Like Sampai Jari Patah

Wednesday 14 August 2013

PERMASALAHAN SALAM

KEPADA SEMUA YANG BERTANYA DAN JUGA YANG TAK BERTANYA TENTANG SALAM SILA BAGI PERHATIAN. BACA DAN CUBA FAHAMKAN PASTU KALAU TAK FAHAM TANYA..

PERMASAALAHAN SALAM

Hukum memberi Salam ialah Sunat Ain(sunat keatas setiap individu) ketika berseorangan dan Sunat Kifaayah(sunat ke ats sebahagian) ketika ramai.

Hukum menjawab Salam ialah Fardhu Ain(wajib keatas setiap individu) ketika yang menjawab salam berseorangan dan Fardhu Kifaayah(wajib ke atas sebahagian) ketika yang menjawab salam adalah ramai.

Syarat memulakan dan menjawab salam.

1) Dengan suara yang jelas skira2 didengari oleh org yang menerima salam dan begitu juga didengari oleh org yang memberi salam ketika menjawabnya

2)Jawapan salam hendaklah bersambung seperti bersambungnya Ijab dan Qabul

Tidak memadai salam dijawab oleh kanak2 atau org gila ketika adanya orang dewasa atau org yang siuman.

Lafaz memberi salam ialah : ASSALAMUALAIKUM atau SALAAMUN ALAIKUM.

Sekiranya pemberi salam melafazkan ALAIKUMUSSALAM sah salamnya tetapi makruh hukumnya. Disunatkan menggunakan lafaz JAMA'(utk ramai) iaitu dengan lafaz ASSALAMUALAIKUM walaupun memberi salam kepada seorang individu kerana adanya malaikat bersamanya.

Lafaz memberi salam ialah : WAALAIKUMUSSALAM(utk ramai) atau WAALAIKASSALAM(utk sorang). Tak mencukupi dengan hanya mengucapkan WAALAIKUM.

Menambahkan WARAHMATULLAHIWABARAKAATUH ketika memberi dan menjawab salam adalah paling sempurna.

Disunatkan org yang berkenderaan memberi salam kepada pejalan kaki, pejalan kaki kepada yang duduk, yang muda kepada yang tua, seorang kepada yang ramai.

Disunatkan memberi Salam sesama wanita. Diharamkan wanita memberi salam kepada lelaki ajnabi(bukan mahram) begitu juga haram wanita menjawab salam dari lelaki ajnabi(bukan mahram). Makruh lelaki memberi salam kepada wanita bukan mahram dan juga makruh menjawabnya. Tidak makruh jumlah ramai dari lelaki memberi salam kepada wanita. Disunatkan jumlah wanita yang ramai memberi salam kepada lelaki.

Elakkan dari memulakan salam kepada orang yang fasiq atau ahli bid'ah dan juga elakkan menjawab salam dari mereka kecuali kerana sesuatu keuzuran seperti ditakuti akan menyebabkan berlakunya pergaduhan. Tidak diwajibkan menjawab salam orang yang gila atau mabuk.

Haram memberi salam kepada orang kafir. Sekiranya baru diketahui dia adalah kafir setelah memberi salam maka hendaklah ia mengatakan ISTARJA'TU SALAAMI (AKU MENARIK BALIK SALAMKU. Sekiranya org kafir zimmi memberi salam hendaklah jawab WAALAIKA. Sekiranya memberi salam kepada satu himpunan yang ada dalamnya org bukan Islam,wajib niatkan pengecualian salam kepada org bukan Islam didalam hati.

Disunatkan bagi org yang masuk ke rumah memberi salam kepada ahli rumah atau mengucapkan ASSALAMUAALINA WA'ALAA IBAADILLAHISSOLIHIIN ketika memasuki rumah yang kosong.

Hendaklah tidak memberi salam kepada orang yang ada di dalam bilik mandi, dalam tandas, yang sedang makan, sedang solat, iaitu sekira2 orang yang sedang sibuk dengan sesuatu urusan yang tidak sepatutnya diganggu, termasuklah dalam hokum ini utk org yang sedang tidor,mengantuk, dan juga membaca khutbah. Tidak diwajibkan org yg dalam keadaan tersebut menjawab salam yang diberi. Diwajibkan menjawab salam yang diberikan oleh pembaca khutbah.

Dimakruhkan orang yang sedang kencing, sedang jimak dan yang seumpama dengannya menjawab salam yang diberikan kepadanya. Disunatkan orang yang sedang makan atau beradadalam bilik mandi(berasingan dgn tandas) menjawab salam yang diberikan. Disunatkan menyampaikan salam kepada orang yang tidak ada disamping samaada melalui surat atau melalui seseorang dan wajib ke atas org yang menerima salam menjawab salam yang disampaikan. Sunat menjawab salam bagi yang menyampaikan salam.

Hendaklah berlumba dalam mendahulukan memberi salam.

Sekian dari MUM yang sentiasa MABLES 

~kredit to maulana usamah mables~

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates