah pergi kepada abang sulungnya yang bekerja sebagai kerani di sebuah pejabat kerajaan...

Pe'ah: Abaaang~ boleh tak Pe'ah nak pergi kursus menternak lembu so nanti bolehlah jadi penternak berjaya?

Abang: Jangan nak mengarut. Habiskan belajar dulu...

Pe'ah pergi kepada kakaknya yang bekerja sebagai guru sekolah...

Pe'ah: Kakaaak~ boleh tak Pe'ah nak pergi kelas menjahit supaya Pe'ah boleh buka butik terhebat di Malaysia?

Kakak: Jangan nak mengarut. Habiskan belajar dulu...

Pe'ah pun pergi ke tengah rumah dan cakap kuat-kuat..

Pe'ah: Abah! Mak! Abang! Kakak! Boleh tak Pe'ah kerja kat kilang Cina belakang rumah kita ni sementara nak tunggu result SPM keluar?

Semua: Ha! Pergilah! Bagus! Barulah dapat duit sikit! Daripada kau terperap je kat rumah ni,baik kau pergi kerja!

Kesimpulan: %&=#%&#[«%#~÷@%}$¥£¤#%~ ! ! !


-ustaz ibnu batoota owsem-

Pemikiran Melayu episod 4

Ramai orang komplen tulisan saya tentang revolusi pemikiran Melayu sangat panjang dan menyebabkan mereka malas nak baca...

Sebab tu Melayu ni mundur, mereka MALAS terutamanya untuk BACA.

Selama saya di luar negara,saya tengok ramai yang berjaya menjadi BOSS ni adalah dari kaum yang suka membaca. Contohnya orang Jepun dan orang London. Kat mana-mana akan ada bahan bacaan, dalam keretapi, dalam bas, semua ada bahan bacaan. They don't waste their time untuk benda bodoh macam "kita".

Anyway,disebabkan saya nak jugak Melayu-melayu pemalas ni FAHAM mesej saya pada 3 episod lepas, sila fahamkan cerita SIMPLE ini:

Pasangan anak dan bapa dari dua kaum berbeza iaitu Melayu dan Cina sedang berjalan-jalan di bandar. Lalu mereka terlihat satu bangunan yang sangat hebat dimiliki oleh syarikat terkemuka yang hebat.Maka berlakulah dialog antara anak dan bapa seperti berikut:

Bapak Melayu: Mat, bapak nak, hang belajaq rajin-rajin kat sekolah, nanti boleh kerja kat sini.

Anak Melayu: Baik bapak, mat akan berusaha belajar sungguh-sungguh untuk gembirakan bapak.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Bapak Cina: Ah Chong, bapak nak kamu mulakan bisnes mulai dari hari ini, nanti besar kamu boleh jadi boss kepada syarikat ni dan syarikat ni akan bekerja untuk kamu.

Anak Cina: Yes Father!

Kesimpulan: Umat Melayu suka ajar anak mereka menjadi "hamba" dan umat Cina suka ajar anak mereka menjadi "ketua".

*Kalau ini pun korang tak faham, pergi bunuh diri je lah..

U are good for NOTHING..menghabiskan beras bumi je.


-ustaz ibnu batoota owsem-

Pemikiran Melayu episod 2

Kepada yang dah baca siri status saya yang lepas (Pemikiran Melayu),tahniah saya ucapkan jika anda tersedar dan bertindak mahu maju demi agama kita...

Kepada yang masih belum sedar,mari kita ikuti siri seterusnya pemikiran kolot Melayu untuk kita UBAH bukan untuk kita KUTUK semata-mata...

Kali ni saya buat topik khusus tentang "sekolah"...

Malaysia dulu dinamakan sebagai "Tanah Melayu" kerana majoriti rakyat merangkap tuan tanah adalah kaum Melayu yang semuanya beragama Islam..Islam dan Melayu memang tidak dapat dipisahkan sehingga kalau kita biasa baca kitab-kitab kuno jawi tulisan ulama Melayu,mereka menggelarkan muslim sebagai "umat Melayu" kerana yang dimaksudkan mereka adalah "umat Islam/Muslim".

Empayar kedaulatan Islam/Melayu ni sangat hebat meliputi kawasan Pattani,Tanah Melayu,Indonesia,Singapura,Borneo,Filipina dan banyak lagi.Satu masa dulu kaum ini dipandang sangat tinggi dan hidup kaya raya.

Kerana apa?

Kerana mereka MENGAMALKAN AGAMA DENGAN BAIK...

Maka Allah MULIAKAN MEREKA....

Rata-rata umat Melayu pada waktu tu adalah petani,bisnesman,tuan tanah,nelayan dan hampir majoriti umat Melayu pada waktu itu mempunyai tanah sendiri yang bukannya sedikit.Umat Melayu pada waktu itu bijak dan dihormati kerana KEISLAMAN mereka.Mereka laksanakan muamalat dengan jujur dan tanpa hasad dengki sesama mereka.

Selepas kedatangan British,mereka membuka bangunan-bangunan kerajaan yang menawarkan kerja bergaji "tinggi" (tak tinggi mana pun) dan hidup mewah dan terhormat sebagai kakitangan kerajaan.Syarat yang mereka letakkan ialah kena lulus dari sekolah-sekolah mereka,dapatkan sijil dari sekolah mereka dan mohon kerja di pejabat kerajaan.

Maka berpusu-pusulah umat Melayu hantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah untuk kejar jawatan kakitangan kerajaan.

British berjaya penuh menanamkan satu mind set dalam otak Melayu bahawa:

Masuk sekolah=hidup berjaya

Dalam masa yang sama,mereka wajibkan semua sekolah ajar "silibus" yang mereka tetapkan...

Sehinggakan bila saya tulis:

"saya tak mahu sekolahkan anak-anak saya,saya nak buat home schooling,saya sendiri nak ajar anak saya"

Maka ada beberapa orang Melayu yang masih mabuk dibuai mimpi British TERKEJUT dengan kenyataan saya!

"Apa?! Tak sekolah?!Gila ke?"

"Tuntut ilmu kan wajib..."

"Saya hantar anak ke sekolah sebab nak mereka dapat ilmu,bukan sebab nak kerja."

"Kalau tak masuk sekolah macam mana nak jadi educated?Nanti habislah bangsa kita buta huruf!"

Ya! Barat telah berjaya...

Mereka berjaya menanamkan mind set bahawa sekolah itu WAJIB dan kalau orang tak sekolah maksudnya orang itu B.O.D.O.H dan tak ada masa depan...

Satu persoalan disini..

Yang wajib tu MENUNTUT ILMU ke MASUK SEKOLAH?

Bila saya cakap saya tak nak sekolahkan anak saya,bukan bermakna saya biar anak saya jadi bodoh!

Apa kalian tahu apa itu maksud "home schooling" ?

Saya sendiri sebagai guru kepada anak-anak saya di rumah dan saya akan pastikan tidak ada satu pun konspirasi mind control freemason masuk ke dalam otak anak-anak saya sepertimana mereka suntikkan ke dalam otak anak-anak orang lain di sekolah-sekolah tanpa mereka sedar...

Atau kalian anggap saya tak layak mengajar? Saya yang bodoh?

Ye saya memang bodoh,itu tidak dinafikan...tapi bodoh-bodoh saya pun, saya boleh lah ajar sikit-sikit anak-anak saya belajar membaca, menulis, mengira,ajar mereka bahasa Inggeris,bahasa Urdu,bahasa Arab,bahasa Farsi yang saya pernah belajar di luar negara..

Boleh juga saya ajar sikit-sikit ilmu Kimia, Biologi, Matematik, Fizik, astronomi..ye lah,dulu saya belajar di MRSM, jadi ada lah sikit-sikit ilmu tu semua...

Boleh juga saya nak ajarkan mereka sikit-sikit tentang pengurusan bisnes,ekonomi ,marketing , strategi bisnes, akaun, komputer,design yang saya pelajari sikit-sikit dari rakan-rakan dan kabel-kabel bisnes saya di seluruh dunia.

Kalau rasa ni semua ilmu duniaaa je, insya-allah saya boleh jugak ajar sikit-sikit ilmu Fiqh, hadis, tafsir, balaghah, ma'ani,mantik, bayan, usulul fiqh,usulul quran, usulul hadis,mustolahul hadis, ikhtilaf mazhab dan lain-lain yang saya pernah la belajar sikit-sikit pasal ilmu tu semua selama 5 tahun...

Jadi saya rasa anak-anak saya tak kan jadi bodoh kalau saya tak sekolahkan mereka sebab saya boleh ajar diorang sikit-sikit..sikit-sikit pun belajar lah jugak kan? Tak de lah jadi bodoh sangat kan?

Yang jadi guru di sekolah tu malaikat ke sampai kita kena hantar ke sekolah dulu baru dikira "menuntut ilmu" ?

Ya itu pilihan saya,dan saya tak menyusahkan orang lain,dan jangan risau lah, sebab kalau seorang je rakyat Malaysia (iaitu saya) tak hantar anak ke sekolah,bangsa tak akan jadi bodoh sebab masih ada baki lagi 24juta rakyat Malaysia yang akan hantar anak mereka ke sekolah.

So tak perlulah terlampau takut dengan "revolusi minda" yang saya luahkan di status ni...

Saya tak anti-sekolah, tapi saya terlampau takut nak hantar anak saya ke sekolah sebab bila saya tengok budak-budak sekolah zaman sekarang,diorang lebih tak bertamadun daripada orang zaman batu yang tak kenal sekolah..

Akhlak hancur,zina,couple,ada yang balik rumah buat giyomi,rakam masuk dalam youtube,ada yang buat video kapel seminggu lah,nak jadi gengster sekolah pun ramai,bergaduh sana sini,kalau kat utube tu,berlambak-lambak video betina-betina sekolah bergaduh sampai terselak kain..

Jadi kenapa mesti saya rosakkan anak-anak saya?

"Bukan semua jadi macam tu..sebahagian je..."

Ye betul..bukan semua jadi macam tu..tapi saya nak surat confirmation dari malaikat jibril dulu yang "sebahagian" tu bukan dari anak-anak saya,baru lah saya hantar anak saya ke sekolah...

Persoalan lagi, betul ke semua yang masuk sekolah dan universiti ni terjamin masa depan?

Yang tak sekolah pulak bodoh,sampah dan tak ada masa depan?

Ok,kita habiskan separuh umur kita di sekolah dan U,lepas tu kita dapat sekeping kertas (ijazah),pastu kita mintak kerja,nak satu jawatan. Jawatan tu cuma satu,yang apply pulak 10ribu orang...dan yang dapat jawatan tu selalunya orang yang ada cable dengan boss tu..(Belum lagi cakap pasal anak-anak orang kaya beli ijazah dan dapat kerja hebat-hebat melalui cable tanpa perlu mereka ke U pun)

Hahahah itu korang cakap terjamin masa depan?

Orait,Malaysia masih belum tenat..masih banyak peluang pekerjaan(walaupun dah ramai sangat siswazah sekarang menganggur lepak depan fb je tiap hari habiskan beras bumi)...

Tapi seperti yang dah saya cakap dulu,saya dah travel banyak negara dalam dunia. Pengalaman tu sangat mahal. Antara yang membuka mata saya ialah bila saya bertemu dengan sorang pembancuh simen di satu negara,bila saya sembang dengan dia,rupa-rupanya dia ada sijil master dalam bidang apa entah(tak silap saya engineering),tapi disebabkan negara dia tak ada peluang pekerjaan(sebab terlampau ramai siswazah),so dia terpaksa berhijrah ke negara lain bekerja sebagai buruh kasar untuk terus hidup.

Orang sebegini bukan saya jumpa seorang dua...tapi saya jumpa ramai! Terutamanya di negara miskin macam Indonesia,India dan Afrika.

Don't u think malaysia juga satu hari nanti akan jadi macam ni?

Masa tu sape jadi boss?

Geng-geng tak sekolah jugak yang jadi boss~hahahaha~

Note: Fakta yang tak dapat disangkal,kebanyakan ketua syarikat di seluruh dunia adalah dari kalangan orang yang tak habis sekolah.Tak percaya kaji lah!


-ustaz ibnu batoota owsem-

Pemikiran Melayu

Status ini bukan untuk puji diri sebab ketahuilah sesungguhnya aku ini lebih hina dari anjing kurap yang berlumpur...tidak ada satu pun perkara yang boleh dibanggakan dalam diri aku dan aku hanyalah makanan ulat dalam perut bumi tak lama lagi,perut aku hanya dipenuhi najis,tubuh badanku hanya dipenuhi darah dan pelbagai kotoran lain...

Jadi mana mungkin aku layak untuk memuji diri sendiri...

Tapi status ini ditulis sebagai sebuah perkongsian motivasi untuk kita umat Islam memahami hakikat sebenar kekuatan kita sebagai orang Islam...

Bermula sejarah nama "Ibnu Batoota" ni sebenarnya diberikan oleh seorang ulama hadis dari india merangkap guru aku atas sebab aku telah travel ke banyak negara (lebih kurang 10 negara) pada usia yang sangat muda masa itu...

Sebab utama aku suka travel ialah untuk menghapuskan kejumudan(minda sempit) dan meluaskan pengalaman serta untuk mengenali manusia,berdakwah dan ziarah para ulama...

Aku sudah bertemu dengan manusia yang datang dari pelbagai negara,lebih kurang 65 negara. Dan aku ketahui pelbagai ragam manusia dan keadaan umat sedunia.

Sejak kecil aku memang suka berfikir sesuatu diluar jangkauan pemikiran. Kerana aku terpengaruh dengan cara pemikiran para Sahabat Nabi dan tokoh islam lainnya...

Aku sangat teruja dengan pemikiran matang para tokoh Islam...ada yang memimpin empayar besar dan menjadi panglima perang dalam umur 20-an, ada yang bercita-cita syahid seawal umur 10 tahun,ada yang berperang seawal umur 15..

Demi Allah hal ini sangat berbeza dengan umat so-called "muslim" pada hari ini yang masih sibuk dengan dunia cintan cintun masa umur 15..

yang umur 16 sibuk nak jadi gengster sekolah..

yang umur 17 sibuk nak jadi mat rempit..

yang umur 18 sibuk jadi kuli untuk dapat gaji kecik dan beli baju fesyen terkini,gajet terbaru..semua nak bergaya,tapi poket kosong..(Baguslah jadi kuli daripada merompak)...

Aku masih ingat masa lepas SPM dulu,semua kawan-kawan sebaya aku sibuk nak carik kerja...

Aku pulak sibuk cari pekerja untuk bekerja kat company aku yang aku daftar lepas SPM atas nama mak aku.. Aku jadi boss muda masa tu...

Bila duit dah banyak,aku keluar dari bumi Malaysia pergi melihat dunia seawal umur 18...

Kini aku sedang terbaring sebagai seorang bapa yang ada baby comel tengah meniarap atas perut aku sambil aku tulis status ni ketika aku berumur 23 tahun...

Memang hakikatnya aku masih muda...

Tapi aku kira mungkin tak ramai anak muda yang punya pengalaman yang sama macam aku...

Dari pengalaman ini,aku dapati kaum-kaum majoriti di sesebuah negara yang aku pergi,mesti jadi kuli..manakala yang jadi boss pulak adalah golongan minoriti...

Bila aku lihat Malaysia yang majoritinya MELAYU...memang itu lah hakikatnya...ramai melayu jadi kuli dan yang buat bisnes dan jadi boss pulak adalah golongan minoriti...

Kenapa kita tak boleh pecahkan mind set yang ditanam oleh penjajah dari otak kita?

Tadika-->sekolah-->universiti-->kerja

itu je tertib hidup kita dan anak-anak kita?

Kita tak perasan pun yang hidup kita sedang dicaturkan oleh "the hidden hand"...

Kita dicaturkan jadi "hamba" mereka sejak kita kecil...

Kita dijanjikan pelbagai peluang pekerjaan dengan gaji yang lumayan...

Jadi kita hantar anak kita ke sekolah,kolej,universiti bahkan berbangga bila anak-anak kita memakai jubah-jubah paderi semasa hari konvokesyen mereka dengan segulung ijazah "palsu" (I mean resit jubah)....

Sedangkan para Sahabat Nabi majoritinya adalah bisnesman dan mereka jadi boss..orang lain yang jadi kuli mereka..

Hari ini kita biar orang-orang kafir jadi bisnesman berjaya dan kita jadi kuli mereka,jayakan syarikat mereka,berpuas hati dengan jawatan-jawatan di syarikat mereka yang bergaji kecil....

Lihatlah orang kafir apabila mereka mencontohi Nabi dan para sahabat,mereka berjaya kuasai dunia..

Lihat pula orang islam,apabila mereka meninggalkan sunnah-sunnah Nabi dan gila royan nak ikut budaya orang kafir..maka dengan teruk mereka ditindas dan dihina..

Bila orang Melayu nak pecahkan mind set: "aku kena hantar anak aku pi sekolah,belajar rajin-rajin,dapat kerja bagus,senang hidup aku"...?

Kenapa kita mind set kan dalam minda kita bahawa anak-anak kita perlu menjadi hamba kepada orang?

Siapa di kalangan kalian yang mahu pecahkan mind set melayu kolot ini dan berazam untuk membuka empayar bisnes muslim sebesar-besarnya mengalahkan semua bisnes lain yang dimiliki orang kafir?

Siapa di kalangan kalian yang "faham" dengan jelas mesej yang ingin aku sampaikan?

Note: orang melayu kolot cakap: "kalau tak ada spm,diploma,degree,nanti besar nak makan apa?"

Aku pulak cakap: "majoriti jutawan dalam dunia ni adalah golongan yang tak habis sekolah pun...jangan hairan kalau pemegang sijil PhD menjadi kuli kepada ketua syarikat yang SPM pun tak amek dulu.."

*So atas sebab tu aku tak mahu anak-anak aku masuk sekolah...aku tak mahu orang luar set kan mind nya,aku lebih prefer home schooling agar aku sendiri boleh set kan minda dia apa patut dia buat dalam hidup dia!

Stop jadi hamba manusia!

Jadi lah hamba Allah sebenar-benar hamba!

Maka seluruh manusia akan menjadi hambamu!


-ustaz ibnu batoota owsem-

Pahala syahid

Di mana-mana ada status tentang syahid,jihad dan sebagainya di fb,tambah-tambah lagi sekarang macam-macam isu global yang melibatkan umat Islam seperti di Syria dan Mesir...semoga Allah berikan kekuatan kepada mereka semua..Amin...mungkin lepas ni giliran kita pula,maka jangan terlampau bergoyang kaki...

Anyway,cakap pasal syahid ni,kita semua tahu pahala syahid merupakan pahalayang sangat besar..masuk syurga straight katakan...

Jadi,tahukah kalian bahawa Nabi pernah bersabda yang mafhumnya barangsiapa yang MENGHIDUPKAN SEMULA SUNNAH-SUNNAH BAGINDA di zaman kerosakan (zaman sekarang lah,zaman mana lagi?) Maka Allah akan kurniakan kepadanya pahala mati syahid?

Besar pahala "menghidupkan" sunnah Nabi di akhir zaman ni....jadi sebab itu lah saya "bermati-matian" untuk memperkenalkan amalan-amalan sunnah yang ramai tinggalkan ia contohnya amalan-amalan sunnah dalam walimah...

Dulu pernah jugak beberapa kali saya listkan beberapa sunnah-sunnah Nabi tapi entahlah berapa orang yang amalkan....sangkaan buruk saya cakap tak de langsung orang yang amalkannya,sekadar baca,like,komen,teruskan hidup macam biasa....

Sangkaan baik saya cakap, mungkin lah ada sorang dua yang amal...mungkin?

So,list banyak-banyak sunnah tapi tak amal nak buat apa?

Baik kita listkan beberapa sunnah je supaya mudah korang ingat dan amalkan...jom belajar dan AMAL beberapa sunnah Nabi dalam tandas...

1) Sebelum masuk tandas, pastikan kaki kiri dulu yang masuk,sebab ia tempat yang hina...jangan sesekali masuk tandas pakai kaki kanan..kalau termasuk pakai kaki kanan,keluar balik,dan masuk semula pakai kaki kiri. Bila keluar dari tandas pulak,pakai kaki kanan... Berbeza untuk masuk masjid/surau, masuk pakai kaki kanan,dan keluar pakai kaki kiri...so ingat! Ingat! Ingat! Check kaki sebelum masuk tandas dan masjid! Jangan muliakan tandas setaraf masjid dengan masuk tandas pakai kaki kanan,dan jangan hina masjid setaraf tandas dengan masuk masjid pakai kaki kiri...benda nampak kecil,simple,tapi kalau amal,sampaikan dan hidupkan? Dapat pahala syahid~

2) Sediakan selipar tandas sebab sunnah Nabi ialah memakai alas kaki bila berada di dalam kawasan tandas. Kalau tak da selipar tandas,pergi lah beli,modal RM2-RM3 je pun untuk dapat pahala syahid menghidupkan sunnah-sunnah Nabi..nak pahala lebih,check kat masjid-masjid korang ada tak selipar tandas dalam tandas masjid tu, kalau tak da,belikan untuk masjid sekali..dapat pahala free...

3) Tutup kepala semasa berada dalam tandas. Yang ini memang jarang sangat orang amal termasuklah geng-geng "ustaz moden" dan "pejuang-pejuang sunnah"...maklumlah, dalam solat pun "elergi" nak tutup kepala,apatah lagi nak tutup kepala masa masuk tandas? Kebanyakan yang selalu amal benda ni yang saya jumpa adalah golongan tabligh,golongan tareqat,ulama-ulama pondok,ulama madrasah...bukan saya ngintai diorang kat tandas,tapi selalu nampak diorang masuk tandas pakai kopiah... Alhamdulillah sejak saya belajar tentang sunnah ni masa umur 15 tahun dulu,sampai sekarang Allah beri kekuatan untuk amal,setiap kali masuk tandas,mesti saya akan tutup kepala..kalau tak ada kopiah atau kain tuala nak tutup kepala, saya angkat baju tshirt saya jadi penutup kepala (jangan buat depan orang nanti orang cakap kita gila sebab memang nampak macam badut terencat akal,tak caya try lah)...keutamaan menutup kepala ni semasa membuang air...tapi sebaik-baiknya tutup lah kepala tu sepanjang berada di tandas..kecuali kalau nak mandi...

4) Baca doa sebelum masuk tandas: "Allahumma inni A'uzubika minal khubsi wal khobaa'is" dan baca doa selepas keluar tandas dengan lafaz "ghufroonak" 3X diikuti doa "Alhamdulillahillazi Azhaba 'Annil Aazaa wa 'Aafani ".

5) Usahakan untuk tidak bercakap walau sepatah pun dalam tandas, kalau ada orang tegur kita ke panggil kita ke,kita jawab dengan berdehem-dehem...berdehem-dehem juga sunnah dilakukan semasa kita buang air supaya semuanya dikeluarkan dan tak jadi masalah kencing tak lawas ke apa..(Kita ni kat Malaysia,kalau masuk tandas,jangankan kata nak senyap,siap menyanyi menyalak lagi,macam-macam lagu ada,dari 60-an sampailah lagu giyomi pun jadi dendangan sejati dalam tandas)

6) Jangan tengok najis atau kemaluan sendiri sebab akan melemahkan otak dan jangan sesekali pegang kemaluan depan belakang dengan tangan kanan.

Cukup lah tu..cakap banyak tak guna..amal dulu...


-ustaz ibnu batoota owsem-

tasawwuf/tareqat

Agak-agak korang,kenapa Dajjal,Eropah,freemason,illuminati sangat benci kepada ilmu tasawwuf dan tareqat?

Sebabnya,tasawwuf mengajarkan kita penyucian hati dan taqarrub(dekat) dengan Allah dan apabila hati suci dan dekat dengan Allah,maka nusrah(pertolongan Allah) akan terzahir seperti yang berlaku kpd para Sahabat nabi,hanya dengan 313 tentera dlm keadaan kelengkapan yang kurang,dapat hancurkan 1000 tentera kafir yang lengkap bersenjata pada perang badar,begitu juga yang berlaku kepada Saidina Khalid Al-Walid,hanya dengan membawa 59 orang tentera Sahabat,mereka dapat hancurkan tentera Rom seramai 60 000 orang yang lengkap berbaju besi dan bersenjata canggih...

Sejarah telah membuktikan peperangan demi peperangan Islam dengan kafir adalah asbab amalan-amalan mendekatkan diri kepada Allah yang ulama namakan dengan nama "tasawwuf" dan akidah yang sahih iaitu akidah ahlusunnahwaljamaah yang disusun oleh mazhab asya'irah dan maturidiyyah...baca sejarah Sultan Salahuddin Ayubi yang merupakan seorang sufi (ahli tasawwuf) dan berakidah asy'ari dan bermazhab syafie,baca sejarah sultan muhammad al-fatih yang juga seorang sufi dan bermazhab hanafi dan berakidah maturidi dan raaamai lagi mujahid2 lain...begitu juga peperangan moden seperti perang afghan dengan russia yang lengkap bersenjata dapat dikalahkan oleh org Afghan yang pakai senjata murah tapi mereka bermazhab hanafi,akidah maturidi dan ahli tareqat (sufi) chisty dan lain2 tareqat maka tentera lengkap bersenjata itu hancur lebur..

Begitu juga mujahid2 chechen yang menentang Russia juga dlm keadaan kelengkapan perang yang sedikit tetapi mereka bermazhab syafie,berakidah asy'ari dan mengikut tareqat naqshabandi...mereka hancurkan musuh dengan zikir!

Di tanah melayu juga,para pejuang melayu yang menentang orang kafir penjajah semuanya bermazhab syafie,berakidah asy'ari dan ahli sufi...
Kepada yang biasa dengan sejarah Islam,tentu tahu kisah Nabi Sulaiman yang nak istana balqis dibawa ke depannya lalu jin ifrit offer diri untuk bawa,tapi masa yang dia perlukan agak lama,kemudian seorang ahli ibadat yang merupakan seorang sufi offer untuk bawa istana tu hanya dengan sekelip mata! Sejak dari hari itu syaitan,jin,dajjal,iblis sangat ANTI kepada ahli sufi kerana "teknologi" mereka lebih hebat!

Ahli sufi yang memang terkenal sbg jemaah zikir sangat digeruni Dajjal dan pengikutnya kerana nusrah Allah sentiasa bersama mereka kerana Allah berfirman mafhumnya ingatlah aku maka pasti aku akan mengingatiMu...

Dajjal dan illuminati berusaha keras untuk hapuskan fahaman sufi dan tareqat dari umat Islam tapi selama ratusan tahun mereka tidak berjaya...

Akhirnya mereka sedar yang jemaah sufi tidak boleh dihapuskan dengan kekerasan tentera sptimana mreka tidak boleh hapuskan para Sahabat dengan kekerasan...

Apa yang Dajjal lakukan?

1) Mereka jauhkan ahli sufi dengan amalan-amalan sufi mereka dengan memperkenalkan pelbagai hiburan,politik,duit dan sebagainya sehingga geng2 tareqat pun sibuk nak berpolitik jugak sedangkan sejak dulu kaum sufi sangat terkenal dengan prinsip zuhud yang tidak ada kebesaran dunia dlm hati seperti hiburan,politik,duit dan lain2...bila ahli sufi dijauhkan dari amalan sufi,maka Allah tidak akan membantu mereka lagi lalu mereka dihancurkan oleh tentera kafir.

2) Dajjal dan illuminati tahu mereka tidak dapat fitnah kaum sufi kerana mereka org kafir,tidak ada org islam yang akan percaya,maka mereka wujudkan 3 jemaah seperti yang diceritakan oleh syeikh ramadhan al-butti iaitu jemaah wahabi untuk menyesatkan benua arab,jemaah qadiani untuk menyesatkan benua india dan jemaah baha'iyyah untuk sesatkan benua asia..ketiga2 jemaah ni wujud secara serentak dalam satu masa dan mereka berjaya sesatkan umat Islam secara besar-besaran. Tapi di Malaysia,jemaah bahaiyyah tidak berjaya sesatkan umat melayu islam kerana umat melayu islam sangat terkenal berpegang teguh pada mazhab syafie,akidah asya'ari dan amalan2 sufi...zikir2 mereka sentiasa bertalu sehingga ke hari ini...tapi di benua Arab,dajjal berjaya menapak di sana dengan membawa fahaman wahabi..jadi jangan hairan lah kenapa budak2 wahabi sangat elergi dan anti dengan tareqat,sufi,zikir dan tasawwuf...kini di malaysia, jemaah bahaiyyah yang gagal telah diganti dengan jemaah wahabi dan budak2 wahabi berusaha keras untuk hapuskan amalan2 soleh di malaysia dengan alasan bidaah,kufur,syirik,tahayul bla bla bla...zikir lepas solat pun dituduh bidaah dan masuk neraka....

Kini jemaah sufi semakin pudar kerana fahaman wahabi telah menyusup..bila ahli sufi mula menjadi wahabi dan tinggalkan zikir,maka sekali lagi pada zaman milenium ini,dajjal menghantar tenteranya di negara2 umat islam untuk menyerang mereka dan terbukti jelas umat2 islam telah dizalimi dengan teruk! Kerana mereka dulu yang berpegang tguh pd amalan2 soleh,kini mereka tinggalkan kerana "bidaah",maka nusrah Allah pun hilang...tentera2 sufi seperti ikhwan muslimin yang diasaskan oleh imam hasan albanna yang bermazhab hanafi,berakidah asyari dan ahli tareqat tijani(tak silap saya) kini sudah mula tidak mahu bermazhab,menolak zikir,bidaah sna sni dan mula canang slogan "islam itu mudah" sperti geng2 wahabi...mreka sudah lupakan perjuangan asal imam hassan albanna yang pegang teguh pada manhaj ahlu sunnah wal jamaah....

Tapi kelak,jemaah sufi ini akan kembali diberi nafas baru,yang zuhud dan tiada kebesaran dunia dalam hatinya,hatinya penuh kebesaran allah dan mereka akan muncul menjadi tentera mahdi seperti yang dikhabarkan dalam hadis contohnya sebuah hadis yang menceritakan bahawa umat islam akan ditimpa bencana kemarau dan tak da makanan selama bertahun2 ketika dajjal datang,hanya pengikut dajjal sahaja yang dapat makanan kerana ikut dia..para sahabat bertanya apa makanan umat islam ketika itu?nabi jawab ZIKIR..

Begitu juga dalam hadis yang lain nabi khabarkan tentera2 imam mahdi akan hancurkan musuh hanya dengan TAKBIR dan zikir2 lain...!

Tidak mungkin tentera2 mahdi yang kuat bezikir ini datang dari kalangan wahabi kerana mereka mengkafirkan jemaah zikir dan mereka sendiri tidak berzikir kecuali zikir "bidaah bidaah bidaah bidaah bidaah apa dalil apa dalil apa dalil apa sanad apa sanad tahyul tahyul tahyul khurafat khurafat" yang tidak pernah dicontohkan oleh nabi atau pun sahabat...

Maka jemaah zikir mana yang Nabi maksudkan akan bersama Imam Mahdi?

Semoga Allah tetapkan hatiku dan seluruh keluarga dan keturunanku dengan "zikir" yang sangat digeruni Dajjal.....


-ustaz ibnu batoota owsem-

Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda

CATATAN YANG PENTING TERUTAMANYA UNTUK PELAJAR-Maulana Usamah Muhammad

Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda

Kurangkan makan bawang besar

Kurangkan makan berempah

Kurangkan makan ketumbar kering

Kurangkan menonton hiburan

Kurangkan membaca majalah hiburan

Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Perkara-perkara yang perlu diamalkan

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai( yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam
......dan yang paling penting dibawah ini........
selamat beramal..... ..
sengaja lewatkan solat .
Allah tidak suka .
Kalau tertidur lain cerita.

~muzakarah ilmu masturat~

sifat 20

Adapun yang wajib bagi Ketuhanan itu bersifat dengan empat sifat:

1. Sifat Nafsiyah, iaitu Wujud
2. Sifat Salbiyah iaitu, Qidam, Baqa, Mukhalafatuhu lil khawaditsi, Qiyamuhu binafsihi dan Wahdaniat
3. Sifat Ma’ani, iaitu, Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sami’, Bashir dan Kalam
4. Sifat Ma’nawiyah, iaitu Qadirun, Muridun, ‘Alimun, Hayyun, Sami’un, Bashirrun dan Muttakalimuun

Dibahagi lagi menjadi dua sifat (Pendekatan secara nafi dan isbat)

1. Sifat Istighna’ iaitu, Wujud, Qidam, Baqa, Mukhalafatuhu lil hawadits, Qiyamuhu binafsihi, Sami’, Bashir, Kalam, Sami’un, Bashirun dan Muttakallimun

2. Sifat Iftikor ilaihi, iaitu Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Kodirun, Muridun, ‘Alimun, Hayyun dan Wahdaniah
~~~~~~~ oOo ~~~~~~~

Bahagian I: Sifat Nafsiyyah:

Wujud, ertinya ada, yang ada itu dzat Allah Ta’ala, lawannya ‘Adam, ertinya tiada yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Allah Ta’ala itu tiada kerana jikalau Allah Ta’ala itu tiada nescaya tiadalah perubahan pada alam ini. Alam ini jadilah statik (tak ada masa, rasa dll), dan tiadalah diterima ‘aqal jika semua itu (perubahan) terjadi dengan sendirinya.

Jikalau alam ini jadi dengan sendirinya nescaya jadilah bersamaan pada suatu pekerjaan atau berat salah satu maka sekarang alam ini telah nyata adanya sebagaimana yang kita lihat sekarang ini dan teratur tersusun segala pekerjaannya maka menerima lah aqal kita wajib adanya Allah Ta’ala dan mustahil lawannya tiada. Adapun dalilnya iaitu firmanNya dalam Al Qur’an:

Allahu kholiqu kullu syai’inertinya, “Allah Ta’ala jualah yang menjadikan tiap-tiap sesuatu.”

Adapun Wujud itu sifat Nafsiyah ada itulah dirinya hak Ta’ala. Adapun ta’rif sifat nafsiyah itu: Hiya huwa wala hiya ghoiruku, ertinya, sifat inilah dzat hak Ta’ala, tiada ia lain daripadanya yakni sifat pada lafadz dzat pada makna

Adapun Hakikat sifat nafsiyah itu : Hiya lhalul wajibatu lizzati maadaamati azzatu ghoiru mu’alalahi bi’illati, ertinya: hal yang wajib bagi dzat selama ada dzat itu tiada dikeranakan dengan suatu kerana yakni adanya iaitu tiada kerana jadi oleh sesuatu dan tiada Ia terjadi dengan sendirinya dan tiada Ia menjadikan dirinya sendiri dan tiada Ia berjadi-jadian.

Adapun Wujud itu dikatakan sifat Nafsiyah kerana wujud menunjukkan sebenar-benar dirinya dzat tiada lainnya dan tiada boleh dipisahkan wujud itu lain daripada dzat seperti sifat yang lain-lain.

Adapun Wujud itu tiga bahagian:

1. Wujud Haqiqi, iaitu dzat Allah Ta’ala maka wujud-Nya itu tiada permulaan dan tiada kesudahan maka wujud itu bersifat Qadim dan Baqa’, inilah wujud sebenarnya

2. Wujud Mujazi, iaitu dzat segala makhluk maka wujudnya itu ada permulaan dan ada kesudahan tiada bersifat Qadim dan Baqa’, sebab wujudnya itu dinamakan wujud Mujazi kerana wujudnya itu bersandarkan Qudrat Iradat Allah Ta’ala

3. Wujud ‘Ardy, iaitu dzat ‘Arodul wujud maka wujudnya itu ada permulaan dan tiada kesudahan seperti ruh, syurga, neraka, Arasy, Kursi dan lain-lain

Adapun yang Maujud selain Allah Ta’ala dua bahagian

1. Maujud dalam ‘alam syahadah, iaitu yang di dapat dilihat dengan pancaindera yang lima seperti langit, bumi, kayu, manusia, binatang dan lain-lain

2. Maujud di dalam ‘alam ghaib yang tiada didapat dengan pancaindera yang lima tetapi didapat dengan nur iman dan Kasyaf kepada siapa-siapa yang dikurniakan Allah Ta’ala seperti Malaikat, Jin, Syaitan, Nur dan lain-lain.

Adapun segala yang Maujud itu lima bahagian:

1. Maujud pada Zihin iaitu ada pada ‘aqal
2. Maujud pada Kharij iaitu ada kenyataan bekas
3. Maujud pada Khayal iaitu seperti bayang-bayang dalam air atau yang di dalam mimpi
4. Maujud pada Dalil iaitu ada pada dalil seperti asap tanda ada api
5. Maujud pada Ma’rifat iaitu dengan pengenalan yang putus tiada dapat diselingi lagi terus Ia Ma’rifat kepada Allah Ta’ala

Membicarakan Wujud-Nya dengan jalan dalil:

1. Dalil yang didapat dari Khawas (pancaindera) yang lima tiada dapat didustakan

2. Dalil yang didapat dari Khabar Mutawatir tiada dapat didustakan

3. Dalil yang didapat daripada ‘Aqal tiada dapat didustakan

4. Dalil yang didapat daripada Rasulullah tiada dapat didustakan

5. Dalil yang didapat daripada firman Allah Ta’ala tiada dapat didustakan

Bahagian II: Sifat Salbiyyah

Adapun hakikat sifat Salbiyyah itu: wahiya dallat ‘alallafiy maalaa khaliyqu billahi ‘aza wajalla, ertinya barang yang menunjukkan atas menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada af’al Allah Ta’ala iaitu lima sifat:

1. QIDAM, ertinya Sedia
2. BAQA’ ertinya Kekal,
3. MUKHALAFATUHU LIL HAWADITS ertinya Bersalahan Allah Ta’ala dengan segala yang baharu.
4. QIYAMUHU BINAFSIHI, ertinya Berdiri Allah Ta’ala dengan sendiriNya.
5. WAHDANIAH, ertinya Esa
~~~~~~~ oOo ~~~~~~~

1. QIDAM, ertinya Sedia ada

Adapun hakikat Qidam ibarat dari menafikan ada permulaan bagi Wujud-Nya yakni tiada permulaan, lawannya Huduth ertinya baharu iaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Ia baharu kerana jikalau Ia baharu nescaya jadilah Wujud-Nya itu wujud yang harus, tiadalah Ia wajibal wujud maka sekarang telah terdahulu wajibal wujud baginya maka menerimalah aqal kita wajib baginya bersifat Qadim dan mustahil lawannya baharu , adapun dalilnya firmannya dalam Al Qur’an: huwal awwalu, ertinya Ia juga yang awal.

Adapun Qadim nisbah pada nama empat perkara:

a. Qadim Haqiqi, iaitu dzat Allah Ta’ala
b. Qadim Sifati, iaitu sifat Allat Ta’ala
c. Qadim Idhofi, iaitu Qadim yang bersandar seperti dahulu bapa daripada anak
d. Qadim Zamani, iaitu masa yang telah lalu sekurang-kurangnnya setahun

2. BAQA’ ertinya Kekal

Adapun hakikat Baqa’ itu ibarat menafikan ada kesudahan bagi Wujud-Nya, yakni tiada kesudahan, lawannya Fana’ ertinya binasa iaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Ia binasa, jikalau Ia binasa jadilah Wujud-Nya itu wujud yang baharu, apabila Ia baharu tiadalah Ia bersifat Qadim maka sekarang telah terdahulu bagi-Nya wajib bersifat Qadim maka menerimalah aqal kita wajib bagi-Nya bersifat Baqa dan mustahil lawannya binasa, adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Qur’an: wayabqo wajhu robbikauzuljalali wal ikrom, ertinya kekal dzat Tuhan kamu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

Adapun yang Kekal itu dua bahagian:

a. Kekal Haqiqi, iaitu dzat dan sifat Allah Ta’ala

b. Kekal Ardy, iaitu kekal yang dikekalkan, menerima hukum binasa jikalau dibinasakan Allah Ta’ala, kerana ia sebahagian daripada mumkinun, tetapi tiada dibinasakan maka kekallah ia, maka kekalnya itu dinamakan kekal ‘Ardy, seperti ruh, arasy, kursi, kalam, lauh mahfudh, syurga, neraka, bidadari dan telaga nabi.

3. MUKHALAFATUHU LIL HAWADITSI ertinya Bersalahan Allah Ta’ala dengan segala yang baharu

Adapun Hakikat Mukhalafatuhu lil hawadits itu diibaratkan menafikan dzat dan sifat dan af’al Allah Ta’ala dengan segala sesuatu yang baharu, yakni tiada bersamaan dengan segala yang baharu, lawannya Mumassalatuhu lil hawadits, ertinya bersamaan dengan segala sesuatu yang baharu. Tiada diterima oleh aqal dikatakan Allah Ta’ala itu bersamaan dzat-Nya dan sifat-Nya dan af’al-Nya dengan segala yang baharu, kerana jikalau bersamaan dengan segala yang baharu maka tiadalah Ia bersifat Qadim dan Baqa’, sebab segala yang baharu menerima hukum binasa, maka sekarang telah terdahulu wajib bagi Allah Ta’ala bersifat Qadim dan Baqa’, maka menerimalah aqal kita wajib bagi Allah Ta’ala bersifat mukhalafatuhu lil hawadits, dan mustahil lawannya Mumasalatu lil hawadits, adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Qur’an:

laisa kamitslihi syai’un wa huwa ssami’ul bashir, ertinya tiada seumpama Allah Ta’ala dengan segala sesuatu dan Ia mendengar dan melihat.
Adapun bersalahan dzat Allah Ta’ala dengan dzat yang baharu kerana dzat Allah Ta’ala bukan jirim atau jisim dan bukan jauhar atau ‘aradh dan tiada dijadikan, tiada bertempat, tiada berjihat, tiada bermasa atau dikandung masa dan tiada beranak atau diperanakkan.

Bersalahan sifat Allah Ta’ala dengan sifat yang baharu kerana sifat Allah Ta’ala Qadim dan ‘Aum takluknya, seperti Sami’ Allah Ta’ala takluk pada segala yang maujud.

Adapun sifat yang baharu itu tiada ia Qadim dan tiada ‘Aum takluknya, tetapi takluk pada setengah perkara jua seperti yang baharu mendengar ia pada yang berhuruf dan bersuara dan yang tiada berhuruf dan bersuara tiada ia mendengar atau yang jauh atau yang tersembunyi seperti gerak-gerak yang dalam hati dan begitu jua sifat-sifat yang lain tiada serupa dengan sifat Allah Ta’ala.

Adapun bersalahan perbuatan Allah Ta’ala dengan perbuatan yang baharu kerana perbuatan Allah Ta’ala itu memberi bekas dan tiada dengan alat perkakas dan tiada dengan minta tolong dan tiada mengambil faedah dan tiada yang sia-sia.

Adapun perbuatan yang baharu tiada memberi bekas dan dengan alat perkakas atau dengan minta tolong dan mengambil faedah.

4. QIYAMUHU BINAFSIHI, ertinya Berdiri Allah Ta’ala dengan sendirinya

Adapun hakikat Qiyamuhu binafsihi itu ibarat daripada menafikan berkehendak kepada tempat berdiri dan berkehendak kepada yang menjadikan dia, yakni tiada berkehendak kepada tempat berdiri dan tiada berkehendak kepada yang menjadikannya.

Mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan tiada berdiri dengan sendiriNya, kerana Ia zat bukan sifat, jikalau Ia sifat, maka berkehendak kepada tempat berdiri kerana sifat itu tiada boleh berdiri dengan sendirinya.

Dan tiada berkehendak kepada yang menjadikan Ia kerana Ia Qadim, jikalau berkehendak Ia kepada yang menjadikan Dia, maka jadilah Ia baharu, apabila ia baharu tiadalah ia bersifat Qadim dan Baqa’ dan Mukhalafatuhu lil hawadits.

Maka sekarang menerimalah aqal kita, wajib diterima oleh aqal, bagi Allah Ta’ala itu bersifat Qiyamuhubinafsihi dan mustahil lawannya An-laayakuunu ko’imambinafsihi, adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Qur’an: Innallaha laghniyyun ‘anil ‘alamiin, ertinya Allah Ta’ala itu terkaya daripada sekalian alam.

Adapun segala yang Maujud menurut berkehendak kepada tempat berdiri dan berkehendak kepada yang menjadikan dia itu empat bahagian:

a. Tiada berkehendak kepada yang menjadikan Dia dan tiada berkehendak kepada tempat berdiri, yaitu zat Allah Ta’ala

b. Berdiri pada zat Allah Ta’ala dan tiada berkehendak kepada yang menjadikan Dia, iaitu sifat Allah Ta’ala

c. Tiada berkehendak kepada tempat berdiri dan berkehendak kepada yang menjadikan dia iaitu segala jirim yang baharu

d. Berkehendak kepada tempat berdiri dan berkehendak kepada yang menjadikan dia iaitu segala ‘aradh yang baharu

5. WAHDANIAH, ertinya Esa

Adapun hakikat Wahdaniah itu ibarat menafikan kam muttasil (berbilang-bilang atau bersusun-susun atau berhubung-hubung) dan kam mumfasil (bercerai-cerai banyak yang serupa) pada zat, pada sifat, dan pada af’al.

Lawannya An-yakunu wahidan, ertinya tiada ia esa. Mustahil tiada diterima oleh akal sekali-kali dikatakan tiada Ia Esa, kerana jikalau tiada Ia Esa tiadalah ada alam ini kerana banyak yang memberi bekas.

Seperti dikatakan ada dua atau tiga tuhan, kata tuhan yang satu keluarkan matahari dari barat, dan kata tuhan yang satu lagi keluarkan dari timur, dan kata tuhan yang satu lagi keluarkan dari utara atau selatan, kerana tiga yang memberi bekas. Tentu kalau tuhan yang satu itu mengeluarkan matahari itu dengan sekehendakknya umpamanya disebelah barat, tentu pula tuhan yang lain meniadakkannya dan mengadakan lagi menurut kehendaknya umpamanya di sebelah timur atau utara atau selatan, kerana tiga-tiga tuhan itu berkuasa mengadakan dan meniadakan maka kesudahannya matahari itu tiada keluar.

Maka sekarang kita lihat dengan mata kepala kita sendiri bagaimana keadaan atau perjalanan di dalam alam ini semuanya teratur dengan baiknya maka menerimalah aqal kita wajib diterima aqal Wahdaniah bagi Allah Ta’ala dan mustahil lawannya berbilang-bilang atau bercerai-cerai.

Adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Qur’an: Qul huwallahu ahad, ertinya katakanlah oleh mu (Muhammad) Allah Ta’ala itu Esa, yakni Esa zat dan Esa sifat dan Esa Af’al.

Adapun Wahdaniah pada zat menafikan dua perkara:

a. Menafikan Kam muttasil, iaitu menafikan berbilang-bilang atau bersusun-susun seperti dikatakan zat Allah Ta’ala itu berdarah, berdaging dan bertulang urat, atau dikatakan zat Allah Ta’ala itu kejadian daripada anasir yang empat.

b. Menafikan Kam mumfasil, iaitu menafikan bercerai-cerai banyak yang sebangsa atau serupa, umpama dikatakan ada zat yang lain seperti zat Allah Ta’ala yakni tiada sekali-kali seperti yang demikian itu.

Maka Kam muttasil dan Kam mumfasil itulah yang hendak kita nafikan pada zat Allah Ta’ala, apabila sudah kita nafikan yang dua perkara ini maka barulah dikatakan Ahadiyyatuzzat, yakni Esa dzat Allah Ta’ala.

Adapun Wahdaniah pada sifat menafikan dua perkara:

a. Menafikan Kam muttasil, iaitu menafikan berbilang-bilang atau bersusun-susun sifat, seperti dikatakan ada pada Allah Ta’ala dua Qudrat atau dua Ilmu atau dua Sami’ yakni tiada sekali-kali seperti yang demikian itu.

b. Menafikan Kam mumfasil, iaitu menafikan bercerai-cerai banyak yang sebangsa atau serupa seperti dikatakan ada Qudrat yang lain atau Ilmu yang lain seperti Qudrat dan Ilmu Allah Ta’ala.

Maka Kam muttasil dan Kam mumfasil inilah yang hendak kita nafikan pada sifat Allah Ta’ala, apabila sudah kita nafikan yang dua itu maka baharulah dikatakan Ahadiyyatussifat, yakni Esa sifat Allah Ta’ala.

Adapun Wahdaniah pada af’al menafikan dua perkara:

a. Menafikan Kam muttasil, iaitu menafikan berhubung atau minta tolong memperbuat suatu perbuatan, seperti dikatakan Allah Ta’ala jadikan kuat pada nasi mengenyangkan dan kuat pada air menghilangkan dahaga dan kuat pada api membakar dan kuat pada tajam memutuskan yakni tiada sekali-kali seperti yang demikian itu.

b. Menafikan Kam mumfasil, iaitu menafikan bercerai-cerai banyak perbuatan yang memberi bekas, seperti dikatakan ada perbuatan yang lain memberi bekas seperti perbuatan Allah Ta’ala, yakni tiada sekali-kali seperti yang demikian itu.

Maka Kam muttasil dan Kam mumfasil inilah yang hendak kita nafikan pada af’al Allah Ta’ala, apabila sudah kita nafikan yang dua ini maka baharulah kita dikatakan Ahadiyyatull af’al, yakni Esa perbuatan Allah Ta’ala.

Bahagian III: Sifat Ma’ani

Adapun hakikat sifat Ma’ani itu: wahiya kullu sifatu maujudatun qo’imatun bimaujuudatun aujabat lahu hukman, ertinya tiap-tiap sifat yang berdiri pada yang maujud (wajibalwujud / zat Allah Ta’ala) maka mewajibkan suatu hukum (iaitu Ma’nawiyah)

Sifat Ma’ani ini maujud pada zihin dan maujud pula pada kharij, ada tujuh perkara:

1. QUDRAT ertinya Kuasa, Takluk pada segala mumkinun
2. IRADAT ertinya Menentukan, takluk pada segala mumkinun
3. ILMU ertinya Mengetahui, takluk pada segala yang wajib, mustahil dan ja’iz bagi aqal.
4. HAYAT ertinya Hidup, tiada takluk, tetapi syarat bagi aqal kita menerima adanya sifat-sifat yang lain.
5. SAMA’ ertinya Mendengar, takluk pada segala yang maujud.
6. BAShAR ertinya Melihat, takluk pada segala yang maujud.
7. KALAM ertinya Berkata-kata
~~~~~~~ oOo ~~~~~~~

1. Qudrat ertinya Kuasa

Adapun hakikat Qudrat itu iaitu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat Allah Ta’ala, maka dengan Dia mengadakan dan meniadakan bagi segala mumkin muafakat dengan Iradat-Nya. Adapun erti mumkin itu barang yang harus adanya atau tiadanya

Adapun mumkin itu empat bahagian:

a. Mumkin Maujuud ba’dal ‘adum, iaitu mumkin yang pada masa sekarang, dahulu tiada, seperti: langit, bumi dan kita semuanya.

b. Mumkin Ma’dum ba’dal wujud, iaitu mumkin yang tiada pada masa sekarang ini dahulunya ada, seperti: nabi Adam as, dan datok-datok nenek kita yang sudah tiada.

c. Mumkin sayuzad, iaitu mumkin yang akan datang seperti hari kiamat, syurga dan neraka.

d. Mumkin Ilmu Allah annahu lamyujad, iaitu mumkin yang di dalam Ilmu Allah Ta’ala, tetapi tiada dijadikan seperti hujan emas, Air laut rasanya manis, dan banyak yang lain lagi.

Lawannya ‘Ujdzun ertinya lemah, iaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Allah Ta’ala itu lemah, kerana jikalau Ia lemah nescaya tiadalah ada alam ini kerana yang lemah itu tiada dapat memperbuat suatu perbuatan. Maka sekarang alam ini telah nyata adanya bagaimana yang kita lihat sekarang ini, maka menerimalah aqal kita wajib diterima aqal, bagi-Nya bersifat Qudrat dan mustahil lawannya ‘Ujdzun.

Adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Qur’an: wallahu ‘ala kulli sai’in-qodir, ertinya Allah Ta’ala itu berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Tetaplah dalam Hakikat Qudrat itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu untuk menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada af’al Allah Ta’ala.

Qudrat Allah Ta’ala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan lemah.

Qudrat Allah Ta’ala Baqa’ atau Kekal, tiada diakhiri dengan lemah.

Qudrat Allah Ta’ala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu, maha suci dari sekalian misal.

Qudrat Allah Ta’ala itu Qo’imumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Ta’ala, tiada meminta tolong pada sesuatu, dan tiada mengambil faedah.

Qudrat Allah Ta’ala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kam muttassil (Berhubung/bersusun) dan tiada kam mumfasil (tiada bercerai dengan sifat yang lain).

2. Iradat ertinya Menentukan/berkehendak

Adapun hakikat Iradat itu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat Allah Ta’ala maka dengan Dia menentukan sekalian mumkin adanya atau tiadanya, muafakat dengan Ilmu-Nya.

Adapun Iradat Allah Ta’ala menentukan enam perkara:

a. Menentukan mumkin itu Ada atau tiadanya
b. Menentukan Tempat mumkin itu
c. Menentukan Jihat mumkin itu
d. Menentukan Sifat mumkin itu
e. Menentukan Qadar mumkin itu
f. Menentukan Masa mumkin itu

Lawannya Karahat ertinya tiada menentukan atau tiada berkehendak, iaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Allah Ta’ala itu tiada menentukan atau tiada berkehendak, kerana jikalau tiada Ia menentukan atau tiada Ia berkehendak mengadakan alam ini atau meniadakan alam ini nescaya tiadalah baharu (Berubah) alam ini maka sekarang alam ini telah nyata adanya perubahan, ada siang ada malam, ada yang datang ada yang pergi, seperti yang telah kita lihat dengan mata kepala kita sendiri, maka menerimalah aqal kita wajib bagi Allah Ta’ala bersifat Iradat dan mustahil lawannya Karahat.

Adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Qur’an: fa’allu limaa yuriy d’, ertinya berbuat Allah Ta’ala dengan barang yang ditentukan-Nya.

Adapun Iradat dengan amar dan nahi itu tiada berlazim kerana:

Ada kalanya disuruh tetapi tiada dikehendaki seperti Abu jahal, Abu lahab dan segala pengikutnya. Ada kalanya disuruh dan dikehendaki seperti Abu Baqa’r dan segala sahabat yang lain. Ada kalanya tiada disuruh dan tiada dikehendaki seperti kafir yang banyak. Adakalanya tiada disuruh tetapi dikehendaki seperti mengerjakan yang haram dan makruh seperti Nabi Adam as dan Hawa.

Tetaplah dalam Hakikat Iradat itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu untuk menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada af’al Allah Ta’ala.

Iradat Allah Ta’ala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan Karahat.

Iradat Allah Ta’ala Baqa’ atau Kekal, tiada diakhiri dengan Karahat.

Iradat Allah Ta’ala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu, maha suci dari sekalian misal.

Iradat Allah Ta’ala itu Qo’imumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Ta’ala, tiada meminta tolong pada sesuatu, dan tiada mengambil faedah.

Iradat Allah Ta’ala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kam muttassil (Berhubung/bersusun) dan tiada kam mumfasil (tiada bercerai dengan sifat yang lain).

3. Ilmu ertinya Mengetahui

Adapun hakikat Ilmu itu iaitu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat Allah Ta’ala maka dengan Dia Mengetahui pada yang wajib, pada yang mustahil, dan pada yang harus.

Adapun yang wajib itu zat dan sifatNya, maka mengetahui Ia zatNya dan sifatNya yang Kamalat.

Adapun yang mustahil itu iaitu yang menyekutui ketuhanannya atau yang kekurangan baginya maka mengetahui Ia tiada yang menyekutui bagi ketuhanan-Nya dan yang kekurangan pada-Nya.

Adapun yang harus itu sekalian alam ini maka mengetahui Ia segala perkara yang ada pada masa sekarang ini, segala perkara yang sudah tiada dan segala perkara yang akan diadakan lagi dan tiada terdinding yang dalam Ilmu-Nya sebesar jarah jua pun, semuanya diketahui-Nya dengan Ilmu-Nya yang Qadim

Lawannya Jahil, ertinya bodoh, iaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Ia Jahil atau bodoh kerana jikalau ia Jahil atau bodoh nescaya tiadalah teratur atau tersusun segala pekerjaan di dalam alam ini maka sekarang alam ini telah teratur dan tersusun dengan baiknya, maka menerimalah aqal kita wajib bagi Allah Ta’ala bersifat Ilmu dan mustahil lawannya Jahil atau bodoh.

Adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Qur’an: wallahu bikulli syai’in ‘alimun, ertinya Allah Ta’ala mengetahui tiap-tiap sesuatu.

Tetaplah dalam Hakikat Ilmu itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu untuk menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada af’al Allah Ta’ala.

Ilmu Allah Ta’ala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan jahil.

Ilmu Allah Ta’ala Baqa’ atau Kekal, tiada diakhiri dengan jahil.

Ilmu Allah Ta’ala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu, maha suci dari sekalian misal, dan tiada terdinding.

Ilmu Allah Ta’ala itu Qo’imumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Ta’ala, tiada meminta tolong pada sesuatu.

Ilmu Allah Ta’ala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kam muttassil (Berhubung/bersusun) dan tiada kam mumfasil (tiada bercerai dengan sifat yang lain).

4. Hayat ertinya Hidup

Adapun hakikat Hayat itu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat Allah Ta’ala, maka dengan Dia zohirlah sifat yang lain-lain.

Lawannya maut ertinya mati, iaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Ia mati kerana jikalau Ia mati nescaya tiadalah ada sifat yang lain seperti Qudrat, Iradat dan Ilmu maka menerimalah aqal kita wajib bagi Allah Ta’ala bersifat hayat dan mustahil lawannya maut.

Adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Qur’an: huwal hayyuladzii laa yamuut, ertinya Dia yang Hidup yang tiada mati.

Tetaplah dalam Hakikat Hayat itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu untuk menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada af’al Allah Ta’ala.

Hayat Allah Ta’ala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan maut.

Hayat Allah Ta’ala Baqa’ atau Kekal, tiada diakhiri dengan maut.

Hayat Allah Ta’ala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu, maha suci dari sekalian misal.

Hayat Allah Ta’ala itu Qo’imumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Ta’ala, tiada meminta tolong pada sesuatu.

Hayat Allah Ta’ala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kam muttassil (Berhubung/bersusun) dan tiada kam mumfasil (tiada bercerai dengan sifat yang lain)

5. Sami’ ertinya Mendengar

Adapun hakikat Sami’ itu iaitu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat Allah Ta’ala, maka dengan Dia mendengar segala yang maujud sama ada yang maujud itu Qadim atau Muhadas.

Adapun maujud yang Qadim iaitu dzat dan Sifat-Nya, maka mendengar Ia akan Kalam-Nya yang tiada berhuruf dan bersuara, dan yang muhadas iaitu sekalian alam ini maka mendengar Ia akan segala perkara yang ada pada masa sekarang ini, segala perkara yang sudah tiada dan segala perkara yang akan diadakan lagi, maka tiada terdinding pendengarannya oleh sebab jauh atau tersembunyi.

Lawannya Sumum, ertinya pekak atau tuli iaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Ia pekak atau tuli kerana jikalau Ia pekak atau tuli nescaya tiadalah dapat Ia memperkenankan seruan makhluk-Nya padahal Menyuruh Ia kepada sekalian makhluk-Nya dengan meminta seperti firman-Nya dalam Al Qur’an: ud’uunii astajib lakum, ertinya mintalah olehmu kepadaKu nescaya Aku perkenankan.

Maka menerimalah aqal kita wajib bagi Allah Ta’ala bersifat Sami’ dan mustahil lawannya Sumum, pekak atau tuli, adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Qur’an: wallahu sami’un ‘alimun, ertinya Allah Ta’ala itu yang mendengar dan yang mengetahui .

Tetaplah dalam Hakikat Sami’ itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu untuk menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada af’al Allah Ta’ala.

Sami’ Allah Ta’ala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan pekak.

Sami’ Allah Ta’ala Baqa’ atau Kekal, tiada diakhiri dengan pekak.

Sami’ Allah Ta’ala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu, maha suci dari sekalian misal, dan tiada terdinding.

Sami’ Allah Ta’ala itu Qo’imumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Ta’ala, tiada meminta tolong pada sesuatu.

Sami’ Allah Ta’ala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kam muttassil (Berhubung/bersusun) dan tiada kam mumfasil (tiada bercerai dengan sifat yang lain).

6. Bashir ertinya Melihat

Adapun hakikat Bashir itu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat Allah Ta’ala, maka dengan Dia melihat segala yang maujud sama ada yang maujud itu Qadim atau muhadas.

Adapun maujud yang Qadim itu dzat dan sifat-Nya, maka melihat Ia akan dzat-Nya yang tiada berupa dan berwarna dan sifat-Nya yang kamalat.

Adapun maujud yang muhadas itu sekalian alam ini maka melihat Ia akan segala perkara yang ada pada masa sekarang ini, segala perkara yang sudah tiada dan segala perkara yang lagi akan diadakan. Tiada terdinding yang pada penglihatan-Nya oleh sebab jauh atau sangat halusnya atau sangat kelamnya.

Lawannya ‘Umyun, ertinya buta, iaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Ia buta kerana jikalau Ia buta maka jadilah Ia kekurangan. Maka menerimalah aqal kita wajib bagi Allah Taa’la itu bersifat Bashir dan mustahil lawannya ‘Umyun atau buta

Adapun dalilnya firman-Nya dalam AlQur’an: wallahu bashirun bimaa ta’maluun, ertinya Allah Ta’ala itu melihat apa yang kamu kerjakan.

Tetaplah dalam Hakikat Bashir itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu untuk menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada af’al Allah Ta’ala.

Bashir Allah Ta’ala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan buta.

Bashir Allah Ta’ala Baqa’ atau Kekal, tiada diakhiri dengan buta.

Bashir Allah Ta’ala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu, maha suci dari sekalian misal, dan tiada terdinding.

Bashir Allah Ta’ala itu Qo’imumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Ta’ala, tiada meminta tolong pada sesuatu.

Bashir Allah Ta’ala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kam muttassil (Berhubung/bersusun) dan tiada kam mumfasil (tiada bercerai dengan sifat yang lain).

7. Kalam ertinya Berkata-kata

Adapun hakikat Kalam itu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat Allah Ta’ala, maka dengan Dia berkata-kata pada yang wajib seperti firman-Nya: fa’lam annahu laailahaillalah, ertinya ketahui oleh mu bahawasanya tiada tuhan melainkan Allah, dan berkata-kata pada yang mustahil dengan firman-Nya: laukana fiyhima aa lihatun illallah lafasadatu, ertinya jikalau ada tuhan yang lain selain daripada Allah maka binasalah segala-galanya. dan berkata pada yang harus dengan firman-Nya: wallahu kholaqokum wamaa ta’maluun, ertinya Allah Ta’ala jua Yang menjadikan kamu dan barang perbuatan kamu.

Lawannya Bukmum, ertinya kelu atau bisu iaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Ia bisu atau kelu kerana jikalau Ia bisu atau Kelu tiadalah dapat Ia menyuruh atau mencegah dan menceritakan segala perkara seperti hari kiamat, syurga, neraka dan lain-lain. Maka sekarang suruh dan cegah itu ada pada kita seperti suruh kita sembahyang dan cegah kita berbuat ma’siat. Maka menerimalah aqal kita wajib bagi Allah Ta’ala itu bersifat Kalam dan mustahil lawannya bukmum, kelu atau bisu. Adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Qur’an: wa kallamallaahu muusa taklimaan, ertinya berkata-kata Allah Ta’ala dengan nabi Musa as dengan sempurna kata.

Adapun Kalam Allah Ta’ala itu satu sifat jua tiada Ia berbilang tetapi berbagi-bagi dipandang dari segi perkara yang dikatakan-Nya apabila Ia menunjukkan kepada suruh maka dinamakan amar seperti suruh sembahyang dan puasa dan lain-lain, jika Ia menunjukkannya kepada cegah atau larangan maka dinamakan nahi seperti cegah berjudi., minum arak dan lain-lain, jika Ia menunjukkan pada cerita dinamakan akhbar, seperti cerita raja Fir’aun , Namrudz, dan lain-lain. jika Ia menunjukkan pada khabar gembira dinamakan Wa’ad seperti balas syurga pada orang beriman dan ta’at dan lain-lain, jika Ia menunjukkan pada khabar menakutkan maka dinamakan Wa’id, seperti janji balas neraka dan azab bagi orang yang berbuat maksiat dan kafir.

Tetaplah dalam Hakikat Kalam itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu untuk menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada af’al Allah Ta’ala.

Kalam Allah Ta’ala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan kelu.

Kalam Allah Ta’ala Baqa’ atau Kekal, tiada diakhiri dengan kelu.

Kalam Allah Ta’ala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu, maha suci dari sekalian misal, tiada terdinding dan tiada berhuruf atau bersuara.

Kalam Allah Ta’ala itu Qo’imumbizaatihi atau berdiri pada zat Allah Ta’ala, tiada meminta tolong pada sesuatu.

Kalam Allah Ta’ala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kam muttassil (Berhubung/bersusun) dan tiada kam munfasil (tiada bercerai dengan sifat yang lain).

Bahagian IV: Sifat Ma’nawiyyah

Adapun hakikat sifat ma’nawiyah itu: hiyal halul wajibatu lidzati madaamati lidzati mu’allalati bi’illati, ertinya hal yang wajib bagi dzat selama ada dzat itu dikeranakan suatu kerana iaitu Ma’ani, umpama berdiri sifat Qudrat pada dzat maka baru dinamakan dzat itu Qadirun, ertinya Yang Kuasa, Qudrat sifat Ma’ani, Qadirun sifat Ma’nawiah maka berlazim-lazim antara sifat Ma’ani dengan sifat Ma’nawiah, tiada boleh bercerai iaitu tujuh sifat pula:

1. QADIRUN, ertinya Yang Kuasa, melazimkan Qudrat berdiri pada dzat
2. MURIIDUN, ertinya Yang Menentukan maka melazimkan Iradat yang berdiri pada dzat
3. ‘ALIMUN, ertinya Yang Mengetahui maka melazimkan ‘Ilmu yang berdiri pada dzat
4. HAYYUN, ertinya Yang Hidup melazimkan Hayyat yang berdiri pada dzat
5. SAMI’UN, ertinya Yang Mendengar melazimkan Sami’ yang berdiri pada dzat
6. BASIRUN, ertinya Yang Melihat melazimkan Basir yang berdiri pada dzat
7. MUTTAKALLIMUN, ertinya Yang Berkata-kata melazimkan Kalam yang berdiri pada dzat

Bahagian V: Sifat Istighna

Ertinya sifat Kaya, Hakikat sifat Istighna: mustaghniyun ’angkullu maa siwahu, ertinya Kaya Allah Ta’ala itu daripada tiap-tiap yang lain.

Apabila dikatakan Kaya Allah Ta’ala daripada tiap-tiap yang lain, maka wajib bagi-Nya bersifat dengan sebelas (11) sifat, jikalau kurang salah satu daripada sebelas (11) sifat itu maka tiadalah dapat dikatakan Kaya Allah Ta’ala daripada tiap-tiap yang lainnya.

Adapun sifat wajib yang 11 itu ialah:

Wujud, Qidam, Baqa’, Mukhalafatuhu lil hawaditsi, Qiyamuhu binafsihi, Sami’, Bashir, Kalam, Sami’un, Bashirun dan Muttakalim.

Selain sebelas (11) sifat yang wajib itu ada tiga (3) sifat yang harus (Jaiz) yang termasuk pada sifat Istighna iaitu

1. Mahasuci dari pada mengambil faedah pada perbuatan-Nya atau pada hukum-Nya, lawannya mengambil faedah, iaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali kerana jikalau mengambil faedah tiadalah Kaya Ia daripada tiap-tiap yang lainnya kerana lazim diwaktu itu berkehendak Ia pada menghasilkan hajat-Nya

2. Tiada wajib Ia menjadikan alam ini. Lawannya wajib iaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali kerana jikalau wajib Ia menjadikan alam ini tiadalah Ia Kaya daripada tiap-tiap yang lainnya, kerana lazim diwaktu itu berkehendak Ia kepada yang menyempurnakan-Nya

3. Tiada memberi bekas suatu daripada kainat-Nya dengan kuatnya. Lawannya memberi bekas iaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali kerana jikalau memberi sesuatu daripada kainat-Nya dengan kuatnya tiadalah Kaya Ia pada tiap-tiap yang lainnya kerana lazim diwaktu itu berkehendak Ia mengadakan sesuatu dengan wasitoh

Bahagian VI: Sifat Iftiqor ilahi

Ertinya sifat berkehendak: hakikat sifat Ifthiqor: wamuftaqirun ilaihi kullu maa ’adaahu, artinya berkehendak tiap-tiap yang lainnya kepada-Nya.

Apabila dikatakan berkehendak tiap-tiap yang lain kepada-Nya maka wajib bagi-Nya bersifat dengan sembilan (9) sifat, jikalau kurang salah satu daripada sembilan (9) sifat ini maka tiadalah dapat berkehendak tiap-tiap yang lainya kepada-Nya,

Adapun sifat wajib yang sembilan (9) itu adalah:

1. Qudrat 2. Iradat 3. Ilmu 4. Hayat 5. Qodirun 6. Muridun 7. ‘Alimun 8. Hayyun 9. Wahdaniah

Selain dari sembilan (9) sifat yang wajib itu ada dua (2) sifat yang harus termasuk pada sifat Ifthiqor:

1. Baharu sekalian alam ini. Lawannya Qodim iaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali kerana jikalau alam ini Qodim tiadalah berkehendak tiap-tiap yang lainnya kepada-Nya kerana lazim ketika itu bersamaan darjat-Nya

2. Tiada memberi bekas sesuatu daripada kainatnya dengan tobi’at atau dzatnya. Lawannya memberi bekas iaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali kerana jikalau memberi bekas sesuatu daripada kainat dengan tobi’at niscaya tiadalah berkehendak tiap-tiap yang lain kepada-Nya kerana lazim ketika itu terkaya sesuatu daripadaNya.

Maka sekarang telah nyata pada kita bahawa dua puluh delapan (28) sifat Istighna dan dua puluh dua (22) sifat Ifthiqar maka jumlahnya jadi limapuluh (50) ‘aqaid yang terkandung di dalam kalimah laa ilaha ilallaah, maka jadilah makna hakikat laa ilaha ilallaah itu dua: laa mustaghniyun an kullu maasiwahu, ertinya tiada yang kaya dari tiap-tiap yang lainnya dan wa muftaqirun ilaihi kullu ma’adahu, ertinya dan berkehendak tiap-tiap yang lain kepadaNya.

Ini makna yang pertama maka daripada makna yang dua itu maka jadi empat (4):

1. Wajibal wujud, iaitu yang wajib adanya.
2. Ishiqoqul ibadah, iaitu yang mustahak bagi-Nya ibadah
3. Kholikul ‘alam, iaitu yang menjadikan sekalian alam
4. Maghbudun bihaqqi, iaitu yang disembah dengan sebenar-benarnya.

Ini makna yang kedua maka daripada makna yang empat (4) itu jadi satu (1) iaitu:

Laa ilaha ilallaah, Laa ma’budun ilallah, ertinya tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah.

Ini makna yang ketiga penghabisan maka jadilah kalimah laa ilaha ilallaah itu menghimpun nafi dan isbat

Adapun yang dinafikan itu sifat Istighna’ dan sifat Ifthikhor berdiri pada yang lain dengan mengatakan: laa ilaha dan diisbatkan sifat Istighna’ dan sifat Ifthikhor itu berdiri pada dzat Allah Ta’ala dengan mengatakan kalimah Ilallaah

Laa = nafi, Ilaha = menafi, illa = isbat, Allah = meng-isbat

Yang kedua kalimah laa ilaha ilallaah itu nafi mengandungi isbat dan isbat mengandung nafi seperti sabda nabi : laa yufarriqu bainannafi wal-isbati wamam farroqu bainahumaa fahuwa kaafirun, ertinya Tiada bercerai antara nafi dan isbat dan barang siapa menceraikan kafir. Seperti asap dengan api. Asap itu bukan api dan asap itu tidak lain daripada api. Asap tetap asap dan api tetap api: tetapi asap itu menunjukkan ada api inilah ertinya nafi mengandungi isbat dan isbat mengandung nafi. Tiada bercerai dan tiada bersekutu.

-ustaz ibnu batoota owsem-

Template by:

Free Blog Templates