Like Sampai Jari Patah

Wednesday, 11 September 2013

FADHILAH TA`LIM DAN ADAB-ADABNYA

Ta`lim wata`lum artinya belajar dan mengajar.
Maksud dan tujuannya :
1. Untuk memasukkan nur kalamullah dan nur sabda Rasulullah saw kedalam hati kita
2. Untuk menghidupkan sunnah Rasulullah saw
3. Untuk mencari Ridha allah swt
4. Untuk mengerti nilai-nilai amal
5. Menghubungkan antara ilmu dan amal
6. Untuk mengingat kembali perintah allah swt dan larangan-Nya
7. Untuk menggairahkan kita dalam beramal
8. Mendapatkan berkah majlis
9. Merupakan taman-taman surga di dunia.

Fadhilahnya :
Barangsiapa yang duduk dalam majlis ta`lim, maka Allah swt akn berikan :
1. Diberikan sakinah / ketenangan jiwa
2. Dicucuri rahmat
3. Dikerumuni para malaikat mulai dari permukaan bumi hingga kelangit Allah swt
4. Malaikat yang hadir akan memintakan ampun kepada Allah swt untuk orang yang hadir di majlis ta`lim.
5. Orang yang mamudahkan langkahnya ke majlis ilmu, maka Allah akan mudahkan langkahnya ke surga.
6. Semua benda-benda yang hidup dan yang mati yang dilewati orang menuju majlis ilmu akan memintakan ampun untuknya kepada Allah swt.
7. Orang yang duduk di majlis ta`lim serta orang tuanya akan dibangga-banggakan Allah swt dihadapan majlis para malaikat
8. Membaca 1 ayat Al-Qur`an di dalam ta`lim maka lebih baik daripada 100 rakaat shalat sunnat.
9. Membaca / mempelajari satu bab ilmu lebih baik daripada 1000 rakaat shalat sunat.
10. Diam sebentar didalam ta`lim sama dengan menghantar 1000 jenazah dan menjenguk 1000 orang sakit.


Adab – Adab Ta`lim :

Adab Lahir :

*Diawali dengan shalawat 3 X
* Duduk dalam keadaan berwudhu
* Duduk menghadap kiblat
* Duduk rapat-rapat
* Duduk tahyat awal / iftarasy
* Tidak ada yang berbicara
* Tidak ada yang bertanya
* Tidak sambil tasbih / wiridan
* Tidak ada yang berdiri sebelum majlis selesai
* Bila disebut nama Allah dijawab azza wa jalla / swt / tabaraka wata`aala
* Bila disebut nama nabi muhammad saw dijawab dengan saw / allahumma shalli `ala Muhammad atau sejenis shalawat yang panjang dari itu
* Bila disebut nama nabi-nabi yang lain dan para malaikat dijawab dengan `alaihissalam
* Bila disebut nama sahabat dijawab dengan radhiallahu `anhum
* Bila disebut nama sahabiyah dijawab dengan radhiallahu `anha
* Bila disebut nama orang-orang shaleh dijawab dengan rahmatullahi`alaihi
* Bila disebut nama orang-orang yang telah dilaknat oleh Allah dijawab dengan laknatullahi `alaih.

Adab Bathin :

*Takzhim wal iktiram, mengagungkan dan memuliakan
* Tasdiq wal yakin, membenarkan dan meyakini
* Ta`atsur bil qalbi, berkesan didalam hati
* Niatul `amal wa tabligh, niat mengamalkan dan menyampaikan

Ta`lim terbagi atas :

1. Halaqah Qur`an
2. Ta`lim kitabi
3. Enam sifat sahabat.

Tuesday, 10 September 2013

Bahasa Arab

Jom belajar bahasa arab

Oh My Arab...

1. Salam ukhwah fillah - salam persahabatan kerana Allah.
2. Ukhti - kakak atau saudara perempuan.
3. Akhi - abang atau saudara lelaki.
4. Zauj - suami.
5. Zaujah - isteri.
6. Assif jiiddan - i'm really sorry.
7. syukran-afwan - terima kasih - sama-sama.
8. Ukhuwwah Fillah Abadan Abada - persaudaraan kerana Allah selama-lamanya.
9. fa'iza 'azamta fatawakkal'alallah - setelah kamu berazam maka bertawakkal lah.
10. iinni akhafullah - sesungguhnya aku takutkan Allah.
11. mafi qalbi ghairullah - tiada apa di dlam hati selain Allah.
12. Lau samahta - excuse me.
13. Naltaqi ghadan - kita jumpa lagi esok.
14. Ilalliqa' - Moga bertemu lagi.
15. Syafaakallah - Moga Allah menyembuhkan awak – lelaki )
16. Syafaakillah -Moga Allah menyembuhkan awak – perempuan)
17. taffadhol - silakan.
18. la aadri - saya tak tahu.
19. ma fi musykilah - tiada masalah.
20. Bitaufiq wannajah - semoga mencapai kejayaan.
21. Jazakallahu khairan kathira - Semoga Allah memberi/menambah kebaikan yang banyak kepadamu.
22. Wa iyyaka - dan ke atas kamu juga (jawapan utk jazakallahu khairan kathira)@Allahukhairujaza' - Allah adalah sebaik-baik pemberi.
23. fahimtum - adakah anda faham.?
24. fahimna - kami telah faham.
25. sobahalkhair - selamat pagi.
26. ijtahid wala taksal - bersunggguh-sungguh dan janganlah kamu malas.
27. La Tahzan Innallaha Maana - Janganlah bersedih , sesungguhnya Allah bersamamu.
28. Kafaa bilmauti waa-'izhan - cukuplah kematian itu menjadi peringatan.
29. Bi idznillah , Inshaallah kull khayr ! Ameen , Barakallahu fiek - dengan izin Allah , InsyaAllah semuanya baik.! Aamiin , semoga Allah merahmati kamu.
30. masa ul khair - selamat petang.
31. Tushibu 'alal khair - selamat malam.
32. Na'am - Ya.
33. yallah yallah bisura'h - mari-mari cepat (lekas2).
34. ismahli ya ustaz/ustazah,uridu an azhaba ilal dauratul miah ?-tumpang tanya wahai ustaz/ustazah , bolehkah saya ingin ke bilik air.?
35. sannah helwah - happy birthday.
36. ana aidon - saya juga.
37. Maas salamah - Selamat tinggal.
38. alaa khoirin wa afiyyah - dalam keadaan baik dan sihat.
39. nin sain ? - kamu ada dimana.?
40. ayyuhidma alaik - apa yang boleh saya bantu.
41. Barakallahu fik - Semoga Allah memberkati kamu.
42. Dai'e - pendakwah.
43. Allah ghoyatuna - Allah tujuan kami.
44. Ar-Rasul qudwatuna - Rasul teladan kami.
45. Al-Quran dusturna - Al-Quran panduan kami.
46. Al-Jihad sabiiluna - Jihad jalan kami.
47. Al-Mautu fi sabilillah asma amanina - syahid cita tertinggi kami.
48. Innallaha ma’ana - sesungguhnya Allah bersama kami..


-perkongsian dr selipar jepon-

sujud sahwi

Soalan: assalamualaikum.. klau terlupe tahiyat awl mcm mne ek?

sujud sahwi boleh dibuat klau tertinggal ape dlm solat??

Jawapan Maulana Usamah Mables:  Waalaikumussalam..disunatkan buat sujud sahwi.

Jawapan Ustazah Ahlam Hayati: sy respon soalan dlm kitab fiqhul ibadat..para ulama telah menggariskan 4 perkara yg apabila seseorang yg melakukannya disunatkan sujud sahwi..


1-terlupa tahiyat awal..
2-terlupa baca qunut (subuh) 
3-tertambah satu rakaat dalam solat dlm keadaan syak..
4-org yg syak dlm solat adakah dia dlm rakaat kedua atau ketiga...

-muzakarah ilmu masturat-

teka teki

di dalam Al-Quran mempunyai 114 surah.hanya surah at-taubah tiada "bismillah "jadi hal yang demikian,hanya tinggal 113 "bismillah" nya.tapi, bila dikira semula ada 114 "bismillah" jadi,dimana letaknya "bismillah" yang lagi satu?

= di dalam surah al Naml..kisah perutusan untuk Nabi Sulaiman...ayat ke 30
-------------------------------------------------------------------

Air merupakan pelarut yang bagus.maknanya air dengan air boleh bercampur. tp Allah maha berkuasa Dia menjadikan Dua Air laut iaitu tawar dan masin x boleh bercampur bahkan dihalangi oleh satu dinding yang ahli saintis pun berasa hairan, bagaimanalah dua air laut ni x boleh bercampur.Soalannya,manakah ayat di dalam Al-Quran yang membuktikannya?

=surah ar-rahman ayat 19-20"ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing2 tidak melampaui sempadannya."

=dalam surah Al Furqan : 53
"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir, yang satu tawar lagi segar yang lainnya masin lagi pahit. Dan Dia jadikan di antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi."
------------------------------------------------------------------------

Dalam al-quran, ade surah yg panjang dan surah yg pendek. Terdapat satu surah yang panjang ini, Allah turunkan sekaligus semua ayat dalam surah tu dari awal hingga akhir lengkap sampai abis, dalam satu masa. Apakah Surah ini?

=surah al-an'am

----------------------------------------------------------------------

Siapakah pembunuh 1/6 daripada penduduk bumi?

=Qabil yang membunuh 1/6 daripada penduduk bumisebab bunuh Habil..pada zaman tersebut cuma ade Nabi Adam a.s, Siti Hawa, Qabil, Habil, Iklima dan Lubuda.Dan Qabil adalah 1/6 dari manusia pada ketika itu.
---------------------------------------------------------------------

apakah duanya yang tiada tiganya...

=malam dan siang.Allah SWT berfirman Al-Quran surah Al-Isra' ayat 12 :Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)..

-ana mahu berhijrah-

Monday, 2 September 2013

MENGUMPAT

Soalan: Assalamualaikum wbt Ingin bertanya..apakah yg dimaksud kn dgan mgumpat ? Dan benarkah ada perkara yg d'bolehkan untk mgumpat ? Boleh ustazah atau ustaz terang kn tntang 'mengumpat' ni dgan lebih jelas ?

Jawapan Ustazah Ahlam Hayati: respon pada soalan yg dikemukakan..mengumpat atau dalam bahasa arabnya 'الغيبة' seperti berikut : bahawa kamu menceritakan tentang perihal saudara kamu dgn apa yg ia tidak menyukainya..-ahsanul kalam

imam a'tha' (ulama dikalangan tabi'in) b'kata: "kebaikan org yg mengumpat akan dipindahkan kpd org yg diumpat dan batallah pahala wuduk, solat dan puasa disebabkan mngumpat..."

mengumpat diharuskan pada beberapa tempat :
1-seperti kita menyebut p'buatan org yg zalim agar org tidak menjadi mangsanya b'dasarkan hadith nabi "sesungguhnye org yg menuntut kebenar ia ada hak ntuk menegakkannya (dgn kata2)"-HR bukhari

2-menceritakan keburukan seseorang knp yg b'wajib ntuk mengelak kemungkaran yg lebih besar..sperti kisah hindun menceritakan kpd nabi tentang keburukan suaminya abu sufian seorang yg kedekut-HR bukhari muslim

3-tidak dianggap mengumpat apabila kita hanye menyebut gelaran yg org yg mendengar tidak mengetahuinya..intaha

rujukan : موسعة أحسن الكلام في الفتاوى والأحكام

Soalan: kalau ada kes menipu dlm perniagaan...contoh: beli 1 tong biskut..kat luar tong tnjuk gmbr biskut yg memang pelanggan nk, tp bila bukak...dalam die xseperti luaran...sgt jauh beza.....boleh x, kalau kwn2 nk beli kt perniaga tu kte halang dan bgtau pngalaman...dan ini mngumpat ke? maaf

Jawapan Ustazah Ahlam Hayati: ianya dibolehkan agar org lain tidak tertipu dgn penipuan yg ada dlm p'niagaan seseorang..syeikh a'thiah saqar b'kata "mengumpat dalam hal2 yg dibolehkan bukan nk menjatuhkan maruah seseorang atau menghinanya tetapi ntuk menyatakan kebenaran supaya org lain b'hati2" -أحسن الكلام

Soalan: batal pahala wuduk, solat utk hari itu atau utk tempoh berapa lama??? huhu bahaya3

Jawapan Ustazah Ahlam Hayati: slama kita tak mintak maaf pada org tu dan b'taubat..

Soalan: hu... sgt bahaya.. dan org yg dgr umpatan tu pun kena sama la ye?

Jawapan Ustazah Ahlam Hayati: na'am..

Soalan: mase org mengumpat, kita sebut subhanallah utk menegur.... kite terlepas drpd dosa x

Jawapan Ustazah Ahlam Hayati: terlepas insyaAllah..bahkan dpat pahala

-muzakarah ilmu masturat-

Dagu adalah AURAT

assalamualaikum..ustaz 


1.adakah dagu ini dikira aurat menurut imam mazhab syafie? 
2. apakah hukum membuka tirai sewaktu solat berjemaah di surau?

Jawapan Ustaz Ibnu Batoota Owsem:
1)Aurat dlm mzhab syafie sluruh bdn tnpa kcuali,muka n tpk tgn tmsuk aurat,apatah lg dagu..ini ftwa muktmd dlm mzhab syafie,ttulis dlm smua kitab fiqh mzhab syafie.
2) X boleh disisi mzhab syafie sbb ktika solat,aurat bg wnita ialah sluruh bdn kcuali muka n tpk tgn,so klu buka tirai,akn nmpk la wjh2 muslimah..tp dlm mslah ni,mzhab syafie mngarahkan para muslimah pakai purdah ktika solat..ada dsebut dlm kitab al- iqna'..sbuah kitab rjukan mzhab syafie yg paling mahsyur..wallahualam

Jawapan Ustazah Ahlam Hayati:  bismillah..sy mencelah sket.. dlm kitab قفه العبادات dlm bab شروط الصلاة dlm fasal ستر العورة para ulama mengatakan bawah dagu adalah aurat krn ianye dianggap sebahagian dari leher yg wajib ditutup dan ianye qaul yg rajih disisi mazhab...intaha..

Soalan: sy pernah hadiri kuliah syeikh nuruddin, berkenaan dgn dagu, katanya tdk termasuk aurat. sms solat dtutup takut2 terbuka smpi menampakkan leher. tp x ingat kitab apa..ada qaul lain yg kuat x ustzh?

Jawapan Ustazah Ahlam Hayati: dlm masalah ini ianye dlm pemasalahan yg diperselisihi ulama tentangnye dan qaul yg kuat/ rajih adalah qaul yg mengatakan bawah dagu adalah aurat..para ulama menggunakan kaedah "كل ما قارب الشيء أخذ حكمه" (setiap benda yg dekat pada sesuatu maka benda tersebut termasuk dlm sesuatu itu), oleh krn bawah dagu hampir dgn leher makan hukumnye sama dgn hukum leher iaitu wajib tutup...wabillahi taufiq
Maulana Usamah Mables: Dalam berfatwa dan beramal hendaklah mengamalkan dan juga memberi fatwa qaul yg mufta bih. Khilaf ulamak ini hanya utk org yg tenggelam dalam ilmu bukan utk org awam.

mufta bih-pndpt yg dijadikan fatwa muktamad dlm mazhab

Ustaz Ibnu Batoota Owsem: dan yg mufta bih disisi mzhab syafie ialah sluruh wajah adalah aurat... termasuk dahi..so pkai purdah half face pon belum lepas lg...

Soalan: kirenya perkara khilaf org awam xley la berangan nak amik yg mudah atas alasan khilaf ulama kan,sbb slalu dgar ini djadikan alasan..then org awam supposely ekut la yg mufta bih? betul x yg sy phm ni ustz/ustzh?

Maulana Usamah Mables: Ye tepat sekali.xpatut pun didedahkan kepada org awam perkara yang khilaf. Sbb tu saya xsuka nak terangkan bab khilaf2 ni. Kalau nak blaja bab khilaf tggalkan keja2 dunia pergi belajar betul2 dgn guru2 yang murshid yg kealimannya dipercayai. Kalau setakat belaja melalui intrnet or syeikh google jgn la dok berangan nak tahu ttg khillaf2 ulamak ni.

-muzakarah ilmu masturat-

Cara mencuci kemaluan dgn betul

Cara mencuci kemaluan dengan betul kerana ia melibatkan ibadah kita. Jangan ambil mudah cara menyucikan kemaluan dari najis atau kotoran.

Sememangnya, kita mencuci dengan bersih tapi bersih bukan bermakna cara kita tu betul. Penting untuk kita pastikan diri kita bersih terutamanya di bahagian sulit. Selain untuk menjaga kesihatan ia juga penting untuk memastikan amal ibadat kita seharian di terima.

Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul?

Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.

Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba tiba berkata-kata, Katanya” Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan” Diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.

Jadi macam mana kita nak bersihkan diri dengan cara yang betul?

Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan basuh sekadar dengan air dan asalkan bersih je. Ada caranya….

kaum lelaki:
Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul betul sudah habis keluar. Lepas itu urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.

kaum wanita pula:
Apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Betul atau tidak cara kita selama ini ? Kalau yang tak betul tu jom sama sama betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang betul.

Dijanjikan neraka utk mereka yg tidak menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil/hadas besar.

----------

Info tambahan cara [cuci berak atau selepas buang air besar] oleh Ustaz Azhar Idrus ( Original ) http://www.youtube.com/watch?v=mRJ-i1wRvSg


-muzakarah ilmu masturat-

Template by:

Free Blog Templates