Like Sampai Jari Patah

Friday, 26 October 2012

Saidina ‘Ali radhiyallahu ‘anhu pernah berkata kepada isterinya, (iaitu) Fathimah radhiyallahu ‘anha:

ﻳﺎ ﻓﺎﻃﻤﺔ ﻣﺎ ﺧﻴﺮ ﻣﺎ ﻟﻠﻤﺮﺃﺓ؟

“Wahai Fathimah, apa yang terbaik untuk seseorang wanita?” Fathimah menjawab:

ﺃﻥ ﻻ ﺗﺮﻯ ﺍﻟﺮﺟﺎﻝ ﻭﻻ ﻳﺮﻭﻫﺎ

“Hendaklah dia tidak melihat lelaki (yang bukan mahramnya) dan lelaki pun tidak melihatnya.” ‘Ali berkata lagi:

ﺃﻻ ﺗﺴﺘﺤﻴﻮﻥ؟ ﺃﻻ ﺗﻐﺎﺭﻭﻥ؟ ﻳﺘﺮﻙ ﺃﺣﺪﻛﻢ ﺍﻣﺮﺃﺗﻪ ﺗﺨﺮﺝ ﺑﻴﻦ ﺍﻟﺮﺟﺎﻝ ﺗﻨﻈﺮ ﺇﻟﻴﻬﻢ ﻭﻳﻨﻈﺮﻭﻥ ﺇﻟﻴﻬﺎ

“Tidakkah kamu malu? Tidakkah kamu cemburu? Salah seorang di antara kamu membiarkan isterinya pergi ke khalayak kaum lelaki dan dia melihat mereka serta mereka (para lelaki) pun melihat mereka pula.” (Lihat: adz-Dzahabi, al-Kaba’ir,)

Maka para wanita berkata: "ala..tu kalau keluar rumah..kami tak keluar rumah pun...."

Ibnu batoota berkata: "memang la korang tak keluar rumah,tapi korang telah 'keluar rumah' secara khianat melalui fb,twitter dan laman soooo-sial yang lain dengan mempamerkan gambar-gambar korang walaupun berpurdah kepada umum,kalian dilihat ramai lelaki dan yang lebih jauh,gambar kalian di save para lelaki dalam laptop dan handphone mereka..maka apakah kalian tidak malu?dan apakah suami kalian tidak cemburu?"

~kredit to uibo~

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates