Like Sampai Jari Patah

Sunday, 23 June 2013

Berapa ramai lagi manusia yang mengaku islam tapi hinakan masjid setaraf dengan tandas kerana masuk masjid/surau dengan KAKI KIRI?

Kalau masih ada..maka berubahlah...

Masjid tu tempat yang sgt mulia..nabi ajarkan kita kalau nak masuk masjid,masuk dgn kaki kanan dan keluar dgn kaki kiri..kalau nak masuk tandas pulak,masuk dgn kaki kiri,keluar dgn kaki kanan...itu adab..sunnah nabi...nampak kecik...tapi besar disisi allah...

Tolong jgn dok mintak hadis lah apa la...dengar dan taat je apa nabi kata,apa sahabat buat,apa imam2 buat,apa ulama2 buat...mreka tulis dlm kitab mreka mcm tu,maka jgn pertikai lg...sedar lah sikit yg kita tu jahil bertingkat2...


~kredit to uibo~

Isu kirim salam lagi...

Kalau perempuan kirim salam kat laki dan penyampainya perempuan macam mana ustad?kalau laki penyampainya dan penerima nya perempuan plak mcm mna?kalau lelaki kirim,pmpuan trima tp penyampai pondan mcm mana nak jwab ustad?

=.="

Adoih....mcm ni...korang kalau tak tahu bahasa arab...boleh je pakai utk semua org lafaz " wa'alaika wa'alaihissalam "
...tak payah pening2 fikir..

Tapi kepada yg suka kan cabaran dan suka bg sakit kepala otak,boleh lah bca jadual ni dan fahami serta hafal perbezaan sighah mu'annas dan muzakkar dlm bhsa arab utk menjawab salam yg dikirim berdasarkan jantina..

Kalau posmen tu wanita dan pengirimnya wanita - JAWAPAN salam ialah: 'Alaiki wa 'alaihassalam.
Kalau posmen tu wanita dan pengirimnya lelaki - JAWAPAN salam ialah: 'Alaiki wa 'alaihissalam.
Kalau posmen lelaki dan pengirimnya lelaki - JAWAPAN salam ialah: 'Alaika wa 'alaihissalam.
Kalau posmen lelaki dan pengirimnya wanita - Jawapan salam ialah: 'Alaika wa 'alaihassalam

Utk lelaki: 'ka' dan 'hi'
Utk wanita: 'ki' dan 'ha'
Utk ramai lelaki: 'kum' dan 'him'
Utk ramai wanita: 'kunna' dan 'hinna'

Note: utk pondan TAK DAK! Shooo!shoo! Pondan gi main jauh2...


~kredit to uibo~

Islam umpama durian...

Dari jauh nampak duri yang menyakitkan...

Sungguh menyakitkan...

Akan melukakan..
Nampak sangat kejam...
Sangat zalim memenjarakan manusia...

Bila didekati pula nampak lebih menyeramkan..
Tertusuk bau yang amat busuk...
Sangat menggelikan..
Terfikir 'siapalah yang bodoh sgt nak kan bnda ni?'...

Tapi bila dikupas...dimakan isinya...

Ya allah...nikmatnya.... T_T
Indahnya...
Sedapnya...
Enaknya....

Begitulah perspektif orang yang jauh dari agama dan orang kafir yang membenci islam...
Mereka melihat islam dari jauh dan membencinya..
Tanpa mereka rasa betapa nikmatnya isinya....

Sehebat2 gengster,seteruk2 penzina,sejahil2 manusia,seganas2 pembunuh perogol pencabul perompak peragut...

Bila mereka makan 'isi buah' islam....
Mereka akan menangis bertaubat dan berubah seluruh kehidupan mereka....
Sepertimana para sahabat nabi yang dulunya seteruk2 manusia..
Tapi lepas islam datang mereka lah semulia2 manusia...

Siapa sangka kepala aku yang rambut tercacak2 mcm landak dulu kini diikat mahkota kemuliaan nabi muhammad saw yakni serban?

"bersangka baiklah pada allah.....jangan putus asa dengan rahmat allah....."


~kredit to uibo~

Wahai sekalian muslimah,kekasih rasulullah....

Islam tak pernah haramkan kalian berhias,berfesyen..

Tapi islam haramkan ia dipamerkan kpd lelaki bkn mahram..

Islam tak pernah haramkan pakai myk wangi kuat2...
Tapi islam haramkan ia dipakai utk lelaki bukan mahram cium baunya...

Islam tak pernah haramkan make up tebal2...
Tapi islam haramkan muka cantik menggoda tu dipamerkan kpd lelaki bkn mahram..

Islam tak pernah haramkan wanita bermusafir jauh...
Tapi islam haramkan ia dilakukan tanpa mahram...

Islam tak pernah haramkan bercinta dan percintaan...
Tapi islam haramkan bercinta dgn bkn mahram...

Islam tak pernah sekat apa2 kebebasan wanita..
Tapi islam cuma menjaga maruah wanita dengan memisahkan mereka dari lelaki bukan mahram..

Kerana apa?

Kerana muslimah sgt berharga..
Mereka umpama mutiara..
Yang disimpan rapi dalam tiram yang bercahaya..

Kerana apa lagi?

Kerana islam membezakan manusia dan haiwan...
Yang memisahkan lelaki dan perempuan...
Agar maruah mereka kekal terjaga penuh kesopanan...

Original from ibnu batoota~penuhkan dunia dengan bidadari...

kenapa seorang bidadari itu digelar bidadari?

kerana kata nabi mereka itu wanita2 terpelihara yang allah cipta utk penghuni syurga..

mereka terjaga tak pernah keluar dari syurga..

mereka tak pernah dilihat dan disentuh jin atau manusia..
mereka menunggu bakal suami mereka dengan penuh cinta..
kecantikan,keayuan,kelembutan mereka tidak terkata..
tiap hari mereka lirikkan puisi rindu utk yang tercinta...

itu lah yang kita gelar bidadari syurga....

lalu bagaimana seorang wanita dunia itu layak digelar bidadari dunia?
mereka mendapat kemuliaan itu dgn menjadikan ciri2 bidadari itu sbg ciri2 mereka..
mereka menjaga diri mereka dari dilihat mata...
mereka cinta pada yang esa..
mereka diam di rumah tanpa berita..
seperti bidadari yg tak pernah keluar dari syurga...
kerana luar rumah itu neraka,
penuh dengan buaya menunggu mangsa,
mereka menyimpan diri mereka hanya utk yang halal dicinta..
sama seperti bidadari syurga yang menunggu lelaki ahli syurga...
mereka tidak berhias melainkn kepada imam mereka...
mereka melunakkan suara hanya pada suami mereka...

jadi seseorang itu hanya layak digelar bidadari dunia apabila ciri2 mereka sama seperti ciri2 bidaari syurga...
menjaga diri hanya utk yang halal buat mereka...
bukan mempamerkan diri menggoda2 seperti ahli neraka...

dan itu semua jika kalian lakukan....kalian akan menjadi bidadari dunia dan bakal menjadi ketua bidadari di syurga dan dicemburui semua bidadari syurga yang lain....

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

~penuhkan dunia dengan bidadari~

note: tadi bidadari ku bg sms yang dia dah habis 10juz kedua..insyallah esok dia nak usahakan khatam quran..jadi dia khatam quran hanya dalam masa 3 hari(sehari 10 juz).... :)


~kredit to uibo~

Asif tnya lagi.

Kalao sekarang la di institusi2 pengajian khususnya,akan ada satu organisasi pelajar yg akan mnguruskan hal2 ceramah,program dakwah & kerohanian utk student.n mostly AJK adalah cmpur ikhwah & akhawat.& bila nk wt xtvti logiknya akan ada la meeting antra AJK.soaln sy,pada ustaz meeting tu sebolehnya kna diletakkan hijab antra AJK muslimin & muslimat @ perbincangan scra face to face dikira ok/kperluan?

jawapan UIB Al-angry birdy:

saya harap jawapan sy diberi perhatian dan diamalkan segera...
yg pertama kita kna sedar,siapa kita,mana tahap iman kita,dan siapa kita di pndangan allah....

yang kedua kita kna sedar siapa sahabat2 nabi,istri2 nabi dan tahap iman mereka serta siapa mreka di pandangan allah..

dalam hadis jelas mnceritakan bhwa selepas kewafatan rasulullah,ramai sahabat2 nabi berkumpul di rumah nabi utk mempelajari HADIS daripada AISYA ISTERI KESAYANGAN NABI...dan ketika itu aisyah r.ha berada DI SEBALIK TABIR dan mengajar dari situ....

jika sehebat2 manusia berkumpul utk membincangkan/mempelajari sepenting2 ilmu(hadis2 nabi yang hanya aisyah je tahu sbb berlaku dlm rumah nabi,dan kalau aishah rha tak ajar hadis tu maka sebahagian besar hadis hukum agama lenyap) pun BERBINCANG DI SEBALIK TABIR...

MAKA SIAPA KITA UNTUK LANGGAR HUKUM ALLAH TIDAK MAHU BERTABIR LAKI DAN PEREMPUAN?

APAKAH HATI KITA LEBIH SUCI DARI HATI SAHABAT NABI DAN ISTERINYA?

jadi saya syorkan usrah,daurah,mesyuarat AJK ke apa ke,buat kt surau yang ada tabir,pmpuan duk tmpat pmpuan,laki duk tempat laki dan dipisahkan dgn tabir...

baru layak mengaku "saya sedang memperjuangkan islam dengan CARA NABI SAYA DAN SAHABATNYA"

~kredit to uibo~

kepada para bidadari dan bakal bidadari....

saya bukan berfatwa itu ini haram...tapi saya mengajar muslimah menjadi bidadari..yg simpan segala kecantikan hanya untuk suami... :)

nak pakai baju manik-manik,cantik-cantik,berkilat-kilat,BOLEH,tapi pakai la depan suami sendiri bukan depan suami orang...

kalau nak keluar rumah,FATWA mmg kata boleh selagi tabaruj tu tak timbulkan fitnah(timbulkan keinginan pada hati lelaki bukan mahram),tapi sekarang ni kita bukan nak jadi manusia fatwa je...kita nk jd mnusia TAKWA....
sebab itu syurga tu ada 8 tingkat,kalau hanya ikut FATWA,kita cuma SELAMAT DARI NERAKA je dan berada di syurga terendah....

tapi kalau kita amal LEBIH dan ikut TAKWA,maka kita akan ditempatkan ke syurga yang lebih tinggi...lagi kita simpan diri kita,lagi tinggi syurga kita,lagi kurang kita keluar rumah tanpa sebab,lagi tinggi syurga kita,lagi kurang kita berhias untuk suami orang,lagi tinggi syurga kita.....

sebagai contoh mudah...

macam lelaki,memang la FATWA kata aurat mereka pusat smpai lutut je,
kita tak nafi HALAL untuk laki pegi supermarket,pergi masjid,pergi bandar tak pakai baju dan pakai seluar pendek je....
fatwa tu kita tak nafi....
tapi TAKWA nya mcm mna?
kalau nk ikut takwa,kena lah pakai jubah,serban,kain ridha seperti nabi saw.... :)
kan?lagi banyak amal sunnah nabi,lagi dekat lah dengan nabi di syurga kan?

maka janganlah nak geram dengan status saya dan tuduh saya suka buat fatwa tanpa ilmu tentang wanita...
nak letak gambar dalam facebook?silakan
nak pakai baju kelip-kelip depan laki ajnabi?silakan
nak tunjuk muka pada laki ajnabi?silakan

itu memang difatwakan harus...

tapi malangnya anda tak layak digelar sebagai BIDADARI.......


~kredit to uibo~

Template by:

Free Blog Templates