Like Sampai Jari Patah

Friday, 31 May 2013

Dunia Me Karo Kaam
Qabar Me Karo Araam
Jannat Me Lo In'aam

Terjemah:
Berusahalah untuk agama dikehidupan dunia
Berehatlah di dalam kubur
Dan bernikmat nimatlah di dalam syurga.

Inilah hakikat kehidupan yang sebenar. Kehidupan dunia ini bukanlah tempat untuk kita bersukaria dan bergelak tawa. Bahkan di kehidupan dunia inilah tempat untuk kita letihkan diri demi menyempurnakan kehendak Allah dan Rasul. Letih dalam mengamalkan agama dari segi tubuh badan, pemikiran dan perasaan. Inilah yang dikatakan dengan pengorbanan.

Orang yang menjadikan dunia sebagai tempat untuk dia letihkan dirinya demi menyempurnakan kehendak Allah dan Rasul maka di dalam kubur akan menjadi tempat rehat untuknya. Setelah dia disoal dengan penuh kelembutan oleh malaikat Munkar Nakir maka akan dikatakan kepadanya "NUM KANAUMATIL ARUUS"( REHATLAH KAMU SEPERTI REHATNYA PENGANTIN BARU). Dia akan rehat di dalam kubur kerana telah berpenat di kehidupan dunia demi menyempurnakan Allah dan Rasul.

Di akhirat dia akan ditempatkan di tempat yang mulia sebagai tetamu kepada ZAT YANG MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG di dalam syurga Allah. Di dalam syurga dia akan menikmati segala bentuk kemewahan. Segala hajat dan permintaannya terus disempurnakan oleh Allah Yang Maha Kaya. Inilah yang dimaksudkan dari firman Allah:
ولكم فيها ما تشتهي أنفسكم ولكم فيها ما تدعون
Dia akan menikmati segala nikmat yang takkan berakhir dan tiada had.

Sebaliknya orang yang tak sanggup letih dan penat di kehidupan dunia demi menyempurnakan perintah Allah dan Rasul. Tak sanggup menanggung kata2 dan cemuhan manusia dalam menyempurnakan kehendak Allah dan Rasul. Tak sanggup susah dalam menyempurnakan Allah dan Rasul. Dari segi pandangan zahir yang menipu manusia sebegini nampak dimuliakan, nmpak senang dan sebagainya. Inilah tipudaya dunia.

Di dalam kubur manusia seperti ini takkan diberi kerihatan oleh Allah. Akan dilepaskan binatang2 berbisa kepadanya supaya dia sama sekali tidak mendapat kerehatan. Akan dilepaskan bauan yang busuk. Akan dihimpit sehingga tulang rusuknya berceragah dan bermacam2 kesusahan akan ditempuhinya selama di kubur.

Di akhirat manusia seperti ini akan ditempatkan di tempat yang paling hina dan akan terjauh dari rahmat dan pengampunan Allah. Tidak akan ada satu pun keinginannya akan disempurnakan oleh Allah kerana di dunia dia dah berusaha untuk menyempurnakan keinginan nafsunya sehingga meninggalkan keinginan Allah.

Semoga Allah selamatkan saya dan kita semua dari tipudaya dunia ini. Biarlah keinginan kita dikorbankan demi menyempurnakan kehendak Allah dan Rasul di kehidupan dunia demi mendapat kerehatan di dalam kubur dan kenikmatan yang selama lamanya di dalam syurga Allah...~mum~

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates