Like Sampai Jari Patah

Saturday 7 December 2013

Ayuh BANGKIT

Bismillahirrahmanirrahim...

Bumi bertuah bumi Malaya satu masa dulu pernah menjadi empayar hebat yang digeruni seluruh pelusuk masyarakat dunia...

Bangsa Malaya Islam pernah menjadi pusat tumpuan dunia perdagangan....

Bahasa Melayu pernah menjadi Lingua Franca....

Ia hebat bukan kerana Melayu,
Tetapi Melayu yang hebat kerana Islam,
Atas sebab itu,Dajjal cuba hapuskan Islam di tanah Malaya agar kekuatan itu hilang...

Islam menyatukan seluruh umat di Malaya dan seluruh Nusantara termasuk Indonesia, Brunei, Sulu, Pattani, Filipina dan lain-lain....

Bahkan Empayar Agung China yang lebih awal mendapat Islam juga mengkagumi dan menghormati Empayar Islam Nusantara....

Tapi kini Islam "dihancurkan" Dajjal maka pergaduhan antara Nusantara berlaku walaupun sesama saudara Islam...

Indonesia membenci Melayu...
Sesama Melayu memacaikan sesama Melayu kerana politik...
Sulu menyerang Melayu...
Filipina ramai yang murtad...
Pattani disiamkan Thailand...
Melayu pula dimurtadkan Syiah(anti-Quran)...
Dimurtadkan Kristian(anti-Islam)....
Dimurtadkan puak Quranist(anti-hadis)...
Disesatkan Wahhabi(anti-hadis daif)...

Maka Islam di Nusantara "musnah" akibat kroni-kroni Dajjal ini....

Di mana titik kesatuan?

Bagaimana kita boleh menjadi kuat seperti dahulu?

Disinilah pentingnya mempelajari SEJARAH....

Islam dulu bersatu di bawah payung SIASAH Sultan yang berdaulat, tiada perpecahan politik mengikut parti...

Di bawah bayangan bangunan FIQH mazhab Asy-Syafi'e...

Di dalam naungan AKIDAH mazhab Al-Asy'ari...

Diliputi pula dengan keindahan TASAWWUF mazhab Al-Ghazali....

Selama ratusan tahun Islam berdaulat di Nusantara kerana sepakat umat Nusantara untuk berpegang kepada semua ini.....

Tetapi kini, sedikit demi sedikit Dajjal cuba menghapuskan titik kesatuan ini dengan menghapuskan SIASAH kesultanan dan diganti demokrasi...

Mazhab FIQH Syafi'e diganti mazhab "tafsir Quran Hadis sendiri"...(Sedangkan baca Quran pun masih merangkak)

Mazhab AKIDAH Asy'ari diganti mazhab Wahhabi yang mengajarkan akidah Hindu(ada jisim tapi tak serupa jisim makhluk, macam patung hindu, ada tangan,tapi tak serupa makhluk punya tangan, sebab tu tangan patung Hindu ada banyak)....

Ajaran Sifat 20 mazhab Asy'ari diganti dengan Tauhid 3 serangkai (uluhiyyah,rububiyyah,asma sifat) Ibnu Taimiyyah....

Ajaran TASAWWUF dan AKHLAK mazhab Al-Ghazali diharamkan Wahhabi dan dikafirkan pula orang yang mempelajarinya (yang mereka gelar sebagai SUFI) dan diganti dengan akhlak buruk Wahhabi yang ajarkan sikap kafir mengkafir umat Islam, bidaah bidauh bidaih sana sini, syirik kufur itu ini, sesat sana sesat sini....

Ditambah lagi dengan Syiah, Kristian, Quranist, Liberal, ajaran-ajaran sesat kampung dan sebagainya.....

Maka atas ini.....

1) Saya menyeru agar semua umat Islam bersama berganding bahu untuk menyokong penuh 100% hasrat untuk UMNO dan PAS bergabung demi Islam yang dimulakan langkahnya oleh Tuan Guru Mulia Haji Hadi untuk bermuzakarah dan disambut baik pula oleh DS Pak Najib....kami sangat mengharap tiada ejen atau kroni Dajjal cuba interupt muzakarah ini dan mahu terus umat Islam berpecah...

Saya juga menyeru agar ahli PAS dan UMNO saling mengamalkan politik sihat kerana Freemason sedang bergiat menjadi "pembangkang" dan jadi "kerajaan" untuk membakar "ikan-ikan bilis" dari kedua-dua pihak. Misalnya: Apa yang mereka perlu lakukan hanyalah edit gambar Pak Najib dengan penghinaan kemudian sebarkan di Internet dan bangkitkan kemarahan orang kerajaan kepada pembangkang (sedangkan pembangkang hanya diam pada mulanya), kemudian mereka pula edit gambar pemimpin pembangkang dengan penghinaan dan menyebabkan orang pembangkang pula meroyan dan memacaikan orang kerajaan, jadi penuh di status-status pembangkang dan kerajaan perkataan caci maki dan penghinaan sehingga gugurlah pandangan rahmat Allah kepada kedua-dua pihak sepertimana yang dikhabarkan di dalam HADIS Nabi...Freemason pulak goyang kaki dan ketawa melihat sesama umat Islam ASWJ bergaduh dan caci mencaci...

Oleh sebab itu, jangan diperbodohkan MEDIA DAJJAL....

Berpegang teguhlah pada MEDIA yang paling SAHIH sehingga kiamat iaitu QURAN dan HADIS yang mengajarkan kita bahawa musuh kita BUKAN umat Islam (PAS atau UMNO), tetapi musuh sebenar kita ialah SYAITAN (Freemason)...

2) Saya juga menyeru agar umat Islam membantu untuk menghapuskan ajaran-ajaran sesat seperti Wahhabi (yang difatwakan sesat oleh mufti-mufti Malaysia), Syiah (yang difatwakan sesat oleh mufti-mufti Malaysia) dan lain-lain ajaran sesat yang tidak perlu difatwakan sesat sebab dah jelas sangat kesesatan mereka....

Langkahnya ialah kita sendiri jauhi fahaman-fahaman ini dan terus berpegang teguh kepada mazhab Syafie untuk masalah FIQH, mazhab Asy'ari untuk masalah AKIDAH dan mazhab Al-Ghazali untuk masalah AKHLAK/TASAWWUF...

Saya juga menyokong penuh Mufti Kedah yang lantang suarakan kesesatan Wahhabi, dan juga mufti-mufti lain....

Kini Wahhabi dah banyak menusuk masuk ke dalam JAKIM secara perlahan-lahan, jangan sampai mereka masuk ke Institusi Fatwa pulak macam yang berlaku di Perlis dan menyingkirkan mufti-mufti ASWJ....

Kami sangat berharap agar semua sultan dan raja Melayu terus berpegang kepada ajaran ASWJ yang merupakan sumber kekuatan Islam di Nusantara...

3) Saya menyeru agar tidak melayan video atau blog atau laman web atau page yang cuba melaga-lagakan Malaysia dan Indonesia kerana semua itu dibina oleh Freemason untuk kita bergaduh sesama sendiri...

Seperti biasa, Freemason hanya perlu membuat beberapa blog dan video yang menghina Malaysia atau Indonesia, maka dua negara menjadi bertelagah kemudian video dan blog yang saling menghina bercambah begitu banyak macam cendawan menyebabkan Freemason hanya goyang kaki dan melihat Malaysia dan Indonesia bergaduh...

Oleh sebab itu jangan jadi BODOH dan DIPERBODOHKAN oleh Freemason kerana kita ini MUSLIM...

MUSLIM itu hebat dan pintar, tidak mudah diperbodohkan orang kafir kecuali jika "Islam" telah pudar dari dirinya....

Jangan anggap ini hanyalah "anggapan" saya kepada Freemason, saya dapat info tentang usaha memecah belahkan Malaysia dan Indonesia ini dari ahli Freemason sendiri di Afrika yang telah mendapat hidayat dan memeluk Islam, sekarang dia hidup dalam pelarian kerana diburu Dajjal untuk dibunuh....

Note: We are better than this, marilah kita bersatu dan kembali menjadi gelombang kuasa kuat melawan Dajjal, musuh kita bukan Amerika, Israel, British atau mana-mana negara, mereka itu semua hanyalah BONEKA yang digunakan Dajjal. Musuh sebenar kita ialah DAJJAL dan kroni-kroni FREEMASON nya....

Jika tidak mahu menjadi watak akhir zaman yang mencetuskan kebangkitan Islam...

Sekurang-kurangnya...

Janganlah jadi watak akhir zaman yang menyebabkan kehancuran umat.....


-uibo-

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates