Dalam sebuah riwayat mengatakan bahawa Nabi Adam a.s. sesungguhnya setelah beliau memakan buah syajarah (buah larangan) maka perut beliau pun mula memulas ketana beliau rasa ada sesuatu yang hendak keluar dari bahagian dubur.
Dikisahkan lagi bahwa tidaklah dijadikan hal seperti itu pada suatu apa-apapun dari makanan-makanan syurga kecuali di dalam syajarah ini , maka sebab itulah Allah s.w.t. melarang Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa memakan buah tersebut.
Setelah Nabi Adam a.s. hendak membuang air besar maka beliau pun berlari mengelilingi syurga untuk mencari tempat bagi membuang air besar. Kemudian Allah s.w.t. memerintahkan seorang malaikat berbicara dengan Nabi Adam a.s.
Lalu berkata malaikat: "Apa yang kamu kehendaki? Nabi Adam a.s. berkata :" Aku ingin membuang kotoran (najis) yang ada di dalam perutku." Kemudian Allah mewahyukan pada malaikat:" Katakan padanya:"Di tempat mana hendak engkau letakkan kekotoran yang ada dalam perutmu itu? di atas tempat tidur, singgahsana, sungai-sungai atau di bawah naungan pohon-pohon? Adakah kamu mendapati sebuah tempat yang sesuai untuk itu? Oleh itu turunlah ke bumi".
Dengan ini dapatlah kita ketahui syurga adalah satu tempat yang paling suci dan diterangkan bahawa apabila telah dimasukkan ke dalam syurga maka seseorang itu tidak ada rasa hendak buang air besar dan sebagainya.
Dunia adalah tempat untuk semua. Semua jenis penyakit, najis, maksiat dan sebagainya ada dalam dunia. Oleh itu hendaklah kita hidup dalam dunia dengan menjauhi dari bermacam-macam najis samaada najis maksiat, najis judi, rasuah, bohong, menipu, minum arak dan sebagainya.
Manusia yang hidup cara Rasulullah s.a.w. adalah orang yang akan mendapat penghormatan di dunia dan di akhirat. Di dunia orang akan menghormatinya dan di akhirat Allah memberi syurga dengan rahmatnya. ((Salman Al-Farisi, 2009)
0 comments:
Post a Comment