Like Sampai Jari Patah

Wednesday 31 December 2014

Laporan detail ketika saat melahirkan anak lelaki kami


Selepas zohor,darah mula keluar,saya kejarkan ke hospital,nurse tahan nya di wad,dan saya dihalau keluar sebab peraturan wad bersalin di afrika selatan sgt ketat,lelaki tak dibenarkan masuk walaupun suami,jadi terpaksa la saya balik rumah,kalau suami2 yg lain,diorg tunggu dalam kereta je..saya pun tunggu dari zohor tu sampai malam,lepas isyak baru saya balik rumah..

Lepas isyak,bidadari saya asyik mesej saya cakap dia sakit tapi bukaan rahim masih kecil dalam 2cm je..saya minta dia sabar..dan ada 2 rangkai ayat dari dia yang buat saya tetiba menangis...yang pertama,dia mintak maaf banyak2 dan minta redha halal makan minum semua takut2 dia meninggal ketika melahirkan..terus berdegup jantung saya baca..yang kedua,dia cakap setiap kali dia sakit yang teramat kat perut dia,dia akan doa pada Allah supaya setiap urat yang dia sakit tu Allah tukarkan kepada cahaya petunjuk hidayah kepada seluruh alam,katanya mudah mudahan,setiap urat dia yang sakit,satu orang kafir masuk Islam,atau satu orang fasik kembali kepada Islam...yang itu terus buat saya nangis bila baca...

Sememangnya para pecinta umat itu rela mati jika harga kematiannya itu ditukar kepada hidayat Allah seluruh alam...

Sampai lah hampir jam 12.30 malam,bidadari saya call lagi sekali dan ngadu dia sakit yang teramat sangat,suaranya penuh derita..saya cakap,Allah tak kan sia2kan semua ni dan suruh dia letak telefon..

Terus saya wudhu dan solat hajat 2 rakaat,kemudian saya kumpulkan kitab2 saya sebanyak2nya,ada kitab bukhari,riyadus solihin,ihya ulumuddin,fadhilat amal,dan banyak lagi kitab saya timbunkan atas katil dan saya doa yang mafhumnya berbunyi kurang lebih:

"Ya Allah,aku ni kotor,jijik,hina,penuh dosa,aku tahu doa ku di dengari Kau tapi ia dihijab kerana dosa2 dan kekotoranku,tapi di hadapanku ini,terdapat karya2 emas para kekasih Mu,wali2 yang kau cintai(kemudian saya sebut setiap nama imam2 tu),jika engkau tidak perkenankan doaku kerana kekotoran dan kebusukan diri aku,maka aku merayu kau kabulkan lah permintaan ku ini dengan keberkatan mereka semua ini...aku bukan wali seperti mereka,tapi aku cintakan mereka,aku harap dengan cinta aku kepada mereka kau terima doaku,Ya Allah,jika orang kafir pun kau penuhkan keperluan mereka tanpa mereka minta dariMu,maka apakah engkau akan sia2kan raungan seorang muslim ini?"(Kalau Wahabi baca status ni,konfem dia cakap aku ni kafir dan murtad sebab doa macam ni sebab Wahabi memang benci gile amalan tawasul [yakni berdoa dengan keberkatan kekasih2 Allah] ni sampai dituduhnya pelaku tawasul sebagai syirik dan kafir.)

Panjang lagi lah doanya,tawasul dengan amal,Nabi,sahabat,tabiin dll...

Tiba-tiba terus dapat mesej bayi selamat dilahirkan.. terus saya sujud syukur..

Bidadari saya ceritakan bahawa selepas dia call saya,tak lama lepas tu terus dia rasakan macam baby betul2 nak keluar...dia jerit panggil nurse dan nurse tengok bukaan baru 5 cm...tapi nurse tengok baby dah betul2 nak keluar,jadi dia terpaksa potong sedikit bahagian rahim dan tiba2 baby tu terus lompat keluar macam peluru kata isteri saya,langsung tak rasa sakit..nurse tak sempat sambut,babynya tercampak ke hujung katil..tak perlu nurse nak tarik2 kepala baby macam biasa dia buat..

Kata bidadari saya,baby tu di hujung katil bergerak2 tetapi diam tanpa tangisan...tiba2 mata baby terbuka dan melihat keliling dengan penuh kehairanan,kemudian dia bersin sebanyak 3x...tapi tidak menangis...

Nurse pelik dengan baby tu..dia pun dukung,dan tepuk2 belakang baby kemudian baby menangis sedikit(sebab ketukan tu)..tapi bila nurse letakkan semula atas katil di sebelah bidadari saya,babynya terus diam dan matanya meliar tengok keliling......dan baby tu diam tidak menangis langsung..sampai lah tak lama lepas tu nurse mandikan dia,baru dia menangis....tapi bila kembali ke umminya,dia diam balik dan matanya meliar lagi dan dia paling suka renung ummi dia tajam2...

Kata bidadari saya peristiwa tu betul2 ingatkan dia pada kisah kelahiran Nabi Muhammad yang lahir-lahir je terus bersin dan matanya penuh renungan seperti sedang berfikir,dan tidak menangis langsung....

Jam 1 pagi selamat melahirkan,jam 3 petang esoknya baru saya dibenarkan untuk ambil babynya...dan sampai sekarang baby tu tidak menangis....kecuali sekejap2..itu pun tiap kali dia nangis,saya bisik nama Allah di telinga dia,terus dia diam dan renung je muka saya dengan penuh kehairanan....

~Alhamdulillah~

Berkenaan soalan apa amalan bidadari saya ketika mengandung,sebenarnya tak de amalan pape pun..amalan2 biasa je macam baca quran tiap hari 4 juz setengah(khatam setiap minggu),amalan baca surah maryam tiap hari(untuk mudahkan kelahiran seperti saidatina maryam lahirkan nabi Isa) dan surah yusuf(supaya babynya sempurna,cantik,hensem,tiada cacat dan indah seperti nabi Yusuf)kemudian tiup kat air dan minum,bacaan manzil,selawat 40 susunan maulana zakariyya khandahlawi,doa sunnah pagi petang,solat hajat dan amalan2 biasa yang lain...

Tak de amalan special mana pun..semua amalan biasa je..

Dan jugak tiap hari mesti pasangkan bacaan Al-Quran untuk di dengarkan pada baby dari pagi sampai malam...setiap hari baby didengarkan 30 juz al-Quran...itu je kot...

Ok~sekian,yang mana baik,boleh sama2 amalkan insya-Allah..tujuan ini diceritakan ialah untuk DICONTOHI (nanti ada mangkuk ayun cakap kita riak la apa la,gi berambus lah,jangan komen sini),follower saya ramai inbox mintak amalan ibu dan bapa ketika ibu melahirkan,so status ni saya tulis untuk kalian juga contohi dan amalkan...insyaAllah...


-uib-

Monday 15 September 2014

Epal Merah dan Susu

Pernah sekali saya bersafar dengan guru saya, 'Arifbillah Shaikh Hajee Ahmad Nakhuda Afriqi Muhajir Madani Hafizahullahu Ta'ala selama 3 hari sebagai khadim beliau.

Beliau mahsyur dikenali sebagai "Hajee Sahb" atau "Hajee Nakhuda" di Madinah. Beliau merupakan guru tareqat kepada permata ulama Sri Lanka iaitu Maulana Ismail dan ribuan lagi ulama dan orang awam telah berbaiahkepada beliau.

Dan beliau sendiri (Hajee Nakhuda) merupakan khalifah tareqah Chisty yang ke 34 kepada Qutbul Aqtab Ra'isul Muhaddisin Maulana Muhammad Zakariyya Al-Khandahlawi, wali Allah dari India, berketurunan Saidina Abu Bakar As-Siddiq radiyyallahu'anhu dan dimakamkan di perkuburan Baqi', Madinah bersama para Sahabat Nabi.

Yang menariknya, kubur beliau ialah kubur ulama yang paling dekat dengan kubur para Ummahatul Mukminin (para isteri Nabi).

Itu merupakan kemuliaan yang Allah berikan kepada ulama Sufi (tapi sayangnya mereka ini dituduh kafir dan musyrik oleh golongan Wahhabi terlajak pandai)...

Mana mungkin ahli neraka dan ahli syurga kuburnya berjiran, tentu para Sahabat Nabi dan isteri-isteri Nabi akan "terganggu" dengan azab-azab kubur seorang "ahli neraka" (dakwaan Wahhabi) yang dikuburkan berjiran dengan mereka.

Maka tidak dapat tidak, kita dapat fahami terkuburnya seseorang ulama di dalam antara kubur termulia, berdekatan dengan para kekasih Rasulullah merupakan tanda maqbul (penerimaan) Allah ke atas ulama tersebut. Semoga Allah terus menerangi kubur Shaikh Zakariyya Khandahlawi sehingga kiamat.

Shaikh Zakariyya disamping pejuang Ahli Sunnah Wal Jamaah yang tulen, beliau juga merupakan mursyid kepada 4 tareqat dan beliau antara masyaikh tertinggi dalam jemaah Tabligh iaitu sebuah jemaah dakwah yang dihidupkan oleh pakcik kandung beliau, Maulana Ilyas Khandahlawi Rahimahullah.

Sehingga ke hari ini, kitab "Fadhilat Amal" yang dikarang oleh Shaikh Zakariyya Khandahlawi rahimahullah digunakan secara meluas oleh jemaah Tabligh diseluruh dunia walaupun para Wahhabi berleter kononnya kitab itu penuh dengan kepalsuan dan ketahyulan. Tetapi, tidak dapat dinafikan bahawa kitab itu juga maqbul (diterima) di sisi Allah apabila ia menjadi kitab Islam yang paling banyak diterjemahkan dalam bahasa asing di seluruh dunia selepas Al-Quran. Hampir setiap masjid dan surau di seluruh dunia bahkan di negara-negara terpencil terdapat kitab ini yang diterjemahkan ke dalam bahasa masing-masing.

Tidak percaya? Cuba lihat di masjid berdekatan rumah kalian. InsyaAllah ada. Kalau tak ada, khabarkan pada saya.

Tapi bukan ini yang saya nak cerita.

Disebabkan saya sangat kasih kepada guru-guru saya, maka bercerita tentang mereka merupakan satu nikmat bagi saya dan ia merupakan amalan para ulama soleh sejak berkurun lamanya.

Ada seseorang komen tentang saya:

"Ibnu Batoota tu tak habis-habis cerita pasal syaikh dia. Taksub lah tu."

Ini adalah kalam orang jahil yang tidak perlu saya perhatikan langsung dan ia tidak muktabar dalam agama. Kerana cukuplah amalan menceritakan tentang guru itu dilakukan oleh para ulama dari dulu hingga kini, bahkan Maulana Zakariyya Khandahlawi sendiri ada mengarang beberapa kitab yang menceritakan secara khusus tentang GURU-GURU beliau.

Antaranya ialah kitab yang beliau namakan sebagai "Tazkiratul Syuyukh" (cerita tentang guru-guru), kitab yang lain tentang guru-guru beliau ialah kitab "Masyaikh Chist" (para guru tareqah Jistiyyah/Chistiyyah).

Bahkan para ulama lain juga sering menulis tentang guru mereka dan terdapat pelbagai kitab "manaqib" dan kitab-kitab biografi dan kitab khusus tentang seorang guru yang ditulis oleh murid-murid mereka.

Jika para ulama KARANG KITAB tentang guru mereka, maka mengapa pula saya dituduh taksub buta hanya kerana beberapa artikel saya tulis di fb tentang guru-guru saya?

Itulah yang dinamakan jahil murokkab yang tidak perlu saya perhatikan kalam-kalam mereka.

Anyway, dah habis cerita tentang guru. Apa yang saya nak sampaikan dalam status ni ialah sebuah pengalaman saya dan Syaikh Hajee Nakhuda tentang epal merah.

Semasa saya bersafar dengan beliau, setiap pagi beliau akan makan epal merah yang sudah dihaluskan dengan garfu (sebab syaikh sudah tua, gigi dah banyak tak ada, jadi tak kuat nak makan epal jika tak dilumatkan) dalam sebuah mangkuk kecil.

Saya cuma perhati dan tak tanya apa-apa.

Tetapi selepas beberapa kali ia menarik perhatian saya, saya pun beranikan diri tanya apa itu dan kenapa syaikh makan itu?

Beliau pun jawab yang ianya epal merah yang sudah dilumatkan. Katanya ia merupakan amalan para ulama khususnya para guru beliau untuk kecerdasan otak. Kemudian beliau ada sebut nama seorang ulama yang dilaqobkan namanya kepada "Ganggohi". Ulama laqob Ganggohi ni ada beberapa orang. Tapi saya lupa nama siapa yang beliau sebut, tak silap saya, ia merujuk kepada Syaikhul Hadith Maulana Rashid Ahmad Ganggohi rahimahullah.

Katanya, epal merah merupakan makanan harian mereka untuk menguatkan otak dan memori.

Asbab dari makan epal merah, mereka dapat menghafal ribuan hadith. Beliau sendiri amalkan ia dan menyebabkan memori beliau sangat kuat dan tak nyanyuk walaupun sudah sangat tua. Hafazan Al-Qurannya hebat (beliau perdengarkan pada saya bacaan Qurannya dengan hafalan dan minta saya periksa sebab itu saya tahu hafazannya baik), begitu juga hafazan hadithnya.

Kemudian beliau arahkan muridnya bawakan epal merah kepada saya dan kepada seorang lagi khadim beliau ketika itu dan perintahkan kami makan. Kemudian beliau nasihatkan supaya makan selalu dan beri anak-anak makan (tak silap saya).

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini saya tak benarkan anak lelaki saya makan benda pelik-pelik. Coklat ke, jajan ke, keropok ke, gula-gula ke. Termasuklah susu tepung formula (walaupun saya "diperli hebat" oleh orang ramai termasuklah famili sendiri dan famili bidadari saya sendiri) atau makanan segera bayi.

Sebaliknya saya beri dia makan epal merah seperti nasihat guru saya dan disebabkan bidadari saya mengandung lagi, maka susu badan pun kering. Sedangkan anak pertama saya masih kecil (setahun lebih).

Saya dipaksa ibu saya untuk beri minum susu lembu tepung formula ciptaan yahudi. Tapi saya tolak, akhirnya saya istikharah dan check kitab, bagaimana amalan menyusu dilakukan dizaman Rasulullah sedangkan zaman tu belum wujud lagi susu formula.

Keputusannya, saya dapat fahami bahawa zaman dulu, ibu kandung akan susukan. Jika susu ibu kandung kering, mereka akan upah ibu susuan. Jadi saya cuba cari ibu susuan, tapi tak ada. Yang ada ialah ada orang nak derma susu badan berlebihan yang mereka bekukan.

Tapi hati saya menolak kuat kerana saya tak tahu apa amalan perempuan pemilik susu tu. Jaga solat ke tak, fasiqah ke tidak, puasa ke tak, kuat mengumpat ke tak. Saya tak mahu anak saya minum susu orang fasik sebab ia akan jadi darah daging anak saya.

Kemudian, saya baca lagi, apabila tak ada ibu susuan, orang zaman dulu akan berikan susu kambing. Bila saya kaji pasal susu kambing, memang ada kajian saintis yang mengatakan susu kambing merupakan susu terbaik selepas susu ibu. Hati saya sangat tenang dengan perkara tu. Jadi saya pun cari susu kambing tapi sangat susah kalau pakai susu fresh disamping ianya mahal.

Akhirnya saya jumpa pengilang serbuk susu kambing asli yang merupakan seorang muslim.

Dan saya ambil stok dari beliau dengan harga kilang.

Jadi anak saya pun minum susu kambing dan InsyaAllah selepas baby kedua kami lahir, Allah akan kurniakan susu badan semula pada bidadari saya, waktu tu anak pertama saya akan menyusu badan semula sehingga cukup 2 tahun seperti diperintahkan dalam Al-Quran, InsyaAllah.

Alhamdulillah, asbab dari epal merah dan penyusuan sunnah, anak saya cerdas, sihat walafiat dan tak pernah jejak kaki ke hospital/klinik kecuali ketika mula-mula lahir. Pernah demam beberapa kali, tapi tak serius mana. Bidadari saya cuma bagi minum air yang dibaca fatihah dan selawat je, Allah sembuhkan on the spot.

Pernah sekali dia demam campak dan esoknya flight kami dari Afrika ke Malaysia. Saya difahamkan kalau kena demam campak, kita tak boleh naik kapal terbang sebab ia berjangkit. Malam sebelum bertolak, kami solat hajat dan letak bedak sejuk di seluruh badan dia.

Esok pagi bangun, semua bintik-bintik hilang dengan izin Allah dan dapat naik kapal terbang. 2 hari sahaja dia demam campak.

Dan juga setiap kali saya zikir jahr (bersuara keras), dia akan berhenti bermain dan akan duduk dengan saya untuk zikir bersama-sama sambil geleng-geleng kepala. Umurnya baru setahun 3 bulan.

Ada yang perli saya:

"Kami tak mampu nak beli susu kambing macam dia. Mahal..."

Ketahuilah bahawa saya dan bidadari saya kedua-duanya tidak bekerja dan tidak pula makan minum dan susu anak kami disponsor sesiapa termasuklah ibu bapa saya atau ibu bapa mertua yang mana mereka juga tidak kaya. Saya tidak ada sumber pendapatan langsung kecuali bisnes online. (bisnes online saya ni pun, baru je mula sebelum merdeka baru-baru ni. Nak kumpul duit sikit untuk aqiqah, khatan, cukur rambut dan lain-lain urusan anak kedua saya nanti InsyaAllah.)

Segalanya dari Allah. Nak cerita susah. Macam nak cerita subjek Matematik Tambahan pada budak tadika. Last-last budak tadika tak faham, dituduhnya kita pulak yang sesat nanti.

Tapi apa yang saya boleh sampaikan ialah, bila mana kita berusaha untuk amal sunnah dengan penuh fikir risau, Allah akan mudahkan urusan kita semudah-mudahnya.


-uibo-

Niqab vs Malu

Ada seorang lelaki tanyakan pendapat saya tentang calon isteri yang baik.
Saya senaraikan apa yang patut. Kemudian dia berkata:

"Saya kalau boleh nak yang pakai purdah."

Ya, perkataan macam ni memang biasa saya dengar. Tapi ada satu benda yang mamat ni tak faham dan saya pun tanya.

"Tuan nak isteri yang BERPURDAH ke atau isteri yang PEMALU?"

"Maksud ustad macam mana?" Jawabnya.

"Wanita yang pakai purdah, tak semestinya wanita tu PEMALU, tapi wanita yang pemalu, mesti dia pakai purdah." Saya jawab ringkas.

"Erk.... macam mana saya nak tahu pemalu ke tak calon yang saya pilih?" Dia tanya lagi.

"Zaman sekarang ni, ramaaaaiiiii wanita tutup badan dengan kain, tutup muka dengan kain pun dah semakin ramai, tapi yang sikit ni ialah wanita yang ada sifat MALU seperti Sayyidatina Fatimah Az-Zahra Radiyyallahu'anha yang TIDAK MAHU LANGSUNG DILIHAT LELAKI DAN TIDAK MAHU MELIHAT LELAKI.

Cuba tengok keadaan sekeliling, yang berpurdah pun masih kenakan pakaian terang macam pink, biru muda, fuhh nampak comel tu kan...? Ada jugak yang berpurdah hitam semua, tapi baik punya dia shoot gambar lepas tu upload dalam fb bagi tengok free kat lelaki ajnabi. Model yang tayang bodi pun at least dapat bayaran, diorang ni yang bajet solehah pulak bagi tengok free? Mana maruah diorang?

Perempuan hodoh sekalipun, kalau diorang berpurdah, nampak mata saja, memang jadi seksi.... Awak tengok rasa bernafsu tak?" Petir dari saya.

"Err... malu nak ngaku, tapi sejujurnya memang nampak comel sangat dan rasa 'geram' timbul dalam hati." Jawab lelaki tu.

"Jadi apa gunanya mereka berpurdah? Baik bogel je... tengok yang berpurdah pun rasa 'geram', tengok yang berbogel pun rasa 'geram'. Sebab itu di dalam mazhab Syafie, pendapat yang paling rajih dan muktamad tentang purdah ialah hukumnya wajib (rujuk kitab fathul muin, iqna' dan lain-lain). Manakala pendapat yang daif pula mengatakan wajib hanya jika timbul fitnah, dan fatwa daif inilah yang digunakan secara meluas di Malaysia pada zaman ni. Bahkan sebahagian ulama Syafi'eyyah berpendapat, kalau nak pakai purdah tu, pakai full tutup, bukannya bukak-bukak separuh (niqab separuh) nampak dahi macam di Malaysia (di Malaysia indonesia je wujud niqab separuh pelik tu), bahkan mereka suruh tutup mata dan tinggal satu mata sahaja UNTUK MELIHAT JALAN BUKANNYA UNTUK DILIHAT MATANYA.

Tapi sebenarnya, purdah, jubah, baju, dan semua semua tu sebenarnya TAK PERLU PAKAI PUN kalau perempuan tu PEMALU DAN TAK KELUAR RUMAH. Sebab hukum tutup aurat tu hanya disyariatkan bila wanita bertemu lelaki ajnabi. Kalau duduk diam dalam rumah seperti isteri-isteri dan anak Rasulullah, perlu ke mereka tutup aurat?

Jadi tanda "solehah" seseorang wanita tu bukan terletak pada purdah atau tidaknya dia, tetapi terletak pada SIFAT MALU dia. Jangan tertipu dengan munafik-munafik di fb." Saya jawab.

"Erm.. Baru saya sedar.. rupanya ramai perempuan yang menutup aurat, bahkan memakai purdah tapi TAK ADA SIFAT MALU." Jawab dia,semakin faham.

"Ya, sebab itulah saya cakap, kalau nak cari bini, bukan cari yang berpurdah, tapi cari yang pemalu. Sebab kalau dia pemalu, dia confirm akan pakai purdah dan malu nak keluar rumah. Wanita pemalu juga tak akan melihat lelaki dan tak akan menggedik dengan lelaki.

Tapi kalau dia tak malu, walau pun dia pakai purdah sejuta lapis, dia tetap suka berselfie dan tayang bodi dan diri pada lelaki ajnabi dalam fb dan hu ha hu ha dengan lelaki bukan mahram. Macam tu ke perempuan yang tuan nak pilih untuk jadi ibu kepada anak-anak tuan?" Jawapan penggulungan dari saya.

"Alhamdulillah ustad, saya dah faham... doakan saya dapat jumpa permata macam yang ustad syorkan..." Jawapan akhirnya.

Note: Ajarkan anak dan isteri kalian sifat MALU kerana itulah satu-satunya mahkota wanita terindah yang diajar Rasulullah tetapi dihapuskan oleh wanita zaman ini.

Wahai wanita yang berakal... Deletelah foto-foto korang tu. Jangan kecewakan Rasulullah lagi dan lagi. Kalian mungkin jahil, tapi kalian bukan bodoh yang tak boleh diajar atau belajar sesuatu. Jadi belajarlah sesuatu dari kalam ini dan ubahlah. Tak cukupkah kes zina harian yang kita dengar?

Jahil: Tidak mengetahui.

Bodoh: Tak boleh berfikir.

Selfie tu tak salah, selfie lah sampai lebam. Yang salah ialah TAYANG BODI DEKAT LELAKI AJNABI (walaupun badan dan muka ditutupi kain, mata laki ada xray, dia tau saiz korang sekali pandang).

Perhatian: Kalau anda terasa, anda perlu bertaubat dan ubah, bukannya meroyan di ruangan komen kerana ia akan menjatuhkan maruah anda sendiri.


-uib-

Friday 5 September 2014

PENIPU

Bila google tentang scammers online....

Rupa-rupanya memang ramai penipu bisnes online kat internet ni.....

Yang menariknya penipunya kebanyakannya orang yang SAMA.... dan repot dah dibuat, tapi tak ada apa-apa tindakan..... (biasalah tu)

Antara nama yang "famous" menipu online yang saya jumpa di google ialah Stephen anak Anthony.... entah dah berjuta kot tipu duit orang....

Takpelah, dia kapir... memang dia tak "percaya" bahawa mencuri itu SALAH dan HARAM.....

Tapi yang lebih menyedihkan, ramai nama-nama penipu online yang keluar di google adalah orang Islam....

Tahun lepas, saya pun kena tipu, ada orang nak jual hp, mintak saya promot, lepas saya promot, jual hp macam biasa kat follower saya, semuanya ok...

Tapi bila dah ramai order, duit banyak masuk, si laknat dunia akhirat tu tak bagi hp nya kat customer yang merupakan followers saya....

Kena tipu sampai cecah puluh ribu....

Dan saya pulak tak boleh buat apa-apa, sebab saya cuma tolong promot dan iklan sahaja.. tak makan komisen apa pun... just nak tolong sesama Islam... tapi penipu yang bernama Syed Hasbullah (kalau google nama dia, akan keluar banyak komplen tentang penipuan dia, siap ada yang buat web page untuk dedah penipuan dia) ni memang suka makan duit haram, bagi anak bini makan duit haram, keturunan dia pun jadi darah daging haram dan jadi sampah masyarakat...

So atas sebab tu lah saya TIDAK MAHU LAGI IKLAN SESIAPA PUN yang saya tak kenal personally di fb saya ni...

Ramai yang inbox dan wassap saya minta tolong promot bisnes diorang, ada yang suruh mintak derma, ada yang suruh itu ini sebab mereka lihat saya ramai followers... jadi nak amek kesempatanlah....

Tapi semuanya saya TOLAK samada dengan cara diam buat bodo atau pun saya jelaskan baik-baik.... sebab saya tak mahu lagi sampah-sampah masyarakat pemakan duit haram mengambil kesempatan atas nama saya untuk lakukan aktiviti haram mereka....

Kalau ada saya promot bisnes atau mintak derma untuk sesebuah institusi tu... tu maknanya saya kenal orang tu personally dan trusted....

Tahun lepas jugak, try buat bisnes baju dengan sorang kawan, kena tipu pulak dengan kilang... duit dah masuk, tapi kilang tak bagi baju... bila didesak, kilang tu bagi baju design macam lain... kena tipu lagi.. kesian follower saya yang dah bank in duit, jadi masalah bagi diorang... sampai ada yang belum setel sampai hari ni...

Time penipuan ni semua berlaku... saya masih di Afrika.... saya tak dapat lihat sendiri atau setel sendiri masalah tu.... sebab jauh...

Jadi saya memohon maaf kepada mangsa-mangsa penipuan tu semua...

Saya pun tak tahu kalau masih ada yang belum setel dan dia "diamkan" perkara ni sambil berdendam dengan saya sebab anggap saya "penipu".....

So saya mintak, kalau saya masih ada berhutang pada sesiapa walaupun SATU SEN... tolong sangat-sangat tuntut.....

Saya tak mahu sentuh langsung duit riba, duit kena tipu, duit hutang "tak sedar" dan lain-lain duit haram yang lain....

Sejak saya dah balik Malaysia ni....

Semua bisnes saya dikelolakan oleh saya SENDIRI yang dibantu oleh adik dan bidadari saya....

Bisnes saya sah disisi undang-undang Malaysia, didaftarkan atas nama Batoota Enterprise dan ada akaun syarikat sendiri.....

Jadi insyaAllah sejarah tak akan berulang.... dengan izin Allah... saya akan pastikan syarikat rasmi saya beri servis yang baik dan boleh dipercayai....

Apa-apa barang yang didapati aib padanya, boleh dipulangkan kepada kami dan kami terima dengan sukahati kerana fadhilatnya besar sekali...

Sekiranya anda tak berpuas hati dengan barang yang saya jual (contohnya barangan "indah khabar dari rupa"), saya dengan penuh senyuman dan sukahati yang amat akan bagi money back guarantee selepas barang itu anda pulangkan pada saya....

Saya sangat sayang pada Rasulullah dan berusaha untuk mengikuti semua sunnah-sunnah baginda.... tentu sekali sunnah baginda dalam berniaga juga saya junjung dan cuba amalkan sebaik-baiknya.....

Sekiranya barang lambat sampai selepas pihak saya SUDAH pos.... itu sebenarnya benar-benar di luar bidang kuasa kami..... sebaliknya itu tanggungjawab pejabat pos... kami hanya mampu telefon diorang dan minta diorang jangan susahkan customer kami sahaja (dan kami tahu, mereka akan bagi alasan itu ini dan alasan itu SAMA).... jadi saya harap kalian tak marah pada saya kalau barang lambat sampai sebab itu BUKAN SALAH KAMI..... totally out of my control.....

Saya sangat sedih apabila membaca tentang penipu-penipu online yang makan duit haram hari-hari tanpa rasa bersalah....

Duit haram itu masuk ke badan mereka dan jadi darah daging mereka... bila mereka kahwin, air mani yang mengandungi darah haram itu membentuk "manusia" yang dipenuhi sel-sel hasil haram... akhirnya, timbullah generasi sampah masyarakat daripada baka-baka "failed" ni yang merompak, meragut, merogol dan sebagainya...

Tak hairanlah kalau kita tengok budak-budak zaman sekarang punya tahap kebo***an memang high class.... (kalau tak percaya, cuba check post-post saya yang lalu tentang budak sekolah rendah sain kontrak tukar pasangan cinta luar nikah/cinta haram/couple/islamik couple/couple cilik dan apa jua jenama untuk aktiviti haram dan tidak bermaruah tu)

Sebabnya? Mak bapak makan duit haram, makan duit riba, bagi anak makan duit riba, duit haram, anak membesar dengan duit riba duit haram..

Maka lahirlah generasi hyper ***** yang tak kenal lagi siapa tuhan siapa syaitan.

Kemudian bila masalah menimpa... mula nak tagih simpati dari Allah...

Dan bila Allah tak makbul doanya (sebab perut penuh dengan benda haram), dia marah pada Allah dan jadi pulak kes murtad dan kes bunuh diri....

Semuanya bermula daripada MAKAN DUIT HARAM....

Please.... stop being stupid....

Allah bagi otak, bukan untuk buat hiasan dalaman dan bukan juga untuk letak di kepala lutut......

Kepada semua scammers, sukkers, conman, penipu, pemakan duit neraka....

Jangan sampai bersua muka dengan saya.......................................

Sebab kalau jumpa dengan saya.... 1st thing 1st... kalau kamu betina (kamu tak layak dipanggil perempuan), saya bagi polis... saya tak berminat nak berurusan dengan betina..... menjatuhkan kegentlemanku....

Tapi kalau kamu bukan betina (saya geli nak panggil kamu "lelaki", sebab kamu tak layak jadi "lelaki") atau kamu seekor bapuk....

Saya akan bawak kamu jumpa dengan Ust Abdullah Rashidi Gua Rock Gua Beriman merangkap Paduka Ayahanda Sg Besi, Ust Suk Sakaratulmaut Ayahanda Serting dan Ust Bashir Ayahanda Semenyih..... dan ahli-ahli dari kumpulan mafia 6 line....

Kemudian kami akan ikat kamu dalam keadaan baring.....

Kemudian kami akan bukak baju kamu....

Kemudian kami akan bakar lilin....

Kemudian kami akan titiskan lilin panas ke atas puting kamu.....

Kemudian kami akan nikmati jeritan indah kamu....... herrrrr...........

Kemudian kami akan serahkan kamu pada Ust Suk untuk ditembak zikir Chisty dalam hati, dan seterusnya Ust Bashir akan brainwash kamu dengan bayan keagungan Allah dan kemudian....

Setelah kamu menangis.....

Ust Abdullah akan bawa kamu ke masjid untuk iktikaf dan taubat bersama jemaah rockersnya.......

Dan sekiranya KAMU MELAWAN!

Kamu akan DISAMPAHKAN oleh kami.....

Kerana kamu adalah sampah, dan tempat kamu di dalam tong sampah.

Kerana sampah macam kamu, kita semua mundur, kerana sampah macam kamu, peniaga yang jujur rosak bisnesnya.....

.KAMI BENCI PENIPU LAKNAT.

-uibo-

Thursday 4 September 2014

Melayu VS Cina

MAJORITI orang Melayu hidup menggunakan konsep hamba...

Mula dari bawah, jadi kuli, naik pangkat sikit-sikit, gembira dengan duit gaji dan simpanan yang sedikit dan akhirnya mati membawa jawatannya ke kubur dalam keadaan anak-anak miskin (yang lagi teruk, dah la miskin, pastu tinggalkan hutang bertimbun pulak) dan terpaksa merangkak dari bawah seperti ayah mereka, bermula dari jadi kuli, naik jawatan sikit demi sedikit....

Dan ia berterusan dari generasi ke generasi...

Jadi di kalangan orang Melayu, mereka selalu bertanya: "Anak kerja apa?"

MAJORITI orang Cina hidup menggunakan konsep raja....

Mula dari bawah juga, tapi bukan kuli, sebaliknya jadi boss sendiri, meniaga kecil-kecilan sehingga besar sedikit-sedikit dan menjadi sangat besar seperti seorang raja meluaskan pengaruh jajahannya, mempunyai simpanan berjuta-juta lalu mati tanpa jawatan besar tetapi meninggalkan sebuah empayar perniagaan yang sudah besar dan maju kepada anak-anak, anak-anak terus membesarkan lagi perniagaan tu sehingga memonopoli seluruh bidang perniagaan tu sehingga orang lain tak dapat bersaing dengannya dan SESETENGAH DARIPADA MEREKA berjaya "mengawal" kerajaan yang mereka duduki dengan "money power" (actually "bribe" power)....

Dan ia juga berterusan dari generasi ke generasi...

Jadi dikalangan orang Cina, mereka selalu bertanya: "anak bisnes apa?"

Masa untuk berubah, sampai bila orang Islam nak jadi kuli?

Sedangkan peniaga terhebat di dunia ialah Rasulullah dan Para Sahabat baginda sehingga bangsa peniaga iaitu bangsa Yahudi pun terpaksa tunduk kepada peniaga acuan Rasulullah...

Kita mesti belajar dari orang Cina perkara yang baik... (bab menipu dalam bisnes dan suka bribe, itu jangan ikut pulak)...

Dan dakwahkan mereka kepada Islam...

Para Sahabat Rasulullah sendiri berdakwah kepada orang China melalui asbab perniagaan kerana mereka sama seperti Yahudi, bangsa peniaga...

Kerana itu ekonomi dunia dikuasai oleh dua bangsa, Cina dan Yahudi....

Sedangkan yang banyak jadi kuli pulak ialah orang Islam khususnya orang Melayu....

*Jom Revolusi Minda, Hapuskan Minda Kuli Melayu Kuno.*

-ib-

Tuesday 19 August 2014

Kill All Muslims

Dulu masa zaman Nabi dan masa zaman kegemilangan Islam...
Bila berlaku peperangan, umat Islam akan saling berjaga, saling melindungi, harta, darah, maruah diri, anak, isteri dan keluarga daripada ORANG KAFIR.

Orang-orang kafir akan memburu dan membunuh dengan kejam kaum muslimin jika dijumpai. Disembelih dan dihina mayatnya.

Zaman sekarang pula, bila berlaku peperangan, umat Islam kena jaga dan lindungi harta, darah, maruah diri, isteri, anak dan keluarga daripada ORANG ISLAM sendiri.

Syiah nak tembak kita, (kerana tak mahu tuhankan Saidina Ali)
Wahabi nak sembelih kita, (kerana menganggap kita kafir sebab tak mahu mengaku Allah itu jisim)
ISIS nak penggal kepala kita (sambil berselfie dengan kepala kita tanpa sebab yang jelas),
Salafi Jihadi nak rogol muslimah kita (atas alasan hamba tawanan perang),
Al-Qaeda nak bom kita (tanpa sebab),
Jamaah Islamiyyah nak sniper kita (hanya kerana kita beriman kepada Allah),
Pentaksub politik akan rejam kita dengan batu sampai mati (hanya kerana kita tak pergi mengundi),

Dan macam-macam lagi jenama jemaah pengganas dan esktrimis akan terus memburu dan membunuh umat Islam dan menamakan diri mereka sebagai "Mujahidin"....

Bahkan umat Islam akan dibunuh dengan cara kejam oleh mereka dan menghinakan mayat umat Islam itu...

Subhanallah... Indahnya ajaran Islam...

Tentu Rasulullah bangga dengan para "mujahidin" ini di akhirat kelak berdasarkan jumlah selfie mereka dengan jenazah-jenazah kaum muslimin yang mereka bunuh dengan tangan mereka sendiri.

Inilah akhir zaman...

Orang kafir mengerumuni Muslim,
Khawarij juga turut bersama mereka,
Muslim akan terus ditindas oleh orang kafir dan kaum Khawarij,

Sedangkan darah kafir zimmi yang membayar jizyah pun di bawah perlindungan Rasulullah, apatah lagi darah paling mahal iaitu darah kaum Muslimin?

Bukankah telah begitu banyak hadis tentang keharaman menumpahkan darah Muslimin?

Mengapa kalian bodoh?
Mengapa kalian tinggalkan ilmu?
Mengapa kalian memilih untuk menjadi Khawarij?

Tidakkah Rasulullah telah ajarkan bahawa sifat umat Islam sebenar ialah "keras terhadap orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama muslim?"

Dimana kaum muslimin yang sejati?

Umat Islam akan terus ditindas oleh orang kafir dan Khawarij...

Sehinggalah sampai satu masa, Mekah kematian raja negerinya, lalu kucar kacir berlaku...

Maka "khalifah" Khawarij di Syam mengintai-intai peluang untuk menyerang Mekah dan mengambil alih negeri itu untuk meluaskan jajahannya...

Sehinggalah 7 Wali Allah dari 7 penjuru dunia hadir di hadapan Ka'abah dan melantik seorang Khalifah pilihan Allah.

Bukan Syiah, bukan Wahabi, bukan Khawarij.

Lalu puak-puak Khawarij dari Syam akan mengamuk kerana ada "khalifah" lain dibaiat lalu akan menghantar pasukan mereka untuk membunuh khalifah yang baru itu. Kerana mereka beranggapan, sesiapa yang tidak taat pada khalifah mereka, mestilah mati.

Belum sampai tentera mereka di Mekah dari Syam, Allah akan tenggelamkan semua tentera Khawarij itu atau lebih dikenali dengan nama tentera As-Sufyaani ke dalam perut bumi di tempat bernama Baidha'.

Senjata dan aset canggih puak Khawarij yang disupply oleh USA semuanya tidak berfungsi bila berhadapan dengan tentera Badarin Tsani yang berperang menggunakan zikir Sirr dan Jahr. Zikir Nafas dan Lafaz.

Satu demi satu akan ditenggelamkan.....

Mula-mula sekali, tentera Al-Mahdi ini akan hapuskan tentera Khawarij Syam (As-Sufyaani) dengan pertolongan tentera Tamimi.

Kemudian mereka akan hapuskan Zionist dan takluk semula Palestin.

Kemudian Dajjal akan zahir bersama 70 ribu tentera Syiah Iran yang sebenarnya merupakan Yahudi (dalam hadis sebut Isfahan).

Dan Nabi Isa akan turun dari langit lalu membunuhnya...

Maka mustahil tentera yang HAQ itu dari kalangan puak pembenci zikir dan pembenci Tasawwuf yang melazimi zikir.

Maka sudah pasti pembenci umat Islam dan penuduh umat Islam sebagai musyrik dan ahli Bidaah itu sebagai As-Sufyaani...

Yang menghalau manusia menggunakan cemeti....

Tahukah kalian bahawa zikir nafas Nabi Isa 'alaihissalam dapat membunuh orang kafir yang menghidunya sejauh mata memandang?

Tidakkah Nabi telah khabarkan akan datang waktu yang kritikal kepada kaum Muslimin di mana tidak ada makanan untuk mereka dan apabila ditanya apa yang mereka makan lalu dijawab "zikir"?

Tidakkah Nabi telah khabarkan bahawa dunia ini tidak akan kiamat selagi mana ada ahli zikir yang mengalunkan zikir "Allah, Allah".....?

Maka siapakah pembenci zikir?
Maka siapakah yang menghalang umat dari berzikir?
Maka siapa pula ahli zikir?
Maka siapa pula zaakirin yang sedang "diam" itu?

Mengapa dulu para ahli zikir dan dakwah bergerak secara senyap tetapi kini menganjurkan majlis besar-besaran?

Note: Terlalu banyak rahsia yang dirahsiakan dan tidak ingin dirahsiakan tetapi terpaksa dirahsiakan kerana kejahilan umat yang menyeluruh tentang rahsia-rahsia agama hanya akan menyebabkan rahsia-rahsia ini dipersendakan mereka. Oleh kerana itu, rahsia-rahsia itu hanya diketahui oleh para Ahlullah. Dan para Ahlullah pula dirahsiakan Allah akan kewujudan mereka kecuali kepada watak-watak terpilih akhir zaman yang ada tawadhuk pada hatinya.

Maka beruntunglah orang yang melazimi berdamping dan bersama Ahlullah.

Celakalah golongan yang membenci ulama, lari dari majlis mereka, tidak mahu bersama mereka, tidak mahu muliakan mereka dan menganggap mereka tidak bernilai hanya kerana mereka tidak sekapal di dalam perjuangan.


-uib-

Wednesday 30 July 2014

Pengganas

Antara fitnah Dajjal yang terbaru ialah kemunculan puak-puak pengganas ekstrimis dari kaum Wahhabi/Salafi yang menamakan diri mereka sebagai ISIS dan self-declared pembentukan khalifah di Iraq dan Syria.

Seperti biasa, semua agenda Wahhabi/Salafi ini dibiayai oleh tokoh-tokoh jutawan dunia yang bekerja untuk Dajjal (penganut agama Satanic- penyembah Syaitan). Iaitu Rothschild family dan konconya.

Sepertimana mula-mula kemunculan fahaman Wahhabi yang dicetuskan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab An-Najdi pada era perang dunia pertama, gerakannya turut dibiayai oleh anak-anak Dajjal yang sama untuk memberontak (bughah) kepada khalifah Turki Uthmaniyyah.

Hasilnya, kaum Quraisy dan umat Islam telah dibunuh dan dihalau beramai-ramai oleh tentera Wahhabi yang dianggotai oleh orang-orang Arab Badawi (Arab kampung/barbaric) Najd dan bani Sa'ud.

Natijahnya lagi, kaum Quraisy yang memerintah Mekah Madinah selama seribu tahun lebih sejak zaman Rasulullah telah dirampas oleh kaum Wahhabi dari bani (keturunan) Sa'ud yang merupakan keturunan Yahudi yang tinggal di Hijjaz (semenanjung Arab).

Hasilnya, terbentuklah negara Wahhabi bernama "Arab Saudi" sempena nama bani Sa'ud.

Mereka mengharamkan pengajian 4 mazhab di Mekah Madinah. Hanya pengajian Wahhabi dan Talfiq Mazhab (mazhab rojak) sahaja dibenarkan. Para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang tegas mengajar akan ditangkap dan dihumban ke penjara atau dibunuh.

Fahaman ekstrim Wahhabi ini dilawan sekeras-kerasnya oleh para ulama ASWJ sedunia kerana membawa fahaman "Takfir" (mudah mengkafirkan orang lain).

Fahaman menuduh orang lain kafir atau musyrik (ahli syirik), atau bidaah dan lain-lain tuduhan bukanlah ajaran Islam atau ajaran yang dibawa oleh Rasulullah.

Fahaman ganas dan ekstrim ini telah menyebabkan banyak pertumpahan darah kerana mana-mana muslim yang tidak mahu mengikuti akidah Wahhabi akan dianggap kafir dan halal dibunuh.

Oleh kerana itu, Muhammad bin Abdul Wahhab dan tenteranya telah membunuh ribuan orang Islam di Hijaz tanpa rasa bersalah.

Kini, fahaman ekstrim ini telah diberi pelbagai jenama baru seperti Salafi, Salafi Yamani, Salafi Jihadi, ISIS, Al-Qaeda, Jamaah Islamiyyah, Ahl-e-Hadith dan macam-macam lagi nama.

Walaupun ada dikalangan mereka yang bergaduh sesama sendiri, tetapi fahaman dan hobi mereka sama. Iaitu menuduh itu ini sebagai BIDAAH BIDAAH BIDAAH, KAFIR, KAFIR, KAFIR dan membunuh orang Islam.

Misalnya Wahhabi Madani atau Wahhabi Madkhali tidak bersetuju dengan pendekatan Salafi Jihadi yang dianuti oleh ISIS,ISIL,ISIJ,FSA,Al-Qaeda dan group so-called "mujahidin" yang lain dan mereka saling menuduh sesat antara satu sama lain.

Mereka cuba mengelak dari nama "Wahhabi" kerana nama itu dinisbatkan pada Muhammad Bin Abdul Wahhab (MBAW), pencetus fahaman ekstrim ganas radikal ini.

Mereka gerun bila dinisbatkan fahaman mereka kepadanya adalah kerana dia (yakni MBAW) adalah kelahiran tanah Najd (sekarang digelar Riyadh,Arab Saudi) yang diramalkan Rasulullah dalam hadis sebagai pusat kelahiran fitnah dan tanduk syaitan.

Jadi mereka khuatir sekiranya gerakan sesat mereka itu diketahui orang ramai telah pun "diramal" oleh Rasulullah sebagai sebuah fahaman sesat dan fitnah buat umat Islam.

Ulama besar ASWJ seperti Mufti Mesir, Syaikh Ali Jumu'ah bersetuju bahawa gerakan Wahhabi ini merupakan gerakan Khawarij 'Asr (Khawarij moden) yang diramalkan baginda Nabi akan muncul dan melakukan kerosakan.

Dulu orang kutuk saya sebab selalu ingatkan umat tentang bahaya Wahhabi.

Orang kata saya ni tak habis-habis dengan isu Wahhabi.

Orang kata saya ni tak boleh berlapang dada dan sibuk dengan Wahhabi je.

Tapi ketahuilah, apa yang ulama terdahulu risaukan, pasti ada sebabnya.

Kini, apa yang saya amarankan telah menjadi satu kenyataan bila munculnya khalifah palsu di Iraq yang hobinya membunuh orang Islam.

Kaum Wahhabi ISIS ini telah menghancurkan banyak masjid termasuk masjid-masjid tua yang bersejarah di Iraq.

Mereka juga hancurkan gereja yang berusia 1800 tahun tanpa sebab. Sedangkan adab jihad yang diajarkan Rasulullah ialah tidak boleh memusnahkan rumah ibadat agama lain.

Mereka bukan takat hancurkan rumah ibadat agama lain, tapi masjid dan kubur para Nabi pun mereka hancurkan.

Jadi mereka ini belajar adab jihad dari siapa kalau bukan CIA dan Amerika?

Makam Nabi Yunus,Nabi Syith,Nabi Daniel, telah dimusnahkan mereka.

Keadaan mereka sama seperti Wahhabi Saudi yang telah menhancurkan banyak tinggalan sejaran Rasulullah dan Sahabatnya. Misalnya rumah kelahiran Nabi, rumah Nabi dan Khadijah, perkuburan Baqi' dan lain-lain tempat sejarah, telah dihancurkan oleh Wahhabi Saudi tanpa sebab.

Ada yang dijadikan perpustakaan, ada yang dijadikan tandas dan sebagainya.

Begitu juga Al-Qaeda, satu lagi cabang Salafi Jihadi yang telah mengebom ramai orang Islam tanpa sebab. Osama Laden yang diagung-agungkan orang buta hati juga telah membunuh ramai ulama ASWJ dan ulama Sufi. Osama Laden itu sendiri merupakan ejen CIA yang bertanggungjawab membuat fitnah di tengah-tengah kaum Muslimin.

Taktik Amerika ini mudah, mereka create group Mujahidin, bagi dana, bagi senjata, laungkan slogan Islam, pastu rekrut pemuda-pemuda Islam diseluruh dunia sebagai ahli, dan lancarkan keganasan. Bom sana sini, bunuh orang Islam, bunuh orang awam.

Tapi Israel yang hangat membantai Palestin.... dibiarkan mereka.....

Orang Malaysia pun dah ramai yang tertipu dengan propaganda bodoh ni.
Kalau ada yang rekrut korang untuk "berjihad" dengan puak-puak ni. Jauhilah mereka. Tidak ada jihad di Syria atau Iraq melainkan ia cuma pemberontakan bersenjata kepada kerajaan (masalah politik negara, bukan masalah jihad) yang menyebabkan ramai orang awam terkorban khasnya wanita dan kanak-kanak.

Gila kuasa punya pasal, orang awam kena bunuh, masjid kena bom, budak kena sembelih, muslimah dirogol.

Kalau nak jihad sangat, pergilah Palestin sana. Lawan orang Yahudi yang pure 100% kafir.

Jihad itu melawan orang kafir harbi bukannya membunuh orang Islam. Rasulullah telah menjamin dan membela darah dan harta kaum Muslimin dan mana-mana muslim lain menumpahkan ia, maka wajib neraka baginya.

Korang fikir korang tengah jihad, tapi bila mati, straight kena humban ke neraka sebab membunuh orang-orang Islam.

Sebab itu saya menentang sekeras-kerasnya fahaman Wahhabi di Malaysia.

U will end up as RADICAL MILITANT.

Begitu juga mufti-mufti dan Majlis Agama di seluruh Malaysia (kecuali negeri Wahhabi Perlis), mereka juga menyekat fahaman ekstrim ini dan telah beri amaran kepada orang ramai tentang mara bahaya fahaman ni.

Mereka (Wahhabi) dengan mudah menganggap kita semua kafir dan halal dibunuh hanya kerana kita tidak mahu yakin bahawa Allah itu berjisim dan Allah itu bertempat di langit.

Pernah sekali saya ditanya mereka "Ainallah?" (dimana Allah?)

Saya jawab Allah WUJUD TANPA TEMPAT. (Ini akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, iaitu akidah Rasulullah dan para Sahabat serta para ulama yang mengikuti mereka)

Dia cakap straight saya ni KAFIR sebab bagi mereka, keberadaan Allah yang sebenar ialah di dalam langit.

Sekatlah mereka, jangan sampai mereka buat group besar kat Malaysia dan menyembelih kita sepertimana ISIS menyembelih umat Islam di Iraq dan Syria.

Sayu hati tengok video ISIS tembak budak-budak Muslim macam bunuh nyamuk.

Tak kan nak tunggu benda ni jadi kat Malaysia?

Group ISIS ni dah ada cawangan di Indonesia, China, Filipina dan lain-lain tempat di Asia.

Di Malaysia pun ada sarangnya. Saya pernah bertemu dengan salah seorang ahlinya di KL. Mengikut pengakuannya sendiri, namanya dah naik kat bukit Aman sebagai suspek militan.

Mereka masih bersembunyi, jangan sampai mereka kuat, besar dan bunuh abang-abang Polis dan askar kita. Bila barisan pertahanan hancur macam di Mosul, orang awam pulak akan disembelih.

Demi Allah, saya telah ingatkan kalian.
Demi Allah, saya telah beri amaran pada kalian.

Note: Khalifah sebenar akan dibai'at di depan Ka'bah, bukannya di Iraq. Mengajilah ilmu, jangan terus jahil. Kerana kejahilan anda akan menumpahkan banyak darah.


-uib-

Eid Mubarak

Acecece chee...

Ramai pulak yang update status acah-acah sedih sebab Ramadhan meninggalkan kita...

Padahal sepanjang Ramadhan tu dok sibuk main Facebook, sibuk berdebat, sibuk berhujah, sibuk memberi komen sampai bergaduh, mengutuk, memperli kepada isu semasa padahal komennya tak boleh ubah apa-apa keadaan isu tu, Quran tak khatam, pergi lepak bazaar Ramadhan yang dipenuhi dengan nangka berbalut padahal tak ada apa nak beli sangat pun, solat jemaah Fardhu 5 waktu tak jaga, solat terawikh pun buat 8 je, iktikaf 10 akhir Ramadhan pun tak, Tahajud kantoi, zikir kantoi, semuanya kantoi belaka...

Tiba-tiba hujung Ramadhan malam Raya update status "sedih Ramadhan meninggalkan kita"...



Well, kalau ahlullah baca update camtu, diorang pun ketawa...

Qola qo'ilun (berkata seseorang): "Sangka baiklah wei, raya-raya camni pun nak sakitkan hati orang..."

Eleh... terase lah tu... terase kan? kan? LOL!

Rileks ah, bukan nak cari gaduh di pagi Raya ni, just nak bagi "fikir" sikit je...boleh kan?

Sesungguhnya yang paling layak sekali untuk menangis kesedihan kerana Ramadhan meninggalkannya ialah KEKASIH RAMADHAN ITU SENDIRI....

Yang senantiasa mendampingi kekasihnya selama sebulan penuh tanpa kelalaian sedikit pun....

Saya pernah bertemu dengan para kekasih Ramadhan dan melihat keadaan mereka yang sangat asyik bercinta dengan Ramadhan seperti Majnun asyik pada Laila, seperti Ahlullah asyik pada Allah, seperti ibu yang kerinduan pada bayi kecilnya yang setahun menghilang...

Salah seorang guru mursyid saya, pabila menjelang Ramadhan, beliau akan beriktikaf di dalam masjid bersama para murid tarbiahnya selama sebulan penuh tanpa jejak kaki keluar dari masjid walau sesaat kecuali untuk ke tandas/mandi, makan pun dalam masjid.

Salah seorang rakan semursyid saya,pabila masuk sahaja 1 Ramadhan, beliau ikut iktikaf bersama mursyid dan tidak mengucapkan walau sepatah pun perkataan kecuali zikir dan Al-Quran, semua komunikasi dengan manusia dilakukan dengan bahasa isyarat atau ditulis dalam buku nota dan ditunjukkan dalam keadaan yang sangat terhad. Beliau tidak akan berkomunikasi dengan makhluk tanpa darurat (bagi yang biasa dengan ilmu Tasawwuf, anda akan biasa memahami faedah diam dengan makhluk khasnya di bulan Ramadhan).

Sekumpulan rakan semursyid lain pula dari kalangan hafiz Al-Quran akan bangun pada jam 1 pagi dan akan berterawikh sekali lagi bergilir ganti secara berjemaah sehingga sahur, berkali-kali mereka khatamkan Quran dengan cara itu sepanjang Ramadhan.

Salah seorang guru saya sentiasa membawa Al-Quran bersamanya dan apabila ada ruang waktu, beliau akan membacanya dengan khusyuk. Beliau khatam setiap 3 hari (sehari baca 10 juzuk). Sepanjang Ramadhan beliau khatam sebanyak 10x secara sendiri, tidak termasuk khatam ketika terawikh selepas Isyak dan terawikh di waktu Tahajjud bersama para huffaz Al-Quran yang lain.

Dan banyak lagi kisah para kekasih Ramadhan menghiasi kekasih mereka secantik-cantiknya yang saya saksikan sendiri dengan mata kepala saya sendiri, bukan rekaan.

Mereka inilah yang menangis pada malam Raya dan PALING LAYAK untuk sedih di malam Raya kerana kekasih mereka meninggalkan mereka....

Tanpa mereka update di Fb tentang kesedihan mereka kerana terlampau sedih.

Orang yang terlampau sedih kerana sesuatu tercinta hilang dari mereka tidak mungkin sempat untuk update Fb tentang kesedihan mereka.

Contohnya jika ahli keluarga yang tersayang accident ngeri sehingga melibatkan nyawa, mana sempat kita nak update acah-acah sedih. Mestilah kita sibuk di dunia realiti, melihat keadaannya, berdoa untuknya, mengutip mayatnya.

Tak kan nak berselfie di tempat kejadian pulak?

Yang jenis update dan selfie di tempat kejadian ni confirmlah dia tak sedih kan?

Sekadar meraih publisiti di Fb untuk bagitahu yang family nya accident dan perlukan perhatian orang ramai kepadanya...

Saya sendiri kalau sedih, misalnya bila mursyid saya meninggal,update untuk pengumuman kematiannya di Fb hanya menyusul selepas beberapa hari kematiannya selepas kesedihan yang amat itu sedikit reda.

Apa-apa pun...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Taqabalallahu Minna Wa minkum, semoga Allah terima semua amalan kita. Kepada yang terasa, harap maaf ye.. Hehehe~

Jangan lupa amalkan sunnah-sunnah Aidilfitri, makan kurma sebelum solat Raya, mandi Sunat Raya, pakai wangian (untuk lelaki), pakai pakaian terbaik yang paling mendekati sunnah (tak semestinya baru) dan ucapkan Taqabalallahu Minna wa minkum sesama kita...

Note: Sape nak datang Raya rumah saya di Nibong Tebal (sempadan Parit Buntar), dialu-alukan, whatsapp saya untuk detail 0175138535.

Tapi tak ada duit Raya, ketupat rendang ada lah.

Maklumlah, saya ni student dan penganggur paling sibuk di dunia tanpa gaji, tak ada sumber pendapatan tetap. Hehehe. Duit Jutaria banyaklah kalau nak.

-uib-

Sunday 8 June 2014

2 hadis untuk menjawab isu hot

Saya tak berniat atau berhajat untuk panjangkan hal ni, kepada yang faham, fahamlah..

Bukan untuk cari balah, tapi sebagai peringatan semata-mata kepada kita semua yang berada di zaman Dajjal ni...

Zaman di mana, agama menjadi perkara yang mengelirukan....

Selama 1400 tahun sesuatu itu haram, tiba-tiba zaman kini, satu persatu ia dihalalkan oleh "ulama yang mendapat perhatian MEDIA"...

1) ‘Abdurrahman bin Ghanm Al-Asy’ariy berkata: telah menceritakan kepadaku Abu ‘Aamir atau Abu Malik Al-Asy’ariy; demi Allah beliau tidak membohongiku bahawa beliau telah mendengar Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“ Akan ada dari kalangan umatku suatu kaum (kelompok) yang menghalalkan zina, sutera, Al-khamr , dan al-ma’aazif (alat-alat muzik). Dan benar-benar akan ada beberapa kaum mendatangi tempat yang terletak berhampiran gunung tinggi lalu mereka didatangi orang yang berjalan kaki untuk suatu keperluan.

Lalu mereka berkata, “Kembalilah esok”.

Pada malam harinya, Allah menimpakan gunung tersebut kepada mereka dan sebahagian yang lain diubah menjadi monyet dan babi sehingga hari kiamat.”

(lihat: Shahih Al-Bukhari, no. 5590. Shahih Ibnu Hibban, no. 6754. Mu’jam Al-Kabir oleh Ath-Thabrani, no. 3417 dan dalam Musnad Syamiyyin, no. 588. As-Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi, no. 6100, dan 20988. Lihat juga: Taghliiq At-Ta’liiq oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani, no. 5590)

Note 1: Hadis ini menceritakan tentang banyak perkara yang diharamkan oleh Islam, kelak akan difatwa halal oleh "ulama-ulama" akhir zaman. Maka disebabkan umat Islam asyik dan mabuk dengan benda haram, maka Allah mengubah mereka menjadi seperti monyet dan babi. Secara umumnya, itulah yang berlaku pada ummah hari ini, sesetengah "ulama" menghalalkan banyak hal yang haram atas alasan "Islam itu mudah" misalnya menghalalkan alkohol atas nama perubatan, menghalalkan alat muzik haram seperti alat muzik bertali dan bertiup (alat muzik berketuk seperti duff,kompang dll diharuskan dalam mazhab Syafi'e), menghalalkan riba atas nama islamic finance, menghalalkan zina atas nama nikah mut'ah, menghalalkan babi atas nama DNA, menghalalkan wanita haid lepak di masjid atau bertilawah Al-Quran tanpa alasan, menghalalkan zakat diberi kepada orang kafir atas alasan "Islam itu indah", menghalalkan penggunaan kulit dan tulang babi atas alasan tiada dalil yang mengharamkannya dan macam-macam hal lagilah geng-geng "ulama PhD" buat hal. Disebabkan semua ini dihalalkan, maka umat Islam telah Allah ubah menjadi seperti monyet, misalnya kewujudan sampah-sampah masyarakat yang terkinja-kinja di disko, konsert, pavi, shopping mall, program realiti mencari artis, pak lawak, artis tua bangka, artis belum baligh, semua tu tidak saling tumpah keadaan mereka dengan sekumpulan monyet. Dan juga Allah akan merubah umat menjadi babi, ini juga berlaku apabila umat Islam kini suka dengan majlis-majlis bercampur laki perempuan, bergomol-gomol dan berhimpit-himpit berlainan jantina, sama seperti babi. Mereka juga berzina dan merogol manusia dan saudara kandung, anak kandung, cucu kandung, nenek kandung seperti sekawan babi. Semua ini jelas seperti yang diramalkan Rasulullah. Fikir dan nilai sendiri.

2) “Akan ada manusia dari kalangan umatku yang meminum al-khamr , mereka menamakannya dengan selain namanya. Mereka berhibur di atas kepala-kepala mereka dengan al-ma’aazif (muzik) dan para penyanyi wanita. Maka Allah akan membenamkan mereka ke dalam bumi dan Allah akan mengubah bentuk sebahagian dari mereka menjadi monyet dan babi.” (Sunan Ibnu Majah, no. 4020. Shahih Ibnu Hibban, no. 6758. Al-Mu’jam Al-Kabir oleh Ath-Thabrani, no. 3419. As-Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi, no. 20989. Mushannaf Ibn Abi Syaibah, no. 23758)

Note 2: Di dalam hadis ini pula baginda menyatakan modus operandi atau metod atau cara "ulama-ulama" akhir zaman menghalalkan benda yang haram. Iaitu menggunakan kaedah "penukaran nama". Misalnya arak haram, tapi alkohol halal. Babi haram, tapi DNA babi dan Cadburry halal. Kaedah penukaran nama ini sedang hangat "dihalalkan" mereka sebijik seperti yang diramalkan Rasulullah. Kata mereka apabila nama asal sesuatu tu hilang, contohnya "daging babi" menjadi "gelatin", maka ia halal atas alasan ia bukan lagi zat asal. wtf?

Note 3: Sekali lagi fikirkan, kalau ini semua bukan tanda kiamat, bila lagi dunia nak kiamat?

Note 4: Status ini tidak ditujukan kepada sesiapa atau untuk memprovok mana-mana pihak. Ia hanya sebuah tulisan pencetus fikir kepada kita semua untuk semakin berhati-hati dengan kedatangan Dajjal besar tak lama lagi kerana tanda-tandanya sudah jelas. Kepada yang masih tertipu dan terus tertipu dengan "ulama-ulama" seperti ini, semoga kita semua diberi petunjuk daripada Allah.

Note 5: Ini status serius. *sambil buat muka serius*


-uib-

Wahhabi, wahhabi, kau tau ke Wahhabi tu apa??

Ayat ni selalu kita terbaca di laman sosial ditulis oleh puak-puak Wahhabi (yang bertaqiyyah/menyamar atas nama "Salafi")...

Ya! Wahhabi tu apa?

Soalan ni banyak kali dituju dalam inbox saya oleh follower-follower baru yang saya sangka baik mereka tak cukup kuota internet untuk load status-status lama di fb saya yang dah bertahun-tahun cakap pasal Wahhabi...

Tapi masih ditanya soalan sama:

"ustaz, Wahhabi tu apa? Mohon pencerahan..."

Ok, disebabkan saya malas dah nak jawab secara skema (sebab dah dijawab dalam post yang lepas secara skema dan saksama), kali ni saya nak jawab cara sketsa...

Al-kisah disebutkan bahawa Pak Mat mempunyai dua orang anak yang taat pada bapanya. Seorang nama Wahhab, seorang lagi nama Syafi'e. Mereka berdua selalu berlumba-lumba untuk penuhi apa sahaja kemahuan ayah kesayangan mereka.

Pada suatu hari....

Pak Mat (PM): Uhuk! uhuk! (batuk), sape-sape tolong ambil air untuk ayah kejap... (kata beliau kepada dua orang anaknya).

Wahhab dan Syafi'e pun berlari-lari untuk mendapatkan air. Tetapi yang anehnya, Wahhab berlari ke tandas manakala Syafi'e berlari ke dapur. Tak lama lepas tu, masing-masing menghadap ayah mereka. Di tangan Wahhab ada sebaldi air dari tandas dan di tangan Syafi'e ada secawan air tapisan mesin Korea dari dapur.

PM: Eh Wahhab, kenapa kau bawa air sebaldi ni??

Wahhab (W): Kan ayah cakap "bawakan air", jadi berdasarkan teks ungkapan ayah, air mesti dibawa kepada ayah. Saya bawalah air ni. Saya telah menunaikan tanggungjawab saya.

PM: Tapi ayah mintak air untuk minum la....bawak secawan sudah la... (muka sedih)...

W: Apa dalil dari teks arahan ayah yang menunjukkan ayah nak air untuk minum? Dalil mana, dalil? Ayah cakap nak air je, tak cakap pun nak minum ke, nak secawan ke? Kalau tak ada dalil, ianya jadi bidaah dan perlu ditolak.

"sesungguhnya setiap yang baru itu bidaah, dan setiap bidaah itu sesat, dan setiap yang sesat itu akan ke neraka...."

PM: *kelepek!* (tampar dahi sendiri)..adoi la... wahhabi punya anak...!

W: Apa salah saya? Hanya kerana saya ingin kembali kepada teks asal ayah yang sahih, saya dituduh Wahhabi? (sedih sambil berselfie) *kechak!* (pastu update status dalam fb: "sesungguhnya dakwah salafiyyah ini penuh rintangan, sungguh memedihkan apabila ayah sendiri merupakan ahli bidaah, #pray4PakMat ").

PM: Haa, kamu Syafi'e, tahu pulak ayah nak air secawan? Ayah tak cakap pun nak air secawan untuk minum?

Syafi'e: Oh.. itu mudah saja ayah. Sebelum saya memahami apa-apa arahan daripada ayah melalui "teks-teks/ayat-ayat perintah" yang keluar daripada mulut ayah, saya akan melihat seluruh keadaan dan dalil-dalil lain. Saya lihat ayah terbatuk, batuk itu sering diqiyaskan dengan sakit tekak atau tekak berkahak, jadi secara dalil umum, dapat diketahui orang yang batuk minta air itu pasti untuk diminum. Kemudian saya lihat pula keadaan ayah yang sedang bersandar di kerusi, tak mungkin ayah nak basuh kereta, maka fahamlah saya bahawa kehendak sebenar daripada "arahan ayah" tadi ialah bawakn air secawan untuk diminum. Jadi selepas saya meneliti semua dalil yang ada, sababul wurudnya (sebab-sebab arahan tu dikeluarkan),kaedah nahunya dan semua sisi, lalu saya berijtihad dengan segala kemampuan yang ada tanpa hanya bergantung kepada makna zahir teks yang asal, maka keputusan akhir saya dalam memahami perintah ayah itu ialah ayah perlukan secawan air.

PM: Haaaaaa.... macam ni lah kehendak ayah yang sebenar.... memang terbaiklah...! ayah doakan kamu dikekalkan kefahaman agama seperti ini dan yang mengikutimu sehingga kiamat.

Note: Kalau tak faham jugak, elok bunuh diri je lah, kerana Otak anda tidak memberi apa-apa faedah kepada kemajuan , pembangunan dan ekonomi negara.

Melayu vs Islam

Orang Melayu sejak dulu lagi dididik dan diajar oleh British supaya jadi "pekerja"...
British bukak sekolah-sekolah Inggeris dan racun pemikiran orang Melayu supaya berebut masuk sekolah agar nanti bila grad, boleh minta kerja dengan kerajaan British....

Mind set tu terbawa-bawa sampailah ke hari ini....
Sehingga orang Melayu beranggapan, jika anak tak sekolah tinggi atau tak masuk universiti, itu sesuatu yang sangat mengaibkan.....

Sebab itu muncul budaya:

"Anak bodoh tak apa, asalkan masuk Universiti."

Jadi terpaksalah cari kabel itu ini dan kerajaan kena anjurkan program itu ini supaya anak-anak Melayu masuk universiti atau yang setarafnya.....

Yang mana dah tak ada harapan untuk belajar ilmu dunia lagi, mereka akan dibuang ke sekolah-sekolah pondok dan madrasah sebagai "produk yang gagal"....

Mereka fikir pusat pengajian Islam itu merupakan tempat pembuangan sampah...

Sebab bagi mereka, kalau anak tak dapat harumkan nama keluarga dengan masuk Universiti dan kerja jawatan besar-besar, at least anak-anak product failed ni tetap akan disanjung masyarakat sebagai "ustaz"....

Mereka tak peduli mana hala tuju anak mereka, yang penting "pujian masyarakat" mesti ada...

Kalau tak berjaya raih pujian, anak itu dianggap "menconteng arang ke muka".....

Orang Melayu dan "pujian" atau "kemahsyuran" memang tak boleh dipisahkan....

Selama saya bergaul dengan puluhan bangsa dan kaum di seluruh dunia, saya hanya nampak kaum Melayulah yang paling banyak sekali "gembirakan diri" dengan macam-macam gelaran dan pujian...

Daripada pangkat Datuk, Dato', Datin, Doktor, Tuan, Haji, Tun, pingat-pingat kepujian semua tu mesti menang kat orang Melayu...

Sekali dapat "gelaran", sampai ke mati akan dibawak gelaran tu....

Poket kosong tak apa, pendatang rampas tanah tak apa, tanah air tergadai tak apa..

Yang penting "title" atau "gelaran" tu kekal....

Orang Melayu kalau buat drama, mesti cerita pasal orang kaya, syarikat besar, datok, datin sana sini.....

Susah nak carik drama Melayu yang tak berangan lebih-lebih macam tu....

Kalau bab berniaga pulak, mesti berniaga gerai...

Pastu mesti kena ada santau, sihir, jin, bomoh 1 Malaysia untuk pertahankan gerai kecik tu....

Pelik pulak kenapa orang Melayu tak pernah santau kedai Nasi Kandar orang India atau kedai handphone bangsa Cina atau kedai Tomyam orang Siam atau kedai kain orang Kemboja...

Makcik gerai Nasik Lemak jugak yang nak disantaunya sampai mati...

Dah tu kalau syarikat tu besar sikit, konfem syarikat tu jual kosmetik...

Sikit-sikit produk nak putihkan muka, nak hilangkan jeragat, nak kuruskan badan, nak kembalikan dara, nak kembalikan teruna...

Kalau tak kosmetik pun, mesti jual kopi, tapi jual kopi ni saya sokonglah sebab menjual produk makanan muslim tu fardhu kifayah...

Bila produk makanan halal tak ada muslim buat, "terpaksalah" (bagi beberapa golongan) umat Islam makan produk yang diletakkan khinzir yang dah disembelih mengikut syariat Islam...

Yang jual kosmetik tu bukan fardhu kifayah, itu produk bikin tambah kes rogol dan buang anak ade lah....

Dah tu orang Melayu ni, kalau bisnes sikit, mesti nak tayang muka owner...

Kaya sikit, buat iklan kat lebuhraya, kat paper, kat TV, mesti kena ada muka OWNER....

Sebab apa?

Sebab macam saya cakap tadi, orang Melayu ada penyakit batak kemahsyuran dan gelaran...

Diorang nak semua orang tahu "sayewlah owner kepadew syarikatew yang besar gilew-gilew tueww..." (kalau tak faham, sila suruh remaja yang lahir pada tahun linkungan 1993-1997 untuk terjemahkan)

Padahal kalau bangsa lain bisnes... diorang cukup susah nak tayang muka owner...

Sapa kenal owner Disney? owner Nestle? owner Nokia? owner Samsung? owner Loreal Paris? owner Sony? owner Anmum Esential?

Owner-owner syarikat Yahudi yang lain?

Selama saya tinggal dengan negro di Afrika, saya dapati perangai orang Melayu tak saling tumpah macam diorang....

1) Biar poket kosong, asalkan baju seluar mesti bergaya. Yang perempuan, mesti kena ada kelip-kelip kat baju.

2) Biar hutang bertimbun, asalkan masuk U, rumah besar, kereta kena ada. Bila hutang tak dapat bayar, salahkan kerajaan.

3) Nama dan gelaran lebih penting daripada segalanya.

4) Majoriti makan gaji sebab kena tipu dengan British.

5) Kalau buat bsiness mesti lingkup sebab dengki sesama kaum.

6) Kalau ada bisnes yang maju, mesti negro tu jual ubat. Khasnya viagra atau "penis enlargement".

7) Bila bangsa lain ambil peluang bisnes, mereka mengamuk dan anggap ianya racism kepada kaum kulit hitam.

8) Suka dengan bisnes jana duit tanpa kerja.

9) Bila dah tak ada duit, kenalah meragut dan merompak.

10) Bab makan-makan, nombor SATU. Buat majlis sikit, makan-makan wajib ada.

11) Suka berlebih-lebih dalam parti kahwin walaupun miskin.

Dan banyak lagilah...jem hp ni dok tulis status panjang-panjang...

Note: Nak Komplen memang banyak, tapi Penyelesaian cuma satu:

"Jom kembali kepada Islam dan cara hidup sunnah Rasulullah. Bekerja cara Nabi, berbisnes cara Nabi, hidup tawaddhuk cara Nabi, hidup zuhud cara Nabi, benci riba seperti Nabi dan tidak gila batak seperti yang dilarang Nabi."

Follow the media, forget your death date

Dunia Malaya tergempar sebentar dengan isu-isu semasa umpama sampah-sampah di dalam air sungai yang sentiasa mengalir, bila dia mengalir datang, kita nampak, kemudian semua pakat komen sampah tu tanpa mengangkat sampah tu keluar dari sungai, tak lupa juga yang hanya duduk tepi sungai dan memaki-maki sampah tu, kemudian dia mengalir pergi, kita tunggu sampah baru pulak datang...

Macam tu jugak isu-isu semasa, manusia terus menjadi hamba media, warna warni hidup mereka dicorakkan oleh media...

Dulu kecoh pasal blackout, semua buat dp hitam, kemudian dilupakan....

Kemudian kecoh pasal kangkung, semua jadi hijau, kemudian dilupakan....

Kemudian kecoh kes Anwar, kes politik itu ini, kemudian dilupakan....

Kemudian datang pulak kes MH370, gempar satu dunia....

Sampai jemput bomoh antarabangsa untuk carik....

Sekarang, semua kembali bergoyang kaki sambil colek gigi dengan lidi....

Kemudian kecoh Obama datang, semua pakat sujud sampai nak pergi pesta buku pun susah.....

Belum lagi sembang isu Palestin, Syria dan militan.....

Kemudian isu khinzir dalam coklat Cadbury....

Semua pakat boikot dan mengutuk mencerca menggunakan terma baru yang lebih sopan bagi menggantikan perkataan ba alif ba ya.....

Tidak kurang juga pejuang-pejuang Wahabi yang ligat mempertahankan kehalalan dan ketidaknajisan makhluk tu...

Maklumlah, kenalah ada fatwa yang tidak searus dengan masyarakat, barulah rare dan dapat perhatian...

Jalan pintas untuk femes, sekepala dengan puak bobo, puak evan's, puak vienna, puak hudson, puak lepak pavi, puak bintang kecil, puak kilaun emas dan yang seangkatan dengannya....

Apa yang disabda baginda itu benar lagi dibenarkan...

Umat ini ramai, sangat ramai....

Tapi mereka umpama BUIH-BUIH DI LAUTAN.....

Sangat menarik perkataan "buih di lautan"...

Kerana di mana ada lautan, di situ ada "ombak"....

Umat umpama buih, media umpama ombak, hari ni dibawa ke timur, esok dibawa ke barat tanpa masalah di timur selesai, masalah di selatan pula muncul sedangkan di barat baru mula bicara.....

Tidak terkecuali sesiapa pun samada dia Sultan, atau menteri atau presiden atau ulama atau ahli zikir atau ahli sufi atau Wahabi atau puak Cadbury atau penyokong bola atau pemain SUKMA di Perlis atau Polis atau tentera atau kakitangan kerajaan atau kepala badan kerajaan atau yang bekerja sendiri atau yang kerjanya mencuri...

Bahkan "penganggur tersibuk di dunia" pun turut sama terkesan dengan permainan ombak tanpa dia mahu....

Dia cuba menjadi kapal yang melawan ombak, tapi buih-buih tidak mahu naik kapal, hanya mahu melekat di tepian kapal, bila kapal lebih kuat, mereka ikut kapal, kalau ombak lebih kuat, mereka ikut ombak.....

Semua ombak buatan media ini dicipta oleh watak-watak akhir zaman supaya umat lupa kenapa mereka ada di dunia ini dan untuk mereka lupa bahawa mereka akan mati dan untuk mereka lupa bahawa di dalam kubur itu mereka sendiri, sunyi dan sepi....

Ianya sempit, berdebu, gelap dan tidak dapat bergerak......

Tiada peluang untuk kembali ke dunia....

Tiada lagi ruang untuk berdansa atau gerakkan badan kaki seperti biasa....

Yang ada hanyalah ulat, ular, kala jengking dan lubang neraka bagi yang celaka...

Dan ada gambar NabiNya, wangian syurga serta kebunnya terlihat di mata bagi yang bahagia.....

Isu apa pula yang akan terus melalaikan kita dari tujuan hidup sebenar kita pada masa akan datang?

Kita tunggu dan lihat.....

Kesimpulan: Walaupun kita terpaksa akui yang kita ini hamba isu semasa, mengikut sahaja ke mana dibawa, tapi..... kita cubalah sedaya upaya ye untuk ingat mati....

Semasa mentor rohani saya Shaikh Ibrahim rahimahullah masih hidup....

Beliau sering berpesan supaya jangan tertipu dengan media dan isu semasa dan ingatlah mati paling kurang 25 kali sehari....

Dan seringlah amalkan doa yang diajar Nabi iaitu:

"Allahumma barikli fil maut, wa fi maa ba'dal maut...."


-uib-

Halal Haram

Tanpa kita sedari, selama kita hidup, dah berapa ekor khinzir telah masuk dalam badan kita....

Majoriti produk makanan kita di pasaran adalah hasil buatan orang kafir pemakan khinzir yang suka memasukkan unsur-unsur khinzir tu dalam makanan, samada ia tidak disengajakan atau pun disengajakan/diarahkan oleh "the hidden hand" untuk merosakkan umat Islam....

Selepas produk yang dicemari Mr. B tu dimakan oleh umat Islam bertahun-tahun, tak lama lepas tu barulah "terkantoi" / busted yang produk tu ada unsur itu....

Baguslah, dah berekor-ekor Mr.B ada dalam badan kita, barulah ada pendedahan tentang kewujudannya dalam makanan harian kita....

Disebabkan hampir setiap hari umat Islam makan makanan haram (sepertimana yang dijanjikan di akhir zaman, tiada makanan halal boleh dimakan melainkan ZIKIR), maka timbullah pelbagai masalah sosial dalam masyarakat yang tidak pernah kita dengari selama ini....

Daripada isu gengsterisme, bogelisme, selfiesme sambil bermaksiatisme, zinaisme, coupleime (termasuk couple islamik/bercinta luar nikah atas tiket "tunang"), rempitisme, ragutisme, murid lawan guruisme, anak pukul ibu bapaisme, buang anakisme, sumbang mahramisme, diskoisme, arakisme, dadahisme dan segala isme-isme...

Sampailah kepada ajaran-ajaran menyeleweng dari agama seperti Anti hadisme, Wahabisme/Salafisme, Syiahisme, Liberalisme, Literalisme, Atheisme, Qadianisme, Razibisme, Berguru dengan Googleisme, Pembenci ulamaisme, Geng mintak dalilisme, Muhadis palsuisme, ulama ekspressisme dan entah apa kejadah isme lagi yang muncul sekarang.....

Umat semakin rosak apabila masuk ke generasi B....

Generasi pemakan Mr.B tanpa sedar....

Kalau zaman dulu, zaman Ahlu Sunnah Wal Jamaah masih teguh kuat di negara kita, kita dapat lihat bagaimana atok nenek kita jaga makan dan sajikan kita makanan halal 100%...

Produk makanan segera dan makanan diawet pun tak banyak masa zaman tu.....

Sebab tu zaman tu kita tak jumpa/dengar tentang Wahabi atau Syiah....

Kita tak pernah dengar orang zaman dulu mencaci ulama, mempertikai ulama, bersyukur atas kematian ulama, menuduh ulama sebagai ahli bidaah, syirik, kufur, kafir, fasiq seperti yang dilakukan oleh orang-orang Wahabi pada zaman Dajjal ni....

Dan yang lebih menjengkelkan, umat pemakan Mr.B ni pertikai para ulama peringkat mujtahid yang selama hidup mereka tak pernah makan Mr.B....

Umat generasi B mengatakan:

1) "Bersangka baik, mungkin Imam Syafie tak jumpa hadis tentang sentuh perempuan tak batal wudhu' tu, sebab tu dia fatwakan sentuhan laki perempuan membatalkan wudhu'."

*(Padahal Imam Ahmad bin Hanbal yang merupakan murid Imam Syafie berkata kalau nak jadi mujtahid, kena hafal paling kurang 400 RIBU hadis secara bersanad. Jika Imam Ahmad mengiktiraf Imam Syafie sebagai mujtahid dan sebagai gurunya, bermakna Imam Syafi'e telah hafal hadis lebih dari itu. Dan sekiranya BENAR Imam Syafie so-called "tak jumpa hadis tu" sekalipun, kenapa tak ada seorang pun daripada jutaan ulama Syafi'eyyah yang datang selepas itu "membetulkan fatwa" itu? Adakah hadis tu tidak dijumpai mana-mana ulama selama 1400 tahun dan hanya dijumpai hadis tu oleh umat Islam generasi B di zaman Dajjal ini?)

2) "Bersangka baik, Imam Syafie bukan maksum, dia manusia biasa yang lakukan kesilapan, biasalah tu salah ijtihad... contohnya baca Qunut masa solat Subuh, benda tu bidaah, tapi dia suruh kita baca tiap hari... tak pe, kita sangka baik yang dia tersilap dalam hal tu...."

*(Padahal berjuta ulama selama 1000 tahun lebih bersetuju dan tidak mengingkari fatwa mazhab Syafie untuk baca Qunut ketika solat Subuh, adakah itu bermakna berjuta-juta ulama itu BODOH dan tidak mengerti soal bidaah dan sunnah?)

3) "Bukankah Imam Syafie cakap kalau mazhabnya bertentangan denan hadis sahih maka kita kena campak mazhabnya ke dinding? Sekarang ni ada banyak fatwanya yang "bercanggah" dengan hadis sahih, sebab itu kami campak mazhab Syafie ke dinding."

*(Selama 1000 tahun lebih mazhab Syafie menjadi anutan majoriti ulama Islam, tak pernah pulak kita dengar ada di kalangan mereka yang nak campak mazhab Syafie ke dinding.. pelik kan? Tak kan lah berjuta-juta ulama tu tak kenal hadis sahih? Tak kenal apa yang so-called "bercanggah" dengan "hadis sahih" tu? Kenapa "percanggahan" mazhab Syafie dengan kononnya "hadis sahih" tu hanya ditimbulkan oleh generasi pemakan B di zaman Dajjal ni?)

Dan pelbagai lagi "sangka baik" mereka kepada ulama-ulama Islam yang cukup menghinakan....

Dan sangkaan terbaik saya untuk mereka dari generasi B ni ialah:

"Sangka baik, mungkin mereka bodoh."

*Sebab kalau mereka pandai, mereka tak mungkin keluarkan statement macam tu. Jadi sangkaan yang terbaik ialah menganggap mereka ini semua "bodoh" kerana perkataan orang-orang bodoh tidak perlu dipedulikan dalam hal agama.

Oleh sebab itu, saya tidak pernah percaya kepada mana-mana so-called "ilmuan Islam" atau "pensyarah Universiti bertaraf PhD" yang mengeluarkan kenyataan agama BERCANGGAHAN dengan ulama silam (yang tak pernah makan vavi/Mr.B/khinzir)...

Kalau bercangggah je dengan ulama silam, saya akan TOLAK...

Sebab saya lebih percaya dengan ulama silam yang lebih dekat dengan zaman Nabi, lebih jauh dari zaman Dajjal dan tak pernah makan Mr.B seperti "ulama PhD" di zaman Dajjal ni...

Oleh tu, kalau nak selamat, ikutlah ulama yang mengajar ilmu bersanad.

Kerana zaman sekarang, dah tak ada manusia yang thiqah (dipercayai) dengan zatnya sendiri seperti ulama zaman dulu melainkan kata-katanya perlu disandarkan kepada ulama thiqah dari zaman dulu...

Note: Kalau ini bukan tanda kiamat, bila lagi dunia nak kiamat?

-uib-

Friday 16 May 2014

AL KISAH SEORANG BIDADARI


AL KISAH SEORANG BIDADARI.. isteri kepada seorang ustaz.. siapa ustaz dan bidadarinya biarlah hanya Allah yang tahu.... 

Ana ada kenal seorang muslimah hasil dri berfb ni la..pada mulanya bertikam keyboard sbb dia tak bersetuju dgn nota ana ttg hijab. Tikam menikam keyboard akhirnya dia terkulai kalah.

So lepas tu dia mula la bertanya bermacam2 masalah mllui msej kat tel dan FB.

Akhirnya dia hntar mesej mmohon 1 permintaan dari ana. So ana tanya dia permintaan apa? Dia terus diam selama 2hari. Selepas tu dia jawab.boleh tak saya ingin jadi permaisuri ust?? Huhu..terkedu ana mnerima permintaan dia.

Ana tanya dia tahu tak status ana yg dah ada isteri dan 4org anak(masa tu la)? Dia kata dia tahu. Then dia tanya ana balik apa hukum lelaki kawin lebih dari 1?so ana jawabla boleh. Then ana cerita la smua ttg dri ana,ana ni seorang guru mdrasah,gaji kecik dan sbgnya

Utk pgtahun antum smua muslimah ni keja sbgai exec kat 1 univrsty swsta di KL dan juga prtime sbgai pensy di 1 University trkenal di KL

Dia kata dia sedia walau apa pun keadaan ana. Dia just nakkan agama. Semasa dlm dok bermesej ni la bidadari 1st ana terbaca mesej ana. Mnjadi adat ana blik rmah lewat slpas jam 11pm. Slpas mutalaah kitab dn sbgainya bru ana blik rmah.

1 malam bila ana blik rmah ana dapati ada 1 kertas puteh terletak kat atas meja dalam rumah ana. Untuk pngetahuan antum smua bidadari pertama ana mmg seorag isteri yg amat taat. Selama berkawen dia xpernah nak mnyuarakan sesuatu perkara yg dia tak puashati dengan ana secara berdepan. Dia akan tulis surat utk ana.

So ana ambil kertas puteh atas meja tadi dan ternyata itu adalah surat dari bidadari tercinta ana

Ana baca surat tu smpai terduduk. Antara isi surat tu dia kata " abg, pertama skali syg mmhon maaf kerana membaca mesej2 dlam tel abg tanpa kebenaran. Dlm mesej2 tu syg dpati abg tgah berbincang utk kawen 1 lagi. Abg,syg tahu sayang adalah seorang isteri yang serba kkurangan,syg xdpt khidmat abg dgn baik,xdpat smpurnakan hak abg,syg tak secantik wanita lain diluar sana dan syg bkanlah isteri solehah shingga dgn kkrgn syg ni abg trpkir utk kawen lain. Kalau abg tanya sayng boleh ke tak abg nak kawen lagi pasti sayang tak bagi. Tapi kalau ini sudah suratan takdir utk sayang,insyaAllah abg syg akan cuba terima.cuma permintaan syg,abg jgnlah abaikan sayang dan anak2,sayangilah kami sebagaimana sebelumnya.dan satu lagi yg syg minta,tlg jgn bagitahu syg bila abg akan kawen. Syg takut kalau saya tahu tarikh perkahwnan abg,syg takkan dpat buat urusan rmhtgga dgn baik pada masa tu.abg,syg mncintai abg kerana Allah dgn sepenuh jiwa dan raga sayang.syg xpernah kenal lelaki lain selain abg.tlglah jaga kami dengan sebaiknya" ni antara isi kandungan surat tu yg buat ana mnangis.ni pun mnangis pulak.huhu..

Bila baca surat ni ana rasa longlai. Tapi disebabkan ana tekad utk teruskan dan demi kebaikan bersama ana kuatkan hati ana. Ana balas balik surat tu dgn airmata. Ana bagitahu bidadari ana yg ana brjanji akn terus mnyintai dan mnyayangi dia dan anak2. Ana cakap dia mmg smpurna utk ana. Kkurangan bkan dri pihak dia tapi dri pihak ana. Ana yg kurang sehingga merasa tak ckup dgn seorang isteri.

Alhamdulillah akhirnya ana dapat sempurnakan hasrat ana utk tambah isteri dgn bantuan bidadari pertama yg amat ana sayang. Ana hargai dia sepenuh hati ana.hargai pengorbanan dia

Masa ana nak pg kawen dia tak tahu. Dia yg kemaskan pakaian ana. Setelah kawen kmi dok hotel. Mlm pertama keesokannya bidadari ana mesej.dia kata dia mmpi ana kawen lain.ana bagitahu dia mmpi tu kan mainan syaitan.janganla layan sgt.slama 3malam kmi di hotel setiap mlm bidadari prtama ana mmpi ana kawen dan jawapan yg sama ana berikan.hehe..auta,biasa la kan.

Setelah 3 malam ana blik rmah bidadari ana ambil pakaian ana utk kemas dan bsuh dia trjmpa satu kain yg ada kesan perkahwinan kami. Waktu tu di rumah ibu mertua. Bila ana masuk blik ana dapati dia sdg mnangis. Ana peluk dia dan tanya kenapa ni? Dia tunjukkan ana kain tu dan tanya betul kan abg dah kawen?ana mengiakan dan ana peluk dia dgn pnuh prasaan kasih sayang.

Setelah dia tenang ana lapkan airmata dia dan subhaanallah dia ucapkan pada I LOVE U FOREVER..ana terus mnangis saat tu.tak tahan ana menahan sebak di dada.dia kata dia takkan bgtahu ssiapa.biarlah org tahu sdri bukan dari dia.

Selepas 2 mnggu kawen bdadari prtama mnyatakan hasrat utk berjumpa dgn madunya. Ana agak kaget. Masa tu tiba giliran dgn isteri kdua. Ana kata jangan la dlu nnti lain plak jadinya.dia kata dia janji takkan gaduh. Dan setelah itu semasa dgn bdadari kdua ana bgtahu hasrat akk nak jumpa.so dia kata ok.ana bawa isteri kedua ke rmah isteri ptma.ana begitu berdebar2 masa ti. BIla masuk rumah subhaanallah ana begitu terkejut dan terharu. Ana dapati bdadari prtama ana dah siapkan hidangan makanan dan kek yg dia buat sdiri. Kek tu tertulis SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SUAMI KESAYANGANKU..ana berusaha utk tidak alirkan airmata di hadapan isteri kdua.mereka berpelukan antara satu sama lain. Tapi yg pliknya bdadari kdua yg mnangis bkan yg pertama. Kami makan sama2 dalam 1 dulang. Masa tu Allah je yang tahu perasaan hati ana.ana di tengah dan merwka berdua di kiri dan kanan ana. Kami makan tnpa suara. Ana makan bgitu tawaddhu skali tanpa agkat kpala.


Alhmdulillah sejak hari tu kami hidup aman damai. Bukan tidak ada langsung masaalah tapi Alhmdllh wjuuduhu kal adam(ada mcm takde). Ana amat mnyayangi mereka berdua. Syukur pada Allah yg anugerahkan pada ana isteri yg amat baik. Sekian kisah perkahwinanku..hehehe...


*GAMBAR SEKADAR HIASAN*

Saturday 26 April 2014

Dalil mana? Dalil?

Wahabi: W
Ustaz Ahli Sunnah Wal Jamaah: ASWJ

W: Apa hukum ******?

ASWJ: Itu harus hukumnya....

W: Apa dalilnya???

ASWJ: (Buka kitab Fiqh mazhab Syafi'e dalam bahasa Arab dan tunjukkan perbahasannya).

W: ...... (pandang dalam kitab tu)... kitab apa ni?

ASWJ: Kitab fekah....

W: Saya bukan nak dalil dari kitab fekah! Saya nak dalil dari Quran hadis!!!

ASWJ: Penerangan dari kitab fekah tak cukup ke?

W: Mereka (ulama fekah) bukan MAKSUM! Quran dan Hadis sahaja yang MAKSUM! Jadi kami nak dalil dari Quran Hadis!

ASWJ: Ulama-ulama yang mengarang kitab fekah ni tak ikut dalil dari Quran Hadis ke? Mereka keluarkan hukum-hukum fekah pakai komik Dragon Ball ye?

W: Ada sebahagian yang ikut Quran Hadis, sebahagian lagi bercanggah. Kita bersangka baik bahawa mereka masih belum punya ilmu hadis selengkapnya sepertimana ulama zaman kini punya ilmu hadis. Jadi yang mana bercanggah dengan Quran dan Hadis, kita wajib tolak!

ASWJ: Oh... ulama zaman dulu tak jumpa hadis-hadis yang dijumpai "ulama" kamu zaman sekarang ye?

W: Ya betul, sebab kalau mereka (ulama-ulama silam) jumpa hadis-hadis tu, tak mungkin mereka akan keluarkan hukum yang bercanggahan dengan Quran dan Hadis. Sedangkan para Sahabat Nabi pun ada hadis-hadis yang mereka tak tahu, apatah lagi ulama-ulama biasa yang datang zaman selepas mereka.

ASWJ: Ooh... macam tu..... maknanya selama 1000 tahun lebih, majoriti umat Islam dalam keadaan sesatlah sebab mengikuti ulama-ulama fekah khususnya dari ulama 4 mazhab?

W: Semoga Allah ampunkan kesesatan mereka!

ASWJ: Semoga Allah ampunkan jugak atok, nenek, moyang kamu yang kamu tuduh sesat.... sebabnya "ajaran baru" yang kamu bawa ni tidak pernah "didengari" oleh mereka.....

W: ............. (Diam seketika)............. ok kita jangan tukar topik... saya nak dalil tentang hukum tadi dari Quran dan Hadis, bukan dari kitab Fekah!

ASWJ: Ok sekejap.... (bangun dan ambil kitab hadis di rak, kemudian dibelek dan di buka pada satu halaman)...haa ini hadisnya, ini dalil yang digunakan oleh ulama Syafi'eyyah dalam masalah tu.

W: ........... (pandang kitab)...........

ASWJ: ........... (pandang muka si Wahabi).........

W: ............ (pandang muka ustaz ASWJ)...........

ASWJ: ............... (pandang kitab, pandang balik wajah Wahabi tu).........

W: ........ (pandang kitab, pandang balik wajah ustaz dengan muka bengis)......

ASWJ: ....... (Ustaz ambil kitab tu dan tunjukkan hadisnya)........

W: ........... (pandang pada hadis tu).......

ASWJ: ......... (pandang balik muka Wahabi tu).... ini lah hadisnya... kenapa?

W: ...... tak ada baris... macam mana nak baca?

ASWJ: YANG KAU MINTAK DALIL TU KENAPA KALAU BACA DALIL PUN KAU TAK RETI??! VANGANG!!!

Note: Inilah SEBAB UTAMA puak-puak Wahabi takut untuk bersua muka face-to-face dan setakat melalak di dalam facebook sahaja berselindung di sebalik akaun facebook palsu.

Note: Kejadian ini ialah kejadian benar yang berlaku kepada salah seorang guru Fiqh dan Usul Fiqh saya. Cuma dialognya sahaja diedit dan dicomelkan semula oleh saya. Peristiwa "tunjuk kitab" dan "tak reti baca" tu adalah peristiwa benar.

-uib-

Akhir Zaman

Zaman yang dipenuhi dengan 30 Dajjal....

Akhir zaman....

Golongan Ruwaibhidoh menyeru....

Jangan ikut para alim ulama dan kitab-kitab yang dikarang para ulama muktabar pun jangan diikut, sebab ulama-ulama ni suka menipu, suka memalsukan cerita, suka riwayat hadis palsu, suka bawa cerita tahyul, khurafat, bidaah, syirik, ulama-ulama dari dulu sampai sekarang TAK TAHU bahawa Nabi telah beri amaran bahawa jangan menipu atas nama baginda, kelak akan ke neraka... (bak kata mereka: "kita bersangka baik je lah, mungkin ulama belum jumpa hadis tu")...

Semua ulama dan kitab mereka, kita campak ke dinding....

Bak kata Imam Syafie, jika mazhabnya bertentangan dengan Al-Quran dan Hadis, maka campaklah mazhabnya ke dinding......

Kita hanya boleh percaya pada Al-Quran dan Hadis sahaja.......

Selain daripada tu, kita wajib pertikai...

Walaupun kita tak reti alif ba ta....

Belajar ilmu tak wajib, pertikai ilmu yang wajib.....

Kalau nak belajar ilmu Islam yang "sahih", jangan belajar dari ulama, sebab ulama suka menipu dan meriwayatkan hadis palsu...

Tapi belajarlah ilmu agama daripada artis, daripada artikel internet yang ditulis oleh Anonymous, daripada pondan yang buat fake fb, daripada orang yang suka pertikai ulama, daripada doktor perubatan, daripada cikgu Geografi, daripada Pilot, daripada doktor mata, daripada doktor bedah, daripada doktor-doktor Phd dan sebagainya kerana mereka ini sangat mahir dan teliti tentang hadis sahih atau palsu, riwayat sahih atau palsu, cerita tahyul atau cerita betul....

Mereka boleh tahu semua ilmu sahih-palsu itu hanya dengan melihat kepada terjemahan hadis-hadis dan kisah-kisah itu di dalam Bahasa Melayu....

Itulah "karomah" yang Allah kurniakan kepada "wali-wali" akhir zaman.....

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda mafhumnya:

"Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang (menonjol dalam memberikan "pandangan") bercakap adalah golongan "Ruwaibidhah"".

Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?".

Nabi sallallahu alaihi wasallam menjawab mafhumnya,

"Orang bodoh/hina yang tidak mengerti urusan orang ramai".

(H.R. Ibnu Majah)

Note: "Kemarau" sedang melanda Malaysia sampai air dicatu, tiba-tiba ada Ruwaibhidoh "bersuara" menyatakan yang benar itu palsu, yang palsu itu benar. Apakah ini kebetulan? Atau ia memang dijanjikan?

Jika ini bukan "tanda kiamat" yang dijanjikan, bila lagi bumi ni nak kiamat?


-uib-

Awak mazhab apa?

5 orang lelaki telah menghadiri ceramah seorang ustaz....

Selepas ceramah, mereka bersuai kenal dan beramah mesra......

Ustaz (U): Kamu ikut mazhab apa?

Lelaki 1: Mazhab Imam Syafi'e ustaz...

U: Masya Allah, kamu pula?

Lelaki 2: Mazhab Imam Abu Hanifah ustaz....

U: Subhanallah, kamu?

Lelaki 3: Mazhab Imam Malik ustaz...

U: Alhamdulillah, kamu?

Lelaki 4: Mazhab Imam Ahmad bin Hanbal ustaz...

U: Allahu Akbar.................. ka.....

Lelaki 5: (potong cakap) Apa dalil ustaz ni ustaz? Saya tak nampak pun otak ustaz?

U: Ok saya dah tau kamu mazhab apa........

Lelaki 5: Ustaz jangan mudah-mudah tuduh orang lain sebagai Wahhabi !!!

Semua: ......................... ............................

Note: Beauty is nothing without a brain. Those people keep telling people their dramas in fb, then get upset when people judge them? They must be a bunch of people with special kind of stupidity.

*Ops terlupa nak tulis, cerita ini hanya rekaan semata-mata. Kang ada swinging bowl pergi print screen pulak lepas tu mintak dalil di mana kejadian ni berlaku. SERIOUSLY IT HAPPENED ONCE. I dont want banana to fruit two times.*


-uib-

Friday 18 April 2014

Mimpi Dajjal

Sekarang ni tiba-tiba ramai yang mimpi bertemu Dajjal dan didakwa yang mimpi tu para ulama....

Kemudian saranan untuk baca surah kahfi dikeluarkan....

Ramai juga yang bertanya saya apakah ia sahih atau tak....

Kalau yang tersebar di fb dan di laman sosial yang lain di internet ni ialah mimpi para ulama Habaib....

Beberapa minggu sebelum tersebarnya berita para ulama habaib bermimpi Dajjal...

Saya mendapat berita dari para da'i dan ikhwan-ikhwan tareqat Chisty di UK (bawah pimpinan Maulana Yusuf Motala, khalifah Chisty kepada Maulana Muhammad Zakariyya Al-Khandahlawi di England) bahawa ramai ikhwan di sana juga bermimpi Dajjal sudah keluar....

Hal itu dimaklumkan pada Maulana Yusuf Motala tetapi seperti biasa, beliau tidak pernah hiraukan atau ambil perhatian akan mimpi-mimpi mistik seperti itu, dan seperti itu jugalah respon Maulana Zakariyya berkenaan mimpi-mimpi pelik muridnya ketika beliau masih hidup....

Beliau tidak mahu murid-muridnya sibuk tentang mimpi Dajjal nak datang dan sibuk sana sini sebarkan tetapi amal untuk melawan Dajjal tu sendiri kosong...kosong...kosong....

Sedangkan kedatangan Dajjal itu wajib berlaku... mau tak mau, dia tetap akan datang jugak....

Mengikut laporan saudara di sana, disebabkan terlampau ramai yang bermimpi perihal Dajjal dah keluar (sejujurnya termasuklah saya sendiri) termasuklah para ulama di sana...

Hal ini menyebabkan beliau (Maulana Yusuf Motala) telah menelefon ke Saharanpur untuk bertanyakan hal ini kepada anak kandung Maulana Zakariyya yang masih hidup iaitu Maulana Thalhah....

Saya kira perbualan mereka itu rahsia dan saya jaga rahsia tersebut sebagai ahli sekapal....

Kemudiannya beliau sangat resah dan gelisah sehinggalah mengarahkan murid-muridnya di UK untuk tambah dan istiqamah dalam melakukan amalan-amalan melawan Dajjal khususnya surah Kahfi.....

berita tamat disitu....

Tidak lama selepas itu, tersebar pulak berita tentang mimpi ulama besar di Yaman tentang perkara sama....

Kemudian ada pula yang kata ianya palsu dan tidak benar...

Dan macam-macam spekulasi berlaku, sama seperti kes MH370 (Dulu masa saya sampai Malaysia, ada orang tanya saya pasal kes MH370 di ruangan komen fb, saya jawab la lebih kurang "nanti lepas prk kajang, jumpa lah kapal terbang tu", tak sangka pulak "pengumuman" tu dibuat betul-betul lepas prk kajang..hehehe...)

Jadi kita pun tak tahu yang mana benar yang mana salah....

Tetapi....

Sebenarnya......

Sebenarnya Dajjal tu dah lama wujud....

Dia dah wujud sejak zaman Nabi lagi.....

Dan sejak zaman Nabi lagi umat Islam dah baca surah Kahfi setiap Jumaat dan setiap malam......

Saya dah ingatkan tentang baca surah Kahfi ni sejak saya mula-mula main Fb lagi.....

Surah Kahfi ni bukannya hanya dibaca bila ada orang mimpi Dajjal dah keluar.....

Surah Kahfi ni perlu dibaca dari duluuuuuuuu lagi.............

Orang mimpi ke tak mimpi....

Dajjal tetap akan datang, dan surah ni tetap perlu dibaca.....

Tapi kalau kalian masih nak sibuk dengan game, fb, anime, bercinta luar nikah, couple islamik, berfesyen, berselfie samada niqobis atau bogelis, bershopping mall, komik, muzik, konsert, movie, drama, sinetron dan lain-lain DAJJAL yang korang tak sedar pun sedang berenang di dalamnya.....

maka itu masalah kalian......

bukan masalah saya........

Semoga golongan pengikut-Dajjal-tanpa-sedar yang seringkali diberi amaran mengenainya itu oleh para Nabi, sahabat, ulama dan wali-wali Allah itu bukanlah SAYA mahupun ahli keluarga saya.....


-uib-

Orang Bodoh VS Ulama

Umat semakin gawat, dunia dah benar-benar mendekati kiamat, di mana-mana ada maksiat, tak kurang juga tumbuhnya pelbagai ajaran sesat.

Tanda kiamat yang jelas...

Apabila ada seorang AWAM yang jahil (bodoh) dan majhul (tidak dikenali identitinya bahkan jantan betinanya pun diragui) mengatakan sesuatu perkara itu sebagai PALSU tanpa dia membawakan dalil-dalilnya di mana kepalsuan sesuatu perkara tersebut (bahkan dia sendiri tak tahu bagaimana nak menilai sesuatu tu sahih atau palsu), maka orang ramai bertaqlid (mengikut) secara buta kepadanya tanpa soal selidik.

Tetapi!

Apabila ada seorang ULAMA yang arif (berilmu) dan ma'ruf (dikenali identitinya, latar belakang pendidikan agama dan jelas jantinanya) mengatakan sesuatu perkara itu SAHIH tanpa dia membawakan dalil-dalil akan kesahihan perkara tersebut bahkan cuma menaqalkan ia dari kitab para ulama silam yang tsiqah (dipercayai keilmuannya), maka orang ramai akan meroyan macam beruk kena cili bertanya "mana dalil!!???", sedangkan mereka sendiri tidak tahu bagaimana kaedah "mendalilkan" sesuatu.

Bahkan "golongan minta dalil" ini kalaulah seseorang itu memalsukan sebuah hadis lalu meletakkan di hujungnya "hadis riwayat Bukhari, hadis ini dinilai sahih oleh encik Albani", maka puak-puak buta hati ini akan beriman 100% ianya sahih kerana MEREKA TAK PERNAH BUKAK PUN KITAB BUKHARI dan mereka sendiri JAHIL tentang sesuatu yang SAHIH atau PALSU...

Maka inilah zaman Dajjal, zaman dimana ulama dicela dan dikritik manakala orang bodoh pula disanjung dan dipuji walaupun tak jelas identiti....

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ass radiallahu anhuma berkata, “Aku mendengar
Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda mafhumnya:

“Bahawasanya Allah SWT tidak mencabut (menghilangkan) akan ‘ilmu itu sekaligus dari (dada) manusia, tetapi Allah SWT menghilangkan ‘ilmu itu dengan mematikan ‘alim ‘ulama’, maka apabila sudah ditiadakan ‘alim ‘ulama’, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin (agama) mereka. Maka apabila pemimpin (agama) jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ‘ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat dan menyesatkan orang lain.” (Hadith riwayat Imam Muslim)

Note: Kalau kewujudan puak "Wahhabi" itu bukanlah watak akhir zaman yang menunjukkan TANDA KIAMAT , BILA LAGI DUNIA NI NAK KIAMAT???


-uib-

Template by:

Free Blog Templates