KEADAAN DI NERAKA MENGIKUT KEFAHAMAN WAHABI(WASABI) SALAFI(TALAFI)...
Mat seorang pemuda yang sangat rajin buat maksiat,dari bangun tidur sampai tidur balik hanya dipenuhi dengan maksiat,selepas mati,dia diadili dan keputusannya ialah dia perlu ke neraka.........
Mat pun masuk ke neraka dan lihat PUNYALAH RAMAI ada di neraka antaranya ialah kawan-kawan semaksiatnya,orang-orang kafir dari seluruh dunia,dia juga bertemu dengan pelbagai generasi presiden amerika,presiden brazil, presiden argentina, presiden china, pemain bola, artis holywood, bolywood, melayuwood, indonwood, dia juga bertemu dengan ahli gusti,ahli hoki, ahli saham, bisnesman terkemuka, ketua2 syarikat kafir dan raaamai lagi....bahkan dia juga bertemu dengan firaun,haman,abu jahal,abu lahab dan kafir2 yang lainnya...
dia pun terus berjalan dan melihat ahli2 neraka yang lain...lalu dia amat terkejut beruk sehinggakan beruk pun tak pernah terkejut seperti dia!
kerana...dia terlihat pakcik-pakcik yang sering ke masjid di kampung dia jugak ada dalam neraka!
termasuk imam,bilal,siak dan kroni2nya!
tidak ketinggalan juga AJK Masjid dan JKKKKKKKKKK NYA!
APA SUDAH JADI!
maka bermulalah dialog bersejarah ini....
Mat: Assalamualaikum tok imam!whats up tok imam?apahal ni mam?ada rombongan ahli syurga ke neraka ke ramai2 ni?
Imam: waalaikumussalam....ish merepek!ni bukan rombongan!kami pun kena humban dalam neraka!
Mat: aik????kenapa pulak????saya ni memang jelas suka buat maksiat,tak kan tok imam masjid pun kena humban ke neraka???
Imam: itu yang saya pun tak faham,tapi malaikat bagitau kami masuk neraka sebab KAMI BERZIKIR DAN BERDOA BERAMAI-RAMAI LEPAS SOLAT FARDHU,KAMI BACA YASIN MALAM JUMAAT,BILA ADA ORANG KAMPUNG MATI,KAMI AKAN BACA TAHLIL,BERZIKIR DAN HADIAHKAN PAHALA ZIKIR TU KEPADA SI MATI,KAMI JUGA BERSELAWAT DAN ANJURKAN MAJLIS-MAJLIS PEMBACAAN SIRAH NABI KETIKA HARI MAULIDUR RASUL...SEBAB TU KAMI MASUK NERAKA....DAN SEMUA ITU BIDAAH YANG TIDAK PERNAH DILAKUKAN RASULULLAH...
Mat: hahahaha....baik tok imam join saya lepak tengok tiger show masa kat dunia dulu daripada buang masa kat masjid,last-last masuk neraka jugak....
Mat pun teruskan berjalan dan kali ni terkejutnya bertambah keberukannya!
kerana dia bertemu pula dengan ulama-ulama besar,bertemu Habib Umar,Habib Ali,Habib Zainal Abidin dan imam syafie pun ada!bahkan sahabat-sahabat RASULULLAH pun DI DALAM NERAKA??????
APA SUDAH JADI!!!!!!!!!
Mat pun bertanya kepada para ulama,tok-tok guru pondok dan pengarang kitab agama...
Mat: kenapa tuan-tuan semua di neraka??????
Para ulama: kerana kami haruskan sambutan maulidur rasul dan kami menyambutnya kerana kecintaan kami pada rasulullah,kami anjurkan zikir dan doa selepas solat fardhu,kami juga mencintai ahli sufi dan kami sendiri merupakan ahli sufi,kami belajar ilmu tasawuf dan ajarkan kepada orang ramai,kami haruskan talkin mayat..bla..bla...bla...semua tu bidaah yang nabi tak pernah buat...
Mat: tak kan imam syafie pun dalam neraka???
imam syafie: kerana aku membahagikan bidaah itu kepada 2 jenis,bidaah dolalah(sesat) dan bidaah hasanah(baik) maka aku dihumbankan ke neraka kerana mengharuskan perkara bidaah yang baik2...aku punya pasal lah ramai umat islam buat BIDAAH....
Mat: haih..susah jugak agama ni...baik korang semua jadi ahli maksiat macam aku je....serupa je nasib kita.....haaa macam mana pula dengan sahabat nabi ni???wahai amirul mukminin saidina abu bakar,tuan imam kami,ketua kami,kenapa tuan di neraka?
Saidina abu bakar: kerana aku arahkan agar al-quran dikumpulkan dan dibukukan sedangkan ia bidaah yang tak pernah dilakukan rasulullah...
Mat: Saidina Umar pula bagaimana?
Saidina Umar: kerana aku telah perintahkan umat islam solat terawih 20 rakaat dan buat secara berjemaah sedangkan zaman nabi tak pernah nabi buat bidaah macam ni...
Mat: kenapa pulak dengan Saidina Usman???
Saidina Usman: kerana aku arahkan umat islam agar azan dua kali ketika solat jumaat sedangkan nabi tak pernah buat perkara ini....
Mat: saidina Ali???
Saidina Ali: aku meneruskan bidaah2 khalifah sebelum ku,tidak menghalangnya bahkan menyokongnya...begitu juga semua para sahabat yang lain...
Mat: Ya allah......sampai macam tu sekali ye bahaya bidaah...
Para sahabat nabi: ye..kerana nabi telah bersabda bahawa setiap BIDAAH ITU SESAT DAN SETIAP YANG SESAT ITU DI DALAM NERAKA....maka kami yang setuju
dengan bidaah-bidaah tu semua terpaksa ke neraka.... :'(
Mat: habis tu siapa je kat syurga?
Malaikat: yang aku nampak tadi yang ada kat situ Hairi Nonchi,Albani,Soleh utsaimin,bin baz,muhammad abd wahab,fathul bari,dr.asri dan puak2 yang mana mereka ketika di dunia sangat menjauhi bidaah dan mengharamkan bidaah dan menyelamatkan umat dari bidaah..merekalah puak2 yang berbahagia di syurga sekarang....
KESIMPULAN: BERDOA LAH AGAR PARA MALAIKAT TERUTAMANYA MALAIKAT PENJAGA SYURGA DAN NERAKA TIDAK TERPENGARUH DENGAN AJARAN WAHABI,KALAU TAK INI LAH JADINYA.... :D
~UIBO~
~UIBO~
0 comments:
Post a Comment