Like Sampai Jari Patah

Saturday, 9 March 2013

Imam hanafi wafat 150h(tabiin)
Imam malik wafat 179h(tabiin)
Imam syafie wafat 204h(tabi' tabiin)
Imam ahmad wafat 241h(tabi' tabiin)

Definisi:-
Sahabat:pernah melihat nabi dan mati dalam keadaan beriman..
Tabi'in: pernah melihat sahabat dan mati dalam keadaan beriman..
Tabi' tabiin: pernah melihat tabi'in dan mati dalam keadaan beriman..

Mereka ini disebut sebagai 'salafus soleh': orang salaf(terdahulu) yang soleh
Zaman selepas itu disebut zaman khalaf...

kenapa gelaran hanya diberi sampai tabi' tabiin?

Kerana berdasarkan hadis nabi mhfumnya: 'kurun yang terbaik ialah kurunku(zaman nabi dan sahabat),kemudian selepas itu(zaman tabiin),kemudian selepas itu(zaman tabi' tabiin)'...

Nabi stop sampai situ,maka ulama pun stop bagi gelaran sampai tabi' tabiin sahaja...(untuk menandakan zaman keemasan/terbaik/suci islam berhenti pada zaman itu)

Dan imam 4 mazhab adalah ulama yang hidup dalam zaman jaminan rasulullah dan mereka bertangunggjawab menyusun semula ilmu feqah menjadi mazhab agar mudah umat pelajari dan amalkan ikut bab....jadi kerja imam mazhab bukannya bawa agama baru tapi CUMA MENYUSUN agama agar mudah diamalkan....

Contohnya,sistem sekolah pakai sistem BUKU TEKS,bayangkan sistem tu tak de?maka akan jadi sangat susah untuk pelajar faham ilmu,contohnya bila subjek sejarah,nak belajar tentang sejarah 'malayan union',tak da buku teks yang SIAP DISUSUN untuk rujukan maka guru terpaksa bawa semua pelajar ke perpustakaan untuk cari gali tentang sejarah 'malayan union'..maka berjam-jam masa habis macam tu je,tapi hasil?tak memuaskan...maka professor-professor sejarah ni lah yang amek tanggungjawab menggali sejarah dan susun dan ringkaskan menjadi SEBUAH BUKU TEKS untuk mudah dirujuk dan melancarkan sistem pembelajaran...

Begitulah imam-imam mazhab kita...mereka umpama professor-professor tadi yang memudahkan urusan umat selepasnya dengan menyusun masalah-masalah agama dalam 'mazhab'....

sebab itu harus hukumnya kita bertaqlid(ikut) buta kepada mereka kerana mereka berada di bawah jaminan rasulullah sebab berada dalam 'kurun yang terbaik'.......

Wahabi ni pelik,mereka haramkan kita bertaqlid buta pada imam-imam mazhab tapi mereka sendiri taqlid buta pada ulama wahabi/salafi/ghair muqallid seperti albani,bin baz,muhammad abd wahab,ibn taimiyyah yang SANGAT JAUH DARI ZAMAN NABI BAHKAN MEREKA HIDUP DI KURUN-KURUN AKHIR ZAMAN YANG NABI GAMBARKAN PENUH KEFASADAN(kerosakan),fitnah,tak boleh beza baik dan buruk dan macam-macam lagi keburukan...

Jadi nak tolak ulama mazhab yang datang dari zaman terbaik lalu bertaqlid pada ulama wahabi akhir zaman yang penuh fasad...

Atau nak tolak wahabi lalu bertaqlid pada imam muktabar zaman keemasan islam?

"Ada akai pakai......!" = angry bird version penang-uib-

Kesian umat hari ini yang anggap kemenangan hanya tertakluk kepada ukuran kecanggihan alatan perang semata-mata dan bila kita beri targhib kepada amalan soleh seperti solat berjemaah,amalan sunnah,tahajud,duha dan lain-lain,diketawakan kaw-kaw oleh para juhala(plural utk lafaz jahil)....

Sedangkan para sahabat nabi berusaha sepenuh hati mahu buktikan yang mereka menang dalam setiap peperangan kerana iman dan amal yang sahih kepada allah bukan pada kecanggihan alatan perang dan jumlah tentera...sungguh ramai yang masih buta sejarah.....
Ada sahabat nabi yang sangat miskin,langsung tak ada kelengkapan perang tapi iman dan amalnya betul,lalu ranting pokok dipatahkannya untuk dijadikan senjata dan ranting itu berubah menjadi pedang yang sangat kuat.....
Ini bukan cerita scooby do bi do(ayat ustaz wahabi) tapi ni cerita sungguh2.....

Rujuk kisah perang salahudin ayubi bagaimana beliau ziarahi khemah2 tenteranya untuk melihat amalan2 mereka,bgtu juga sultan muhammad alfatih...
Umat islam yg buta sejarah hanya melihat kepada kejayaan umat terdahulu tanpa melihat apa usaha yang wujud dibelakang kejayaan tu...

Bagi yang allah bg faham kpd tulisan ini,moga allah ubah kefahaman itu kpd tindakan...

Apa kalian tahu beza mujahidin afghan dgn rakyat arab palestin?
Kenapa palestin begitu hebat diseksa,dibunuh,dikecam dan tak menang-menang sedangkan tidak mungkin kalah mujahid yang berjuang di jalan allah atas niat naikkan kalimah allah?
Kenapa pula perang di afghan pakistan tidak begitu banyak gambar penyeksaan dan pembunuhan sedangkan di sana negara yang lebih daif dan lebih tiada kelengkapan perang?
Apa amalan orang palestin dan apa amalan orang afghan-pakistan?
Apa iman dan akidah orang palestin dan akidah orang afghan-pakistan?
Kenapa palestin dibunuh sewenang-wenangnya tapi mujahidin afghan-pakistan digeruni eropah dan tak pernah menang lawan mereka?
Kenapa palestin berperang tak menang-menang sedangkan israel kecik je tapi mujahidin afghan lawan empayar russia yang besar gile boleh menang tanpa kelengkapan perang?
Apa usaha yang dijalankan dikalangan rakyat palestin dan apa usaha yang dijalankan dikalangan rakyat afghan-pakistan?
Kedua-dua golongan ini telah aku temui dan bersama mereka berkali-kali sampai aku cukup masak dengan perangai dan keadaan dua pihak pejuang ini...
Aku cukup masak dan faham apa amalan mereka,mazhab fiqh mereka,mazhab akidah mereka dan mazhab tasawwuf mereka...
Dan aku cukup faham kenapa sampai sekarang pertolongan allah belum sampai kepada rakyat palestin tapi pertolongan allah datang dengan cepat di afghan-pakistan...
Dan aku cukup faham kenapa gambar-gambar kejam rakyat palestin disebarkan media yahudi tapi tiada gambar pembunuhan di afghan kerana mereka kalah teruk disana dan tak menang-menang...
Jika aku berbicara apa sebabnya,maka ramai ahli islam sekular,islam liberal,islam qodiriah,islam 'semangat lebih' akan menentang ku dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapku...
Ramai juga yang akan terus mencela dan mencela kononnya hatiku tiada sensitiviti kepada nasib rakyat palestin...

Sedangkan mereka tak pernah tahu apa usaha kami disini..
Apa yang kami tunggu disini..
Apa yang kami lakukan disini..
Apa yang sedang digerakkan dari sini...
Jauh beza dengan ahli keyboard warrior di fb yang cuma lepak depan laptop dan siang malam maki hamun yahudi dan mencela golongan seperti aku tanpa lakukan apa-apa tindakan realiti yang membantu...
Takat sharing2,maki2,cela2,kutuk2 lalu merasa diri 'telah melakukan sesuatu' utk palestin maka itu adalah perkara yang perlu diketawakan sekuat-kuatnya....

Seandainya kalam ini difahami.......

dalam sebuah hadis di dalam kitab 'hayatus sohabah' tulisan Hadraji Maulana Yusuf rah.,ada menceritakan utusan dari parsi datang bertemu nabi saw,dalam agama majusi(agama orang parsi) mereka diarahkan agar lebatkan misai dan licinkan janggut,bila utusan tu datang jumpa nabi saw,nabi sangat marah dan palingkan mukanya dan bersabda mafhumnya, "celaka kamu,kenapa kamu lakukan muka-muka kamu seperti ini?(janggut licin dan misai lebat)" ,lalu utusan parsi tu jawab,"tuhan(raja parsi)kami yang arahkan kami lakukan seperti ini." (adat majusi ketika itu memanggil raja sebagai tuhan) lalu nabi menjawab, "tuhan aku pula arahkan agar nipiskan misai dan lebatkan janggut..."

Kepada para "lelaki" sekalian.....kalau korang tak nak jadi bapuk,simpanlah janggut kalian walaupun sikit,dan paling afdhal ialah segenggam berdasarkan hadis-hadis...daku bukan bercerita tentang hukum,tapi daku bercerita tentang cinta...jika kalian cintakan rasulullah,maka kalian akan simpan janggut tak kira ia sunat atau wajib...bayangkan orang majusi yang kafir pun nabi sound dan palingkan wajah sebab tak simpan janggut,apa harapan lelaki-lelaki dagu licin dikalangan muslim di akhirat nanti?bayangkan korang datang jumpa nabi kat mahsyar tapi nabi palingkan wajah dari kalian sebab kalian tak de janggut....kemusnahan apa yang lebih besar daripada berpalingny wajah mulia baginda dari kita di mahsyar nanti?????

Note: harap tak ada orang komen,'kalau janggut tak tumbuh macam mana?'...kalau dah tak tumbuh pegi lah kedai gunting rambut,kutip rambut2 kat kedai tu dan tampal kat dagu korang..haa pueh hati?apa laaa susah sangat nak faham,dalam syariat benda yang tidak mampu itu tidak ditaklifkan ke atas nya untuk dilakukan,contohnya orang tanya 'macam mana orang kudung kaki nak solat?kan berdiri dalam solat tu wajib?'...haa soalan ni samalah macam tadi tentang janggut....kalau dah takde kaki,solat la duduk,kalau dah tak tumbuh janggut,duk diam-diam suda....-uibo-

Seorang lelaki kaya sakit teruk dan tiada harapan sembuh...lalu dengan rendah hati dia berdoa..

"Oh allah,hanya engkau yang dapat selamatkan aku,hanya engkau ya allah...sembuhkan lah aku ya allah..tolong..please..."

Lalu Allah datangkan seorang doktor pakar yang tawarkan service yang kononnya mampu mengubat penyakit itu tapi bayarannya mahal..
Lelaki tadi sangat gembira dan sanggup bayar berapa sahaja...kemudian dia pun sembuh..lalu dia berkata kepada kawan-kawannya..

"Kalau kau nak tau..doktor ni lah yang sembuhkan aku,hebat betul skill dia,doktor-doktor lain semua cakap aku dah tak ada harapan,tapi doktor tadi boleh sembuhkan juga...fuh..tabik spring la..."

Note: perkara ini berlaku setiap hari setiap masa dan kita anggap biasa..setiap hari allah dicari bila susah,lalu dibuang bila senang...jadi kenapa salahkan allah kalau kita kena panggang dalam neraka kerana kebodohan kita sendiri?????

Korang cuba bayangkan ada seorang miskin datang kepada korang mintak sedekah,korang ada terlampau banyak harta lalu bagi kat dia sejuta ringgit..lepas tu orang miskin tu ambil dan pergi macam tu je..tak terima kasih pun..apa perasaan korang?marah ke?kalau korang marah,korang sedar tak yang itulah yang korang lakukan pada allah tiap hari?apa korang je layak mendapat pujian dan penghargaan tapi tidak allah?
Lalu kita merintih kenapa umat hari ini semakin celaka dan rosak.....semuanya sebab kita!sebab akidah kita yang rosak!sebab amalan kita yang rosak!

P/s: fikir seribu kali dengan akidah rosak macam ni boleh ke kita dapat syahid kalau pergi perang di palestin?kalau kena bunuh ngan yahudi silap2 mati katak bukannya mati syahid,sebab iman salah pada allah...

kisah uib 2

Hari ni kita benci sungguh-sungguh kat orang kafir tapi hampir seluruh kehidupan kita hidup seperti orang kafir,sedangkan para sahabat Rasulullah pulak sayannggggg orang kafir (sebab tu diorang dakwah masuk islam supaya tak mati masuk neraka) tapi satu cara hidup orang kafir pun mereka tak ikut...
Para nabi dan sahabat berusaha bersungguh-sungguh agar tidak musyabbih(menyerupai) dengan orang kafir,orang kafir menyimpan misai mereka dan cukur janggut mereka(macam abangi-abang polis kita) lalu nabi arahkan semua umat islam agar nipiskan misai dan simpan janggut segenggam...bila nabi lihat orang-orang yahudi pakai kopiah,maka nabi arahkan semua islam agar pakai kain atas kopiah(serban) untuk bezakan uma islam dan kafir..(Zaman sekarang pulak ada mangkuk2 ayun cakap serban tu cuma adat orang arab,orang bodoh cakap macam tu apa aku peduli,tapi 'ustaz' yang sebut,confirm nabi kecewa gila dengan 'ustaz-ustaz' macam tu),ketika orang kafir puasa hari asyura(10 muharam) maka nabi arahkan umat islam puasa pada 9 dan 10 muharam atau 10 dan 11 muharam agar tak menyeupai orang kafir,dan baaaanyak lagi perintah-perintah nabi agar tidak menyerupai kafir hinggakan nabi bersabda:

"Barangsiapa yang meniru-niru sesuatu kaum,maka dia akan digolongkan dalam golongan itu.."

Note: mari berubah,mari ubah seluruh kehidupan kita dari hidup seperti yahudi nasrani kepada hidup seperti rasulullah,mari kita ubah gaya berjalan,gaya bercakap,pakaian,amalan,kefahaman dan seluruhnya seperti nabi kita......

Allahumma soli a'la muhammad...

(Ada orang cakap pakai jubah serban ni semua bukan ibadat tapi adat,sedangkan ia ibadat kerana ia perintah nabi agar tidak menyerupai kafirin dan sebagai trademark orang islam,kalau dah malu nak pakai jubah serban,duduk diam2 sudahlah,jangan lah nak hina2 pakaian rasulullah......)

jauh beza kefahaman umat ini terhadap agama dengan kefahaman umat dulu..-uibo-

kata2 wahabi,salafi

Cuba fikir,mereka(wahabi,salafi) kata..

"kami tak ikut imam-imam,tak ikut mazhab tapi ikut quran dan hadis..!"

....ok...fine...cuba tengok....

Quran ni allah jamin akn terjaga dan sahih sampai kiamat...

Tapi hadis?tak ada jaminan dari allah atau rasul yang ianya terjaga sampai kiamat,so betul ke hadis yg kita kata 'sahih' selama ni benar-benar sahih?
Memang!hadis dari imam bukhari dan muslim itu 100% sahih,tapi boleh atau tak seseorang itu confirmkan yang karya mereka yang ada pada masa ini adalah copy asal?tidak diciplak?tidak diubahsuai?imam bukhari cakap sendiri ke depan mata kalian?

Di status yang lepas ada saya ceritakan tentang seorang wahabi yg diberi sebuah hadis palsu tapi dihujungnya diletakkan (HR bukhari,muslim) dia terus meroyan katanya tu hadis sahih!!!

Jadi tak ada satu makhluk pun yang mampu confirmkan karya bukhari muslim itu benar-benar sahih dari imam bukhari dan muslim,mungkin saja ia diubahsuai pada zaman mongol?zaman kejatuhan islam?mungkin saja diubah suai ketika perang dunia kedua?

Sehebat-hebat INJIL yang literally WAHYU TERUS dari allah pun telah diubah dan membentuk agama baru menjadi kristian..maka apa jaminan hadis itu sahih sesahihnya hingga kita menolak mazhab yang diamalkan zaman berzaman?

Apakah imam syafie,imam hanafi dan lain-lain berhukum menggunakan buku novel?buku dragon ball?buku naruto?atau mereka menggunakan QURAN DAN HADIS???
Jadi HADIS MANA YANG LEBIH SAHIH?

Hadis ketika zaman imam-imam mazhab YANG LEBIH DEKAT DENGAN ZAMAN NABI HINGGA KEMUNGKINAN PENIPUAN HADIS ITU KURANG ATAU HADIS YANG WUJUD PADA ZAMAN SEKARANG SELEPAS BERABAD-ABAD JAUH DARI ZAMAN NABI?

Bahkan zaman 4 imam mazhab tu ialah ZAMAN TABI'IN DAN ZAMAN TABI' TABI'IN YANG DISEBUT NABI SEBAGAI ''KURUN YANG TERBAIK...'' BERMAKNA KETIKA ITU ISLAM MASIH BERADA DALAM BENTUK YANG ASLI SE ASLINYA...SEBAB ITU IMAM-IMAM YANG DATANG SELEPAS ITU WALAUPUN SANGAT HEBAT SEPERTI IMAM TIRMIZI,IMAM ABU DAUD,IMAM NAWAWI,IMAM GHAZALI,IMAM IBN HAJAR,IMAM SUYUTHI DAN BANYAK LAGI IMAM,MEREKA TIDAK PERNAH SEKALI-KALI BUAT MAZHAB BARU BAHKAN MEREKA MENGIKUTI 4 MAZHAB YANG SEDIA ADA...MAKA APAKAH HAK KITA YANG BODOH DAN JAHIL INI UNTUK TIDAK MENGIKUTI MAZHAB??????

Bodoh kuasa 13 ni......

Jadi siapa yang bodoh sekarang?imam-imam mazhab atau wahabi?

Harus difahami,semua nama sanad dan perawi tu CUMA TULISAN yg sapa-sapa pon boleh tulis dan dakwa ia dari imam ni,dari imam tu...mudah kan?
Tak kan sepandai-pandai yahudi diorang tak boleh fikir kerja camtu?kan yahudi berusaha keras nak hancurkan islam?

Tapi jangan salah faham,saya bukan anti-hadis atau tuduh hadis-hadis tu semua tak sahih,tapi saya cuma nak kita fikir, adakah ia betul-betul sahih?hingga kita menolak imam-imam besar seperti imam syafie,imam hanafi dan lain-lain atas alasan...

'perkataan sapa-sapa pun walaupun imam besar boleh ditolak kcuali perkataan nabi saw'....

Boleh saja hadis sahih tu dipalsukan untuk sengaja bagi bercanggah dengan imam-imam?apa imam-imam tu jahil sangat ke tak nak ikut quran hadis?kalau mereka tak ikut quran hadis,mereka tak layak jadi imam,kalau mereka tak layak jadi imam,kenapa jutaan ulama dan imam muktabar dalam islam ikut mereka??????

Akal jangan letak kat lutut...

Cuba kita fkir lagi...semua bukti sahih itu hanya dalam kertas...

Jadi macam mana nak tau pengamalan yang sahih??

Tentu saja ulama feqah 4 mazhab ni lah yang perlu kita ikut sebab sanad(rantai) amalan mereka sampai kepada rasulullah bukan melalui kertas tapi melalui pengamalan jutaan manusia sejak zaman mereka!

Bezakan sanad hadis: atas kertas...
Sanad feqah: amalan jutaan manusia...

Bukti sanad bila atas kertas, kita senang giler nak hapuskan,hanya dengan ubah perkataan tu maka semua sanad sahih jadi maudhu'....orang kafir telah bunuh jutaan muhaddis yang menghafal hadis-hadis sahih sampai nabi,seperti kes di russia dulu,maka tak mustahil selepas ulama benar dibunuh,dunia dipenuhi orang jahil dan tak mustahil mereka boleh mereka-reka hadis lalu meletakkan nama imam bukhari,imam muslim,imam ibnu hajar dan sebagainya????

Tapi kalau bukti dari amalan jutaan manusia,maka susah sangat nak ubah atau rosakkan bukti itu kecuali kita kena bunuh jutaan mnusia tu...sebab mereka akan ajar anak cucu mereka,pakcik,makcik,tok nenek mereka perkara yang sama.....
Sebab tu lah sanad feqah(amalan dalam 4 mazhab) adalah sanad yang paling diyakini kesahihannya berbanding sanad hadis yang memang ia sahih tapi bila ia datang pada zaman kita,kita tak boleh confirmkn ia benar-benar sahih dari imam bukhari atau tak...

Contohnya,saya bekerja di syarikat penerbitan kitab,saya ditugaskan untuk taip semula kitab hadis sahih bukhari.....kemudian saya khianat dengan mengubah lafaz2 hadis tu...siapa yg tahu??

Kemudian kitab tu disebarkn ke seluruh dunia,pastu wahabi-wahabi meroyan hadis ini sahih!imam syafie salah!sebab imam syafie tu manusia biasa!hadis pulak dari nabi!

Sedangkan ia telah pun diubah sebab saya yang edit....

Haaa...kantoi.......

Atas sebab itu nabi saw bersabda bahawa 2 perkara jika kalian pegang maka tak akan sesat selamanya,iaitu QURAN dan SUNNAH....

Nabi tak sebut pun quran dan hadis?tapi menyebut quran dan 'sunnah'....sebab nabi dah tahu,akhir zaman nanti orang akan tinggalkan sunnah atas alasan 'kami ikut hadis!'dan nabi tahu yang kekal sahih pada akhir zaman ialah sunnah sedangkan hadis pulak banyak dipalsukan....

Contoh paling mudah,sekarang muncul wahabi,salafi yang mendakwa "serban dan jubah bukan sunnah nabi tapi cuma adat sebab dalam hadis tidak menyatakan ia sebagai satu bentuk ibadat kalau diamalkan"...

Sedangkan jubah dan serban ini telah diamalkan jutaan manusia,sahabat nabi,tabiin,ulama,imam muktabar(kecuali 'ulama' moden) maka pemakaian itu jelas adalah 'sebuah ibadat'..kalau tak kenapa mereka nak pakai kalau tak da fadhilat?sebab tulisan boleh menipu,tapi amalan jutaan manusia tak boleh menipu.....

Jadilah 'ahli sunnah wal jamaah' bukannya 'ahli hadis'...

Atas alasan itulah wajib bagi kita mengikuti salah satu dari 4 mazhab kerana kita tak ada pilihan yang lain.................
Kalau nak ikut hadis bukhari sebagai amalan feqah kita,imam bukhari pulak dah takde untuk sahihkan betul ke kitab bukhari zaman ni sama dengan kitab yang beliau tulis pada zamannya?yang ada cuma AMALAN-AMALAN nabi,yang ditiru 124,000 sahabat,kemudian ditiru jutaan tabiin,kemudian ditiru jutaan tabi' tabiin dan mereka MENYUSUN ILMU FEQAH tu untuk mudah difahami hingga bentuk 4 mazhab,kemudian ditiru jutaan muslim selepasnya sampai sekarang.....

Pendek kata,aku nak tekankan tentang kepentingan kita bertaqlid pada mazhab yang 4 kerana mereka diikuti MAJORITI MUSLIM DAN ULAMA sejak berabad-abad lamanya dan nabi bersabda mafhumnya: 'umatku tidak akan bersepakat dalam kebatilan'....

Kalau 4 mazhab ni batil,tentu-tentu lah allah tak kan biarkan mereka menjadi MAJORITI ANUTAN UMAT NABI SAW DARI ZAMAN SELEPAS TABI' TABIIN HINGGA SEKARANG???

Template by:

Free Blog Templates