Like Sampai Jari Patah

Thursday 14 February 2013

HARRY POTTER AND THE PIGNESS IN HIS BODY

HARRY POTTER AND THE PIGNESS IN HIS BODY

Harry Potter the nonsense ialah seorang lelaki comel berkaca mata yang baru mengenali apa itu ISLAM.Lalu dia mengkaji dan mengkaji tapi sayangnya tanpa guru yang berkaliber,maka sejenis makhluk asing bernama 'pig' telah merasuk jauh ke badannya lalu dengan hawa nafsu yang menggelegak seperti air mendidih,dia telah pergi jauh dalam memahami Al-quran dan hadis secara sendiri lalu terjebaklah ia ke dalam wabak virus yang ditakuti zaman berzaman iaitu WASABI(tak boleh sebut namanya secara penuh nanti gempa bumi,sama macam nama lord voldermort dalam cerita harry potter tak boleh disebut)...

Sekian lama encik Wasabi menguasai hero kita,lalu berjilid-jilid bukulah dikarang dia dengan nafsunya dan menyebarkan ia lewat laman facebook dan lain-lain medium yang bidaah kerana semua itu belum wujud di zaman rasulullah.Tapi mengikut fatwanya,bidaah itu terbahagi dua,bidaah dunia dan bidaah agama,yang masuk neraka ni cuma bidaah hal agama,fb dan internet itu bidaah dunia maka tidak masuk neraka kerana bidaah itu.Tiba-tiba sahaja dia mengeluarkan fatwa bidaah dengan melakukan bidaah iaitu membahagikan bidaah dengan macam-macam bahagian sedangkan dia dan kawan-kawan wasabi yang lain dulu pernah membidaahkan imam agung as-syafie kerana membahagikan bidaah kepada bidaah hasanah(baik) dan bidaah dolalah(sesat).

*banyaknya perkataan bidaah* @.@

Berbalik kepada cerita harry potter....

selepas berkecimpung dalam dunia penulisan sekian lama,makhluk "pig" dalam badan harry potter mula mempengaruhi fikiran dia untuk menulis fatwa yang indah-indah berkenaan kaum keturunan makhluk pig itu.Maka dengan sekelip mata!Terhasillah sebuah fatwa (yang disahihkan dan digoreng kunyit oleh Albani) yang mengangkat darjat kaum "pig" dimana selama ini haiwan pig itu dipandang hina dan rendah martabatnya serta jika disentuh perlu disertu dengan 6 air mutlak dan 1 air bercampur tanah.

Fatwa terbaru itu sangat menggembirakan encik Wasabi dan pengikut mereka serta ahli hawa nafsu yang lain kerana fatwa itu menyebut 

"jika anda tersentuh,tercium,tersepak,terjilat,terpeluk atau sengaja,yakni "ter" ke tak kepada kaum babi,maka berita baik untuk anda semua kerana saya dengan wahyu yang telah dikurniakan kepada saya telah memansuhkan hukum sertu yang wujud sejak zaman rasulullah itu,berbahagialah!peluk lah babi sesuka hati,pakailah jaket dan kasut dari kulit babi tanpa ragu kerana anda tidak perlu lagi sertu(atau orang melayu selalu sebut samak) jika pegang babi!note:fatwa ini disahihkan oleh Albani"

Bergembiralah makhluk pig di dalam badan harry potter yang berjaya menghapuskan salah satu hukum allah yang wujud sejak zaman rasulullah dan kini makhluk itu akan diserbu untuk dipeluk oleh puak-puak wasabi,si pig mula terbayang-bayang dirinya akan dipeluk ramai muslimah-muslimah wasabi..oh indahnya~

Apabila fatwa itu tersebar jauh,orang-orang jahil berkata,

"oh baru tahu!masyaallah ilmu baru!terima kasih "ustaz"!"

"terima kasih 'ustaz' kerana telah membuka mata saya,banyak ilmu saya dapat dari 'ustaz'...chaiyyokkkkkkk....!"

dan semakin ramai orang-orang jahil terpengaruh dan menjadi mangsa proses pembabian beramai-ramai.Ketawa besarlah encik Wasabi,encik Pig,encik harry potter dan pengikut2 mereka.

Para ulama islam sudah mula pening dengan fatwa baru itu termasuklah seorang tukang kebun di sebuah madrasah juga turut risau memikirkan kerosakan umat akibat sihir encik wasabi dan encik pig!

APA YANG HARUS DILAKUKAN???

Muslim dan muslimah yang berakal sihat banyak bertanya kepada para ulama dan asatizah(ustaz-ustaz) berkenaan ini kerana ini fatwa yang sangat aneh.Para ulama menjelaskan dan memberi amaran agar jangan terpengaruh dengan sihir encik wasabi,encik pig dan encik harry potter,tapi kenyataan ulama dibalas dan dihentam pengikut2 wasabi yang semakin ramai!

Tukang kebun lalu tampil memberikan jawapan:

"Senang macam ni tuan2 semua!sebenarnya fatwa ini tidak salah!ini fatwa yang sahih!Sejak di zaman rasulullah,apabila babi menyentuh babi yang lain,maka tidak ada hukum sertu/samak baginya,hukum sertu/samak selepas menyentuh babi hanya diperintahkan untuk manusia,jadi kepada yang masih belum mengalami proses pembabian dan masih sempurna sifat-sifat manusianya,maka terus berpegang teguh kepada hukum asal,dan kepada yang telah mengalami proses pembabian dan menjadi babi atau separuh babi atau tidak sempurna lagi sifat-sifat kemanusiaannya,maka silalah amalkan fatwa baru yang disahihkan oleh albani ini.Ini adalah keputusan yang paling adil."

Seluruh jemaah manusia bersetuju tapi jemaah babi yang diketuai encik wasabi,encik pig dan encik harry potter tidak puas hati kerana mereka mahu semua manusia menjadi babi seperti mereka dan berpegang pada fatwa itu.

Apa yang akan terjadi seterusnya?

Nantikan novel terbaru Harry Potter di pasaran yang bertajuk "Harry Potter and the spirit of garderner".....

KESIMPULAN: KAUM BABI PUN TIDAK TERLEPAS DARI PENGARUH FAHAMAN WAHABI YANG SANGAT DAHSYAT INI,MAKA BERDOALAH SUNGGUH-SUNGGUH AGAR KITA SEMUA DAN KETURUNAN KITA SELAMAT DARI FITNAH DAJJAL DI AKHIR ZAMAN INI.

NOTE: Artikel ini disahihkan oleh Albani.

~UIBO~

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates