Like Sampai Jari Patah

Wednesday 14 August 2013

CARA NK HADAM ILMU

Kawan-kawan..sa­ya nak offline..nak kembali berjuang,lagipu­n bidadari saya dah bising suruh offline sebab mata saya dah merah asyik migrain dari pagi tadi fikir pasal korang...haih..­nak rehat pulak..insyalla­h jumpa lagi minggu depan,saya syorkan,kawan-k­awan pun kurangkan lah main fb ni,online sabtu ahad je macam saya,amacam?kal­au alasan nak main fb nak carik ilmu,kita muzakarahlah ilmu sabtuahad?lagi 5 hari,kita bagi lah masa untuk ibadat,kita asyik "tuntu ilmuuu" je,bila kita nak amal ilmu2 fb ni?

tapi untuk post terakhir ni saya nak jawab persoalan ramaaai rakan2 yang tanya,tapi semua saya tak jawab sebab malas nak jawab..jadi biar saya jawab kat sini,semua dapat manfaat..

Soalannya ialah: "ostad,macam mana ustad boleh dapat banyak ilmu macam ni?apa amalan ustad?macam mana ustad belajar?macam mana ustad ngafal? (Dan soalan2 yang berbau macam ni)

Jawapan: ok..hmmmm...

Macam ni...saya ni orang biasa,korang yang muliakan saya,tapi hakikatnya allah yang tahu,saya kenal diri saya,saya ni kalau nak banding ngan anjing kat luar nu,anjing lagi baik dari saya,ilmu saya,bukan ada..saya kosong..semua tu ilmu allah...tapi saya ada belajar cara2 nak dapatkan ilmu dari ramai ulama seluruh dunia..dan alhamdulillah ajaran mereka tu bermanfaat buat saya dan menyebabkan saya dapat faham dan hafal ilmu dengan mudah,saya senaraikan apa yang guru2 saya ajar yang berjaya saya dapat hasilnya:

1)Setiap hari taubat
2)Sentiasa khimat mak ayah dan rayu minta doa dari ibu sebab doa ibu sangat mustajab!
3)Khidmat dan adab dengan ibu bapa dan ustaz.
4)Adab dan akhlak terhadap ibu bapa,ustaz dan ilmu itu yang paling penting.
5)Jangan tinggi suara depan ibu bapa dan ustaz.
6)Saya tak pernah halakan kaki kepada ibu bapa dan ustaz bahkan tidak pernah halakan kaki kepada mana2 ulama dan rakan2 saya yang hafiz quran sebab hormati ilmu dan quran dalam dada mereka.
7)Tak pernah halakan kaki kepada mana2 kitab agama dan tak pernah sentuh mana2 kitab agama termasuk lah pen dan kertas kosong yang diniatkan untuk guna menulis ilmu allah TANPA WUDHU.
8)Tak pernah tunjuk bontot kat ustad,lepas cakap ngn ustad,keluar dengan berundur.
9)Setiap kali dengar hadis atau ilmu yang SUDAH TAHU,saya akan tunduk dan cakap "ya allah,aku belum tahu ilmu ni,aku masih jahil!"
10)Setiap kali dengar hadis atau ilmu,akan niat dalam hati untuk amal bukan untuk "kumpul ilmu"
11)Setiap kali belajar dan terlintas dalam hati yang belajar tu sebab nak jadi pandai,saya akan terus stop belajar dan betulkan niat dulu sungguh2,baru sambung belajar balik.
12)Semua ulama yang aku jumpa walau lebih muda dari aku akan aku hormati dan sanjung2 dia.
13)Setiap kali baca kisah sahabat,wali dan ulama hebat saya akan doa dalam hati "ya allah,aku bukan wali,aku bukan ulama,aku bukan org soleh,tapi mencintai mereka dan PERTAHANKAN AJARAN MEREKA dari virus2 dajal,maka ampunkan aku dan bukak lah pintu ilmu utk ku"
14)Setiap kali dengar apa2 ilmu,aku akan sentiasa bercakap dalam hati,"aku tak tahu,aku jahil,aku hina",bahkan selepas aku paham pun,aku akan tetap nafikan yang aku paham.(Wallahi cara ini sgt berkesan untuk allah buka lagi dan lagi kefahaman ttg sesuatu ilmu,dan pengalaman aku,kalau aku cakap "dah tahu" kepada ssuatu ilmu,kefahaman akan terhenti sampai situ je,aku tak dapat faham lebih jauh lagi ttg sesuatu ayat quran atau hadis tu )
15)Kalau orang puji aku,aku sangaaat takut dan istgfar,tapi kalau orang hina aku atau cakap aku bodoh,aku saaaangat gembira,sebab tu cara tarbiah hati untuk tawadhuk dengan allah,baru lah allah bagi lagi banyak ilmu yang belum saya ketahui.
16)Saya tidak ambil ilmu dari kitab dan ulama semata2,tapi saya ambil ilmu dari segalanya,dari perkataan budak kecik,dari haiwan,dari kata2 kawan,isteri,ke­lakuan mereka,perubaha­n awan,langit dan hujan,semua yang berlaku depan mata saya,saya yakin allah nak bagi mesej,lalu saya akn termenung fikir dan doa mintak allah bagi faham,pastu allah akan bagi macam2 ilham dan kadang2 ilham yang terlampau banyak ni saya limpahkan dalam fb,kadang dalam diari,kadang kat isteri.
17)Kena tahu kedudukan ilmu,bila susun kitab,akan susun ikut tahap,contohnya­ kitab mantik saya letak paling bawah,diikuti ilmu nahu,ilmu fiqh,ilmu tauhid,tajwid,h­adis,dan al quran paling tinggi.
18) Saya sentiasa dahulukan pendapat ulama lama yang lebih warak dan dekat dengan nabi,dan saya akan belakangkan sebelakang mungkin pendapat2 baru dari ulama baru yang hidup dalam zaman dajal ni.

Ntah la..aku rasa ini yang penting kot..kalau ada lagi,nanti kita muzakarah lagi...

Korang nak cakap saya bongkak,takabur­ dok cerita amalan sendiri,itu bukan hal saya.. Saya serahkan kepada allah untuk adili ia,tapi saya rasa ilmu dan adab ni sangat bermanfaat utk saya jadi saya nak share ngn smua orang supaya korang pun dapat amal...

~kredit to uibo~

1 comments:

Unknown said...

Ustad kalau ustaz niat belajar bukan untuk pandai jadi ustaz niat belajar untuk apa?

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates