Jihad Fisabilillah
Adeh, sekali lagi ada orang mati kena tembak depan mata aku...
Mana tak keras hati aku ni..... =.="
Orang asyik persoalkan kenapalah aku ni "kasar" sangat....apa lagi aku nak jawab melainkan aku dah sebati dengan hidup macam ni...6 tahun aku kat ceruk dunia Afrika ni, dah berapa orang mati depan mata aku...ada yang kena head shot, ade yang kena tikam...lagi-lagi kat tanah afrika ni memang highest crime in the world selepas benua Amerika (including mexico- kubu mafia)...sebab Afrika ni kan kubu drugs sedunia....
gun shot everywhere..
drugs dealer everywhere...
Hari-hari dengar street guys swearing each other, cursing each other...
Ni aku baru je lepas tengok dua ekor gengster taxi bergaduh sambil tembak menembak dan salah sekornya kena head shot...eiuww memang tak boleh blah...macam tengok movie... =.="
Ada la sekali tu ikut tabligh kat afrika ni pergi ziarah dakwah rumah-ke-rumah, kebetulan orang tabligh tempatan yang ikut jemaah pergi dakwah masa tu semuanya bekas gengster yang lahir islam tapi baru nak kenal Islam...bila tabligh gengster ni pergi dakwah, dia bawak pistol dalam poket jubah dia...kitorang pelik lah kenapa lah diorang ni dok usung pistol tu...pastu tiba-tiba ada sorang negro mabuk datang halang jemaah ni dari dakwah dan maki hamun jemaah kita...gengster tabligh ni tak cakap banyak terus keluar pistol dan tembak tepat kat kepala negro mabuk tu...terus jatuh menggelupur atas jalan..pastu dia ajak kitorang teruskan dakwah pergi rumah seterusnya..
Mau tak terlopong mulut jumpa orang gini?
Kalau orang dakwah kat sini pun tahap gengster nya macam tu, apatah lagi orang biasa?
Walaupun aku tak mencarut macam diorang, tapi berada dalam suasana yang penuh aura busuk ni jugak membuatkan hati aku "keras", tapi bukan bermakna aku "jahat", cuma cara komunikasi aku je "buruk" sebab setiap hari kena jumpa mamat-mamat street ni untuk dakwah dan lain-lain....kalau tak cakap "cara" diorang, diorang tak mau dengar dakwah kita... =.="
So kalau aku terbawa-bawa cara tu dengan korang (orang Melayu) yang memang well-known sebagai golongan hati maruku (kuat merajuk) dan mempunyai peratusan "pecah hati" paling tinggi dalam dunia... tak payah la auw auw sangat...jangan la ambik hati dengan "bahasa" aku ni...
I really don't mean it...dat's just de way I speak sebab aku tak tau macam mana nak ekspresi-kan perasaan aku ni bila bercakap atau menulis..
So kalau korang rasa "bahasa" aku ni tak begitu "melayu", korang tak payah lah follow ye? bcoz nobody putta gun on ur head n force u to follow me. u've full right of choice to badly hit a damn block button on ur page to get rid of me...
Don't waste ur time on giving me nasihat untuk "bersopan santun"...it just mentally unsound to me....
Dan itu muktamad!
Aku tak mahu "berubah" dan korang yang kena berambus dari page aku...got it?
Berapa banyak page so-called "dakwah page" yang berterabur dalam facebook ni yang lebih auw auw untuk korang follow...
Dan sejak aku create fb aku ni, aku tak pernah promosikan diri aku sebagai "ustaz", jadi tak perlu lah nak cuba sakitkan hati aku dengan that word misalnya:
"Macam ni ke ustaz punya bahasa?"
Sebab aku tak akan sakit hati dengan ayat tu...
Korang kena hina aku lebih lagi untuk bagi aku sakit hati sebab aku memang susah nak sakit hati...
Tapi!
1 thing korang kena ingat...aku memang expert untuk bagi orang sakit hati..
Jadi kalau tak mau disakiti, janganlah cuba berlagak sebagai harimau kalau sedar diri tu kucing~
Tapi kalau korang hina Allah, hina Nabi, hina isteri Nabi, hina Sahabat, hina imam-imam 4 mazhab, hina ulama-ulama silam..
Yang itu memang buat aku sakit hati...kalau korang calar sikit je nama-nama tu, memang aku isytiharkan perang dengan korang sepertimana my beloved Saidina Abu Bakar isytihar perang hanya kerana orang bayar zakat unta tanpa tali (if u know dat story)..
Memang aku perasan ada beberapa cuba ca-pub (cari publisiti) cara aku ni (pakai bahasa "kasar") sebab diorang fikir diorang boleh jadi femes dengan cara tu...
But they are totally wrong, sebab "kasar" doesn't mean kena "mencarut"...
Aku "kasar" tapi aku tak "mencarut"...so tak payahlah nak mencarut kat fb untuk cari publisiti sebab orang tak kan follow korang,tapi orang akan benci korang sebab sakit mata baca ayat-ayat kotor korang tu...
Aku pakai bahasa "cool" bukannya bahasa "kotor" ..itu korang kena faham...
So sape yang nak follow, sila sediakan hati besi...
sape yang hati maruku, sila pergi layan page hindustan...
U r not worthy to be my follower~
~selesai mengutuk unemployed advisor a.k.a "Penasihat-tak-bergaji"~
Note: Aku memang tak pernah pakai bahasa kasar kalau bercakap dengan orang dalam real life world, kalau tak caye, cube tanye orang yang kenal aku dalam dunia sebenar. So "garang" dalam fb bukan bermakna hati kita tak de bunga ros. Tak payah lah nak bapuk sangat kalau nak baca tulisan aku dalam fb ni. Fb ni bukan medan dakwah, tapi tempat berak dajjal, sebab tu aku tak berminat nak bersopan santun kat sini...
aku bagi information dalam fb, bukannya berdakwah...
Nak dakwah, pergi lah dakwah cara Nabi yang juga dilakukan oleh SEMUA nabi-nabi. Kalau solat nak ikut cara Nabi ,apsal plak dakwah tak nak ikut cara Nabi?
"Amal agama,jangan ikut nafsu, tapi ikut syariat."
Kepada yang masih tak faham-faham apa itu riba...riba ni sebenarnya ada banyak jenis...yang paling famous sekarang ialah riba duyun atau riba yang melibatkan hutang a.k.a interest/duit bunga.
Kepada yang faham bab ekonomi,mereka akan faham bahawa tidak ada seorang manusia pun pada hari ini yang terlepas dari riba sebab sistem wang kertas (duit kertas) tu sendiri adalah RIBA...
Kepada yang masih meroyan harga barang naik, harga itu ini naik, fahamilah konspirasi Dajjal yang sebenarnya iaitu hakikatnya ialah tak ada satu barang pun harganya naik...sebenarnya nilai duit kita yang semakin hari semakin turun sebab sistem duit kertas adalah sistem riba yang menghancurkan tamadun manusia...ia semakin menekan manusia dan jadikan manusia "hamba selepas merdeka"....
Hanya dinar(emas) dan dirham(perak) sahaja yang kekal harganya sejak zaman Rasulullah sehinggalah ke hari ini...
Buktinya ialah, dalam hadis ada menceritakan bahawa seorang sahabat nabi membeli seekor kambing yang berharga 1 Dinar (lebih kurang RM700±) dan pada hari ini,1 Dinar itu juga boleh beli seekor kambing. Pelik betul, kenapa harga kambing tak naik-naik sejak zaman Nabi?
Jadi harga barang yang naik ke atau wang kertas semakin tak berguna?
Zaman atok nenek kita dulu kalau ada orang gaji sebulan seribu, dia boleh hidup mewah dengan kereta mewah,banglo mewah,tapi zaman sekarang seribu tu gaji orang keje kilang je,itu pun cukup-cukup makan...
Dan satu hari nanti, yang bangga ada berjuta-juta dalam akaun tu nanti akan jatuh miskin dan semua paper money nya tu seharga wang "jutaria" atau wang "saidina" sahaja...
Sebab apa wang kertas semakin tak berguna? Sebab ia terlampau banyak dicetak..
Sebab apa ia terlampau banyak dicetak?
Sebab terlampau ramai yang nak pinjam dan makan riba..
Sebab apa nak pinjam?
Sebab nak hidup mewah,ada kereta canggih,rumah mewah,handphone mahal..
Maka kami ucapkan Selamat Datang ke syurga Dajjal~
Kepada yang benak,teruskan anda dalam syurga anda, kepada yang Allah bagi faham, segeralah tinggalkan "syurga" itu dan hidup lah sederhana,serta tukarlah wang anda dalam bentuk aset sebenar seperti emas,perak,hartanah dll sebelum Dajjal sebenar muncul dan switch off semua digit nombor dalam akaun seluruh dunia...
Jangan korang fikir "duit" korang "selamat" bila korang masukkan dalam bank...
Duit tu sebenarnya "hilang" (kerana membayar "bunga") dan diganti dengan "nombor" yang tertera dalam "skrin"...
Kita kena faham akhir zaman merupakan "klimaks" kepada sebuah "filem" dan iblis telah tunggu saat ini sekian lamanya, iaitu saat dia dapat merekrut berjuta-juta anak adam ke neraka seperti yang disabdakan Rasulullah mahfumnya akhir zaman kelak, dalam nisbah 1000 orang, 999 akan ke neraka dan seorang sahaja yang akan syurga...
Berhati-hatilah Sahabat...
Kita menunggu "penyelamat" kita yang bakal hapuskan semua kezaliman ini, yang akan hapuskan semua bank-bank laknatullahi'alaihim dan diganti dengan baitul mal dan sistem dinar dan dirham....
Ramai orang komplen pasal duit,pasal pinjaman pelajaran bla bla bla...komplen je apa boleh jadi?
Inilah masanya kita bangun berganding bahu bangunkan "bank" kita sendiri untuk saling bantu membantu..
Saya dah mula network bisnes saya, dan dengan izin Allah saya dah berjaya buka beberapa bisnes, dengan harapan bila dah berjaya merampas kembali "rezeki" umat islam, kita akan sebarkan pada semua muslim secara percuma...tak perlu risau lagi pinjaman itu ini sebab "baitul mal" akan membantu...saya dan network bisnes saya telah pun berjanji untuk berbisnes kerana Allah dan semata-mata untuk membantu umat Islam...kalau kami berjaya,Insyaallah kita akan bantu semua muslim untuk memiliki rumah, kereta, motor, pelajaran TANPA RIBA...
Seperti yang berlaku pada zaman khalifah umar bin abdul aziz..semua rakyat kaya raya sampai tak ada yang layak terima zakat sebab kemiskinan terhapus 100%...kerana riba ketika itu habis dipijak-pijak umat Islam,maka Allah kayakan seluruh dunia secara sama rata...
Sekarang kita dikelilingi riba..dan jangan hairan kenapa sejak perang dunia pertama(wang kertas riba mula dicipta) sampai hari ini, manusia menjadi "binatang" dengan begitu mudah...sebabnya,Allah dah isytihar perang pada riba, maka siapa yang makan riba, hatinya akan hitam legam..jadi jangan hairan kenapa "budak zaman sekarang macam ni"...sedangkan tamadun manusia sejak nabi adam penuh dengan adab,kebaikan,tatatusila kecuali beberapa kaum,itu pun Allah hantar nabi untuk betulkan kaum tu,dan kalau degil,Allah hapuskan kaum tu dan ganti dengan kaum lain yang lebih baik.
Semoga Allah beri kita faham dan selamatkan kita daripada menjadi mangsa "syurga" Dajjal...korang boleh pilih untuk hidup "bermewah" kat dunia akhir zaman ni...itu hak korang..
Tapi jangan cakap Nabi dan ulama tak bagi amaran tentang "syurga Dajjal" ni...
Note: Jangan lupa membeli belah di 5 pages rasmi syarikat Batoota group iaitu:
1) Angry Batoota Islamic Shop (A.B.I.S) : menjual produk kesihatan.
2) Batoota Phone Shop (B.P.S): menjual handphone.
3) Batoota Islamic Fashion (B.I.F): menjual pakaian sunnah untuk lelaki dan wanita.
4) Batoota Kids Collection (B.K.C): menjual pakaian sunnah khas untuk kanak-kanak.
5) Batoota Toy's World (B.T.W): menjual alat permainan pendidikan Islam.
Akan datang! (Insya-Allah)
1) Pustaka Batoota: menjual buku-buku tulisan Ibn Batoota dan ramai penulis yang lain.
2) Batoota Food's Market (B.F.M): menjual pelbagai jenis bahan makanan dan minuman keluaran muslim 100% terutamanya produk jenama sendiri keluaran Batoota group.
Sejak dua menjak ni, hati saya jadi sangat resah gelisah,murung dan sering tiba-tiba menangis tanpa sebab. Semuanya bermula selepas saya berhenti menulis buku,berhenti membaca kitab,berhenti berfikir untuk umat,berhenti melakukan semua urusan rutin saya dan baring sambil melihat status-status orang ramai dalam fb...saya jarang yang amat membaca status sesiapa pun kecuali jika ditag itu pun kebanyakannya tak dilayan...saya hanya berada di dalam dunia saya,akaun saya,inbox saya.
Saya tulis status di wall sendiri,komen sikit-sikit apa patut, dan saya teruskan rutin harian saya. Saya tak pernah ada masa untuk tengok status-status lain di home facebook ni.
Tapi baru-baru ni saya mula terdetik untuk membaca,menjadi silent reader. Dan tak semena-mena air mata saya mengalir. Terutamanya bila saya melihat baby saya yang sedang tidur di sebelah saya sambil isap jari.
Saya terfikir...Subhanallah...Lahaula wala Quwwata illabillah.... Hebatnya kerosakan umat...apa akan jadi pada anak-anak aku nanti?
Ada yang upload gambar dedah aurat, ada yang berpelukan, ada yang jantan betina berkekek-kekek,ada post pasal cinta luar nikah,ada yang post hina imam-imam mazhab,ada yang post pasal anti hadis,ada post pasal keagungan syiah, ada post pasal keagungan wahabi,ada post untuk ketawakan niqabis yang menjaga maruahnya, ada post pasal kutuk ulama "kuno" dan up kan ulama "moden", ada yang mengutuk pendakwah, ada jugak yang mengaibkan individu2 tertentu khususnya yang melibatkan politik kepartian. Isu-isu seperti purdah,keharaman wanita bersafar tanpa mahram, dan lain-lain syariat Allah telah menjadi satu bahan jenaka orang-orang bodoh.
Saya jadi bagai nak gila selepas saya korek-korek dunia gelap fb ni dan perkara pertama yang saya risaukan ialah anak saya. Adakah anak saya juga termasuk dalam golongan ini ataupun dia mendapat petunjuk daripada Allah?
Saya menjadi sangat takut dengan tanah kelahiran sendiri...
Dan saya ceritakan dan tunjukkan semua kerosakan ini kepada bidadari saya. Dia juga menangis dan terkejut kerana dia tidak pernah didedahkan dengan perkara macam ni sejak kecik sebab dia tak pernah terlibat dengan apa-apa teknologi moden dan cuma bersekolah di rumah. Dia lalu terus bacakan kepada saya satu hadis berkenaan hal ini yang diriwayatkan saidina huzaifah alyamani di mana rasulullah arahkan untuk lari masuk ke hutan/pergunungan sambil membawa haiwan ternakan apabila bertemu dengan zaman ini...
Dia mintak supaya kami sekeluarga jangan tinggal di Malaysia kerana ketakutan yang amat sangat akan kerosakan agama. Lebih baik tinggal di hutan,jauh dari manusia terutamanya yang dikenali daripada seluruh keluarga berada di neraka kerana terpengaruh dengan semua fitnah dajjal ni.
Saya juga terfikir perkara yang sama dan akhirnya saya bermesyuarat dengan salah seorang guruku. Beliau syorkan kepadaku agar tidak melarikan diri ke hutan sebaliknya saya perlu membina sebuah perkampungan yang agak jauh daripada bandar dan hanya dipenuhi dengan orang baik-baik yang beramal soleh,beramal sunnah 100%,menutup aurat dengan sempurna, suasana ilmu,iman dan amal yang baik, mempunyai kebun dan ladang sendiri,sembelih sendiri binatang untuk dimakan dan yang paling penting jauh dari fitnah orang ramai.Dengan ini,sebuah komuniti yang baik dapat dibina,dapat saling berdakwah,dapat tegakkan solat jumaat dan dapat bina suasana yang baik agar dapat memberi kesan kepada hati siapa sahaja yang masuk ke situ seperti di madinah ketika zaman rasulullah. Sesiapa yang melihat suasana madinah,pasti akan masuk islam.Dengan ini,umat mendapat manfaat.
Idea dan kerisauan ini saya curahkan kepada semua rakan niaga saya di Afrika Selatan yang terdiri daripada saintis,doktor,pakar bahasa inggeris,pakar ekonomi dan ulama. Mereka semua sangat takut bercampur gembira dan teruja dengan idea tu serta bersetuju untuk tinggal bersama saya. Saya dan rakan ulama saya akan ajar anak-anak kami bab agama,yang lain pula akan ajar mengikut kepakaran bidang masing-masing di sekolah yang kami sendiri bina.
Semoga Allah makbulkan dan mudahkan urusan ini.Amin.
Note: kepala sudah gegar,hati sudah gusar,jantung sudah berdebar....harap-harap cita-cita ni tercapai.....
Islam agama yang penuh bisnes, Nabi kita sendiri merupakan seorang bisnesman hebat sampai menarik perhatian boss besar (saidatina khadijah) untuk mengahwininya kerana akhlak nabi yang sempoi dan berjaya majukan bisnesnya tanpa unsur penipuan.
Selama bertahun-tahun saya bertalaqqi dengan guru-guru terhormat saya, satu perkara yang saya perasan ialah di dalam kitab-kitab fiqh mana-mana mazhab pun, ajaran berkenaan bisnes (atau bahasa kitab arabnya: muamalat/ buyu') adalah sangat tebal. Boleh dikatakan dalam satu kitab Fiqh tu,hampir separuh kitab tu adalah berkenaan Fiqh Bisnes dan selebihnya adalah Fiqh lain seperti bersuci, solat, puasa, zakat, nikah, jenayah,hudud dan lain-lain.
Bisnes adalah perkara besar dalam Islam. Para ulama mengatakan bahawa Islam itu disempurnakan atas 5 perkara:
1) Iman
2) Ibadat
3) Muamalat (Bisnes)
4) Muasyarat (Pergaulan sesama makhluk)
5) Akhlak
Adalah satu perkara yang mengejutkan apabila semua Fiqh bisnes ini tidak diajarkan kepada umat Islam sehingga hampir semua umat Islam khususnya kaum Melayu JAHIL DAN BODOH berkenaan ilmu bisnes. Sedangkan Islam sangat hebat ilmu bisnes. Sebab tu bisnes-bisnes orang Melayu penuh dengan penipuan, riba, khianat dan lain-lain sedangkan bisnes non-muslim pulak berjaya kerana mereka mematuhi syariat Fiqh bisnes ni.
Misalnya, dalam kitab Mukhtasar Al-Quduri bab buyu' (bisnes) , bab pertama sahaja adalah berkenaan Khiyarus syart yang termasuk di dalamnya mengenai bab khiyarul 'aib iaitu berkenaan aib barang yang dijual. Islam mengajarkan kita supaya apa-apa barang yang kita jual apabila berlaku aib dan customer minta refund (pulangkan duit) atau tukar barang lain, maka kita WAJIB bagi.
Tapi problemnya,hampir semua orang Islam bila barang yang dijual mereka ada aib contohnya kes tersilap design printing Tshirt owsem saya tu, mereka tak mahu refund! Itu dah kita makan duit haram tu.
Sedangkan kalau korang pergi ke kedai non-muslim, terutamanya company besar macam Tesco, Sony, Nokia bla bla bla, mereka semua letakkan sistem guarantee dan quality control dan sistem refund jika customer tak puas hati. Semua sistem-sistem yang mereka buat tu tertulis dengan jelas dalam kitab-kitab Fiqh Islami!
Di Afrika ni, ada satu supermarket Yahudi bernama Game yang ada polisi, kalau barang yang sama kat kedai lain jual murah, kita boleh bawa resit atau bukti yang kedai tu jual lebih murah daripada pihak syarikat Game dan pihak Game akan beri harga yang sama atau lebih murah sebagai jaminan semua barang mereka adalah harga termurah. Yang ini juga diajar di dalam Islam dan merupakan SUNNAH NABI..
Jadi jangan hairan kenapa bisnes Melayu semua lingkup, sebab korang JAHIL bab fiqh bisnes dan banyak buat khianat pada pelanggan, berbeza dengan bisnes non muslim, mereka amal Sunnah Nabi dalam bisnes, maka mereka BERJAYA kerana sesungguhnya Allah telah buat keputusan bahawa:
HANYA DALAM SUNNAH SAHAJA TERDAPAT KEJAYAAN.
Di Malaysia ni baru saya perasan yang umat Melayu tak pernah diajar mengenai Fiqh bisnes. Di masjid dan di tapak ceramah semuanya ceramah pasal politik, ceramah motivasi, ceramah sirah atau pun fiqh-fiqh ibadat macam solat dan lain-lain. Bab-bab bisnes ni belum lagi saya jumpa ada mana-mana ulama buat kuliah tentang ni.
So lepas ni Insyaallah saya akan cuba usahakan ilmu bisnes Islam ni disebarkan kepada kaum Islam samada dalam bentuk kuliah, talaqqi atau pun penulisan buku.
DOAKAN SAYA,
Berkhidmat untuk AGAMA
-Ibnu Batoota Owsem Al-Keyboard Warrior-