Like Sampai Jari Patah

Sunday 8 June 2014

Follow the media, forget your death date

Dunia Malaya tergempar sebentar dengan isu-isu semasa umpama sampah-sampah di dalam air sungai yang sentiasa mengalir, bila dia mengalir datang, kita nampak, kemudian semua pakat komen sampah tu tanpa mengangkat sampah tu keluar dari sungai, tak lupa juga yang hanya duduk tepi sungai dan memaki-maki sampah tu, kemudian dia mengalir pergi, kita tunggu sampah baru pulak datang...

Macam tu jugak isu-isu semasa, manusia terus menjadi hamba media, warna warni hidup mereka dicorakkan oleh media...

Dulu kecoh pasal blackout, semua buat dp hitam, kemudian dilupakan....

Kemudian kecoh pasal kangkung, semua jadi hijau, kemudian dilupakan....

Kemudian kecoh kes Anwar, kes politik itu ini, kemudian dilupakan....

Kemudian datang pulak kes MH370, gempar satu dunia....

Sampai jemput bomoh antarabangsa untuk carik....

Sekarang, semua kembali bergoyang kaki sambil colek gigi dengan lidi....

Kemudian kecoh Obama datang, semua pakat sujud sampai nak pergi pesta buku pun susah.....

Belum lagi sembang isu Palestin, Syria dan militan.....

Kemudian isu khinzir dalam coklat Cadbury....

Semua pakat boikot dan mengutuk mencerca menggunakan terma baru yang lebih sopan bagi menggantikan perkataan ba alif ba ya.....

Tidak kurang juga pejuang-pejuang Wahabi yang ligat mempertahankan kehalalan dan ketidaknajisan makhluk tu...

Maklumlah, kenalah ada fatwa yang tidak searus dengan masyarakat, barulah rare dan dapat perhatian...

Jalan pintas untuk femes, sekepala dengan puak bobo, puak evan's, puak vienna, puak hudson, puak lepak pavi, puak bintang kecil, puak kilaun emas dan yang seangkatan dengannya....

Apa yang disabda baginda itu benar lagi dibenarkan...

Umat ini ramai, sangat ramai....

Tapi mereka umpama BUIH-BUIH DI LAUTAN.....

Sangat menarik perkataan "buih di lautan"...

Kerana di mana ada lautan, di situ ada "ombak"....

Umat umpama buih, media umpama ombak, hari ni dibawa ke timur, esok dibawa ke barat tanpa masalah di timur selesai, masalah di selatan pula muncul sedangkan di barat baru mula bicara.....

Tidak terkecuali sesiapa pun samada dia Sultan, atau menteri atau presiden atau ulama atau ahli zikir atau ahli sufi atau Wahabi atau puak Cadbury atau penyokong bola atau pemain SUKMA di Perlis atau Polis atau tentera atau kakitangan kerajaan atau kepala badan kerajaan atau yang bekerja sendiri atau yang kerjanya mencuri...

Bahkan "penganggur tersibuk di dunia" pun turut sama terkesan dengan permainan ombak tanpa dia mahu....

Dia cuba menjadi kapal yang melawan ombak, tapi buih-buih tidak mahu naik kapal, hanya mahu melekat di tepian kapal, bila kapal lebih kuat, mereka ikut kapal, kalau ombak lebih kuat, mereka ikut ombak.....

Semua ombak buatan media ini dicipta oleh watak-watak akhir zaman supaya umat lupa kenapa mereka ada di dunia ini dan untuk mereka lupa bahawa mereka akan mati dan untuk mereka lupa bahawa di dalam kubur itu mereka sendiri, sunyi dan sepi....

Ianya sempit, berdebu, gelap dan tidak dapat bergerak......

Tiada peluang untuk kembali ke dunia....

Tiada lagi ruang untuk berdansa atau gerakkan badan kaki seperti biasa....

Yang ada hanyalah ulat, ular, kala jengking dan lubang neraka bagi yang celaka...

Dan ada gambar NabiNya, wangian syurga serta kebunnya terlihat di mata bagi yang bahagia.....

Isu apa pula yang akan terus melalaikan kita dari tujuan hidup sebenar kita pada masa akan datang?

Kita tunggu dan lihat.....

Kesimpulan: Walaupun kita terpaksa akui yang kita ini hamba isu semasa, mengikut sahaja ke mana dibawa, tapi..... kita cubalah sedaya upaya ye untuk ingat mati....

Semasa mentor rohani saya Shaikh Ibrahim rahimahullah masih hidup....

Beliau sering berpesan supaya jangan tertipu dengan media dan isu semasa dan ingatlah mati paling kurang 25 kali sehari....

Dan seringlah amalkan doa yang diajar Nabi iaitu:

"Allahumma barikli fil maut, wa fi maa ba'dal maut...."


-uib-

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates