Like Sampai Jari Patah

Saturday, 23 July 2011

"Negaro Isle"

Di keda make atah wakaf, ado ore dok ngepen.
"PAS bodo, PAS tolol, keno sergoh DAP bue laluh negara Isle"
( Baso tolol abe mat JKKK ni) dale hati.
"Pah, buat negaro berkebajike. Buleh cayo ko kito ko ore PAS ni adik kakok?"
"Sebab DAP abis mutak belako ore2 PAS ni"
"Takut DAP wat malu kokre jah ore2 PAS ni, UMNO gok hok kate pa loni"
Sore anak muda paka jeans Levi's(kepala kain) bangun.
" Pah, demo wat kebajike takdok Isle la?? tak keno tu abe mat."
"Kito ni tolol jugok, jahil agama jugok tapi kito tahu jugak karo ni."
"Abe mat kalu nok kecek lebat pum mace la UMNO nk bt negara Isle."
"Baru buleh JKKK nk kecek banyok."

Shake Hands(berjabat tangan)

A British man came to Sheikh and asked:
"Why is not permissible in Islam for women to shake hands with a man?"
The Sheikh replied:
"Can you shake hands with Queen Elizabeth?"
British man said:
"Of course not, there are only certain people who can shake hands
with Queen Elizabeth."
Sheikh replied:
'Our women are queens and queens do not shake
 hands with strange men."

P/S: Islam sangat mengangkat martabat wanita setinggi2 martabat cuma kadang2 wanita lupa akan rahmat yang telah dikurniakan kepada mereka. Saya jamin jika Islam tidak sampai ke dunia ini wanita masih lagi menjadi "binatang" dan masih ditanam hidup-hidup kerana sejarah telah membuktikan layanan buruk terhadap wanita sehinggalah kedatangan Rahmatul Alamin, Rasulullah s.a.w yang membawa kalimah Tauhid supaya menyambah Allah yang Esa dan mengikuti panduan alQuran dan asSunnah. Disitulah era kebangkitan wanita. Allahuakbar.

Friday, 22 July 2011

Nenek, nak nyanyi!

Di suatu majlis... Ali mengadu..
"Ibu, nak kencing"
"Sssyy, jangan cakap kuat2..
Lain kali cakap je nak nyanyi"
Anak yang belum akhil baligh tu mengangguk.
Suatu hari, Ali balik ke rumah neneknya.
Semasa tidur dirumah neneknya Ali terjaga,
rasa nak kencing pulak.
Ali mengadu pada neneknya.
"Nenek, nak nyanyi."
"Aik, pagi2 buta pun nak nyanyi."
"Alaa nekk, nak nyanyi."
"Yelah, meh nyanyi kat telinga nenek."
(=_=")

Tak jahat pun.

POM! POM! Bas pun bergerak menuju ke destinasi yang hendak ditujui kira-kira pukul 10 pagi. Penulis terserempak dengan seorang kenalan lama yang menaiki bas yang sama. Ditakdirkan Allah kami duduk sebelah-menyebelah lalu ku senyum kepadanya. Minah tu buat selamba badak je, hehehe. Mungkin dia tak beberapa cam aku kot sebab kumis dan jambang lebat telah menutupi sebahagian wajahku.

Penulis: Lama tak jumpa ya.
Ayu: Kenal ke?
Penulis: Takkan tak kenal, zaman sekolah pujaan ramai kot. hahaha (ketawa sorang)
Ayu: Erkk, Asyraf kan?
Penulis: Iya lah kot, hehe.
Ayu: Belajar lagi ke?
Penulis: Ya.masih mengorak langkah menuju menara gading.
Ayu: Dah macam ustaz dah aku tengok, ni nak balik U ke?
Penulis: Takde la, nak pi makan kat Ani Sup Utara je kat KL tu. kui3
Ayu: Tak lawak pun(bosan!!). Ko ni tak berubah-ubah dari dulu asyik main-main je.
Penulis: Hihihi, yelah kot tak berubah. Ko pulak memang dah berubah, dulu pakai 
tudung sekarang anak tudung pun dah takde. he3
Ayu: Heh! Ko sibuk apa?? Tak pakai ke nak pakai ke itu aku punya suka la.
Penulis: Memang pun, dah ko suka tayang rambut takkan aku nak marah kot. he3
Ayu: Apa yang hina sangat orang yg tak pakai tudung ni?? Yang pakai tudung tu pun 
perangai lebih kurang, entah-entah lagi teruk.
Penulis: Aku tak cakap pun tak pakai tudung tu jahat.
Ayu: Habis tu apa?!(tak puas hati)
Penulis, Habis two, three la. kui3
Ayu: Bongek betul mamat poyo ni. (Bengang)
Penulis: Yang buka aurat memang la tak jahat, cuma berdosa je. Yang tutup aurat pun
tak semestinya baik. Cuma tak berdosa je. Yang berdosa tu masuk neraka, yang tak berdosa 
masuk Syurga. 
Ayu: Ooo, ko nak cakap saya masuk neraka la ya?
Penulis: Tak la, yang berdosa je masuk neraka.
Ayu: Habis tu aku berdosa ni masuk neraka lah?
Penulis: Dosa tahu pulak. Kalau rasa berdosa segeralah bertaubat. Mudah kan Islam tu?
Ayu: Erkkk(terkena)!

P/S: Islam menyuruh hambanya menjaga aurat bukanlah satu arahan semata-mata tapi adalah perlindungan kepada wanita daripada kerakusan dunia. Lihatlah bagaimana mereka memperaga dan mengeksploitasi setiap inci tubuh kaum wanita untuk laba dunia. Adakah itu yang diperjuangkan oleh kaum wanita?! Kalian naif dan sesat tidak mengerti sebuah harga diri, sudah tidak beerti fitrahmu wahai wanita. Dimana malumu yang dulu tersembunyi dibalik kelubung kesucian, dimana janji syahadah mu mentaati yang Esa. Ditipu dunia, lalu kau rentap hijab itu untuk mengejar laba dunia. Inikah yang dimahukan?? Ya Allah berikanlah Taufiq dan Hidayah kepada saudara-saudari ku yang masih belum sedar.Amin!

POLigami

Di sebuah pondok berlaku pserbualan hangat antara suami isteri.

Suami: Abang nak nikah lagi boleh tak Yang?
Isteri: Tak boleh abang.
Suami: Kenapa?? Bukankah itu sunnah Nabi. Kamu ni melawan hukum Allah kamu tahu tak berdosa lawan   hukum Allah. POT PET POT PET(si suami berceramah panjang)
Isteri: Yang itu sunnah je abang, yang wajib ni nak letak kat mana?(sambil menunjukkan dirinya)
Suami: ??????(suami terpinga-pinga)
Isteri: Saya tak bagi sebab saya tahu abang tak mampu.
Suami: Hehehe(tersengih menahan malu)


"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu ber-kenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat." (Al-Qur'an, Surah an-Nisa' ayat 3)
 
"Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (kahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kaumiliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3)


P/S: Islam tidak menyuruh kamu berkahwin 4, Islam cuma benarkan kamu berkahwin sehingga 4 malah Islam menegaskan bahawa intipatinya adalah keadilan dan mengesyorkan kamu berkahwin hanya seorang saja untuk elak dari berlaku kezaliman terhadap isteri kamu. Hal ini kerana jika kamu mengejar Sunnah, isteri kamu adalah kewajipan kamu dan itulah yang utama bagi diri kamu. Hikmahnya, Allah mencipta ada yang mampu dan ada yang tidak mampu. Jika yang mampu bermuamalahlah dengan cara yang terbaik, dan jika yang tidak mampu janganlah mengundang padah dalam hubungan suami isteri.

Tuesday, 7 June 2011

Kenapa UMNO cakap Negara kebajikan itu bukan Negara Islam?

Selesai sudah Muktamar PAS kali ke-57, maka UMNO mengarahkan parajurit-parajuritnya untuk menaburkan fitnah terhadap PAS. Pelbagai jenis peluru kapur digunakan oleh UMNO untuk memburukkan PAS sempena muktamar kerana telah menerima dua kejutan iaitu kemenangan Mohamad Sabu sebagai Timb. Presiden PAS dan pendekatan PAS iaitu 'Negara Kebajikan'.

Maka diarahlah sekalian UMNOrian untuk mencari lubang-lubang untuk ditembusi supaya dapat memburuk-burukkan PAS kali ini. Maka keluarlah panglima-panglima songkok tinggi memfitnah Mat Sabu dengan fitnah sex yang sememangnya sudah menjadi darah daging UMNO, maka bertaburanlah golongan-golongan ini memperdayakan rakyat malaysia bahawa Negara Kebajikan itu bukan negara Islam. Geli hati membaca utusan dan berita harian yang saban hari mencari modal picisan untuk memburukkan PAS.

Kenapa UMNO cakap Negara kebajikan itu bukan Negara Islam?; ini disebabkan UMNO sebelum ini telah berjaya mendefinisikan negara Islam kepada rakyat Umum. Negara Islam yang didefisnikan oleh UMNO seperti yang pernah disebut sendiri oleh pemimpin-pemimpin UMNO:

“apa erti Negara Islam jika mundur”

(Dato’ Abdullah Ahmad Badawi, 13 Nov 1999, berita Harian)

“tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”

(Dato Seri Dr Mahathir Muhamad, 5 sep 1997, PWTC, perhimpunan Agung UMNO, Pita rakaman)

“Hukum rejam kepada penzina adalah primitif”
(Kenyataan Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad kepada wartawan, 3 Mac 1994 di Nilam puri, Kelantan, Pita rakaman)

“Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?”
(Ucapan Dato Seri Dr Mahathir Mohamad pada 3 mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan, Pita rakaman)

“Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secocok dengan ajaran islam”
(Dato’ Seri Mahathir Mohamad, Ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 ogos 1994, Pita rakaman)

“Negara akan huru hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan”
(Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak, Utusan Malaysia, 20 april 1993)



apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja”
(Dato’ Seri Dr Mahathir Mohammad, 14 Julai 1992, ucapannya kepada wartawan, pita rakaman)


“bagaimana kita boleh maju kalau orang islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di Negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama”
(Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, 2 mei 1992, ucapannya di papar sabah, pita rakaman)

Kenyataan-kenyataan diatas menggambarkan bagaimana UMNO memahamkan rakyat tentang negara Islam untuk membina tembok supaya negara islam akan terus ditolak oleh masyarakat, tapi PAS menjawab pada muktamar kali ini bahawa Negara Islam itu Negara Berkebajikan dan Negara Keadilan, kerana Islam tu sudah cantik dan adil. Modal-modal UMNO untuk menakutkan rakyat malaysia khususnya cina dan india tidak lagi berhasil dengan tindakan PAS yang memahamkan rakyat dengan cara paling mudah.

Saya akui dengan meletakkan "Negara Islam" sahaja tidak memadai untuk memahamkan rakyat tentang negara islam apatah lagi setelah ditipu hidup-hidup oleh gerombolan UMNOrian.. PAS kena menjelaskan secara lebih dalam dan dapat diterima oleh masyarakat lagi-lagi non-muslim yang sebelum ini diajar oleh MCA supaya prejudis dengan PAS dan negara islam. 

Bagi saya muktamar kali ini adalah sangat berjaya serta dapat menjawab dan membebaskan "Negara Islam" yang pernah dipukul teruk oleh UMNO secara tidak berasas. Jawapan berbentuk politik ini harap boleh membebaskan fikiran rakyat serta jasad rakyat dari belenggu ketahyulan. 

Kesimpulannya rakyat perlu faham, Negara Kebajikan langsung tidak menggugurkan prinsip akidah, dan non muslim perlu faham bahawa negara Islam bukanlah seperti yang didakwa oleh UMNO sebelum ini, Negara islam adalah negara yang adil dan saksama..Wassalam.

Saturday, 12 March 2011

20 Amalan Mulia Pasti Membuka Pintu Rezeki Kita




Amalan 1.  
Menyempatkan diri beribadah -
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya,
seperti firman-Nya dalam Hadis Qudsi:
"Wahai anak Adam,
sempatkanlah untuk menyembah-Ku,
maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu.
Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan,
dan Aku tidak menutup kefakiranmu."
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)


Amalan 2. 
Memperbanyak istighfar -
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah,
yang menjadi sebab Allah merasa sayang dan kasihan pada hamba-Nya,
lalu Allah berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba yang meminta itu.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
"Barang siapa memperbanyak istighfar,
maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya,
menyelesaikan segala masalahnya,
dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka."
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari 
Abdullah bin Abbas r.a.)


Amalan 3.  
Tinggalkan perbuatan dosa -
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa.
Dosa bukan saja membuat hati resah,
malah menutup pintu rezeki.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya."
(Riwayat at-Tirmizi)

Antara perbuatan dosa yang hari-hari kita buat:
- pandang aurat manusia – umpat berlebihan (juga melalui internet pakai keyboard)
- buruk sangka – pandang rendah keupayaan manusia lain – rasa diri bagus
- buang sampah keluar dari kereta – dan perkara2 yang anda tafsirkan sebagai jelek


Amalan 4. 
Sentiasa ingat Allah -
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.
Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman (iaitu Islam).
Firman-Nya:
"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati
Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."
(Al Quran, Surah Ar-Ra'd, Ayat 28)

Antara amalan ingat Allah yang boleh kita buat:
- sambil kerja sambil berzikir dalam hati (tak perlu gerakkan mulut pun)
- banyakkan bersyukur setiap 1 jam (dengan cara anda yang tersendiri)
- mulakan setiap 1 perkara dengan Bismillah (kalau anda mampu)
- dan apa sahaja perbuatan “baik” asalkan minda anda sentiasa mempunyai
“connection” dengan Allah tanpa “disconnect” dengan Allah.


Amalan 5.  
Berbakti dan mendoakan ibu bapa -
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad,
Nabi Muhammad s.a.w. berpesan,
agar sesiapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya,
hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Nabi Muhammad s.a.w. juga bersabda:
"Siapa berbakti kepada ibu bapanya,
maka kebahagiaanlah buatnya,
dan Allah akan memanjangkan umurnya."
(Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya,
nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya. "
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


Amalan 6.  
Berbuat baik dan menolong orang yang lemah -
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah,
menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,
juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki,
 melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu."
(Riwayat Bukhari)


Amalan 7. 
Tunaikan hajat orang lain -
Menunaikan hajat orang,
menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri,
seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya..."
(Riwayat Muslim)


Amalan 8. 
Banyak berselawat -
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai,
kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan,
selawat itu dapat menghilangkan kesukaran serta meluaskan rezeki,
selawat itu dapat menyebabkan terlaksananya semua hajat.
Wallahu a'lam.


Amalan 9. 

Buat kebajikan banyak-banyak -
Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati,
kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.
Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa,
menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki & makhluk lain mengutuknya. "


Amalan 10. 
Berpagi-pagi -
Menurut Nabi Muhammad s.a.w.,
berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah)
adalah amalan yang berkat.


Amalan 11.  

Menjalin silaturrahim -
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya,
maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya. "
(Riwayat Bukhari)


Amalan 12.  
Melazimi kekal berwuduk -
Seorang Arab desa menemui Nabi Muhammad s.a.w.
dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas)
 nescaya Allah akan memurahkan rezeki."
(Diriwayatkan daripada Sayyidina Khalid al-Walid)


Amalan 13.  
Bersedekah -
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
"Hai Zubair,
ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy,
 yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.
Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain,
 nescaya Allah membanyakkan baginya.
Dan siapa yang menyedikitkan,
nescaya Allah menyedikitkan baginya."
(Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)


Amalan 14. 
Melazimi solat malam (Solat Tahajud) -
Rekod menunjukkan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki,
menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang
dan doanya dimakbulkan Allah .


Amalan 15.  
Membiasakan Solat Dhuha -
Waktu Solat Dhuha
- iaitu 28 minit selepas waktu syuruk
- waktu syuruk = waktu terbit matahari
- waktu maksimum Dhuha ketika kulit anda dapat merasai bahang matahari
Solat Dhuha lazimnya dibuat waktu ketika manusia sibuk dengan urusan dunia
(aktiviti harian),
Amalan ini mempunyai rahsia tersendiri yang Maha Luar Biasa.
Firman Allah dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam,
 jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan 4 rakaat pada waktu permulaan siang
(solat Dhuha),
 nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya."
(Riwayat al-Hakim dan Thabrani)


Amalan 16.  
Bersyukur kepada Allah -
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah .
Lawannya adalah kufur nikmat.
Allah berfirman:
"Demi sesungguhnya!
Jika kamu bersyukur,
nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu,
 dan demi sesungguhnya jika kamu kufur,
 sesungguhnya azab-Ku amat keras."
(Al-Quran, Surah Ibrahim, Ayat 7)
Allah berfirman lagi:
"... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur."
(Al-Quran, Surah Ali Imran, Ayat 145)


Amalan 17.  
Amalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu -
Zikir dari ayat-ayat Al-Quran atau Asma'ul Husna (99 Nama Allah)
selain dapat menenangkan hati manusia,
malah dapat menjernihkan perasaan dan melunakkan hati,
amalan berzikir mengandungi fadilat khusus untuk
- keluasan ilmu
- terbukanya pintu hidayah,
- dimudahkan untuk memahami agama,
- diberi kemanisan iman
- dan dilapangkan rezeki.

Misalnya,
2 ayat terakhir Surah at-Taubah (ayat 128-129)
jika dibaca secara berterusan 7 kali selepas solat fardhu,
dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah ,
al-Fattah (Maha Membukakan)
dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika dibacakan selalu;
misalnya dibaca
"Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang,
 diiringi doa:
"Ya Allah ,
bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,
bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu,
ya Fattah ya 'Alim."
Ada juga hadis menyebut,
siapa amalkan baca Surah al-Waqi'ah setiap malam,
dia tidak akan ditimpa kepapaan & kemiskinan selagi dia hidup di dunia ini.
Wallahu a'lam.


Amalan 18. 
Berdoa -
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah,
penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya.
Dalam Al-Quran,
Allah suruh kita meminta kepada-Nya,
nescaya Dia akan perkenankan.
Nota:
- tanggungjawap manusia kekalkan berdoa kepada Allah (jangan putuskan amalan ni)
- peranan Allah memakbulkan apa sahaja permintaan manusia
- gabungkan formula doa ini mintak di waktu mustajab (pukul 2~3 tengah malam)
Inilah buktinya…
Allah berfirman lagi:
“…dan tuhanmu berfirman,
berdoalah kepada-Ku,
niscaya akan Ku-perkenankan bagimu…”
(Al-Quran, Surah Ghafir, Ayat 60 )


Amalan 19.  
Berikhtiar sehabisnya -
Siapa yang berusaha, dia akan dapat.
Ini sunnatullah.
Dalam 1 hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang
dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya,
tapi nikmat agama Islam hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja.
(Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang Islam yang beriman,
tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki
dalam skop yang luas.
Misalnya,
hendak tenang dibacanya Al-Quran,
hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi,
hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal,
hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik,
hendak dapat jodoh yang baik dia sendiri kena jadi baik dulu,
hendak rezeki berkat dijauhinya dari sumber yang haram,
dan sebagainya


Amalan 20.  
Bertawakal -
Dengan tawakal,
seseorang itu akan dikurniakan rasa kaya oleh Allah .
Firman-Nya:
"Barang siapa bertawakal kepada Allah ,
 nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ."
(Al Quran, Surah At-Thalaq, Ayat 3)
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal,
nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki,
 ia pagi hari lapar dan petang hari ia telah kenyang."
(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)



Kesemua 20 amalan mulia yang disebut ini,
adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa.
Dengan takwa,
Allah akan beri
"jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) ,
dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya."
(Al-Quran, Surah At-Talaq, Ayat 2~3)
Pendek kata,
bagi orang Islam,
untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya,
kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa.
Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah,
lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan
pemberian-Nya.
Selamat Beribadah
dan semoga amalan-amalan ibadah kita diterima oleh Allah,
dan mintaklah pada Allah,
supaya kita semua dapat berjumpa di galaksi SYURGA,
bersama-sama kita semuanya kekal di sana,...........
Sila pergi ke mukasurat sebelah,
untuk melihat jadual amalan anda untuk hari ini,
boleh cetak supaya anda boleh tandakan setiap hari supaya sasaran amalan anda
tercapai,
dengan mengguna pakai formula ini,

((( Hari Ini Lebih Baik Dari Hari Semalam ))) 
((( Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini ))) 

sumber: http://www.dinar-emas.com/attachment.php?aid=590

Template by:

Free Blog Templates