Like Sampai Jari Patah

Friday, 14 September 2012

Walimah Mengikut Cara Islam



walimah itu terbahagi dua..

1)Walimatul 'uqud: walimah yang dilakukan selepas akad nikah.

-Telah dilakukan di rumah pihak perempuan selepas diakadnikahkan oleh bapa beliau.

2)Walimatul 'urus: walimah yang dilakukan selepas pengantin 'bersama'.(guruku berkata sebaik-baiknya 7 hari selepas bersama)

Kad kahwin: hanya nama aku sahaja disebut tanpa menyebut nama pengantin perempuan kerana bagi seorang bidadari,bukan hanya diri,bahkan kasut,bayang-bayang,nama,suara juga adalah 'aurat'.

Ketika majlis:

Dua khemah disediakan:-

-Satu khemah tertutup dengan kain untuk wanita sahaja.(dilekatkan poster besar tertulis 'khemah wanita,lelaki DILARANG MASUK) dan dalam khemah,ada ibuku yang menyambut kaum ibu dan sekalian kaum hawa.

-Satu khemah lagi open-air untuk lelaki dan di luar khemah ada bapaku dan diriku untuk menyambut tetamu lelaki.

Kehadiran rombongan pengantin perempuan,semuanya menutup aurat dengan SEMPURNA dan maksud SEMPURNA itu ialah:

-Memakai purdah hitam tanpa bunga dan hiasan dan matanya juga tertutup(mata adalah fitnah paling besar bagi wanita berpurdah jika wanita tidak bertudung menyebabkan lelaki masuk neraka kerana auratnya dan wanita tidak bertudung menyebabkan lelaki masuk neraka kerana wajahnya maka wanita berpurdah menyebabkan lelaki masuk neraka kerana matanya maka bidadariku tidak berminat untuk menghantar diri atau sesiapa sahaja ke neraka).

-Pakai jubah hitam tanpa bunga dan manik dan kainnya tebal agar tidak kelihatan bahagian dalam bila berada di bawah sinar matahari.(tapi bahagian dalam,pakai baju pengantin yakni baju yang cantik,bila sampai rumah,dalam bilik,baju luar boleh dibuka kerana tujuan baju hitam agar tidak dilihat lelaki bukannya bermakna islam haramkan perhiasan,islam haramkan berhias untuk suami orang lain dan lelaki asing sahaja)

-Memakai sarung tangan hitam tanpa manik dan bunga.

-Pakai stokin hitam tanpa bunga dan hiasan.

Ketika walimah: lelaki makan dan beramah mesra bersama tuan rumah dan pengantin lelaki manakala perempuan lakukan ia bersama ibu pengantin lelaki,pengantin perempuan terus diam di bilik pengantin dan tiada keluar dari bilik sampai majlis berakhir(sebaiknya bilik pengantin tu ada bilik air untuk mudah pengantin ke tandas dan berwudhuk untuk solat) dan hanya diziarahi pengunjung wanita dan kamera diharamkan sekeras kerasnya walaupun makcik-makcik sendiri(agar gambarnya tidak tersebar dikalangan lelaki bukan mahram seperti suami makcik kita dan sepupu).
Persekitaran walimah yang mana jika ia ada,haram kita memenuhi jemputannya:

-Diharamkan pisahkan makanan mengikut darjat,contohnya khususkan makanan untuk orang kaya.

-Diharamkan walimah yang dihiasi gambar makhluk bernyawa(walaupun di atas tanah).

-diharamkan acara tari menari lain jantina.

-Diharamkan sejenis acara pelawak pentas yang melakukan jenaka secara dusta.

-Diharamkan makanan yang haram seperti arak walaupun kita tidak berniat untuk minum ia.

Ketika waktu solat: pengantin lelaki dan perempuan akan terus bersiap untuk solat dan dakwahkan tetamu kepada solat dan kepentingan solat berjemaah kerana walimah yang menyebabkan kelalaian dalam solat adalah walimah yang fasad,fasiq,majlis maksiat dan dalam kemurkaan Allah.

Sekian dulu~

Note: " jadi berapa banyak walimah yang fasiq dalam malaysia ni??????ohh tidaaakkkk! "....

~kredit to uibo~


Sunday, 24 July 2011

Whatever you give to life, it gives you back. Do not hate anybody. The hatred which comes out from you will someday comeback to you. Love others and love will comeback to you.



Tujuan hidup adalah untuk mati. Tiada ertinya kehidupan tanpa kematian! Demikianlah maksud ayat ke-2 di dalam Surah Al-Mulk, Allah mengisytiharkan bahawa “Dia yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya.”

Maka dari firman Allah SWT ini, jelas menunjukkan bahawa tujuan mati dan hidup itu diciptakan adalah untuk menguji siapakah di antara kita yang lebih baik amalnya. Untuk memudahkan pemahaman kita, bolehlah dikatakan bahawa yang terbaik di antara sekalian manusia ialah yang paling baik aktiviti dan kegiatan hidupnya. Seterusnya, bagi membolehkan kita mempunyai aktiviti, kegiatan dan amal yang terbaik, maka kita perlu menjadi Muslim yang sejati dan Mukmin yang unggul.
Untuk menjadi seorang Muslim yang sejati pula, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mengenal diri. Masalah utama umat Islam kini ialah kerana ramai di kalangan kita tidak kenal akan asal penciptaan kita sehingga akhirnya ramai di kalangan kita menjadi lupa diri. Lebih malang lagi, disebabkan kita tidak mengenal diri dan asal-usul kejadian kita akhirnya kita gagal mengenal keindahan Islam dan keutuhan keimanan yang sewajarnya sebati dalam diri kita. Benarlah kata pepatah Melayu, tak kenal maka tak cinta! Manakala dalam sebuah hadis mengatakan "Barangsiapa yang mengenal dirinya, dia akan mengenal Tuhannya"

Allah SWT yang Maha Bijaksana telah menjadikan sesuatu itu daripada tiada (Al-'Adam) kepada ada (Al-Wujud). Hakikat seluruh kejadian yang diciptakan ini, semuanya bertujuan untuk memainkan peranan ‘ubudiyyah' yakni memainkan peranan kehambaan dengan mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah dan sentiasa beribadah dengan penuh keihklasan. Semuanya ini diisyaratkan dengan jelas dalam lafaz firman Allah yang berbunyi :

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“Dan tidaklah Aku ciptakan seluruh jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu" (Surah Adz-Dzariyat : 56)

Prinsip ‘ubudiyyah ini telah diwartakan dalam Kitab-Kitab besar yang telah diturunkan dari langit sejak zaman berzaman dan dengan kemasnya disempurnakan secara muktamad dengan Al-Quran seperti yang dipetik dari ayat di atas.

Islam seterusnya menetapkan pembalasan di Akhirat yang dilambangkan melalui kewujudan nikmat Syurga dan azab Neraka sebagai satu lagi asas keimanan. Maka menjadi keperluan untuk kita memaknakan kehidupan ini dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup kita, sesuai dengan makna Islam itu sendiri iaitu menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah SWT. Seandainya kita tidak serah diri, kita akan buat haluan sendiri yang akhirnya menyebabkan kita gagal dalam kehidupan duniawi dan Ukhrawi. Na’udzubillahi min dzalik.

Selain itu, seorang Muslim sejati tidak hanya mementingkan dirinya sendiri. Dengan memahami prinsip ‘ubudiyyah dan adanya Syurga dan Neraka, maka dia akan berusaha dengan sehabis daya untuk melakukan yang terbaik untuk dirinya dan masyarakatnya. Untuk dirinya ialah memperbaiki hubungannya dengan Allah dan untuk masyarakatnya yang kita sebut sebagai tanggungjawab sosial korporat, dia akan membantu dengan apa jua cara sama ada dengan tenaga, masa, harta, kepakaran, perkhidmatan dan lain-lain untuk memastikan Islam terus terbela dan memerintah dunia. Ini sekaligus akan melahirkan satu umat yang mana perasaan, percakapan dan tindakan mereka telah dikuasai oleh kesanggupan untuk hidup dan mati semata-mata kerana Allah SWT. Perjuangan dan pengorbanannya demi redha Allah!

Tanggungjawab sosial yakni peranan bermasyarakat yang merangkumi peranan dakwah dan islah ini amat wajar dihidupkan dan disemai dengan sesuburnya sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud :

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)". (Surah Ali ‘Imran : 110).

“Dan hendaklah ada di antara kamu, segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyeru yang maa’ruf dan mencegah yang mungkar. Mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Surah Ali ‘Imran : 104).

Selain itu, tanggungjawab sosial seorang Muslim ini juga dapat kita fahami melalui hadis Rasulullah SAW berikut:

“Perumpamaan orang Mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit.” (Hadis Riwayat Muslim).

Malah, Rasulullah SAW menyifatkan orang Mukmin dengan Mukmin yang lain sama seperti satu bangunan yang saling kukuh-mengukuhi antara satu sama lain sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Musa Assyaari. Rasulullah telah menyifatkan orang Mukmin dengan Mukmin lain seperti satu bangunan menunjukkan perlunya peranan tanggungjawab sosial ini dipikul oleh kita semua!

Sahabatku semua, marilah kita sama-sama berusaha memperbaiki diri dan sama-sama mengajak orang lain untuk memperjuangkan Islam. Aslih nafsak, wad’u ghairak! Dirikanlah dahulu Daulah Islamiyyah dalam jiwa setiap Muslim, insyaAllah Islam akan ditegakkan. Sesungguhnya, kecemerlangan Akhirat adalah melalui prestasi hidup yang hebat di dunia! Fahamilah…

Mencintai Allah Dengan Murni



Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “Ketahuilah, sesungguhnya kecintaan yang paling berguna secara mutlak, cinta yang paling wajib, cinta paling tinggi dan paling mulia adalah mencintai sesuatu yang menjadikan hati tunduk mencintai-Nya; iaitu sesuatu yang menciptakan seluruh makhluk demi beribadah kepadaNya. Dengan dasar cinta inilah langit dan bumi tercipta. Di atas tujuan inilah seluruh makhluk diciptakan. Inilah rahsia kalimah Syahadah 'La ilaha illallah'. Kerana makna Ilah adalah sesuatu yang dipuja oleh hati dengan rasa cinta, kemuliaan, keagungan, kerendahan diri dan kepatuhan. Sedangkan ketundukan dan peribadatan tidak boleh ditujukan kecuali kepadaNya semata. Hakikat ibadah itu adalah kesempurnaan rasa cinta yang diiringi dengan ketundukan serta kerendahan diri yang sempurna. Allah SWT dicintai kerana kemuliaanNya sendiri yang sempurna dari seluruh sisi. Adapun selain Allah, maka ia dicintai apabila bersesuaian dengan kecintaan kepadaNya.”

Beliau melanjutkan, “Kewajiban untuk mencintai Allah Yang Maha Suci ditunjukkan oleh seluruh kitab yang diturunkan, dibuktikan pula oleh dakwah semua RasulNya dan juga fitrah yang telah dikurniakan Allah kepada diri hamba-hambaNya, selaras dengan akal sihat yang diberikan kepada mereka, sesuai dengan hikmah penganugerahan nikmat kepada mereka. Kerana sesungguhnya hati-hati manusia tercipta dalam keadaan mencintai Allah yang telah menganugerahkan kenikmatan dan berbuat baik kepadanya. Lantas bagaimana lagi rasa cinta terhadap Allah yang menjadi sumber segala kebaikan yang ada ? Segala macam nikmat yang ada pada makhlukNya maka itu semua berasal dari Allah SWT yang tidak ada sekutu bagiNya, sebagaimana ditegaskan oleh Allah dalam firman-Nya,

وَمَا بِكُمْ مِنْ نِعْمَةٍ فَمِنَ اللَّهِ ثُمَّ إِذَا مَسَّكُمُ الضُّرُّ فَإِلَيْهِ تَجْأَرُونَ

“Dan nikmat apapun yang ada pada kalian maka semuanya berasal dari Allah. Kemudian apabila kalian tertimpa musibah maka kepadaNya lah kalian memulangkan segala urusan.” (Surah An-Nahl : 53)

Nama-nama yang paling indah dan sifat-sifat maha tinggi yang diperkenalkan kepada hamba-hambaNya untuk menyingkap jati diriNya serta pengaruh-pengaruh yang timbul dari berbagai ciptaan-Nya maka itu semua merupakan sebahagian dari kesempurnaan, puncak kemuliaan dan keagunganNya.

Syeikhul Islam berkata, “…sesungguhnya apabila hati seseorang telah dapat merasakan manisnya penghambaan diri kepada Allah SWT dan lazatnya mencintaiNya maka tidak akan ada sesuatu yang lebih disukainya daripada hal itu sampai dia pun lebih mendahulukan cintanya kepada Allah di atas apa saja. Dengan sebab itulah orang-orang yang benar-benar ikhlas beramal kerana Allah akan terbebas dari perbuatan jahat dan keji, sebagaimana difirmankan Allah SWT :

وَمَا بِكُمْ مِنْ نِعْمَةٍ فَمِنَ اللَّهِ ثُمَّ إِذَا مَسَّكُمُ الضُّرُّ فَإِلَيْهِ تَجْأَرُونَ

“Demikianlah, Kami palingkan darinya (Nabi Yusuf) perbuatan yang jahat dan keji. Sesungguhnya dia adalah termasuk hamba Kami yang terpilih (ikhlas).” (Surah Yusuf : 24)

Kemudian beliau melanjutkan, “Kerana sesungguhnya orang yang mukhlis kerana Allah dapat merasakan manisnya penghambaan dirinya kepada Allah sehingga berupaya membentengi dirinya dari penghambaan kepada selain Allah. Demikian pula, dia telah merasakan manisnya cinta kepada Allah sehingga mampu membentenginya dari kecintaan kepada selainNya. Hal itu disebabkan hati yang sihat dan selamat tidak akan dapat merasakan sesuatu yang lebih lazat, lebih menyenangkan, lebih menggembirakan dan lebih nikmat daripada manisnya iman yang menyimpan sikap penghambaan diri, kecintaan dan ketaatan menjalankan agama hanya kepada Allah. Dan itu semua menuntut ketertarikan hati yang begitu mendalam kepada Allah. Sehingga hatinya akan menjadi sentiasa kembali taat dan mengingat Allah, merasa takut hukumanNya, berharap dan cemas keranaNya. Wallahu'alam..

Akhlak : Bunga Peribadi

Assalamualaikum wbh,
Sahabat-sahabat yang dimuliakan Allah SWT..

Telah banyak kali tajuk dan perbincangan mengenai akhlak diketengahkan dan diperdebatkan.. di mana jua sekalipun ianya sering diperkatakan.. Tetapi apakah hanya dengan perdebatan, perbincangan, forum perdana dan lain-lain lagi sudah mencukupi untuk membawa arus perubahan yang positif di dalam diri seseorang individu, keluarga, masyarakat atau negara?

Maka dari itu bajailah akhlak, pupuklah khuluq.. semoga akan terbina seorang insan yang kental iman dan taqwanya kepada Allah SWT

Bila bercakap tentang sekuntum bunga, bayangan indah dan harumnya akan tergambar di benak kita. Mawar adalah sekuntum bunga yang bukan sahaja indah dan cantik, bahkan harum pula. Ramai yang sukakan bunga ini. Lelaki atau perempuan semua suka. Cuma kekadang lelaki agak egois untuk mengakuinya. Biasalah... kan guys?! Gimme five !!

Dalam hidup bermasyarakat dan bersahabat, kita jadikanlah diri kita sebagai bunga yang disukai oleh semua orang. Bukan senang untuk mencuri hati semua orang ni. Lain manusia lain sifat dan perangainya, kan? Tapi walau apapun manusia, mereka tetap punyai fitrah yang sama. Mungkin kulit mereka tak sama, atau jam tangan mereka tak serupa, tetapi fitrah mereka sama dan serupa.

Fitrah manusia sukakan akhlak yang mulia. Akhlak yang mulia umpama bunga mawar yang disukai oleh setiap orang. Lihatnya pun dah sejuk hati, bahkan kasih sayang pula ditebarkan luas-luas untuk dinikmati bersama. Akhlak mulia seperti selalu menghormati orang tua yang lemah, mengasihi kanak-kanak, menghargai kaum perempuan, tidak menyakitkan hati orang lain, bercakap dengan nada yang lembut, murah dengan senyuman dan macam-macam lagi adalah contoh akhlak yang disukai oleh semua manusia walau siapa pun mereka. Bukan saja manusia, kucing, kerbau dan lembu susu pun suka kalau kita tidak menyeksa mereka.

Akhlak dalam Islam mempunyai kedudukan yang tinggi. Akhlak termasuk dalam perkara-perkara yang asas dalam Islam dan tidak dibenarkan berlaku perselisihan pendapat padanya seperti mana persilisihan pendapat yang berlaku dalam cara dan rukun ibadah seharian seperti solat, wudhuk, zakat dan sebagainya. Akhlak diletakkan dalam keutamaan agama dalam ranking yang kedua selepas akidah.

Bahkan Allah sendiri dalam al-Quran, telah menyatakan bahawa tujuan Rasulullah diutuskan ke atas umat manusia ialah untuk menyempurnakan nilai-nilai akhlak dalam masyarakat. Memang masyarakat, pada fitrahnya adalah berakhlak mulia tapi kedatangan Rasulullah adalah sebagai menyempurnakan lagi dan memperkukuhkan lagi nilai akhlak dalam masyarakat.

Bagaimana akhlak yang baik boleh lahir? Sekuntum bunga yang mekar lahir daripada pohon yang subur dan sihat. Begitulah akhlak mulia, ia lahir daripada tapak IMAN kepada Allah yang kukuh.

Rasulullah pernah menyatakan bahawa: "Kamu tidak akan masuk syurga jika kamu tidak beriman dan kamu tidak dikira beriman jika kamu tidak berkasih sayang...." Ini bermaksud ada perkaitan antara IMAN dan akhlak. Jika Iman itu baik akan lahirlah akhlak yang baik. Jika iman seseorang kurang baik maka akan lahirlah akhlak yang tidak baik. Akhlak adalah manifestasi daripada Iman yang teguh pada Allah.

Iman pada Allah ialah percaya bahawa Allah adalah tuhan dan kita adalah makhluk ciptaanNya. Semua manusia adalah sama di sisi Allah. Dengan mengakui keEsaan Allah, secara automatik rasa ego, bangga diri, rasa diri hebat, menghina orang lain, merendahkan orang lain akan terhapus dengan sendirinya. Bila semua rasa ini terhapus, rasa hormat, rasa kasih, rasa sayang, rasa bangga dengan orang lain akan datang dengan sendirinya.

Orang yang berakhlak mulia akan disukai oleh semua orang. Pandai mengambil hati orang lain sekalipun emosi sendiri terpaksa dikorbankan. Memang sukar untuk menjadikan kita disukai oleh orang. Cakap soal akhlak yang baik adalah senang tetapi bagaimana untuk berakhlak itu adalah sangat susah.

Penumpuan harus diberikan ke atas cara bagaimana untuk anda mengambil hati orang lain dan menjaga perhubungan anda sesama manusia dalam pelbagai keadaan. Dalam satu situasi mungkin anda ingin menegur rakan, dalam situasi lain, anda ingin menarik perhatian rakan, situasi lain, anda mahu rakan anda suka pada anda, anda mahu dihormati, anda mahu dihargai, juga mahu menghormati dan menghargai, atau mungkin ada ketika terdapat pertembungan antara kepentingan diri, atau perjuangan dengan menjaga hati sahabat atau masyarakat.

Apabila terlihat seorang Muslim yang baik dari segi pakaiannya, kemas, rapi dan cantik, mata kita terus tertaut padanya. Tambahan lagi apabila seorang Muslim itu baik dari segi pakaiannya, kemas, rapi dan cantik serta berakhlak dan berperibadi yang lembut, ingin sahaja rasanya mata ini tidak berganjak dari melihatnya terus.

Islam dan Akhlak tidak dapat disempadani. Titik.

Seorang Muslim hakikatnya tidak boleh digelar Muslim atau penganut Islam yang sejati andai dirinya tempang dari segi akhlak sepertimana yang telah digariskan oleh Islam. Sejauh mana manusia pergi, secantik dan sekacak mana manusia ciptaan ALLAh itu, pasti yang manusia inginkan adalah akhlak yang baik.

Dan akhlak yang baik itu tidak boleh dinilai hanya dengan pakaian sahaja.

Pssst ~ Percaya tak, akhlak islami itu lebih harum dari bunga yang mekar? Senyum sikit.

Jadi, tanamkan iman kepada Allah dengan sepenuh kepercayaan, yakin dengan janji Allah seperti kematian, ujian hidup, akhirat, malaikat, jin dan syaitan. Tanamkan bahawa ketaatan pada Allah SWT adalah kunci akhlak yang mulia, patuhilah peraturan Allah demi menjamin keamanan dan keharmonian yang kita sendiri idamkan. 

Sebagai mana kita ingin menjadi idaman seseorang begitulah orang lain ingin menjadi idaman kita. 
Sebagai mana kita tidak mahu menjadi kebencian orang, begitulah orang lain tidak mahu menjadi kebencian kita. 
Sebagai mana kita mahu disayangi, begitulah juga orang lain mahu disayangi. 

Jika semua mahu dikasihi, siapakah yang mahu mengasihi? Jika semua mahu disayangi, siapakah yang akan menyayangi? Sesungguhnya Allah SWT itu sahaja yang Maha Pengasih Maha Penyayang

"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah untuk menyukai apa yang kita dapat.."

Akhlak yang dihias indah dengan Islam, lebih indah dari bunga yang mekar.
Wallahu'alam.

Tangisan untukMu Ya Rabbi..



Rasulullah SAW telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang yang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti dan sangat beratlah timbangan kejahatannya dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad SAW telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah SWT, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepadaMu."

Akhirnya Allah SWT mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah SWT. Malaikat Jibril a.s mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahwa pada hari kiamat nanti akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat manusia menjadi takut lantas berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (iaitu merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah : 28)

Sebaik saja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya dan diterangkan dalam kitab tersebut bahwa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi saja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad SAW"

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril a.s. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah SAW pun bertanya kepada Jibril a.s. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah SWT. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allahu Rabbi.

Telah bersabda Rasulullah SAW, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepadaMu, sebelum tidak ditemunya air mata." 
Begitu cintanya Rasulullah SAW kepada umatnya sehingga mendoakan supaya kita semua terlepas dari azab api neraka.

Akan tetapi bagaimanakah dengan diri kita? Redhakah kita dengan segala ketentuan yang telah ditetapkanNya? 

Rasulullah SAW telah bersabda : ”Ada dua jenis titisan yang sangat-sangat dihargai Allah SWT. Titisan air mata kerana takutkanNya dan titisan darah yang ditumpahkan kerana berjuang dijalanNya.”

~ Menangislah.. menangislah.. menangislah.. ~

jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!



Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis zikir yang akan mengembalikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak semua apa yang kita inginkan akan terbukti, tidak semua yang kita mahu akan tercapai. Dan tidak mudah juga untuk disedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tidak perlu kita tangisi. Ramai orang tidak memahami bahawa hidup ini tidak hanya mempunyai satu hukum : harus berjaya, harus bahagia atau harus yang lain-lain.

Betapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa bahawa semuanya itu pemberian Allah SWT hingga membuat mereka sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Hakikat kegagalan adalah tidak terkait dengan apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, sama ada itu rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan dapat kita miliki. Meskipun ia nyaris menghampiri kita, meskipun kita bermati-matian mengusahakannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)

Demikian juga bagi yang sedang berkeinginan terhadap jodoh. Kadangkala kita tidak sedar ketentuan Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi ia sebenar-benarnya ketentuan Allah: Ada yang berdoa "yang pentingnya harus dia Ya Allah! Harus dia, kerana aku sangat mencintainya." Jadinya seakan-akan kita yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Boleh jadi Allah tidak menghulurkannya dengan kelembutan tapi melemparkannya dengan marah kerana niat kita yang terkotor.

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berpanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahawa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu, bila ada relevannya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang Mukmin tidak hidup untuk dunia tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya : hidup di akhirat kelak.

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Jika diberi pilihan...



jika diberi pilihan lima insan yang terpenting dalam hidup kita siapakah yang kita pilih.....? Pilihan sememangnya di atas tangan kita sendiri... cuma apa yang ingin dibicarakan di sini, fikir-fikirkanlah..

ada kebenaran kata2 dalam kisah ini:

Menjelang istirehat, sang pengajar mengajak mahasiswanya untuk melakukan suatu permainan. “Siapakah orang yang paling penting dalam kehidupan kalian ?” Pengajar pun meminta bantuan seorang mahasiswa maju ke depan kelas dan mulai melakukan permainan itu.

“Silakan tulis 20 nama yang paling dekat dengan kehidupan Anda saat ini”

Mahasiswa perempuan itu pun menuliskan 20 nama di papan tulis. Ada nama tetangga, teman sepejabat, saudara, orang-orang terkasih, teman sekampus dan lain-lainnya. Kemudian pengajar itu mempersilakan memilih, dengan mencoret satu nama yang dianggap tidak penting. Lalu mahasiswi itu mencoret satu nama, nama tetangganya.
Selanjutnya pengajar itu mempersilakan lagi mahasiswinya mencoret satu nama yang tersisa dan mahasiswi itu pun melakukannya, sekarang ia mencoret nama teman sekampusnya. Begitu seterusnya.

Sampai pada akhirnya di papan tulis hanya tersisa 3 nama. Nama orang tuanya, nama suami serta nama anaknya. Di dalam kelas tiba-tiba terasa begitu sunyi. Semua mahasiswa mengalihkan pandangan ke pengajar. Meneka-neka apa yang selanjutnya akan dikatakan oleh pengajar itu. Ataukah, selesai sudah tak ada lagi yang harus di pilih.

Namun di keheningan kelas sang pengajar berkata: “Coret satu lagi!”

Dengan perlahan dan agak ragu siswi itu mengambil penanya dan mencoret satu nama. Nama orang tuanya.

“Silakan coret satu lagi!”

Tampak mahasiswi itu larut dalam permainan ini. Ia gelisah. Ia mengangkat penanya tinggi-tinggi dan mencoret nama yang teratas dia tulis sebelumnya. Nama anaknya. Seketika itu pun pecah isak tangis di kelas.

Setelah suasana sedikit tenang, pengajar itu lalu bertanya:
“Orang terkasih Anda bukan orang tua dan anak Anda? Orang tua yang melahirkan dan membesarkan Anda. Anda yang melahirkan anak. Sedang suami bisa dicari lagi. Mengapa Anda memilih susuk suami sebagai orang yang paling penting dan sulit dipisahkan?”

Semua mata tertuju pada mahasiswi yang masih berada di depan kelas. Menunggu apa yang hendak dikatakannya. “Waktu akan berlalu, orang tua akan pergi meninggalkan saya. Anak pun demikian. Jika ia telah dewasa dan menikah, ia akan meninggalkan saya juga. Yang benar-benar bisa menemani saya dalam hidup ini hanyalah suami saya.”

Kehidupan itu bagaikan bawang bombay. Ketika di kupas selapis demi selapis, akan habis. Dan adakalanya membuat kita menangis.

Template by:

Free Blog Templates