Like Sampai Jari Patah

Wednesday, 13 March 2013

7 BACAAN PEMBUKA PINTU REZEKI'

(1). Memperbanyak Membaca "La hawla Wala Quwwata Illa billah."
Barangsiapa yang lambat datang
rezekinya hendaklah banyak mengucapkan “Laa Hawla Wala
Quwwata Illa Billah.
( HR. At Tabrani )

(2). Membaca ” La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin” Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur.
(HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

(3). Melanggengkan Ber-Istighfar
Barangsiapa melanggengkan
beristighfar niscaya Allah akan
mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezki dari arah yang tidak diduga-duga.
( HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah )

(4). Membaca Surat Al-Ikhlas
Barangsiapa membaca Surat Al Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya
( HR. AtTabrani )

(5). Membaca Surat Al-Waqiah
Barangsiapa membaca surat Al Waqiah setiap malam maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup.(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab AlIman)

(6). Memperbanyak Shalawat atas Nabi.
“Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan ,
bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah Salallahu’alaih iwassalam berdiri seraya bersabda : “Wahai
Manusia Berdzikirlah Mengingat Allah, berdzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan di dalamnya”

(7). Membaca Subhanallah
Wabihamdihi Subhanallahil 'Adziim
…dari setiap kalimat itu seorang Malaikat yg bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu”
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

Sumber : -Ihya Ulumiddin – Imam AL GHAZALI -mum-

DAJJAL (melalui konco-konconya) menguasai dunia dengan RIBA. Hari ni, umat Islam telah terperangkap dengan RIBA (bukan komputer riba, tolong jgn buat loyar buruk)

Umat Islam diumpan dengan cara hidup stailo, mewah, maju (maju dunia, akhirat rosak, maju menatang apa!), sehingga sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan kehidupan yang senang-lenang (kalau dengan cara halal, takpa, yang guna cara RIBA ni pasai apa?)

Maka, setiap hari manusia bangun tidur, mereka fikir, bagaimana untuk selesaikan hutang (PTPTN, loan rumah, loan kereta dan lain2 sampai ter-loan-deh). 

Anak-anak sejak kecil sudah ditanya, "Besar nanti nak kerja apa?" Pemikiran materialistik telah masuk ke dalam fikiran anak-anak. Mereka membesar tanpa ILMU FARDHU AIN dan berbangga-bangga dengan kemahiran dan maklumat.

Habis belajar, fikir dunia lagi. Ada kerja, dapat gaji. Buat loan RIBA. Hari-hari fikir bagaimana nak bayar hutang RIBA. Sampai mati hidup untuk bayar RIBA.-frm Khairy Tajudin Novelis Remaja-

Siapakah isteri

Siapakah isteri.. Setelah aku kisahkan disini tentang kisah perkahwinanku dgn isteri keduaku bnyak jugak timbul kontroversi(xtau la betul ke tak istilah yang aku guna ni) dikalangan ahli grup ni. Yang jantan2 ni dlm nk mmbuktikan kejantanannya mula nk menggatal cakap kat bininya:" Tengok tu bini ust usamah,ok je dia terima poligami. Contohilah dia". Maka mulala dia cakap itu dan ini kepada isterinya.

Ya Allah tuan2.. Kita kena ingat, isteri adalah rakan kongsi dalam kehidupan kita. Kesedihan mereka adalah kesdihan kita, kegembiraan mereka adalah kegembiraan kita. Ingatlah,mereka adalah manusia yang punyai jiwa dan perasaan. Perasaan sedih,kecewa, cemburu dan berbagai2 lagi perasaan yg ada dalam diri seorang isteri adalah sifat semulajadi yang dianugerahkan oleh Allah. 

Suami2 sekalian.. Isteri adalah amanah Allah kepada kita seorang suami. Sayangilah mereka dan jagalah perasaan mereka. Rasulullah SAW teramat mengambil berat tentang wanita. Mereka adalah makhluk yg diciptakan dari tulang yang bengkok. Jika dibiarkan dia akan terus bengkok dan jika berkeras maka dia akan patah dn hncur. Didiklah mereka dgn penuh hikmah dan kasih sayang.

Kenangkanlah pengorbanan seorang isteri dalam menjadi permaisuri rumahtangga. Mereka telah tinggalkan keluarga yg mmbesarkan mereka utk hidup dgn insan yang baru dalam hidup mereka. Jadikanlah mereka kekasih hati, rakan kongsi, tempat mengadu dan sahabat yang setia. Ingatlah apa yg disebutkan dalam keratan hadis Rasulullah SAW "TULAA IBUKA WA TULAA IBUHA" yang bermaksud : " dia bermain2@ bersenda gurau dgn kamu dan kamu bersenda gurau dgnnya". Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita untuk wujudkan kemesraan dgn pasangan supaya mereka akan terasa lapang dada dan gembira dgn kewujudan kita dan akan merindui kita ketika ketiadaan kita. Ingatlah.. Isteri adalah pasangan yang kita akan bawa dia bersama2 ke syurga. 

Maka sentiasalah bawa mereka kepada kehendak syariah dgn penuh perasaan kasih sayang. Mereka bukan hanya tempat utk melampiaskan nafsu semata2. Bahkan mereka adalah sahabat dan teman yang perlu kita didik dan bimbing sehingga mereka boleh menjadi pembantu untuk kita mengharungi tipudaya dunia ini. 

Ya Allah..berilah kami semua taufiq utk mndapatkan keredhaanmu di dunia dan akhirat..-frm mum-

Tuesday, 12 March 2013

Tips kebahagiaan rumahtangga siri 2 :D

Sekali sekala bila balik rumah katakan pada Pasangan Anda :

" Ya Allah sayang.. Tadi abg teringaat sangat kat sorang pempuan ni. Cantiiik sangat dia. Abg rindukan dia sangat2".

Mesti pasangan anda akan buat muka merajuk (saya suka sangat tgok muka bidadari saya merajuk macam tu..hehehe).

Tanya la dia. "Sayang nak tahu tak sapa wanita bertuah yang abg rindukan tu?". Sayangla orgnya.hehehe..

Memang indah dan best buat camni. tak caye cuba buat.hehehe...-mum-

Saturday, 9 March 2013

Persoalan:

1) " Jubah,serban tu semua bukan sunnah nabi,jubah tu budaya orang arab...!kalau nabi diturunkan kat china atau india tentu pakaian diorang nabi pakai...! "

2) " yang sunnah tu cara pakai,bukannya apa yang dipakai,kalau semua nak ikut nabi,pegila naik unte... "

3) " pompuan arab pakai purdah tu sebab kat arab takut pasir kena muka..! "

Ibnu batoota:

1) nabi tiru orang arab ke atau orang arab tiru nabi-nabi allah?kenapa nabi-nabi lain yang bukan arab memakai jubah dan serban?kenapa ada riwayat menyebut malaikat memakai serban dan jubah?seperti nabi isa,mahsyur sekali baginda memakai jubah hinggakan orang kristian pun akui jesus memakai jubah,sebab tu mereka lukis gambar jesus memakai jubah dan paderi mereka juga pakai jubah sedangkan jesus dan majoriti kristian bukannya orang arab???sebenarnya jubah,serban,janggut dan semua yang ada pada nabi tu bukannya budaya arab tapi ia adalah pakaian standard para anbiyya a.s yang dijadikan budaya oleh orang arab kerana pengaruh nabi muhammad yang kuat di tanah arab,ia adalah pakaian tawadhuk dan paling sempurna,selesa dan menutup aurat sepenuhnya.JUJURLAH PADA DIRI!apakah kalian merasa tenang apabila melihat seorang lelaki memakai jubah,serban,berjanggut walaupun pemakainya itu orang biasa?atau kalian lebih tenang dan sejuk melihat seorang lelaki dalam baju kot hitam bertali leher seperti rabbi yahudi walaupun pemakainya itu seorang ustad????kenapa begitu?kerana nur nubuwwah itu terpancar kepada pemakainya dan menyejukkan mata sesiapa sahaja yang melihatnya........

Maka kenapa timbul puak yang cuba untuk jauhkan umat islam dari pemakaian para nabi????
Kenapa mesti agungkan fesyen moden????
Memang lah pakai jubah serban tak wajib dan tidaklah haram memakai t shirt dan jeans sahaja,tapi kenapa mesti berkelakuan seolah-olah pakaian rasulullah dan para anbiya itu tiada nilai dan harga sampaikan ada yang mendakwa ia budaya semata-mata,tak dapat pahala pun....sedangkan segala yang ada pada diri nabi adalah yang terbaik..!
Termasuk pakaian nabi adalah pakaian yang terbaik...!
Kalau pakaian kot dan tali leher itu lebih baik disisi allah,tentu saja allah akan lahirkan nabi muhammad di kalangan mereka...
Kalau baju china dan india lebih baik,tentu saja allah akan takdirkan nabi lahir di kalangan mereka....
Apa secara 'kebetulan' je ke allah lahirkan nabi dikalangan orang arab yang memakai jubah secara adat?
Kebetulan ke????

2) betul,cara pakai juga sunnah,begitu juga apa yang dipakai juga sunnah...cara pakai seperti mulakan dari bahagian kanan,menutup aurat,tiada gambar makhluk bernyawa pada baju,tidak meniru-niru budaya kafir,sopan,kemas,bersih,semua itu insyallah dapat pahala '"cara sunnah pakai pakaian"...bagi yang pakai jubah serban dengan niat mencontohi nabi pula insyallah mendapat pahala "sunnah memakai pakaian nabi..."
Hujah itu benar,tapi jadi masalah bila sengaja nak merendah-rendahkan fesyen anbiya a.s....seolah-olah fesyen-fesyen bodoh zaman sekarang ni lebih baik dari fesyen nabi-nabi....bab naik unte tu,kalau naik unta dengan niat kerana nabi naik unta pun insyallah akan dapat pahala..masalahnya unta susah nak carik,jubah senang je cari,tambahan lagi zaman sekarang dah ada kereta,lebih mudah,jadi naik lah kereta...dalam bab pakaian langsung tak boleh disamakan dengan bab kenderaan,kerana pakaian tak boleh di upgrade seperti mana kenderaan...unta kalau naik,lambat sampai,kalau naik kereta cepat sampai,jadi naik lah kereta sebab ia satu kemudahan,kalau pakaian pulak,apa kejadahnya nak jadi kemudahan lagi?fungsinya menutup aurat,nak upgrade 'kemudahan' nya jadi apa lagi?nak jadi baju iron man?kalau compare kereta dengan unta,maka jubah pon kena compare dengan baju iron man lah........berat nanananananananangggg.....

3)dalam tafsir ibn kathir rah,telah dibawakan kalam saidina ibn 'abbas r.a berkenaan ayat quran: " an yudniina 'alaihinn min jalaabihinna " ( supaya mereka mengenalan ke atas diri mereka akan jilbab mereka )...

Ibn abbas menafsirkan: " allah memerintahkan para wanita mu'min,apabila mereka keluar daripada rumah mereka di dalam keadaan KEPERLUAN/HAJAT (menunjukkan wanita hanya keluar atas hajat/keperluan), supaya mereka MENUTUP WAJAH-WAJAH MEREKA mereka daripada atas kepala mereka dengan jilbab-jilbab dan hanya menampakkan mata sahaja (untuk MELIHAT bukan untuk DILIHAT).... "

Maka dari tafsir seorang sahabat nabi yang merupakan sepupu nabi dan juga seorang mufti dan ahli tafsir di kalangan para sahabat,wajah wanita itu adalah aurat yang wajib ditutup auratnya...maka adalah kebodohan yang sangat melampau melepasi had maksimas apabila ada pihak mendakwa 'purdah tu cuma adat sebab takut pasir...' sedangkan IA WUJUD DALAM SYARI'AT....

(maaf,saya bukan nak bahas hal purdah,tapi cuma nak bagitau yang purdah itu bukan adat tapi ia wujud dalam syariat,maka hentikan dakwaan bodoh yang menyatakan ianya adat semata-mata....sekadar rujukan:berkenaan hal purdah,khilaf ulama mengenainya ada 2 fatwa yang mahsyur iaitu yang pertama,wajah dan tapak tangan itu aurat seperti bahagian aurat yang lain,banyak sekali dalilnya dari quran dan hadis hinggakan ulama mazhab syafie telah memilih ia sebagai fatwa muktamad mazhab seperti yang dibahaskan dalam kitab fathul mu'in.manakala pendapat kedua ialah muka dan tapak tangan bukanlah aurat SELAGI TIDAK MENIMBULKAN FITNAH,maka ia tetap jadi aurat kalau timbul fitnah,fatwa ini mahsyur di dalam mazhab hanafi dan maliki sebagai fatwa muktamad dan terkuat sedangkan fatwa yang sama ini disisi ulama mazhab syafie adalah pendapat daif atau pendapat kedua,dan pendapat kedua inilah yang menjadi pegangan majoriti mufti dan ustad yang mengajarkan wanita bermazhab syafie di malaysia,indonesia kerana bagi mereka wanita malaysia 'belum bersedia' menerima fatwa muktamad memandangkan masih ramai yang rambut-percuma(freehair).)

Note: penat mata membaca penat lagi jari menulis dan otak memerah........currently at sepang..tunggu flight esok insyallah......

Ada mat femes menilai saya tanpa mengkaji dan mungkin cuma beberapa status saya yang dia baca dan terus menghukum,mengumpat dan mengaibkan saya di khalayak ramai peminatnya...tapi tiada minat saya mendedahkan namanya agar nama baiknya terjaga,dan mungkin ia salah faham semata-mata....

Hm....its ok,kite sangke baik,mungkin beliau tidak ikuti sepenuhnya perkembangan status saya terutamanya bab 'bidadari' tu,bahkan banyak status yang saya privatekan mungkin sebab tu hero tu salah faham.tapi dia juga sangat membela fahaman wahabi,salafi dan seangkatannya,tak heran lah kalau baru sekarang nak bersuara... :D

Anyway:untuk stopkan dosa-dosa yang terus menerus maka saya menjelaskan:

1) isu nama: pada status yang lepas,saya menjelaskan tentang merahsiakan nama isteri,tujuan status itu dibuat ialah kerana begitu ramai bertanyakan saya nama isteri saya,dan kenapa saya tak tulis nama isteri saya dalam kad kahwin saya,bila saya menolak untuk menjawab maka mereka katakan saya bawa ajaran sesat la pulak..maka saya pun jelaskan dalam status yang si hero salah fahami sebagai 'perintah' atau bersungguh-sungguh menekan orang lain untuk amalkannya,sedangkan saya tulis sungguh-sungguh tu sebab itu memang gaya penulisan saya sejak dulu,dan sebab kedua ialah sebab saya nak pertahankan hak saya,saya ada hak mutlak untuk tidak pamerkan nama atau gambar bini saya dan juga dalam masa yang sama saya jelaskan ia sebagai adab semata-mata,bukannya hukum syarak.korang nak tayang nama ke,tayang bini ke,itu korang punya pasal lah...tapi bini aku,aku tak kan tayang kat orang,sedangkan namanya pun aku tak rela laki bukan mahram sebut tanpa sebab,inikah pula aku nak biar laki bukan mahram 'ratah' tubuh bini aku melalui gambar-gambar pameran bini di fb.
Cemburu ialah sifat allah,sifat nabi dan sifat sahabat r.hum,bahkan fatimah r.ha telah ditanya apa yang terbaik untuk seorang wanita,maka beliau menjawab 'tidak melihat lelaki dan tidak dilihat lelaki'..kemudian saidina ali berkata, 'apakah kalian tidak malu?apakah kalian tidak cemburu?isteri kalian keluar di khalayak ramai lalu ramai lelaki melihatnya dan dia juga melihat mereka?apakah kalian tidak malu?tidak cemburu?-jadi jelas yang terbaik untuk perempuan itu ialah 'disembunyikan' bukan bermakna haram dipamerkan sebab hukum kata harus perempuan dilihat laki selagi mana auratnya terjaga,tapi LEBIH BAIK disembunyikan.

2)isu jubah bukan sunnah nabi terus dicop wahabi pulak juga disalahfahami,sedangkan yang saya tulis ialah ada orang wahabi yang cakap macam tu,bukannya orang yang cakap macam tu ialah wahabi..... =.=" erkkk.....bab jubah tu sunnah nabi ke tak,ngaji kitab syamail tirmizi je lah....pecinta akan mengikuti yang dicinta...

3) ada hero malaya lain pulak yang tak femes telah mendakwa dengan bersungguh-sungguh bahawa saya seorang syiah,atas alasan 'dia hentam wahabi' dengan 'dia pakai serban hitam'....mungkin si wahabi tu belum jumpa tentang hadis nabi memakai serban hitam....orang yang pakai serban hitam tak semestinya syiah sebab serban hitam itu sunnah nabi,bukan sunnah syiah,syiah yang tiru nabi...

Hari ni hari last aku kat malaysia~aku mau terbang jauh-jauh dari korang...dengan sayap kiri aku....

Note: jangan samakan tasawuf dengan feqah,harus tahu apa beza keduanya.............................

Imam hanafi wafat 150h(tabiin)
Imam malik wafat 179h(tabiin)
Imam syafie wafat 204h(tabi' tabiin)
Imam ahmad wafat 241h(tabi' tabiin)

Definisi:-
Sahabat:pernah melihat nabi dan mati dalam keadaan beriman..
Tabi'in: pernah melihat sahabat dan mati dalam keadaan beriman..
Tabi' tabiin: pernah melihat tabi'in dan mati dalam keadaan beriman..

Mereka ini disebut sebagai 'salafus soleh': orang salaf(terdahulu) yang soleh
Zaman selepas itu disebut zaman khalaf...

kenapa gelaran hanya diberi sampai tabi' tabiin?

Kerana berdasarkan hadis nabi mhfumnya: 'kurun yang terbaik ialah kurunku(zaman nabi dan sahabat),kemudian selepas itu(zaman tabiin),kemudian selepas itu(zaman tabi' tabiin)'...

Nabi stop sampai situ,maka ulama pun stop bagi gelaran sampai tabi' tabiin sahaja...(untuk menandakan zaman keemasan/terbaik/suci islam berhenti pada zaman itu)

Dan imam 4 mazhab adalah ulama yang hidup dalam zaman jaminan rasulullah dan mereka bertangunggjawab menyusun semula ilmu feqah menjadi mazhab agar mudah umat pelajari dan amalkan ikut bab....jadi kerja imam mazhab bukannya bawa agama baru tapi CUMA MENYUSUN agama agar mudah diamalkan....

Contohnya,sistem sekolah pakai sistem BUKU TEKS,bayangkan sistem tu tak de?maka akan jadi sangat susah untuk pelajar faham ilmu,contohnya bila subjek sejarah,nak belajar tentang sejarah 'malayan union',tak da buku teks yang SIAP DISUSUN untuk rujukan maka guru terpaksa bawa semua pelajar ke perpustakaan untuk cari gali tentang sejarah 'malayan union'..maka berjam-jam masa habis macam tu je,tapi hasil?tak memuaskan...maka professor-professor sejarah ni lah yang amek tanggungjawab menggali sejarah dan susun dan ringkaskan menjadi SEBUAH BUKU TEKS untuk mudah dirujuk dan melancarkan sistem pembelajaran...

Begitulah imam-imam mazhab kita...mereka umpama professor-professor tadi yang memudahkan urusan umat selepasnya dengan menyusun masalah-masalah agama dalam 'mazhab'....

sebab itu harus hukumnya kita bertaqlid(ikut) buta kepada mereka kerana mereka berada di bawah jaminan rasulullah sebab berada dalam 'kurun yang terbaik'.......

Wahabi ni pelik,mereka haramkan kita bertaqlid buta pada imam-imam mazhab tapi mereka sendiri taqlid buta pada ulama wahabi/salafi/ghair muqallid seperti albani,bin baz,muhammad abd wahab,ibn taimiyyah yang SANGAT JAUH DARI ZAMAN NABI BAHKAN MEREKA HIDUP DI KURUN-KURUN AKHIR ZAMAN YANG NABI GAMBARKAN PENUH KEFASADAN(kerosakan),fitnah,tak boleh beza baik dan buruk dan macam-macam lagi keburukan...

Jadi nak tolak ulama mazhab yang datang dari zaman terbaik lalu bertaqlid pada ulama wahabi akhir zaman yang penuh fasad...

Atau nak tolak wahabi lalu bertaqlid pada imam muktabar zaman keemasan islam?

"Ada akai pakai......!" = angry bird version penang-uib-

Template by:

Free Blog Templates