Like Sampai Jari Patah

Wednesday 14 August 2013

Akidah 2

Akidah(kepercayaan dalam hati) merupakan pemisah syurga dan neraka kepada seorang manusia,dan nabi khabarkan firqah(golongan) akidah akan berpecah kpd 73 golongan dan cuma 1 sahaja yang sahih dan selainnya akan ke neraka kerana kekotoran akidah mereka..

-Pengenalan Ahlu Sunnah Wal Jamaah

1 jemaah yang selamat itu dinamakan "ahlu sunnah wal jamaah"(aswj)...dan para ulama bersepakat bahawa akidah aswj ini merupakan akidah 2 mazhab akidah termahsyur iaitu mazhab akidah al-asy'ari dan al-maturidi..

Sangat penting kita semua belajar akidah aswj agar kita tahu akidah mana yang salah dan termasuk di dalam 72 golongan yang disebut nabi...

72 golongan yang terkeluar dari aswj itu antaranya akidah muktazilah,syiah,wahabi/salafi(mujassimah/musyabbihah),jabariyyah,murjiah,hulul,qadariyyah,wihdatul wujud dan banyak lagi..

Semua akidah sesat ini ditentang habis2an oleh para ulama sejak zaman Sahabat dan tidak ada lagi yang berbaki pada zaman ini kecuali dua golongan yang masih disebarkan oleh golongan tidak bertanggungjawab iaitu golongan akidah syiah dan akidah wahabi/salafi.

SYIAH

Syiah terkenal dgn akidahnya yang mentuhankan saidina ali dan keluarga nabi,mengkafirkan semua sahabat nabi kecuali beberapa,sering melaungkan isteri nabi sbg pelacur,berkeyakinan ilmu allah tidak sempurna,masih ada yang allah tidak tahu,berkeyakinan nabi dan keluarganya serta para sahabat akan bangkit dari kubur pada akhir zaman kelak untuk nabi dan keluarganya menyeksa para sahabat atas kekafiran mereka dan banyak lagi kepercayaan kafir mereka.cara mudah untuk kenali mereka ialah dengan memuji2 saidina abu bakar,umar,aisyah dan shbt2 nabi,muka mereka akan berubah kerana tidak suka.

WAHABI/SALAFI

Golongan mufsidin(perosak umat) yang menolak mazhab para tabiin dan tabiin(seperti imam 4 mazhab) bahkan menghukum haram kepada muslim yang mengikuti secara tetap kepada satu mazhab,mereka membidaahkan orang sesuka hati dan menolak hadis daif umpama hadis daif ini hadis palsu,mereka mudah sekali menuduh sesuatu hadis sbg palsu tanpa ilmu,dari segi akidah,mereka yakin allah bertempat di langit dan duduk bersila di atas arasy,percaya allah mempunyai anggota badan spti tangan,kaki,muka,dan percaya al-kursi merupakan tempat letak kaki allah,percaya seluruh zat allah turun ke langit bumi pada 2/3 malam,menuduh mazhab aswj asya'irah dan maturidi sbg sesat.Cara untuk mengenali mereka ialah apabila bertanya di mana allah,mereka akan menjawab "di langit" atau "di atas arasy".Sedangkan jawapan yang benar apabila ditanya "dimana allah"(ainallah) ialah "allah wujud tanpa tempat".kebanyakan tokoh agama di malaysia yang femes sekarang ni berakidah wahabi,kalau tak caya,tanya soalan tu.kalau mereka jawab allah wujud tanpa tempat,maka ajaran mereka boleh diikut.

Selain dua golongan tegar ini,tidak dinafikan masih ada saki baki golongan akidah sesat yang lain seperti golongan yang berkeyakinan "allah ada di mana2/semua tempat" dan ada juga golongan muktazilah yang mendakwa "al quran itu makhluk"...ini semua akidah yang salah dan sesat yang perlu kita jauhi...

-kredit to ustaz ib owseem~

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates