Like Sampai Jari Patah

Tuesday, 12 February 2013

Masbuk,Muafik,Fatihah

Penjelasan tentang masbuk, muafik, fatihah, tolong teliti semua, kalau tak faham, baca ulang ulang baru tanya kalau tak faham juga, jangan baca sikit tak paham terus tanya sedangkan jawapan dah ada, jangan nyusahkan orang...

1)solat berjemaah itu ada 5:

-2 solat sirr yakni imam perlahankan suara(asar dan zohor)

-3 solat jahr yakni imam kuatkan suara(subuh,maghrib,isyak)

2)makmum terbahagi kepada 2 bahagian:

makmum muafik (makmum yang tidak terlambat): makmum yang sempat masuk solat bersama imam sebelum imam membaca "amin" selepas fatihah dalam solat jahr manakala untuk solat sirr pulak, makmum baca je fatihah dari bismillah sampai habis, kalau dia sempat habiskan fatihahnya maka dia dikira makmum muafik.

makmum masbuq (makmum yang terlambat): makmum yang masuk solat bersama imam selepas imam membaca "amin" selepas fatihah dalam solat jahr, manakala dalam solat sirr,kalau dia tak sempat habiskan fatihahnya maka dia dikira makmum masbuk.

untuk makmum muafik, mereka diwajibkan menghabiskan fatihah dan tidak boleh tinggalkan walau satu huruf, tapi sekiranya timbul masalah seperti:

1)imam baca laju sangat dan terus rukuk.(baca laju dikira kadarnya melebihi kadar bacaan biasa,tapi kalau imam baca kadar biasa, kita yang baca terlampau lembab atau tergagap2 was2,maka imam tak salah, kita yang salah)
2)imam terus rukuk lepas baca fatihah (tak baca surah lain selepas fatihah sebab surah selepas fatihah tu tidak wajib) sehingga makmum di belakang tak sempat baca fatihah.

maka dibolehkan untuk makmum muafik tadi teruskan bacaan fatihahnya sampai habis dan tidak wajib mengikut imam sejauh 3 rukun panjang iaitu rukuk, sujud pertama, sujud kedua.

maka jika makmum muafik tadi belum habiskan fatihahnya sedangkan imam sudah berada di sujud yang kedua, maka makmum tak perlu lagi rukuk dan sujud bahkan tunggu sahaja imam berdiri untuk rakaat seterusnya kerana makmum tadi telah terbatal rakaat itu dan selepas imam memberi salam,makmum tadi perlu tambah lagi satu rakaat.

tapi sekiranya makmum muafik itu tidak selesai bacaan fatihahnya bukan kerana kesalahan imam (seperti dinyatakan di atas) maka makmum tadi wajib rukuk bersama imam dan ikut sujud dan selepas salam,makmum wajib menambah satu lagi rakaat kerana pada rakaat yang tadi fatihahnya tidak sempurna.

hukum harus tangguh ikut imam sejauh 3 rukun panjang itu hanya dibolehkan untuk makmum yang berimamkan imam yang bermasalah seperti yang dinyatakan di atas seperti imam terlampau laju dan sebagainya.

kesimpulannya, makmum muafik suka ke tak suka, mereka wajib habiskan bacaan fatihah mereka, kalau tak rakaat itu terbatal dan kena ganti rakaat baru, hal ini kerana mereka itu MAKMUM MUAFIK dan makmum muafik ni merujuk kepada makmum yang sempat berada dalam situasi dimana mereka mampu habiskan bacaan fatihah mereka.

selesai bab makmum muafik.

manakala makmum masbuk pula,diwajibkan mereka membaca fatihah seboleh mungkin dan sekiranya imam rukuk, mereka wajib rukuk bersama imam, jika mereka berjaya rukuk bersama imam, maka mereka dikira dapat rakaat itu, mereka tak perlu tambah rakaat lagi, kerana fatihah mereka ditanggung imam kerana mereka telah terlambat, mereka perlu rukuk bersama imam paling kurang sekadar satu bacaan subhanallah (1 saat), jadi dapat difahami kalau sedang imam rukuk, kemudian kita pulak terhegeh2 baru sampai dan cepat2 kita rukuk dan semasa kita turun rukuk, imam pula naik dari rukuk,pendek kata rukuk kita dan bangunnya imam dari rukuk itu berselisih,maka kita tidak dikira dapat rakaat tu.

selesai bab makmum masbuk.

kalau tak faham,baca ulang2 sampai faham......

wallahualam...

contoh lain:
kalau imam laju sgt dlm rkaat ke 3 dan 4, kita boleh la pnjgkn berdiri kita smpai 3 rkun panjang kalau kita jelas2 muafik....

contohnya awk masuk masjid dan nampak imam tgh sjud kedua, awk pun tggu imam bangun dari sjud, dan awk mula takbir wktu tu....so jelas2 la awk tu muafik kan?

so kalau dh jelas awk tu muafik, awk kena la laksanakan fatihah smpai hbis...dan ikut kaedah yg sy jwb kt ats klu imam laju...

lain la kalau awk msuk msjid, tgk2 imam dlm keadaan bdiri pd rkaat ketiga,msa tu awk msuk solat, awk xtau awk muafik ke masbuk, so bca je fatihah smampu boleh, klu smpat hbis alhmdulillah, klu x sempat hbis, boleh trus rkuk sbb awk dh dikira masbuk...

~UIB~

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates