Like Sampai Jari Patah

Wednesday 30 July 2014

Pengganas

Antara fitnah Dajjal yang terbaru ialah kemunculan puak-puak pengganas ekstrimis dari kaum Wahhabi/Salafi yang menamakan diri mereka sebagai ISIS dan self-declared pembentukan khalifah di Iraq dan Syria.

Seperti biasa, semua agenda Wahhabi/Salafi ini dibiayai oleh tokoh-tokoh jutawan dunia yang bekerja untuk Dajjal (penganut agama Satanic- penyembah Syaitan). Iaitu Rothschild family dan konconya.

Sepertimana mula-mula kemunculan fahaman Wahhabi yang dicetuskan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab An-Najdi pada era perang dunia pertama, gerakannya turut dibiayai oleh anak-anak Dajjal yang sama untuk memberontak (bughah) kepada khalifah Turki Uthmaniyyah.

Hasilnya, kaum Quraisy dan umat Islam telah dibunuh dan dihalau beramai-ramai oleh tentera Wahhabi yang dianggotai oleh orang-orang Arab Badawi (Arab kampung/barbaric) Najd dan bani Sa'ud.

Natijahnya lagi, kaum Quraisy yang memerintah Mekah Madinah selama seribu tahun lebih sejak zaman Rasulullah telah dirampas oleh kaum Wahhabi dari bani (keturunan) Sa'ud yang merupakan keturunan Yahudi yang tinggal di Hijjaz (semenanjung Arab).

Hasilnya, terbentuklah negara Wahhabi bernama "Arab Saudi" sempena nama bani Sa'ud.

Mereka mengharamkan pengajian 4 mazhab di Mekah Madinah. Hanya pengajian Wahhabi dan Talfiq Mazhab (mazhab rojak) sahaja dibenarkan. Para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang tegas mengajar akan ditangkap dan dihumban ke penjara atau dibunuh.

Fahaman ekstrim Wahhabi ini dilawan sekeras-kerasnya oleh para ulama ASWJ sedunia kerana membawa fahaman "Takfir" (mudah mengkafirkan orang lain).

Fahaman menuduh orang lain kafir atau musyrik (ahli syirik), atau bidaah dan lain-lain tuduhan bukanlah ajaran Islam atau ajaran yang dibawa oleh Rasulullah.

Fahaman ganas dan ekstrim ini telah menyebabkan banyak pertumpahan darah kerana mana-mana muslim yang tidak mahu mengikuti akidah Wahhabi akan dianggap kafir dan halal dibunuh.

Oleh kerana itu, Muhammad bin Abdul Wahhab dan tenteranya telah membunuh ribuan orang Islam di Hijaz tanpa rasa bersalah.

Kini, fahaman ekstrim ini telah diberi pelbagai jenama baru seperti Salafi, Salafi Yamani, Salafi Jihadi, ISIS, Al-Qaeda, Jamaah Islamiyyah, Ahl-e-Hadith dan macam-macam lagi nama.

Walaupun ada dikalangan mereka yang bergaduh sesama sendiri, tetapi fahaman dan hobi mereka sama. Iaitu menuduh itu ini sebagai BIDAAH BIDAAH BIDAAH, KAFIR, KAFIR, KAFIR dan membunuh orang Islam.

Misalnya Wahhabi Madani atau Wahhabi Madkhali tidak bersetuju dengan pendekatan Salafi Jihadi yang dianuti oleh ISIS,ISIL,ISIJ,FSA,Al-Qaeda dan group so-called "mujahidin" yang lain dan mereka saling menuduh sesat antara satu sama lain.

Mereka cuba mengelak dari nama "Wahhabi" kerana nama itu dinisbatkan pada Muhammad Bin Abdul Wahhab (MBAW), pencetus fahaman ekstrim ganas radikal ini.

Mereka gerun bila dinisbatkan fahaman mereka kepadanya adalah kerana dia (yakni MBAW) adalah kelahiran tanah Najd (sekarang digelar Riyadh,Arab Saudi) yang diramalkan Rasulullah dalam hadis sebagai pusat kelahiran fitnah dan tanduk syaitan.

Jadi mereka khuatir sekiranya gerakan sesat mereka itu diketahui orang ramai telah pun "diramal" oleh Rasulullah sebagai sebuah fahaman sesat dan fitnah buat umat Islam.

Ulama besar ASWJ seperti Mufti Mesir, Syaikh Ali Jumu'ah bersetuju bahawa gerakan Wahhabi ini merupakan gerakan Khawarij 'Asr (Khawarij moden) yang diramalkan baginda Nabi akan muncul dan melakukan kerosakan.

Dulu orang kutuk saya sebab selalu ingatkan umat tentang bahaya Wahhabi.

Orang kata saya ni tak habis-habis dengan isu Wahhabi.

Orang kata saya ni tak boleh berlapang dada dan sibuk dengan Wahhabi je.

Tapi ketahuilah, apa yang ulama terdahulu risaukan, pasti ada sebabnya.

Kini, apa yang saya amarankan telah menjadi satu kenyataan bila munculnya khalifah palsu di Iraq yang hobinya membunuh orang Islam.

Kaum Wahhabi ISIS ini telah menghancurkan banyak masjid termasuk masjid-masjid tua yang bersejarah di Iraq.

Mereka juga hancurkan gereja yang berusia 1800 tahun tanpa sebab. Sedangkan adab jihad yang diajarkan Rasulullah ialah tidak boleh memusnahkan rumah ibadat agama lain.

Mereka bukan takat hancurkan rumah ibadat agama lain, tapi masjid dan kubur para Nabi pun mereka hancurkan.

Jadi mereka ini belajar adab jihad dari siapa kalau bukan CIA dan Amerika?

Makam Nabi Yunus,Nabi Syith,Nabi Daniel, telah dimusnahkan mereka.

Keadaan mereka sama seperti Wahhabi Saudi yang telah menhancurkan banyak tinggalan sejaran Rasulullah dan Sahabatnya. Misalnya rumah kelahiran Nabi, rumah Nabi dan Khadijah, perkuburan Baqi' dan lain-lain tempat sejarah, telah dihancurkan oleh Wahhabi Saudi tanpa sebab.

Ada yang dijadikan perpustakaan, ada yang dijadikan tandas dan sebagainya.

Begitu juga Al-Qaeda, satu lagi cabang Salafi Jihadi yang telah mengebom ramai orang Islam tanpa sebab. Osama Laden yang diagung-agungkan orang buta hati juga telah membunuh ramai ulama ASWJ dan ulama Sufi. Osama Laden itu sendiri merupakan ejen CIA yang bertanggungjawab membuat fitnah di tengah-tengah kaum Muslimin.

Taktik Amerika ini mudah, mereka create group Mujahidin, bagi dana, bagi senjata, laungkan slogan Islam, pastu rekrut pemuda-pemuda Islam diseluruh dunia sebagai ahli, dan lancarkan keganasan. Bom sana sini, bunuh orang Islam, bunuh orang awam.

Tapi Israel yang hangat membantai Palestin.... dibiarkan mereka.....

Orang Malaysia pun dah ramai yang tertipu dengan propaganda bodoh ni.
Kalau ada yang rekrut korang untuk "berjihad" dengan puak-puak ni. Jauhilah mereka. Tidak ada jihad di Syria atau Iraq melainkan ia cuma pemberontakan bersenjata kepada kerajaan (masalah politik negara, bukan masalah jihad) yang menyebabkan ramai orang awam terkorban khasnya wanita dan kanak-kanak.

Gila kuasa punya pasal, orang awam kena bunuh, masjid kena bom, budak kena sembelih, muslimah dirogol.

Kalau nak jihad sangat, pergilah Palestin sana. Lawan orang Yahudi yang pure 100% kafir.

Jihad itu melawan orang kafir harbi bukannya membunuh orang Islam. Rasulullah telah menjamin dan membela darah dan harta kaum Muslimin dan mana-mana muslim lain menumpahkan ia, maka wajib neraka baginya.

Korang fikir korang tengah jihad, tapi bila mati, straight kena humban ke neraka sebab membunuh orang-orang Islam.

Sebab itu saya menentang sekeras-kerasnya fahaman Wahhabi di Malaysia.

U will end up as RADICAL MILITANT.

Begitu juga mufti-mufti dan Majlis Agama di seluruh Malaysia (kecuali negeri Wahhabi Perlis), mereka juga menyekat fahaman ekstrim ini dan telah beri amaran kepada orang ramai tentang mara bahaya fahaman ni.

Mereka (Wahhabi) dengan mudah menganggap kita semua kafir dan halal dibunuh hanya kerana kita tidak mahu yakin bahawa Allah itu berjisim dan Allah itu bertempat di langit.

Pernah sekali saya ditanya mereka "Ainallah?" (dimana Allah?)

Saya jawab Allah WUJUD TANPA TEMPAT. (Ini akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, iaitu akidah Rasulullah dan para Sahabat serta para ulama yang mengikuti mereka)

Dia cakap straight saya ni KAFIR sebab bagi mereka, keberadaan Allah yang sebenar ialah di dalam langit.

Sekatlah mereka, jangan sampai mereka buat group besar kat Malaysia dan menyembelih kita sepertimana ISIS menyembelih umat Islam di Iraq dan Syria.

Sayu hati tengok video ISIS tembak budak-budak Muslim macam bunuh nyamuk.

Tak kan nak tunggu benda ni jadi kat Malaysia?

Group ISIS ni dah ada cawangan di Indonesia, China, Filipina dan lain-lain tempat di Asia.

Di Malaysia pun ada sarangnya. Saya pernah bertemu dengan salah seorang ahlinya di KL. Mengikut pengakuannya sendiri, namanya dah naik kat bukit Aman sebagai suspek militan.

Mereka masih bersembunyi, jangan sampai mereka kuat, besar dan bunuh abang-abang Polis dan askar kita. Bila barisan pertahanan hancur macam di Mosul, orang awam pulak akan disembelih.

Demi Allah, saya telah ingatkan kalian.
Demi Allah, saya telah beri amaran pada kalian.

Note: Khalifah sebenar akan dibai'at di depan Ka'bah, bukannya di Iraq. Mengajilah ilmu, jangan terus jahil. Kerana kejahilan anda akan menumpahkan banyak darah.


-uib-

Eid Mubarak

Acecece chee...

Ramai pulak yang update status acah-acah sedih sebab Ramadhan meninggalkan kita...

Padahal sepanjang Ramadhan tu dok sibuk main Facebook, sibuk berdebat, sibuk berhujah, sibuk memberi komen sampai bergaduh, mengutuk, memperli kepada isu semasa padahal komennya tak boleh ubah apa-apa keadaan isu tu, Quran tak khatam, pergi lepak bazaar Ramadhan yang dipenuhi dengan nangka berbalut padahal tak ada apa nak beli sangat pun, solat jemaah Fardhu 5 waktu tak jaga, solat terawikh pun buat 8 je, iktikaf 10 akhir Ramadhan pun tak, Tahajud kantoi, zikir kantoi, semuanya kantoi belaka...

Tiba-tiba hujung Ramadhan malam Raya update status "sedih Ramadhan meninggalkan kita"...



Well, kalau ahlullah baca update camtu, diorang pun ketawa...

Qola qo'ilun (berkata seseorang): "Sangka baiklah wei, raya-raya camni pun nak sakitkan hati orang..."

Eleh... terase lah tu... terase kan? kan? LOL!

Rileks ah, bukan nak cari gaduh di pagi Raya ni, just nak bagi "fikir" sikit je...boleh kan?

Sesungguhnya yang paling layak sekali untuk menangis kesedihan kerana Ramadhan meninggalkannya ialah KEKASIH RAMADHAN ITU SENDIRI....

Yang senantiasa mendampingi kekasihnya selama sebulan penuh tanpa kelalaian sedikit pun....

Saya pernah bertemu dengan para kekasih Ramadhan dan melihat keadaan mereka yang sangat asyik bercinta dengan Ramadhan seperti Majnun asyik pada Laila, seperti Ahlullah asyik pada Allah, seperti ibu yang kerinduan pada bayi kecilnya yang setahun menghilang...

Salah seorang guru mursyid saya, pabila menjelang Ramadhan, beliau akan beriktikaf di dalam masjid bersama para murid tarbiahnya selama sebulan penuh tanpa jejak kaki keluar dari masjid walau sesaat kecuali untuk ke tandas/mandi, makan pun dalam masjid.

Salah seorang rakan semursyid saya,pabila masuk sahaja 1 Ramadhan, beliau ikut iktikaf bersama mursyid dan tidak mengucapkan walau sepatah pun perkataan kecuali zikir dan Al-Quran, semua komunikasi dengan manusia dilakukan dengan bahasa isyarat atau ditulis dalam buku nota dan ditunjukkan dalam keadaan yang sangat terhad. Beliau tidak akan berkomunikasi dengan makhluk tanpa darurat (bagi yang biasa dengan ilmu Tasawwuf, anda akan biasa memahami faedah diam dengan makhluk khasnya di bulan Ramadhan).

Sekumpulan rakan semursyid lain pula dari kalangan hafiz Al-Quran akan bangun pada jam 1 pagi dan akan berterawikh sekali lagi bergilir ganti secara berjemaah sehingga sahur, berkali-kali mereka khatamkan Quran dengan cara itu sepanjang Ramadhan.

Salah seorang guru saya sentiasa membawa Al-Quran bersamanya dan apabila ada ruang waktu, beliau akan membacanya dengan khusyuk. Beliau khatam setiap 3 hari (sehari baca 10 juzuk). Sepanjang Ramadhan beliau khatam sebanyak 10x secara sendiri, tidak termasuk khatam ketika terawikh selepas Isyak dan terawikh di waktu Tahajjud bersama para huffaz Al-Quran yang lain.

Dan banyak lagi kisah para kekasih Ramadhan menghiasi kekasih mereka secantik-cantiknya yang saya saksikan sendiri dengan mata kepala saya sendiri, bukan rekaan.

Mereka inilah yang menangis pada malam Raya dan PALING LAYAK untuk sedih di malam Raya kerana kekasih mereka meninggalkan mereka....

Tanpa mereka update di Fb tentang kesedihan mereka kerana terlampau sedih.

Orang yang terlampau sedih kerana sesuatu tercinta hilang dari mereka tidak mungkin sempat untuk update Fb tentang kesedihan mereka.

Contohnya jika ahli keluarga yang tersayang accident ngeri sehingga melibatkan nyawa, mana sempat kita nak update acah-acah sedih. Mestilah kita sibuk di dunia realiti, melihat keadaannya, berdoa untuknya, mengutip mayatnya.

Tak kan nak berselfie di tempat kejadian pulak?

Yang jenis update dan selfie di tempat kejadian ni confirmlah dia tak sedih kan?

Sekadar meraih publisiti di Fb untuk bagitahu yang family nya accident dan perlukan perhatian orang ramai kepadanya...

Saya sendiri kalau sedih, misalnya bila mursyid saya meninggal,update untuk pengumuman kematiannya di Fb hanya menyusul selepas beberapa hari kematiannya selepas kesedihan yang amat itu sedikit reda.

Apa-apa pun...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Taqabalallahu Minna Wa minkum, semoga Allah terima semua amalan kita. Kepada yang terasa, harap maaf ye.. Hehehe~

Jangan lupa amalkan sunnah-sunnah Aidilfitri, makan kurma sebelum solat Raya, mandi Sunat Raya, pakai wangian (untuk lelaki), pakai pakaian terbaik yang paling mendekati sunnah (tak semestinya baru) dan ucapkan Taqabalallahu Minna wa minkum sesama kita...

Note: Sape nak datang Raya rumah saya di Nibong Tebal (sempadan Parit Buntar), dialu-alukan, whatsapp saya untuk detail 0175138535.

Tapi tak ada duit Raya, ketupat rendang ada lah.

Maklumlah, saya ni student dan penganggur paling sibuk di dunia tanpa gaji, tak ada sumber pendapatan tetap. Hehehe. Duit Jutaria banyaklah kalau nak.

-uib-

Template by:

Free Blog Templates