Like Sampai Jari Patah

Saturday, 5 March 2011

Punca Kehancuran Umat Islam

Tsauban r.a berkata "Telah bersabda Rasulullah s.a.w. : sesungguhnya Allah s.w.t. telah memperlihatkan kepadaku (peta) bumi secara keseluruhan, aku dapat melihat bumi sebelah timur dan barat. Sesungguhnya kekuasaan umatku akan sampai ke seluruh tempat yang telah diperlihatkan oleh Allah s.w.t. kepadaku".

Sabda Rasulullah s.a.w.: "Kepadaku telah diberikan dua macam perbendaharaan iaitu merah dan putih. Aku telah memohon kepada Allah s.w.t. untuk membantu umatku supaya mereka tidak dibinasakan dengan musim susah yang panjang, dan aku telah memohon kepada Allah s.w.t. supaya mereka tidak dijajah oleh kekuasaan asing selain oleh mereka sendiri, sehingga kekuasaan mereka menjadi hancur luluh.

Lalu Allah .s.w.t. berfirman "Ya Muhammad, apabila aku telah memutuskan suatu perutusan maka putusanku tidak dapat diubah lagi. Aku perkenankan doamu untuk umatmu bahawa mereka tidak akan binasa dengan musim susah yang panjang dan aku tidak akan menjajahkan kepada mereka suatu kekutan musuh selain diri mereka sehingga kekuatan mereka hancur luluh, sekalipun musuh-musuh mereka bersatu mengelilingi, melainkan bila sebahagian mereka membinasakan yang sebahagian dan mereka saling tawan-menawan".

Hadis ini sudah cukup kukuh untuk kita fikirkan kenapa negara Islam berperang sama sendiri, kenapa Iraq menyerang Iran dan Iran menyerang Iraq. Kenapa Iraq menyerang Kuwait dan kenapa Arab Saudi, Mesir, Syria, Turki dan orang-orang kafir menyerang Iraq.

Kalau orang Islam tidak menyerang antara satu dengan lain, bukankah yang akan bermegah adalah orang Islam sendiri. Bukankah apabila berlaku peprangan sesama Islam yang rugi ialah orang Islam sendiri.

Islam tidak menyuruh membunuh sesama Islam, Islam menyuruh supaya orang-orang Islam bersatu dan menjadi sebagai sebuah negara contoh dan teladan pada negara yang bukan Islam. Sekiranya orang-orang Islam dapat menjadikan negara Islam sebagai negara contoh yang berdasarkan kepada cara pemerintahan Rasulullah s.a.w. maka insyaALLAH satu hari nanti seluruh dunia akan menjadi negara Islam (Salman Al-Farisi, 2009).




0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates