Saya akui saya bukanlah ahli politik mahupun seorang pendakwah yang hebat, tapi saya terpanggil dengan beberapa isu yang sentiasa menghangatkan muka depan media-media massa dan elektronik. Apa salahnya menyatakan pendapat mengikut falsafah sendiri.
Politik dan dakwah adalah satu teras dan lahir dari Kalamullah yakni Al-Quran. Kedua-dua perkara ini sangat penting dalam menegakkan Islam di atas muka bumi ini. Namun harus kita ingat bahawa Islam itu mudah, bawalah ia seperti mana anda membawa Ilmu yang lain. Cth; anda mengajar sains secara bukti dan fakta, Islam juga seperti itu, lengkap dengan fakta yang mampu menujah benak fikiran manusia.
Ada golongan yang hanya bawa dakwah sahaja sebagai wadah perjuangan, ada juga yang bawa politik sahaja sebagai wadah, dan yang paling baik adalah mengangkat kedua-duanya sebagai dasar perjuangan. Kini, sudah banyak gerakan-gerakan Islam pada asal penubuhannya cuma dakwah kini sudah terjun ke dunia politik.
Politik bermaksud pengurusan, yakni menguruskan sekelompok manusia dalam hal-hal pentadbiran sebuah wilayah atau negara. Manakala dakwah adalah pengajakan manusia kepada Tuhan, pengabdian pada Tuhan dan hukum-hukum Tuhan.
Cuba bayangkan sebuah negara yang dikawal oleh kuasa politik tanpa berlandaskan agama dengan sebuah negara yang dikawal oleh kuasa politik berlandaskan hukum syarak yakni hasil nasihat pihak-pihak pendakwah? Sudah tentu memberi impak yang berbeza pada kedua-dua negara.
Pendakwah bukan sahaja menasihati rakyat jelata malah boleh menegur pemerintah negara dan boleh menyertai politik untuk mendapatkan kuasa pemerintahan bagi melaksanakan yg Hak dan menidakkan yang Batil. Ini adalah kehebatan dakwah dalam mempengaruhi politik negara.
Namun ada cakap-cakap dalam masyarakat kita yang menuduh ulama itu sebagai politikus semata-mata bertanding dalam pilihanraya. Itu sudah jelas satu tuduhan tidak berasas. Politikus cuma berpolitik semata-semata manakala ulama bukan sahaja berpolitik tapi berdakwah.
Antara hujah mereka bahawa Ulama tersebut menggunakan Agama sebagai perisai atau senjata untuk memancung seteru politik mereka. Saya nak tanya; apa mulia sangat puak-puak sekular yang berpolitik ni. Apa yang berdosa sangat ulama-ulama menyertai politik ini.
Ini sikap orang kita yang suka menuduh melulu tanpa usul periksa. Saya tidak taksub mana-mana ulama tapi bicaralah kita menggunakan Ilmu bukan menuduh melulu. Itu tindakan ZALIM. Namun saya tabik pada ulama-ulama yang memperjuangkan Islam, walaupun sudah dimamah usia namun tetap cekal dan lincah dalam berpolitik dan berdakwah.
0 comments:
Post a Comment