Like Sampai Jari Patah

Monday 3 June 2013

PERDEBATAN KEWAJIPAN BERPURDAH

Perdebatan Ilmiah - KEWAJIPAN BERPURDAH ( UIB & UAH)
by Mhea Xyména

PERBAHASAN 1:

Ibnu Batoota Owsem : Ustazah ahlam,saya dah jumpa kenyataan saya dalam kitab iqna' tu,ada dalam bab solat,furu'nya fasal syarat,rukun dan sunat solat, diterjemahkan sebagai begini:
"Makruh hukumnya solat memakai pakaian yang terdapat gambar.Demikian juga makruh solat berselimut bagi lelaki dan solat memakai purdah bagi wanita.TERKECUALI apabila di tempat wanita itu solat ada ramai lelaki yang tidak mahu menjauhkan pandangan darinya (contohnya kat surau yang diorang bukak tirai/tabir),dalam keadaan demikian,wanita itu MESTI menurunkan purdahnya(menutup wajahnya),yakni tidak membukanya(purdahnya).."

Ustazah check sendiri nanti ok.. Wallahualam.. Saya pakai hp,tolong tag nama ustazah jap..terima kasih..

Ahlam Hayati :ust Ibnu Batoota Owsem sy telah melihat hampir ke semua kitab fiqh syafie dan sy akan sertakan perkataan para ulama' dlm kitab2 tersebut

1-dlm kitab iqna' (sprtimana yg ust syorkan kpd sy) m/s 222 syarih mengatakan "makhruh bg perempuan solat dlm keadaan berniqab, kecuali pada tmpt umum yg disana t'dpt org ajnabi yg tidak menjaga pandangan"

2-dlm kitab almu'tamad fiqh syafie m/s211 syarih berkata "adapun aurat prmpuan dihadapan lelaki ajnabi ialah sepertimana yg dituntut dalam solat iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tgn sekiranya aman dari fitnah"

3-dlm kitab majmu' jilid 3 m/s122 imam nawani berkata "qaul yg masyhur dlm mazhab kami sesungguhnya aurat wanita merdeka seluruh tubuh melainkan muka dan tapak tgn" (kita sedia maklum imam nawani suka nyatakan dlm kitabnya qaul asah, qaul arjah, qaul rajih,gaul sahih,qaul azhar dan qaul mu'tamad)

4-dlm albisah wazinah m/s34 syarih telah menaqalkan ijma' para fuqaha' dgn berkata "ulama telah sepakat selain muka dan tangan adalah aurat yg haram dilihat oleh lelaki ajnabi dan ulama juga berijmak diatas keharaman melihat muka dan tapak tgn sekiranya bersyahwat"

5-dlm kitab mugni muhtaj m/s 257 syarih berkata "selain muka dan tapak tgn aurat wanita adalah seluruh badan berdasarkan firman Allah dlm surah annur:31"

6-dlm kitab fathul wahab m/s57 syarih berkata "aurat wanita adalah seluruh badan melainkan muka dan tgn krn keperluan berhajat ntuk menzahirkannya"

7-dlm kitab baijuri m/s216 syarih berkata "aurat perempuan dlm solat seluruh badan kecuali muka dan tangan, adapun aurat wanita diluar solat seluruh badan"

8-dlm kitab dlm i'anah attalibin m/s113 sayrih berkata "aurat perempuan terbahagi kpd 4 :
i)dihadapan ajnabi seluruh bdn,
ii)dihadapan mahram dan ketika seorg diri diantara pusat dan lutut,
iii)dihadapan wanita kafir bahagian2 tertentu sahaja,
iv)dlm solat seluruh badan kecuali muka dan tgn"

*sy telah dtgkan perkataan2 para ulama mazhab syafie dgn kitab mereka masing2 yg ada dlm simpanan sy dan sy tidak menemui qaul MUKTAMAD dlm mazhab syafie, yg ada cuma perbezaan pendpt. sy secara jujurnya bersetuju dgn pendpt mengatakan aurat perempuan dihadapan ajnabi adalah seluruh badani, namun sy sengaja dtgkan pendpt2 ulama dlm mazhab syafie ntuk kita lihat perbezan pndpt diantara mrk...trima kasih ust krn membuat sy terpikir sesuatu setelah meneliti pendpt2 para ulama'.. peace

Ibnu Batoota Owsem : maaf ustazah,mcm ni ustzah,smua qaul yg ustzah bwakan tu ialah QAUL utk "AURAT dalam SOLAT" dan smuanya diambil dari KITABUS SOLAH dlm setiap kitab yg ustazah sertakan,manakala apabila ustzh belajar dan mengkaji dgn lebih mendalam,PERBAHASAN AURAT DI HADAPAN AJNABI dlm kitab MAZHAB SYAFIE SEBENARNYA TERLETAK dlm 'kitabun nikah' fasal nazor yakni ktika melihat calon dan bab yg berkaitannya,disana ustazah akan bertemu dgn FATWA MUKTAMAD DALAM MAZHAB SYAFIE berkenaan AURAT WANITA di hadapan LELAKI AJNABI.. BAB AURAT di hadapan (lelaki) AJNABI BUKAN TERDAPAT dlm KITABUS SOLAH..Check kitab FATHUL MU'IN ,kitabun NIKAH,fasal NAZOR,ada dinyatakn SECARA JELAS bahwa KEWAJIPAN BERPURDAH bg wanita di hadapan lelaki ajnabi adalah qaul MUKTAMAD dlm mazhab mnakala qaul yg sbliknya adalah qaul DAIF.. Selamat mengkaji..

---------------------------------------------------------------------------

soalan:

Bintu Senin : USTAD Batoota Owsem kalau umrah dan haji ? masa tawaf tuh boleh tak bernqab ?

Ibnu Batoota Owsem : Bintu senin: boleh pakai niqab yg tidak melekat di wajahnya,kalau pnah pergi mekah,awk boleh nmpk rmai wnita solehah bmzhab syafie mgkin dari yaman mereka bertawaf smbil mmakai purdah tp purdahnya tidak melekat diwajah,mereka pkai sjenis topi mcm cap(yg ada lebihan kt depan utk tutup muka dari kepanasan matahari) yg mna kain ditrunkan di dpan cap tu,so wjhnya ttutup dan kain purdahnya x melekat di muka.. Kalau pkai purdah biasa yg ikat kt muka smsa ihram maka kena dam..sbb smsa ihram xleh tutup muka n tapak tgn,tp dibolehkan buat mcm yg sy terangkn kt atas ni.. Wallahualam..

------------------------------------------------------------------------

PERBAHASAN 2:

Ahlam Hayati : ok..ust Ibnu Batoota Owsem sy sudah pun meneliti pendpt2 ulama syafie serta kitab2 mrk dalam bab nikah berkenaan aurat wanita di hadapan ajnabi seperti berikut

1-kitab i'anah attalibin syarah bg fathul mu'in (yg ust sarankan kpd sy) m/s 259 musanif berkata "haram memandang wanita skalipun tidak bersyahwat serta aman dari fitnah diatas qaul yg muktamad, imam isnawi menukilkan dlm kitab ar-raudhah berkata "pendpt yg mengatakan boleh memandang muka dan tgn wanita ketika aman dari fitnah adalah pendpt yg lemah"

2-kitab kifayatul akhyar m/s 472 syarih berkata "haram memandang muka dan tangan sekiranya takut fitnah, sekiranya aman dari fitnah maka terdapat khilaf ulama tentangnya :
i) hukumnya tetap haram diatas qaul yg sahih,
ii) tidak haram- (imam haramain menetapkan qaul ini-tidak haram-kpd perkataan jumhur).

3-kitab majmu' jilid17 m/s 146 imam nawawi berkata "tidak harus memandang wanita ajnabi dgn tanpa sebab samada melihat auratnya atapun yg bukan auratnya (muka dan tangan) berdasarkan firman Allah dlm surah surah nur:30"

4-kitab mugni muhtaj jilid 3 m/s 167 syarih berkata "memandang wanita ajnabi yg aman dari fitnah dan tidak bersyawat ada dua pendapat 1) hukumnya haram diatas qaul yg sahih. 2) tidak haram-telah ditetapkan oleh imam nawawi dan imam rafie bg kebanyakan ulama"

5-kitab baijuri m/s 141 syarih berkata
" i) hukumnya haram memandang wanita ajnabi temasuk memandang muka dan tangannya dgn tidak bersyahwat atau takut fitnah di atas qaul yg sahih,
ii)tidak haram berdasarkan dalil dlm surah nur:30 *syarih berkata lagi "qaul yg pertama (haram memandang) adalah muktamad tp tidak mengapa taklid qaul yg kedua(tidak haram)

*sy dah dtgkan perkataan para ulama' syafie tentang aurat wanita ajnabi dihadapan lelaki..apa yg sy paham dari perkataan ulama diatas, kesemuanya lebih mengkhususkan pandangan seseorg lelaki terhadap wanita ajnabi. dan ianya bertepatan dgn firman Allah dlm surah nur ayat 30 yg mana Allah memerintahkan agar tundukkan pandangan. lalu timbul pertanyaan dari benak sy kalaulah keseluruhan muka ditutup maka apakah bentuk gesaan supanya menyekatkan pandangan? maaf ust sy hanye terfikir cmtu..

Ibnu Batoota Owsem : Hehe.. Mcm ni ustzh,perintah utk lelaki muslim ialah "tundukkan pandangan" dan tidak melihat kpd mana2 bahagian tubuh wanita termasuk muka n tapak tangan,itu utk perempuan2 kafir sbb mreka ni smua x tutup aurat,x pkai tdung,xpkai purdah..mnakala perempuan muslim x tmsuk sbb mreka dh mmg diwjibkn tutup aurat dan BERPURDAH.. Manakala perintah utk pmpuan muslim plak ialah berpurdah supaya LELAKI KAFIR x pandang wajah mreka (sbb hkum jgn pndg wajah wanita ni jatuh kpd lelaki muslim je,laki kafir ape dia kisah?)... Jd ini lah KEADILAN ISLAM.. Yg LELAKI TUNDUK PANDANGAN,yg PEREMPUAN pulak TUTUP BADAN.. Knapa nk tunduk pandangan klu dh ttutup kan? Org2 perempuan kafir plak mcm mna?berpurdah jgak ke diorg? Dan org2 kafir laki plak cmne?diorg tnduk pdgn ke dri wjh2 muslimah yg cntik?(Klau laki muslim pun xdpt tndukkan pndgn drpd wjh muslimah2 yg cntik apatah lg org kafir?) Islam dah ckup adil dan smpurna.. Hmm..boleh sy tau ustzh bljr kt mdrsh mna?

Lagi satu ustazah kena tgk ialah smua qaul yg DAIF (yg mengatakan muka n tapak tangan bkn aurat) adalah BERSYARAT.. Iaitu "SEKIRANYA AMAN DR FITNAH" maka slagi itu purdah x wajib (mngikut QAUL DAIF).. Bgitu juga QAUL MUKTAMAD utk mazhab hanafi,hanbali dan maliki (rujuk fiqh ala mazahibil arbaah,syeikh abd rahman jaziri al-azhari) yg mengatakan muka n tapak tangan bukan aurat SELAGI AMAN DARI FITNAH....... Dan ustzh tentu pernah baca HADIS Saidatina Aisyah ra yg telah berkata, "SEKIRANYA RASULULLAH MELIHAT KEADAAN WANITA PD ZAMAN INI (ZAMAN AISYAH ra MASIH HIDUP), TENTU baginda saw AKAN HALANG WANITA KELUAR WALAUPUN KE MASJID!!" Yg berkata mcm tu ialah AISYAH, ISTERI NABI, dan beliau juga SEORG SAHABIAH, yg hdup di zmn khairal qurun,tp ftnah wanita TELAH PUN BERMULA SAMPAI DIA SGT YAKIN NABI AKAN HARAMKAN PEREMPUAN KELUAR RUMAH kalau Nabi nampak KEADAAN WANITA ZAMAN TU.. Kalau zmn khairul qurun pun dh tersebar fitnah wanita,SEKARANG kita di ZAMAN DAJAL ni masih aman dri ftnah? Zaman yg mna ATOK ROGOL CUCU,BAPAK ROGOL ANAK, ABG ROGOL ADIK ni msih disbut zmn aman dari ftnah? Kalau ada yg setuju zmn ni zmn "aman dri ftnah" bermkna org tu mungkin org ASHABUL KAHFI (hidup dlm GUA,xtau dunia luar).. Jd sy YAKIN ustazah setuju kita hdup di ZAMAN FITNAH ,bermakna SEMUA QAUL dlm 4 mzhab tmsuk QAUL DAIF MAZHAB SYAFIE TELAH BERSEPAKAT akan WAJIBNYA BERPURDAH PADA ZAMAN INI...

Msa sy bca komen ustzh,sy dok tfkir sapa tu "syarih"?syeikh mna? Rupa2nya mksud ustazah "syaarih" iaitu isim fail kpd syarah.. Adoi la.. =.=" Kmi kt sni pkai istilah musannif je..

Ahlam Hayati : maaf ust Ibnu Batoota Owsem sy sebuk sket buat bahas..em sy sebelum ni blaja kisas xpernah pun blaja madrasah..sy dah baca komen ust dan sy jugak dah baca kitab fiqh ala mazahib al arba'ah yg dikarang oleh syeikh abdul rahman al juzairi mengenai pendpt2 mazhab tentang aurat wanita..sy dari awal lagi ckp yg sy setuju dgn pendpt yg mengatakan seluruh badan adalah aurat tanpa ada kecuali..sy xbermaksud nk panjangkan perbahasan ni cuma sy ingin nyatakan pendpt2 ulama syafie tentang masalah ni dan tambahan pulak disana terdpt khilaf. sy sebagai wanita sy ingin menkaji apa yg dimaksudkan oleh ulama' mengenai aurat wanita di hadapan ajnabi dan kewajipan berniqab. sbb sy yakin ulama yg mengatakan wajib berpurdah punyai alasan2 yg tersendiri begitu jugak ulama yg mengatakan tidak wajib punyai alasan2nya tersendiri. sy harap ust jgn sangka bukan2 kat sy ni ..sy akui sy xpunyai ilmu yg byk tp dlm masa yg sama sy cuba ntuk perbaiki diri dlm meningkatkan ilmu...dgn semangat persaudaran dan cintakan ilmu semoga kita mendpt keredhaan Allah... peace

Ibnu Batoota Owsem : Ustazah Ahlam: ye,sy x kata ustazah nafikn perkara ni,ini cuma perbincangan ilmiah smata2,dan kalau ustzh bca btul2 komen sy kt ats tu,ulama2 yg kata "x wajib purdah" pun AKAN WAJIBKAN JUGAK utk ZAMAN INI,jd boleh kata kewajipan purdah ni TELAH JADI WAJIB bil ijma' fil mazhibil arba'ah.. Dan juga sy jawab persoalan ustazah ttg "kalau smua kena pkai purdah,mcm mana laki nk tunduk pandangan sedangkan Allah arahkan laki tunduk pandangan?".. Yg itu sy dah jawab kt atas, bahwa lelaki kna tunduk pandangan dari WANITA KAFIR sbb MEREKA XTUTUP AURAT dan x berpurdah.. Manakala perempuan pulak WAJIB BERPURDAH drpd LELAKI KAFIR sbb lelaki kafir MATANYA X KAN TUNDUK TERHADAP WANITA2 MUSLIM.. Jadi SYARIAT ISLAM BUKAN UTK JAGA ORG ISLAM JE, TAPI MELIPUTI SEMUA,fuqaha ni sgt GENIUS,mreka KELUARKAN HUKUM BUKAN HANYA TENGOK DALIL, TAPI mereka TENGOK SITUASI SEMUANYA ,mantik,qias, KEADAAN MASA HADAPAN,dan mcm2 lg mereka tgk,lps tu mreka solat istikhrh MINTAK PETUNJUK,baru lah mreka kluarkn fatwa..
*BERBEZA JAUH dgn ulama zaman skrg*

Ahlam Hayati : Alhamdulillah..sy memahami jawapan2 ust tu..semoga perbahasan ilmiah ini mendapat redha Allah, pasni sy XKAN KOMEN mengenai MASALAH NIQAB sebab SY SUDAH BERPUAS HATI dgn natijah perbahasan ilmiah ini..sy dgn kerendahan hati memohon kemaafan sekiranya terkasar bahasa ye ust Ibnu Batoota Owsem...

Ibnu Batoota Owsem : Wallahi sedikit pun ustazah x bkasar atau buat hati sy tergugat,sy hormat ustazah kerana BERMUZAKARAH mengikut DISIPLIN ILMU yg BENAR.. Sbb tu sy x layan klu org2 awam yg meraung2 xpuas ati dgn ssuatu hkum yg ditetapkn dlm islam,sbb klu sy jwb pun,itu tnda kbodohan sy sndiri sbb mlyan org yg x phm dsiplin ilmu,tp kpd para ilmuan seperti ustazah,dpt sy trgkn dgn mudah dan ustazah juga dpt memahaminya dgn mudah.. Alhamdulillah.. Boleh tangguh majlis dgn tasbih kifarah.

1 comments:

da'e said...

wah penrangan yg amat bagus sekali..
moga saudari di berikan Taufik tok Istiqmah..

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates