Like Sampai Jari Patah

Monday, 15 September 2014

Epal Merah dan Susu

Pernah sekali saya bersafar dengan guru saya, 'Arifbillah Shaikh Hajee Ahmad Nakhuda Afriqi Muhajir Madani Hafizahullahu Ta'ala selama 3 hari sebagai khadim beliau.

Beliau mahsyur dikenali sebagai "Hajee Sahb" atau "Hajee Nakhuda" di Madinah. Beliau merupakan guru tareqat kepada permata ulama Sri Lanka iaitu Maulana Ismail dan ribuan lagi ulama dan orang awam telah berbaiahkepada beliau.

Dan beliau sendiri (Hajee Nakhuda) merupakan khalifah tareqah Chisty yang ke 34 kepada Qutbul Aqtab Ra'isul Muhaddisin Maulana Muhammad Zakariyya Al-Khandahlawi, wali Allah dari India, berketurunan Saidina Abu Bakar As-Siddiq radiyyallahu'anhu dan dimakamkan di perkuburan Baqi', Madinah bersama para Sahabat Nabi.

Yang menariknya, kubur beliau ialah kubur ulama yang paling dekat dengan kubur para Ummahatul Mukminin (para isteri Nabi).

Itu merupakan kemuliaan yang Allah berikan kepada ulama Sufi (tapi sayangnya mereka ini dituduh kafir dan musyrik oleh golongan Wahhabi terlajak pandai)...

Mana mungkin ahli neraka dan ahli syurga kuburnya berjiran, tentu para Sahabat Nabi dan isteri-isteri Nabi akan "terganggu" dengan azab-azab kubur seorang "ahli neraka" (dakwaan Wahhabi) yang dikuburkan berjiran dengan mereka.

Maka tidak dapat tidak, kita dapat fahami terkuburnya seseorang ulama di dalam antara kubur termulia, berdekatan dengan para kekasih Rasulullah merupakan tanda maqbul (penerimaan) Allah ke atas ulama tersebut. Semoga Allah terus menerangi kubur Shaikh Zakariyya Khandahlawi sehingga kiamat.

Shaikh Zakariyya disamping pejuang Ahli Sunnah Wal Jamaah yang tulen, beliau juga merupakan mursyid kepada 4 tareqat dan beliau antara masyaikh tertinggi dalam jemaah Tabligh iaitu sebuah jemaah dakwah yang dihidupkan oleh pakcik kandung beliau, Maulana Ilyas Khandahlawi Rahimahullah.

Sehingga ke hari ini, kitab "Fadhilat Amal" yang dikarang oleh Shaikh Zakariyya Khandahlawi rahimahullah digunakan secara meluas oleh jemaah Tabligh diseluruh dunia walaupun para Wahhabi berleter kononnya kitab itu penuh dengan kepalsuan dan ketahyulan. Tetapi, tidak dapat dinafikan bahawa kitab itu juga maqbul (diterima) di sisi Allah apabila ia menjadi kitab Islam yang paling banyak diterjemahkan dalam bahasa asing di seluruh dunia selepas Al-Quran. Hampir setiap masjid dan surau di seluruh dunia bahkan di negara-negara terpencil terdapat kitab ini yang diterjemahkan ke dalam bahasa masing-masing.

Tidak percaya? Cuba lihat di masjid berdekatan rumah kalian. InsyaAllah ada. Kalau tak ada, khabarkan pada saya.

Tapi bukan ini yang saya nak cerita.

Disebabkan saya sangat kasih kepada guru-guru saya, maka bercerita tentang mereka merupakan satu nikmat bagi saya dan ia merupakan amalan para ulama soleh sejak berkurun lamanya.

Ada seseorang komen tentang saya:

"Ibnu Batoota tu tak habis-habis cerita pasal syaikh dia. Taksub lah tu."

Ini adalah kalam orang jahil yang tidak perlu saya perhatikan langsung dan ia tidak muktabar dalam agama. Kerana cukuplah amalan menceritakan tentang guru itu dilakukan oleh para ulama dari dulu hingga kini, bahkan Maulana Zakariyya Khandahlawi sendiri ada mengarang beberapa kitab yang menceritakan secara khusus tentang GURU-GURU beliau.

Antaranya ialah kitab yang beliau namakan sebagai "Tazkiratul Syuyukh" (cerita tentang guru-guru), kitab yang lain tentang guru-guru beliau ialah kitab "Masyaikh Chist" (para guru tareqah Jistiyyah/Chistiyyah).

Bahkan para ulama lain juga sering menulis tentang guru mereka dan terdapat pelbagai kitab "manaqib" dan kitab-kitab biografi dan kitab khusus tentang seorang guru yang ditulis oleh murid-murid mereka.

Jika para ulama KARANG KITAB tentang guru mereka, maka mengapa pula saya dituduh taksub buta hanya kerana beberapa artikel saya tulis di fb tentang guru-guru saya?

Itulah yang dinamakan jahil murokkab yang tidak perlu saya perhatikan kalam-kalam mereka.

Anyway, dah habis cerita tentang guru. Apa yang saya nak sampaikan dalam status ni ialah sebuah pengalaman saya dan Syaikh Hajee Nakhuda tentang epal merah.

Semasa saya bersafar dengan beliau, setiap pagi beliau akan makan epal merah yang sudah dihaluskan dengan garfu (sebab syaikh sudah tua, gigi dah banyak tak ada, jadi tak kuat nak makan epal jika tak dilumatkan) dalam sebuah mangkuk kecil.

Saya cuma perhati dan tak tanya apa-apa.

Tetapi selepas beberapa kali ia menarik perhatian saya, saya pun beranikan diri tanya apa itu dan kenapa syaikh makan itu?

Beliau pun jawab yang ianya epal merah yang sudah dilumatkan. Katanya ia merupakan amalan para ulama khususnya para guru beliau untuk kecerdasan otak. Kemudian beliau ada sebut nama seorang ulama yang dilaqobkan namanya kepada "Ganggohi". Ulama laqob Ganggohi ni ada beberapa orang. Tapi saya lupa nama siapa yang beliau sebut, tak silap saya, ia merujuk kepada Syaikhul Hadith Maulana Rashid Ahmad Ganggohi rahimahullah.

Katanya, epal merah merupakan makanan harian mereka untuk menguatkan otak dan memori.

Asbab dari makan epal merah, mereka dapat menghafal ribuan hadith. Beliau sendiri amalkan ia dan menyebabkan memori beliau sangat kuat dan tak nyanyuk walaupun sudah sangat tua. Hafazan Al-Qurannya hebat (beliau perdengarkan pada saya bacaan Qurannya dengan hafalan dan minta saya periksa sebab itu saya tahu hafazannya baik), begitu juga hafazan hadithnya.

Kemudian beliau arahkan muridnya bawakan epal merah kepada saya dan kepada seorang lagi khadim beliau ketika itu dan perintahkan kami makan. Kemudian beliau nasihatkan supaya makan selalu dan beri anak-anak makan (tak silap saya).

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini saya tak benarkan anak lelaki saya makan benda pelik-pelik. Coklat ke, jajan ke, keropok ke, gula-gula ke. Termasuklah susu tepung formula (walaupun saya "diperli hebat" oleh orang ramai termasuklah famili sendiri dan famili bidadari saya sendiri) atau makanan segera bayi.

Sebaliknya saya beri dia makan epal merah seperti nasihat guru saya dan disebabkan bidadari saya mengandung lagi, maka susu badan pun kering. Sedangkan anak pertama saya masih kecil (setahun lebih).

Saya dipaksa ibu saya untuk beri minum susu lembu tepung formula ciptaan yahudi. Tapi saya tolak, akhirnya saya istikharah dan check kitab, bagaimana amalan menyusu dilakukan dizaman Rasulullah sedangkan zaman tu belum wujud lagi susu formula.

Keputusannya, saya dapat fahami bahawa zaman dulu, ibu kandung akan susukan. Jika susu ibu kandung kering, mereka akan upah ibu susuan. Jadi saya cuba cari ibu susuan, tapi tak ada. Yang ada ialah ada orang nak derma susu badan berlebihan yang mereka bekukan.

Tapi hati saya menolak kuat kerana saya tak tahu apa amalan perempuan pemilik susu tu. Jaga solat ke tak, fasiqah ke tidak, puasa ke tak, kuat mengumpat ke tak. Saya tak mahu anak saya minum susu orang fasik sebab ia akan jadi darah daging anak saya.

Kemudian, saya baca lagi, apabila tak ada ibu susuan, orang zaman dulu akan berikan susu kambing. Bila saya kaji pasal susu kambing, memang ada kajian saintis yang mengatakan susu kambing merupakan susu terbaik selepas susu ibu. Hati saya sangat tenang dengan perkara tu. Jadi saya pun cari susu kambing tapi sangat susah kalau pakai susu fresh disamping ianya mahal.

Akhirnya saya jumpa pengilang serbuk susu kambing asli yang merupakan seorang muslim.

Dan saya ambil stok dari beliau dengan harga kilang.

Jadi anak saya pun minum susu kambing dan InsyaAllah selepas baby kedua kami lahir, Allah akan kurniakan susu badan semula pada bidadari saya, waktu tu anak pertama saya akan menyusu badan semula sehingga cukup 2 tahun seperti diperintahkan dalam Al-Quran, InsyaAllah.

Alhamdulillah, asbab dari epal merah dan penyusuan sunnah, anak saya cerdas, sihat walafiat dan tak pernah jejak kaki ke hospital/klinik kecuali ketika mula-mula lahir. Pernah demam beberapa kali, tapi tak serius mana. Bidadari saya cuma bagi minum air yang dibaca fatihah dan selawat je, Allah sembuhkan on the spot.

Pernah sekali dia demam campak dan esoknya flight kami dari Afrika ke Malaysia. Saya difahamkan kalau kena demam campak, kita tak boleh naik kapal terbang sebab ia berjangkit. Malam sebelum bertolak, kami solat hajat dan letak bedak sejuk di seluruh badan dia.

Esok pagi bangun, semua bintik-bintik hilang dengan izin Allah dan dapat naik kapal terbang. 2 hari sahaja dia demam campak.

Dan juga setiap kali saya zikir jahr (bersuara keras), dia akan berhenti bermain dan akan duduk dengan saya untuk zikir bersama-sama sambil geleng-geleng kepala. Umurnya baru setahun 3 bulan.

Ada yang perli saya:

"Kami tak mampu nak beli susu kambing macam dia. Mahal..."

Ketahuilah bahawa saya dan bidadari saya kedua-duanya tidak bekerja dan tidak pula makan minum dan susu anak kami disponsor sesiapa termasuklah ibu bapa saya atau ibu bapa mertua yang mana mereka juga tidak kaya. Saya tidak ada sumber pendapatan langsung kecuali bisnes online. (bisnes online saya ni pun, baru je mula sebelum merdeka baru-baru ni. Nak kumpul duit sikit untuk aqiqah, khatan, cukur rambut dan lain-lain urusan anak kedua saya nanti InsyaAllah.)

Segalanya dari Allah. Nak cerita susah. Macam nak cerita subjek Matematik Tambahan pada budak tadika. Last-last budak tadika tak faham, dituduhnya kita pulak yang sesat nanti.

Tapi apa yang saya boleh sampaikan ialah, bila mana kita berusaha untuk amal sunnah dengan penuh fikir risau, Allah akan mudahkan urusan kita semudah-mudahnya.


-uibo-

Niqab vs Malu

Ada seorang lelaki tanyakan pendapat saya tentang calon isteri yang baik.
Saya senaraikan apa yang patut. Kemudian dia berkata:

"Saya kalau boleh nak yang pakai purdah."

Ya, perkataan macam ni memang biasa saya dengar. Tapi ada satu benda yang mamat ni tak faham dan saya pun tanya.

"Tuan nak isteri yang BERPURDAH ke atau isteri yang PEMALU?"

"Maksud ustad macam mana?" Jawabnya.

"Wanita yang pakai purdah, tak semestinya wanita tu PEMALU, tapi wanita yang pemalu, mesti dia pakai purdah." Saya jawab ringkas.

"Erk.... macam mana saya nak tahu pemalu ke tak calon yang saya pilih?" Dia tanya lagi.

"Zaman sekarang ni, ramaaaaiiiii wanita tutup badan dengan kain, tutup muka dengan kain pun dah semakin ramai, tapi yang sikit ni ialah wanita yang ada sifat MALU seperti Sayyidatina Fatimah Az-Zahra Radiyyallahu'anha yang TIDAK MAHU LANGSUNG DILIHAT LELAKI DAN TIDAK MAHU MELIHAT LELAKI.

Cuba tengok keadaan sekeliling, yang berpurdah pun masih kenakan pakaian terang macam pink, biru muda, fuhh nampak comel tu kan...? Ada jugak yang berpurdah hitam semua, tapi baik punya dia shoot gambar lepas tu upload dalam fb bagi tengok free kat lelaki ajnabi. Model yang tayang bodi pun at least dapat bayaran, diorang ni yang bajet solehah pulak bagi tengok free? Mana maruah diorang?

Perempuan hodoh sekalipun, kalau diorang berpurdah, nampak mata saja, memang jadi seksi.... Awak tengok rasa bernafsu tak?" Petir dari saya.

"Err... malu nak ngaku, tapi sejujurnya memang nampak comel sangat dan rasa 'geram' timbul dalam hati." Jawab lelaki tu.

"Jadi apa gunanya mereka berpurdah? Baik bogel je... tengok yang berpurdah pun rasa 'geram', tengok yang berbogel pun rasa 'geram'. Sebab itu di dalam mazhab Syafie, pendapat yang paling rajih dan muktamad tentang purdah ialah hukumnya wajib (rujuk kitab fathul muin, iqna' dan lain-lain). Manakala pendapat yang daif pula mengatakan wajib hanya jika timbul fitnah, dan fatwa daif inilah yang digunakan secara meluas di Malaysia pada zaman ni. Bahkan sebahagian ulama Syafi'eyyah berpendapat, kalau nak pakai purdah tu, pakai full tutup, bukannya bukak-bukak separuh (niqab separuh) nampak dahi macam di Malaysia (di Malaysia indonesia je wujud niqab separuh pelik tu), bahkan mereka suruh tutup mata dan tinggal satu mata sahaja UNTUK MELIHAT JALAN BUKANNYA UNTUK DILIHAT MATANYA.

Tapi sebenarnya, purdah, jubah, baju, dan semua semua tu sebenarnya TAK PERLU PAKAI PUN kalau perempuan tu PEMALU DAN TAK KELUAR RUMAH. Sebab hukum tutup aurat tu hanya disyariatkan bila wanita bertemu lelaki ajnabi. Kalau duduk diam dalam rumah seperti isteri-isteri dan anak Rasulullah, perlu ke mereka tutup aurat?

Jadi tanda "solehah" seseorang wanita tu bukan terletak pada purdah atau tidaknya dia, tetapi terletak pada SIFAT MALU dia. Jangan tertipu dengan munafik-munafik di fb." Saya jawab.

"Erm.. Baru saya sedar.. rupanya ramai perempuan yang menutup aurat, bahkan memakai purdah tapi TAK ADA SIFAT MALU." Jawab dia,semakin faham.

"Ya, sebab itulah saya cakap, kalau nak cari bini, bukan cari yang berpurdah, tapi cari yang pemalu. Sebab kalau dia pemalu, dia confirm akan pakai purdah dan malu nak keluar rumah. Wanita pemalu juga tak akan melihat lelaki dan tak akan menggedik dengan lelaki.

Tapi kalau dia tak malu, walau pun dia pakai purdah sejuta lapis, dia tetap suka berselfie dan tayang bodi dan diri pada lelaki ajnabi dalam fb dan hu ha hu ha dengan lelaki bukan mahram. Macam tu ke perempuan yang tuan nak pilih untuk jadi ibu kepada anak-anak tuan?" Jawapan penggulungan dari saya.

"Alhamdulillah ustad, saya dah faham... doakan saya dapat jumpa permata macam yang ustad syorkan..." Jawapan akhirnya.

Note: Ajarkan anak dan isteri kalian sifat MALU kerana itulah satu-satunya mahkota wanita terindah yang diajar Rasulullah tetapi dihapuskan oleh wanita zaman ini.

Wahai wanita yang berakal... Deletelah foto-foto korang tu. Jangan kecewakan Rasulullah lagi dan lagi. Kalian mungkin jahil, tapi kalian bukan bodoh yang tak boleh diajar atau belajar sesuatu. Jadi belajarlah sesuatu dari kalam ini dan ubahlah. Tak cukupkah kes zina harian yang kita dengar?

Jahil: Tidak mengetahui.

Bodoh: Tak boleh berfikir.

Selfie tu tak salah, selfie lah sampai lebam. Yang salah ialah TAYANG BODI DEKAT LELAKI AJNABI (walaupun badan dan muka ditutupi kain, mata laki ada xray, dia tau saiz korang sekali pandang).

Perhatian: Kalau anda terasa, anda perlu bertaubat dan ubah, bukannya meroyan di ruangan komen kerana ia akan menjatuhkan maruah anda sendiri.


-uib-

Friday, 5 September 2014

PENIPU

Bila google tentang scammers online....

Rupa-rupanya memang ramai penipu bisnes online kat internet ni.....

Yang menariknya penipunya kebanyakannya orang yang SAMA.... dan repot dah dibuat, tapi tak ada apa-apa tindakan..... (biasalah tu)

Antara nama yang "famous" menipu online yang saya jumpa di google ialah Stephen anak Anthony.... entah dah berjuta kot tipu duit orang....

Takpelah, dia kapir... memang dia tak "percaya" bahawa mencuri itu SALAH dan HARAM.....

Tapi yang lebih menyedihkan, ramai nama-nama penipu online yang keluar di google adalah orang Islam....

Tahun lepas, saya pun kena tipu, ada orang nak jual hp, mintak saya promot, lepas saya promot, jual hp macam biasa kat follower saya, semuanya ok...

Tapi bila dah ramai order, duit banyak masuk, si laknat dunia akhirat tu tak bagi hp nya kat customer yang merupakan followers saya....

Kena tipu sampai cecah puluh ribu....

Dan saya pulak tak boleh buat apa-apa, sebab saya cuma tolong promot dan iklan sahaja.. tak makan komisen apa pun... just nak tolong sesama Islam... tapi penipu yang bernama Syed Hasbullah (kalau google nama dia, akan keluar banyak komplen tentang penipuan dia, siap ada yang buat web page untuk dedah penipuan dia) ni memang suka makan duit haram, bagi anak bini makan duit haram, keturunan dia pun jadi darah daging haram dan jadi sampah masyarakat...

So atas sebab tu lah saya TIDAK MAHU LAGI IKLAN SESIAPA PUN yang saya tak kenal personally di fb saya ni...

Ramai yang inbox dan wassap saya minta tolong promot bisnes diorang, ada yang suruh mintak derma, ada yang suruh itu ini sebab mereka lihat saya ramai followers... jadi nak amek kesempatanlah....

Tapi semuanya saya TOLAK samada dengan cara diam buat bodo atau pun saya jelaskan baik-baik.... sebab saya tak mahu lagi sampah-sampah masyarakat pemakan duit haram mengambil kesempatan atas nama saya untuk lakukan aktiviti haram mereka....

Kalau ada saya promot bisnes atau mintak derma untuk sesebuah institusi tu... tu maknanya saya kenal orang tu personally dan trusted....

Tahun lepas jugak, try buat bisnes baju dengan sorang kawan, kena tipu pulak dengan kilang... duit dah masuk, tapi kilang tak bagi baju... bila didesak, kilang tu bagi baju design macam lain... kena tipu lagi.. kesian follower saya yang dah bank in duit, jadi masalah bagi diorang... sampai ada yang belum setel sampai hari ni...

Time penipuan ni semua berlaku... saya masih di Afrika.... saya tak dapat lihat sendiri atau setel sendiri masalah tu.... sebab jauh...

Jadi saya memohon maaf kepada mangsa-mangsa penipuan tu semua...

Saya pun tak tahu kalau masih ada yang belum setel dan dia "diamkan" perkara ni sambil berdendam dengan saya sebab anggap saya "penipu".....

So saya mintak, kalau saya masih ada berhutang pada sesiapa walaupun SATU SEN... tolong sangat-sangat tuntut.....

Saya tak mahu sentuh langsung duit riba, duit kena tipu, duit hutang "tak sedar" dan lain-lain duit haram yang lain....

Sejak saya dah balik Malaysia ni....

Semua bisnes saya dikelolakan oleh saya SENDIRI yang dibantu oleh adik dan bidadari saya....

Bisnes saya sah disisi undang-undang Malaysia, didaftarkan atas nama Batoota Enterprise dan ada akaun syarikat sendiri.....

Jadi insyaAllah sejarah tak akan berulang.... dengan izin Allah... saya akan pastikan syarikat rasmi saya beri servis yang baik dan boleh dipercayai....

Apa-apa barang yang didapati aib padanya, boleh dipulangkan kepada kami dan kami terima dengan sukahati kerana fadhilatnya besar sekali...

Sekiranya anda tak berpuas hati dengan barang yang saya jual (contohnya barangan "indah khabar dari rupa"), saya dengan penuh senyuman dan sukahati yang amat akan bagi money back guarantee selepas barang itu anda pulangkan pada saya....

Saya sangat sayang pada Rasulullah dan berusaha untuk mengikuti semua sunnah-sunnah baginda.... tentu sekali sunnah baginda dalam berniaga juga saya junjung dan cuba amalkan sebaik-baiknya.....

Sekiranya barang lambat sampai selepas pihak saya SUDAH pos.... itu sebenarnya benar-benar di luar bidang kuasa kami..... sebaliknya itu tanggungjawab pejabat pos... kami hanya mampu telefon diorang dan minta diorang jangan susahkan customer kami sahaja (dan kami tahu, mereka akan bagi alasan itu ini dan alasan itu SAMA).... jadi saya harap kalian tak marah pada saya kalau barang lambat sampai sebab itu BUKAN SALAH KAMI..... totally out of my control.....

Saya sangat sedih apabila membaca tentang penipu-penipu online yang makan duit haram hari-hari tanpa rasa bersalah....

Duit haram itu masuk ke badan mereka dan jadi darah daging mereka... bila mereka kahwin, air mani yang mengandungi darah haram itu membentuk "manusia" yang dipenuhi sel-sel hasil haram... akhirnya, timbullah generasi sampah masyarakat daripada baka-baka "failed" ni yang merompak, meragut, merogol dan sebagainya...

Tak hairanlah kalau kita tengok budak-budak zaman sekarang punya tahap kebo***an memang high class.... (kalau tak percaya, cuba check post-post saya yang lalu tentang budak sekolah rendah sain kontrak tukar pasangan cinta luar nikah/cinta haram/couple/islamik couple/couple cilik dan apa jua jenama untuk aktiviti haram dan tidak bermaruah tu)

Sebabnya? Mak bapak makan duit haram, makan duit riba, bagi anak makan duit riba, duit haram, anak membesar dengan duit riba duit haram..

Maka lahirlah generasi hyper ***** yang tak kenal lagi siapa tuhan siapa syaitan.

Kemudian bila masalah menimpa... mula nak tagih simpati dari Allah...

Dan bila Allah tak makbul doanya (sebab perut penuh dengan benda haram), dia marah pada Allah dan jadi pulak kes murtad dan kes bunuh diri....

Semuanya bermula daripada MAKAN DUIT HARAM....

Please.... stop being stupid....

Allah bagi otak, bukan untuk buat hiasan dalaman dan bukan juga untuk letak di kepala lutut......

Kepada semua scammers, sukkers, conman, penipu, pemakan duit neraka....

Jangan sampai bersua muka dengan saya.......................................

Sebab kalau jumpa dengan saya.... 1st thing 1st... kalau kamu betina (kamu tak layak dipanggil perempuan), saya bagi polis... saya tak berminat nak berurusan dengan betina..... menjatuhkan kegentlemanku....

Tapi kalau kamu bukan betina (saya geli nak panggil kamu "lelaki", sebab kamu tak layak jadi "lelaki") atau kamu seekor bapuk....

Saya akan bawak kamu jumpa dengan Ust Abdullah Rashidi Gua Rock Gua Beriman merangkap Paduka Ayahanda Sg Besi, Ust Suk Sakaratulmaut Ayahanda Serting dan Ust Bashir Ayahanda Semenyih..... dan ahli-ahli dari kumpulan mafia 6 line....

Kemudian kami akan ikat kamu dalam keadaan baring.....

Kemudian kami akan bukak baju kamu....

Kemudian kami akan bakar lilin....

Kemudian kami akan titiskan lilin panas ke atas puting kamu.....

Kemudian kami akan nikmati jeritan indah kamu....... herrrrr...........

Kemudian kami akan serahkan kamu pada Ust Suk untuk ditembak zikir Chisty dalam hati, dan seterusnya Ust Bashir akan brainwash kamu dengan bayan keagungan Allah dan kemudian....

Setelah kamu menangis.....

Ust Abdullah akan bawa kamu ke masjid untuk iktikaf dan taubat bersama jemaah rockersnya.......

Dan sekiranya KAMU MELAWAN!

Kamu akan DISAMPAHKAN oleh kami.....

Kerana kamu adalah sampah, dan tempat kamu di dalam tong sampah.

Kerana sampah macam kamu, kita semua mundur, kerana sampah macam kamu, peniaga yang jujur rosak bisnesnya.....

.KAMI BENCI PENIPU LAKNAT.

-uibo-

Thursday, 4 September 2014

Melayu VS Cina

MAJORITI orang Melayu hidup menggunakan konsep hamba...

Mula dari bawah, jadi kuli, naik pangkat sikit-sikit, gembira dengan duit gaji dan simpanan yang sedikit dan akhirnya mati membawa jawatannya ke kubur dalam keadaan anak-anak miskin (yang lagi teruk, dah la miskin, pastu tinggalkan hutang bertimbun pulak) dan terpaksa merangkak dari bawah seperti ayah mereka, bermula dari jadi kuli, naik jawatan sikit demi sedikit....

Dan ia berterusan dari generasi ke generasi...

Jadi di kalangan orang Melayu, mereka selalu bertanya: "Anak kerja apa?"

MAJORITI orang Cina hidup menggunakan konsep raja....

Mula dari bawah juga, tapi bukan kuli, sebaliknya jadi boss sendiri, meniaga kecil-kecilan sehingga besar sedikit-sedikit dan menjadi sangat besar seperti seorang raja meluaskan pengaruh jajahannya, mempunyai simpanan berjuta-juta lalu mati tanpa jawatan besar tetapi meninggalkan sebuah empayar perniagaan yang sudah besar dan maju kepada anak-anak, anak-anak terus membesarkan lagi perniagaan tu sehingga memonopoli seluruh bidang perniagaan tu sehingga orang lain tak dapat bersaing dengannya dan SESETENGAH DARIPADA MEREKA berjaya "mengawal" kerajaan yang mereka duduki dengan "money power" (actually "bribe" power)....

Dan ia juga berterusan dari generasi ke generasi...

Jadi dikalangan orang Cina, mereka selalu bertanya: "anak bisnes apa?"

Masa untuk berubah, sampai bila orang Islam nak jadi kuli?

Sedangkan peniaga terhebat di dunia ialah Rasulullah dan Para Sahabat baginda sehingga bangsa peniaga iaitu bangsa Yahudi pun terpaksa tunduk kepada peniaga acuan Rasulullah...

Kita mesti belajar dari orang Cina perkara yang baik... (bab menipu dalam bisnes dan suka bribe, itu jangan ikut pulak)...

Dan dakwahkan mereka kepada Islam...

Para Sahabat Rasulullah sendiri berdakwah kepada orang China melalui asbab perniagaan kerana mereka sama seperti Yahudi, bangsa peniaga...

Kerana itu ekonomi dunia dikuasai oleh dua bangsa, Cina dan Yahudi....

Sedangkan yang banyak jadi kuli pulak ialah orang Islam khususnya orang Melayu....

*Jom Revolusi Minda, Hapuskan Minda Kuli Melayu Kuno.*

-ib-

Tuesday, 19 August 2014

Kill All Muslims

Dulu masa zaman Nabi dan masa zaman kegemilangan Islam...
Bila berlaku peperangan, umat Islam akan saling berjaga, saling melindungi, harta, darah, maruah diri, anak, isteri dan keluarga daripada ORANG KAFIR.

Orang-orang kafir akan memburu dan membunuh dengan kejam kaum muslimin jika dijumpai. Disembelih dan dihina mayatnya.

Zaman sekarang pula, bila berlaku peperangan, umat Islam kena jaga dan lindungi harta, darah, maruah diri, isteri, anak dan keluarga daripada ORANG ISLAM sendiri.

Syiah nak tembak kita, (kerana tak mahu tuhankan Saidina Ali)
Wahabi nak sembelih kita, (kerana menganggap kita kafir sebab tak mahu mengaku Allah itu jisim)
ISIS nak penggal kepala kita (sambil berselfie dengan kepala kita tanpa sebab yang jelas),
Salafi Jihadi nak rogol muslimah kita (atas alasan hamba tawanan perang),
Al-Qaeda nak bom kita (tanpa sebab),
Jamaah Islamiyyah nak sniper kita (hanya kerana kita beriman kepada Allah),
Pentaksub politik akan rejam kita dengan batu sampai mati (hanya kerana kita tak pergi mengundi),

Dan macam-macam lagi jenama jemaah pengganas dan esktrimis akan terus memburu dan membunuh umat Islam dan menamakan diri mereka sebagai "Mujahidin"....

Bahkan umat Islam akan dibunuh dengan cara kejam oleh mereka dan menghinakan mayat umat Islam itu...

Subhanallah... Indahnya ajaran Islam...

Tentu Rasulullah bangga dengan para "mujahidin" ini di akhirat kelak berdasarkan jumlah selfie mereka dengan jenazah-jenazah kaum muslimin yang mereka bunuh dengan tangan mereka sendiri.

Inilah akhir zaman...

Orang kafir mengerumuni Muslim,
Khawarij juga turut bersama mereka,
Muslim akan terus ditindas oleh orang kafir dan kaum Khawarij,

Sedangkan darah kafir zimmi yang membayar jizyah pun di bawah perlindungan Rasulullah, apatah lagi darah paling mahal iaitu darah kaum Muslimin?

Bukankah telah begitu banyak hadis tentang keharaman menumpahkan darah Muslimin?

Mengapa kalian bodoh?
Mengapa kalian tinggalkan ilmu?
Mengapa kalian memilih untuk menjadi Khawarij?

Tidakkah Rasulullah telah ajarkan bahawa sifat umat Islam sebenar ialah "keras terhadap orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama muslim?"

Dimana kaum muslimin yang sejati?

Umat Islam akan terus ditindas oleh orang kafir dan Khawarij...

Sehinggalah sampai satu masa, Mekah kematian raja negerinya, lalu kucar kacir berlaku...

Maka "khalifah" Khawarij di Syam mengintai-intai peluang untuk menyerang Mekah dan mengambil alih negeri itu untuk meluaskan jajahannya...

Sehinggalah 7 Wali Allah dari 7 penjuru dunia hadir di hadapan Ka'abah dan melantik seorang Khalifah pilihan Allah.

Bukan Syiah, bukan Wahabi, bukan Khawarij.

Lalu puak-puak Khawarij dari Syam akan mengamuk kerana ada "khalifah" lain dibaiat lalu akan menghantar pasukan mereka untuk membunuh khalifah yang baru itu. Kerana mereka beranggapan, sesiapa yang tidak taat pada khalifah mereka, mestilah mati.

Belum sampai tentera mereka di Mekah dari Syam, Allah akan tenggelamkan semua tentera Khawarij itu atau lebih dikenali dengan nama tentera As-Sufyaani ke dalam perut bumi di tempat bernama Baidha'.

Senjata dan aset canggih puak Khawarij yang disupply oleh USA semuanya tidak berfungsi bila berhadapan dengan tentera Badarin Tsani yang berperang menggunakan zikir Sirr dan Jahr. Zikir Nafas dan Lafaz.

Satu demi satu akan ditenggelamkan.....

Mula-mula sekali, tentera Al-Mahdi ini akan hapuskan tentera Khawarij Syam (As-Sufyaani) dengan pertolongan tentera Tamimi.

Kemudian mereka akan hapuskan Zionist dan takluk semula Palestin.

Kemudian Dajjal akan zahir bersama 70 ribu tentera Syiah Iran yang sebenarnya merupakan Yahudi (dalam hadis sebut Isfahan).

Dan Nabi Isa akan turun dari langit lalu membunuhnya...

Maka mustahil tentera yang HAQ itu dari kalangan puak pembenci zikir dan pembenci Tasawwuf yang melazimi zikir.

Maka sudah pasti pembenci umat Islam dan penuduh umat Islam sebagai musyrik dan ahli Bidaah itu sebagai As-Sufyaani...

Yang menghalau manusia menggunakan cemeti....

Tahukah kalian bahawa zikir nafas Nabi Isa 'alaihissalam dapat membunuh orang kafir yang menghidunya sejauh mata memandang?

Tidakkah Nabi telah khabarkan akan datang waktu yang kritikal kepada kaum Muslimin di mana tidak ada makanan untuk mereka dan apabila ditanya apa yang mereka makan lalu dijawab "zikir"?

Tidakkah Nabi telah khabarkan bahawa dunia ini tidak akan kiamat selagi mana ada ahli zikir yang mengalunkan zikir "Allah, Allah".....?

Maka siapakah pembenci zikir?
Maka siapakah yang menghalang umat dari berzikir?
Maka siapa pula ahli zikir?
Maka siapa pula zaakirin yang sedang "diam" itu?

Mengapa dulu para ahli zikir dan dakwah bergerak secara senyap tetapi kini menganjurkan majlis besar-besaran?

Note: Terlalu banyak rahsia yang dirahsiakan dan tidak ingin dirahsiakan tetapi terpaksa dirahsiakan kerana kejahilan umat yang menyeluruh tentang rahsia-rahsia agama hanya akan menyebabkan rahsia-rahsia ini dipersendakan mereka. Oleh kerana itu, rahsia-rahsia itu hanya diketahui oleh para Ahlullah. Dan para Ahlullah pula dirahsiakan Allah akan kewujudan mereka kecuali kepada watak-watak terpilih akhir zaman yang ada tawadhuk pada hatinya.

Maka beruntunglah orang yang melazimi berdamping dan bersama Ahlullah.

Celakalah golongan yang membenci ulama, lari dari majlis mereka, tidak mahu bersama mereka, tidak mahu muliakan mereka dan menganggap mereka tidak bernilai hanya kerana mereka tidak sekapal di dalam perjuangan.


-uib-

Wednesday, 30 July 2014

Pengganas

Antara fitnah Dajjal yang terbaru ialah kemunculan puak-puak pengganas ekstrimis dari kaum Wahhabi/Salafi yang menamakan diri mereka sebagai ISIS dan self-declared pembentukan khalifah di Iraq dan Syria.

Seperti biasa, semua agenda Wahhabi/Salafi ini dibiayai oleh tokoh-tokoh jutawan dunia yang bekerja untuk Dajjal (penganut agama Satanic- penyembah Syaitan). Iaitu Rothschild family dan konconya.

Sepertimana mula-mula kemunculan fahaman Wahhabi yang dicetuskan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab An-Najdi pada era perang dunia pertama, gerakannya turut dibiayai oleh anak-anak Dajjal yang sama untuk memberontak (bughah) kepada khalifah Turki Uthmaniyyah.

Hasilnya, kaum Quraisy dan umat Islam telah dibunuh dan dihalau beramai-ramai oleh tentera Wahhabi yang dianggotai oleh orang-orang Arab Badawi (Arab kampung/barbaric) Najd dan bani Sa'ud.

Natijahnya lagi, kaum Quraisy yang memerintah Mekah Madinah selama seribu tahun lebih sejak zaman Rasulullah telah dirampas oleh kaum Wahhabi dari bani (keturunan) Sa'ud yang merupakan keturunan Yahudi yang tinggal di Hijjaz (semenanjung Arab).

Hasilnya, terbentuklah negara Wahhabi bernama "Arab Saudi" sempena nama bani Sa'ud.

Mereka mengharamkan pengajian 4 mazhab di Mekah Madinah. Hanya pengajian Wahhabi dan Talfiq Mazhab (mazhab rojak) sahaja dibenarkan. Para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang tegas mengajar akan ditangkap dan dihumban ke penjara atau dibunuh.

Fahaman ekstrim Wahhabi ini dilawan sekeras-kerasnya oleh para ulama ASWJ sedunia kerana membawa fahaman "Takfir" (mudah mengkafirkan orang lain).

Fahaman menuduh orang lain kafir atau musyrik (ahli syirik), atau bidaah dan lain-lain tuduhan bukanlah ajaran Islam atau ajaran yang dibawa oleh Rasulullah.

Fahaman ganas dan ekstrim ini telah menyebabkan banyak pertumpahan darah kerana mana-mana muslim yang tidak mahu mengikuti akidah Wahhabi akan dianggap kafir dan halal dibunuh.

Oleh kerana itu, Muhammad bin Abdul Wahhab dan tenteranya telah membunuh ribuan orang Islam di Hijaz tanpa rasa bersalah.

Kini, fahaman ekstrim ini telah diberi pelbagai jenama baru seperti Salafi, Salafi Yamani, Salafi Jihadi, ISIS, Al-Qaeda, Jamaah Islamiyyah, Ahl-e-Hadith dan macam-macam lagi nama.

Walaupun ada dikalangan mereka yang bergaduh sesama sendiri, tetapi fahaman dan hobi mereka sama. Iaitu menuduh itu ini sebagai BIDAAH BIDAAH BIDAAH, KAFIR, KAFIR, KAFIR dan membunuh orang Islam.

Misalnya Wahhabi Madani atau Wahhabi Madkhali tidak bersetuju dengan pendekatan Salafi Jihadi yang dianuti oleh ISIS,ISIL,ISIJ,FSA,Al-Qaeda dan group so-called "mujahidin" yang lain dan mereka saling menuduh sesat antara satu sama lain.

Mereka cuba mengelak dari nama "Wahhabi" kerana nama itu dinisbatkan pada Muhammad Bin Abdul Wahhab (MBAW), pencetus fahaman ekstrim ganas radikal ini.

Mereka gerun bila dinisbatkan fahaman mereka kepadanya adalah kerana dia (yakni MBAW) adalah kelahiran tanah Najd (sekarang digelar Riyadh,Arab Saudi) yang diramalkan Rasulullah dalam hadis sebagai pusat kelahiran fitnah dan tanduk syaitan.

Jadi mereka khuatir sekiranya gerakan sesat mereka itu diketahui orang ramai telah pun "diramal" oleh Rasulullah sebagai sebuah fahaman sesat dan fitnah buat umat Islam.

Ulama besar ASWJ seperti Mufti Mesir, Syaikh Ali Jumu'ah bersetuju bahawa gerakan Wahhabi ini merupakan gerakan Khawarij 'Asr (Khawarij moden) yang diramalkan baginda Nabi akan muncul dan melakukan kerosakan.

Dulu orang kutuk saya sebab selalu ingatkan umat tentang bahaya Wahhabi.

Orang kata saya ni tak habis-habis dengan isu Wahhabi.

Orang kata saya ni tak boleh berlapang dada dan sibuk dengan Wahhabi je.

Tapi ketahuilah, apa yang ulama terdahulu risaukan, pasti ada sebabnya.

Kini, apa yang saya amarankan telah menjadi satu kenyataan bila munculnya khalifah palsu di Iraq yang hobinya membunuh orang Islam.

Kaum Wahhabi ISIS ini telah menghancurkan banyak masjid termasuk masjid-masjid tua yang bersejarah di Iraq.

Mereka juga hancurkan gereja yang berusia 1800 tahun tanpa sebab. Sedangkan adab jihad yang diajarkan Rasulullah ialah tidak boleh memusnahkan rumah ibadat agama lain.

Mereka bukan takat hancurkan rumah ibadat agama lain, tapi masjid dan kubur para Nabi pun mereka hancurkan.

Jadi mereka ini belajar adab jihad dari siapa kalau bukan CIA dan Amerika?

Makam Nabi Yunus,Nabi Syith,Nabi Daniel, telah dimusnahkan mereka.

Keadaan mereka sama seperti Wahhabi Saudi yang telah menhancurkan banyak tinggalan sejaran Rasulullah dan Sahabatnya. Misalnya rumah kelahiran Nabi, rumah Nabi dan Khadijah, perkuburan Baqi' dan lain-lain tempat sejarah, telah dihancurkan oleh Wahhabi Saudi tanpa sebab.

Ada yang dijadikan perpustakaan, ada yang dijadikan tandas dan sebagainya.

Begitu juga Al-Qaeda, satu lagi cabang Salafi Jihadi yang telah mengebom ramai orang Islam tanpa sebab. Osama Laden yang diagung-agungkan orang buta hati juga telah membunuh ramai ulama ASWJ dan ulama Sufi. Osama Laden itu sendiri merupakan ejen CIA yang bertanggungjawab membuat fitnah di tengah-tengah kaum Muslimin.

Taktik Amerika ini mudah, mereka create group Mujahidin, bagi dana, bagi senjata, laungkan slogan Islam, pastu rekrut pemuda-pemuda Islam diseluruh dunia sebagai ahli, dan lancarkan keganasan. Bom sana sini, bunuh orang Islam, bunuh orang awam.

Tapi Israel yang hangat membantai Palestin.... dibiarkan mereka.....

Orang Malaysia pun dah ramai yang tertipu dengan propaganda bodoh ni.
Kalau ada yang rekrut korang untuk "berjihad" dengan puak-puak ni. Jauhilah mereka. Tidak ada jihad di Syria atau Iraq melainkan ia cuma pemberontakan bersenjata kepada kerajaan (masalah politik negara, bukan masalah jihad) yang menyebabkan ramai orang awam terkorban khasnya wanita dan kanak-kanak.

Gila kuasa punya pasal, orang awam kena bunuh, masjid kena bom, budak kena sembelih, muslimah dirogol.

Kalau nak jihad sangat, pergilah Palestin sana. Lawan orang Yahudi yang pure 100% kafir.

Jihad itu melawan orang kafir harbi bukannya membunuh orang Islam. Rasulullah telah menjamin dan membela darah dan harta kaum Muslimin dan mana-mana muslim lain menumpahkan ia, maka wajib neraka baginya.

Korang fikir korang tengah jihad, tapi bila mati, straight kena humban ke neraka sebab membunuh orang-orang Islam.

Sebab itu saya menentang sekeras-kerasnya fahaman Wahhabi di Malaysia.

U will end up as RADICAL MILITANT.

Begitu juga mufti-mufti dan Majlis Agama di seluruh Malaysia (kecuali negeri Wahhabi Perlis), mereka juga menyekat fahaman ekstrim ini dan telah beri amaran kepada orang ramai tentang mara bahaya fahaman ni.

Mereka (Wahhabi) dengan mudah menganggap kita semua kafir dan halal dibunuh hanya kerana kita tidak mahu yakin bahawa Allah itu berjisim dan Allah itu bertempat di langit.

Pernah sekali saya ditanya mereka "Ainallah?" (dimana Allah?)

Saya jawab Allah WUJUD TANPA TEMPAT. (Ini akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, iaitu akidah Rasulullah dan para Sahabat serta para ulama yang mengikuti mereka)

Dia cakap straight saya ni KAFIR sebab bagi mereka, keberadaan Allah yang sebenar ialah di dalam langit.

Sekatlah mereka, jangan sampai mereka buat group besar kat Malaysia dan menyembelih kita sepertimana ISIS menyembelih umat Islam di Iraq dan Syria.

Sayu hati tengok video ISIS tembak budak-budak Muslim macam bunuh nyamuk.

Tak kan nak tunggu benda ni jadi kat Malaysia?

Group ISIS ni dah ada cawangan di Indonesia, China, Filipina dan lain-lain tempat di Asia.

Di Malaysia pun ada sarangnya. Saya pernah bertemu dengan salah seorang ahlinya di KL. Mengikut pengakuannya sendiri, namanya dah naik kat bukit Aman sebagai suspek militan.

Mereka masih bersembunyi, jangan sampai mereka kuat, besar dan bunuh abang-abang Polis dan askar kita. Bila barisan pertahanan hancur macam di Mosul, orang awam pulak akan disembelih.

Demi Allah, saya telah ingatkan kalian.
Demi Allah, saya telah beri amaran pada kalian.

Note: Khalifah sebenar akan dibai'at di depan Ka'bah, bukannya di Iraq. Mengajilah ilmu, jangan terus jahil. Kerana kejahilan anda akan menumpahkan banyak darah.


-uib-

Eid Mubarak

Acecece chee...

Ramai pulak yang update status acah-acah sedih sebab Ramadhan meninggalkan kita...

Padahal sepanjang Ramadhan tu dok sibuk main Facebook, sibuk berdebat, sibuk berhujah, sibuk memberi komen sampai bergaduh, mengutuk, memperli kepada isu semasa padahal komennya tak boleh ubah apa-apa keadaan isu tu, Quran tak khatam, pergi lepak bazaar Ramadhan yang dipenuhi dengan nangka berbalut padahal tak ada apa nak beli sangat pun, solat jemaah Fardhu 5 waktu tak jaga, solat terawikh pun buat 8 je, iktikaf 10 akhir Ramadhan pun tak, Tahajud kantoi, zikir kantoi, semuanya kantoi belaka...

Tiba-tiba hujung Ramadhan malam Raya update status "sedih Ramadhan meninggalkan kita"...



Well, kalau ahlullah baca update camtu, diorang pun ketawa...

Qola qo'ilun (berkata seseorang): "Sangka baiklah wei, raya-raya camni pun nak sakitkan hati orang..."

Eleh... terase lah tu... terase kan? kan? LOL!

Rileks ah, bukan nak cari gaduh di pagi Raya ni, just nak bagi "fikir" sikit je...boleh kan?

Sesungguhnya yang paling layak sekali untuk menangis kesedihan kerana Ramadhan meninggalkannya ialah KEKASIH RAMADHAN ITU SENDIRI....

Yang senantiasa mendampingi kekasihnya selama sebulan penuh tanpa kelalaian sedikit pun....

Saya pernah bertemu dengan para kekasih Ramadhan dan melihat keadaan mereka yang sangat asyik bercinta dengan Ramadhan seperti Majnun asyik pada Laila, seperti Ahlullah asyik pada Allah, seperti ibu yang kerinduan pada bayi kecilnya yang setahun menghilang...

Salah seorang guru mursyid saya, pabila menjelang Ramadhan, beliau akan beriktikaf di dalam masjid bersama para murid tarbiahnya selama sebulan penuh tanpa jejak kaki keluar dari masjid walau sesaat kecuali untuk ke tandas/mandi, makan pun dalam masjid.

Salah seorang rakan semursyid saya,pabila masuk sahaja 1 Ramadhan, beliau ikut iktikaf bersama mursyid dan tidak mengucapkan walau sepatah pun perkataan kecuali zikir dan Al-Quran, semua komunikasi dengan manusia dilakukan dengan bahasa isyarat atau ditulis dalam buku nota dan ditunjukkan dalam keadaan yang sangat terhad. Beliau tidak akan berkomunikasi dengan makhluk tanpa darurat (bagi yang biasa dengan ilmu Tasawwuf, anda akan biasa memahami faedah diam dengan makhluk khasnya di bulan Ramadhan).

Sekumpulan rakan semursyid lain pula dari kalangan hafiz Al-Quran akan bangun pada jam 1 pagi dan akan berterawikh sekali lagi bergilir ganti secara berjemaah sehingga sahur, berkali-kali mereka khatamkan Quran dengan cara itu sepanjang Ramadhan.

Salah seorang guru saya sentiasa membawa Al-Quran bersamanya dan apabila ada ruang waktu, beliau akan membacanya dengan khusyuk. Beliau khatam setiap 3 hari (sehari baca 10 juzuk). Sepanjang Ramadhan beliau khatam sebanyak 10x secara sendiri, tidak termasuk khatam ketika terawikh selepas Isyak dan terawikh di waktu Tahajjud bersama para huffaz Al-Quran yang lain.

Dan banyak lagi kisah para kekasih Ramadhan menghiasi kekasih mereka secantik-cantiknya yang saya saksikan sendiri dengan mata kepala saya sendiri, bukan rekaan.

Mereka inilah yang menangis pada malam Raya dan PALING LAYAK untuk sedih di malam Raya kerana kekasih mereka meninggalkan mereka....

Tanpa mereka update di Fb tentang kesedihan mereka kerana terlampau sedih.

Orang yang terlampau sedih kerana sesuatu tercinta hilang dari mereka tidak mungkin sempat untuk update Fb tentang kesedihan mereka.

Contohnya jika ahli keluarga yang tersayang accident ngeri sehingga melibatkan nyawa, mana sempat kita nak update acah-acah sedih. Mestilah kita sibuk di dunia realiti, melihat keadaannya, berdoa untuknya, mengutip mayatnya.

Tak kan nak berselfie di tempat kejadian pulak?

Yang jenis update dan selfie di tempat kejadian ni confirmlah dia tak sedih kan?

Sekadar meraih publisiti di Fb untuk bagitahu yang family nya accident dan perlukan perhatian orang ramai kepadanya...

Saya sendiri kalau sedih, misalnya bila mursyid saya meninggal,update untuk pengumuman kematiannya di Fb hanya menyusul selepas beberapa hari kematiannya selepas kesedihan yang amat itu sedikit reda.

Apa-apa pun...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Taqabalallahu Minna Wa minkum, semoga Allah terima semua amalan kita. Kepada yang terasa, harap maaf ye.. Hehehe~

Jangan lupa amalkan sunnah-sunnah Aidilfitri, makan kurma sebelum solat Raya, mandi Sunat Raya, pakai wangian (untuk lelaki), pakai pakaian terbaik yang paling mendekati sunnah (tak semestinya baru) dan ucapkan Taqabalallahu Minna wa minkum sesama kita...

Note: Sape nak datang Raya rumah saya di Nibong Tebal (sempadan Parit Buntar), dialu-alukan, whatsapp saya untuk detail 0175138535.

Tapi tak ada duit Raya, ketupat rendang ada lah.

Maklumlah, saya ni student dan penganggur paling sibuk di dunia tanpa gaji, tak ada sumber pendapatan tetap. Hehehe. Duit Jutaria banyaklah kalau nak.

-uib-

Template by:

Free Blog Templates