Like Sampai Jari Patah

Wednesday 30 July 2014

Eid Mubarak

Acecece chee...

Ramai pulak yang update status acah-acah sedih sebab Ramadhan meninggalkan kita...

Padahal sepanjang Ramadhan tu dok sibuk main Facebook, sibuk berdebat, sibuk berhujah, sibuk memberi komen sampai bergaduh, mengutuk, memperli kepada isu semasa padahal komennya tak boleh ubah apa-apa keadaan isu tu, Quran tak khatam, pergi lepak bazaar Ramadhan yang dipenuhi dengan nangka berbalut padahal tak ada apa nak beli sangat pun, solat jemaah Fardhu 5 waktu tak jaga, solat terawikh pun buat 8 je, iktikaf 10 akhir Ramadhan pun tak, Tahajud kantoi, zikir kantoi, semuanya kantoi belaka...

Tiba-tiba hujung Ramadhan malam Raya update status "sedih Ramadhan meninggalkan kita"...



Well, kalau ahlullah baca update camtu, diorang pun ketawa...

Qola qo'ilun (berkata seseorang): "Sangka baiklah wei, raya-raya camni pun nak sakitkan hati orang..."

Eleh... terase lah tu... terase kan? kan? LOL!

Rileks ah, bukan nak cari gaduh di pagi Raya ni, just nak bagi "fikir" sikit je...boleh kan?

Sesungguhnya yang paling layak sekali untuk menangis kesedihan kerana Ramadhan meninggalkannya ialah KEKASIH RAMADHAN ITU SENDIRI....

Yang senantiasa mendampingi kekasihnya selama sebulan penuh tanpa kelalaian sedikit pun....

Saya pernah bertemu dengan para kekasih Ramadhan dan melihat keadaan mereka yang sangat asyik bercinta dengan Ramadhan seperti Majnun asyik pada Laila, seperti Ahlullah asyik pada Allah, seperti ibu yang kerinduan pada bayi kecilnya yang setahun menghilang...

Salah seorang guru mursyid saya, pabila menjelang Ramadhan, beliau akan beriktikaf di dalam masjid bersama para murid tarbiahnya selama sebulan penuh tanpa jejak kaki keluar dari masjid walau sesaat kecuali untuk ke tandas/mandi, makan pun dalam masjid.

Salah seorang rakan semursyid saya,pabila masuk sahaja 1 Ramadhan, beliau ikut iktikaf bersama mursyid dan tidak mengucapkan walau sepatah pun perkataan kecuali zikir dan Al-Quran, semua komunikasi dengan manusia dilakukan dengan bahasa isyarat atau ditulis dalam buku nota dan ditunjukkan dalam keadaan yang sangat terhad. Beliau tidak akan berkomunikasi dengan makhluk tanpa darurat (bagi yang biasa dengan ilmu Tasawwuf, anda akan biasa memahami faedah diam dengan makhluk khasnya di bulan Ramadhan).

Sekumpulan rakan semursyid lain pula dari kalangan hafiz Al-Quran akan bangun pada jam 1 pagi dan akan berterawikh sekali lagi bergilir ganti secara berjemaah sehingga sahur, berkali-kali mereka khatamkan Quran dengan cara itu sepanjang Ramadhan.

Salah seorang guru saya sentiasa membawa Al-Quran bersamanya dan apabila ada ruang waktu, beliau akan membacanya dengan khusyuk. Beliau khatam setiap 3 hari (sehari baca 10 juzuk). Sepanjang Ramadhan beliau khatam sebanyak 10x secara sendiri, tidak termasuk khatam ketika terawikh selepas Isyak dan terawikh di waktu Tahajjud bersama para huffaz Al-Quran yang lain.

Dan banyak lagi kisah para kekasih Ramadhan menghiasi kekasih mereka secantik-cantiknya yang saya saksikan sendiri dengan mata kepala saya sendiri, bukan rekaan.

Mereka inilah yang menangis pada malam Raya dan PALING LAYAK untuk sedih di malam Raya kerana kekasih mereka meninggalkan mereka....

Tanpa mereka update di Fb tentang kesedihan mereka kerana terlampau sedih.

Orang yang terlampau sedih kerana sesuatu tercinta hilang dari mereka tidak mungkin sempat untuk update Fb tentang kesedihan mereka.

Contohnya jika ahli keluarga yang tersayang accident ngeri sehingga melibatkan nyawa, mana sempat kita nak update acah-acah sedih. Mestilah kita sibuk di dunia realiti, melihat keadaannya, berdoa untuknya, mengutip mayatnya.

Tak kan nak berselfie di tempat kejadian pulak?

Yang jenis update dan selfie di tempat kejadian ni confirmlah dia tak sedih kan?

Sekadar meraih publisiti di Fb untuk bagitahu yang family nya accident dan perlukan perhatian orang ramai kepadanya...

Saya sendiri kalau sedih, misalnya bila mursyid saya meninggal,update untuk pengumuman kematiannya di Fb hanya menyusul selepas beberapa hari kematiannya selepas kesedihan yang amat itu sedikit reda.

Apa-apa pun...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Taqabalallahu Minna Wa minkum, semoga Allah terima semua amalan kita. Kepada yang terasa, harap maaf ye.. Hehehe~

Jangan lupa amalkan sunnah-sunnah Aidilfitri, makan kurma sebelum solat Raya, mandi Sunat Raya, pakai wangian (untuk lelaki), pakai pakaian terbaik yang paling mendekati sunnah (tak semestinya baru) dan ucapkan Taqabalallahu Minna wa minkum sesama kita...

Note: Sape nak datang Raya rumah saya di Nibong Tebal (sempadan Parit Buntar), dialu-alukan, whatsapp saya untuk detail 0175138535.

Tapi tak ada duit Raya, ketupat rendang ada lah.

Maklumlah, saya ni student dan penganggur paling sibuk di dunia tanpa gaji, tak ada sumber pendapatan tetap. Hehehe. Duit Jutaria banyaklah kalau nak.

-uib-

1 comments:

Anonymous said...

Lucky Club Casino Site - Live Slots, Roulette
Lucky Club Casino is operated by the luckyclub Gambling and Entertainment and is a fully licensed casino operator. The online gaming site offers over a dozen

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates