WALIMAH itu sunat muakad kpd yg MAMPU dan ikut KEMAMPUAN diambil dari harta SUAMI,mzhab syafie mnetapkan masa'il2 walimah contohnya:
*tidak ada btas minimum utk walimah tapi paling afdhal seekor kambing spti saranan nabi.
*paling afdhal wktu walimah ialah slpas jimak istri sbg tanda kesyukuran nikmat berjimak yg halal dan juga utk ittiba sunnah mulia bginda saw.
*hkum sunat muakad tetap bjalan trus wlaupun dtangguhkan walimah dgn msa yg pnjang bahkan kalau dah bercerai pun ttp sunat walimah.
*paling afdal dan terbaik ialah walimah di waktu malam sbg ittiba rasul dan shbt dan tiada kelalaian yg mlampau dan tiada ggu wktu solat.
*WAJIB(kalau tak buat bdosa)menghadiri jmputan ke walimah yg mna jmputan tu oleh pengantin sdri atau wakilnya yg terpercaya.(maka xperlulah jmput yg jauh2 tu,dan kdaan di malaysia kdg2 satu hari tu tlmpau byk knduri smpai xlarat nk mkn maka kita tak dtg jmputan yg masih berbaki maka berdosa lah dia sbb x hadiri jmputan,datang je wajib,makan xwajib)
*HARAM menjemput secara khusus org2 kaya shja dan org2 mskin x djmput.
*jika jemputan walimah tu bersifat umum cthnya org iklan walimah kt fb maka tak wajib hadiri,hnya jemputan khusus shja wajib dtg.
*jika kita tahu harta tuan rumah yg mnjmput ada bcmpur harta haram walau sdkit maka tidak wajib hadiri walimahnya,jika harta haramnya lebih byk maka makruh hadirinya.
*tetapi jika kita tahu dgn yakin bhwa makanan2 dlm walimah itu dibeli dgn wang haram ataupun dlm walimah ada makanan haramnya arak maka HARAM dtg ke walimah itu walaupun tidak niat utk makan apa2.
*WAJIB hadir kpd org yg mana dgn kehadirannya ke walimah itu perkara haram akan terhapus(contohnya kalau korang jmput ibnu batoota ke walimah korang maka pngantin pmpuan akn bpurdah dan xbersanding maka wajiblah ibnu batoota dtg ke walimah itu,hahahahahah)
*HARAM menghadiri walimah yg menggunakan kain tabir sutera,laki pmpuan tidak dipisahkan,wujud gambar2 mkhluk hidup yg smpurna slruh tubuh(wlaupun tidak wujud di alam sbnr spti kuda unicorn)di kain rentang,dinding,digantung,pada baju pkerja walimah kcuali gmbar pada wang(gambar yg wujud bukan kerana hiasan spti gmbr poster utk tujuan pelajaran,gmbr di bntal,gmbr di alas kaki adalah dbenarkn,gmbar btjuan hiasan shja yg haram,tapi jika gambar yg haram tadi terputus kepalanya maka HARUS/JAIZ/DIBENARKAN),wjud pentas yg ada pelawak yg buat lawak scara tidak patut dan dusta(lawak yg ikut syarie dibenarkan),haram juga menghadiri walimah yg ada perkara haram didalamnya hal ini diharamkan sebagai maksud 'mencegah kemungkaran dgn hati' dan memulaukan majlis spti itu sbg pngajaran.
fatwa2 ini adalah muktamad dlm mzhab syafie oleh imam zainuddin malibari rah. murid kepada imam ibnu hajar haytami rah.
TAKUTLAH KALIAN KEPADA ALLAH...
0 comments:
Post a Comment