Like Sampai Jari Patah

Thursday, 9 May 2013

Air Liur Basi Adalah Najis

Adakah air liur basi najis???

Soa: air liur 2 najis k (air liur biasa & air liur basi)??
mcm mane klu air liur 2 t'kena pd kain sembahyang atau pakaian kita??
msih blh digunakan untk solat x??

Jawapan dari ustazah Ahlam Hayati: bismillah respon soalan yg dikemukakan dlm kitab syarah mukhtasar as-syeikh khalil imam dardil berkata "air liur yg keluar dari mulut manusia adalah suci, adapun air liur yg kluar dari perut (air liur basi) adalah najis..lalu bagaimana ntuk kita membezakan air liur biasa dan air liur basi? air liur yg kuar dari perut ketika tidur air liur yg kelihatan kuning sedikit dan meninggalkan bekas pada kain..

Soa: kalau kite bersihkan tempat yang kene air liur basi tu..mksudnyer baju la..kite basahkan sikit tempat tu untuk solat..sah x solat??..ke kene tukar je baju tu??

Klu air hidung,cmne ek ustazah?
Kdg2 kite ngis time doa ke ape la kn..n msti air mte ngn air idung kluarkn..so klu terkne kain solt tu..xpe ke?soa kt cni..sal air hidung tu ..bkn hingus..

Jawapan dari Maulana Usamah Mables: kna basuh betul2 seperti basuh pakaian yg terkena air kencing. kna hilang bau warna dan rasa dan air tu hendaklah mengalir. xboleh sekadar basahkan dan air hidung tak najis.

~muzakarah ilmu masturat~

1 comments:

mrlabby89 said...

871. Soalan : Apakah air liur manusia ketika tidur bila terkena pakaian tidak najis dan boleh dibuat untuk solat?



Jawapan :



Imam Ibnu Majah dalam sunannya menyebutkan judul bab:



بَابُ اللُّعَابِ يُصِيبُ الثَّوْبَ



Bab, tentang air liur yang mengenai baju.



Kemudian, beliau menyebutkan satu hadis dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, bahawa bercerita,



رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَامِلَ الْحَسَنَ بْنَ عَلِيٍّ عَلَى عَاتِقِهِ، وَلُعَابُهُ يَسِيلُ عَلَيْه



“Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mendokong Husain bin ‘Ali di atas pundak baginda, dan air liur Husain menetes mengenai baginda.” (Hadis Riwayat Ibn Majah 658 dan disahihkan al-Albani, juga disebutkan oleh Imam Ahmad no. 9779 dalam Musnadnya dan disahihkan Syuaib al-Arnauth.)



Termasuk air liur yang keluar ketika tidur.



Dr. Soleh al-Fauzan pernah ditanya tentang liur yang keluar ketika tidur.



Jawaban beliau,



Liur yang keluar ketika seseorang tidur statusnya suci dan tidak najis. Dan hukum asal segala sesuatu yang keluar dari manusia adalah suci, kecuali yang terdapat dalil bahawa itu najis. Berdasarkan sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ‘Sesungguhnya orang mukmin tidak najis.’ Diriwayatkan oleh Imam al-Albani dalam sahihnya, dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu.



Kemudian beliau menegaskan,



Liur, keringat, air mata, atau cairan yang keluar dari hidung, semuanya suci. Inilah hukum asal. Sementara kencing, kotoran, dan setiap yang keluar dari dua jalan, statusnya najis. Liur yang keluar dari seseorang ketika dia tidur, termasuk benda suci, sebagaimana ingus, dahak atau semacamnya. Kerana itu, tidak wajib bagi seseorang untuk mencucinya atau mencuci baju yang terkena liur.(al-Muntaqa min Fatawa al-Fauzan, 5/10)



Keterangan:



Beliau menegaskan bahawa air liur tidak wajib dicuci. Tidak wajib ertinya, jika ada air liur yang terkena baju maka tidak masalah baju ini digunakan untuk solat. Namun jika ini mengganggu kerana bau, maka harus dicuci.

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates