Like Sampai Jari Patah

Tuesday 22 October 2013

Isu Kalimah Allah episod 3

Nama Allah adalah utk ditinggikan, bukan utk direndahkan atau disamakan dgn sembahan2 yg lain. Kalau ada yg mahu menyalahgunakannya itu kebodohan mereka, kita jangan menyokongnya dgn apa jua alasan, apatahlagi dgn mengemukakan dalil dgn kekeliruan utk menyokong mereka.

Yg banyak berlaku adalah penyokong kristian ini berdalil dgn bas yg betul tapi menggunakan istidlal yg salah. Contoh kekeliruan puak liberalis dalam usaha mereka menyokong dakyah kristian adalah dgn cara berdalilkan beberapa ayat Quran yg mujmal spt alhamdulillahi Rabbul alamin (Allah itu tuhan semesta alam)

pengishtiharan dari pihak Allah memang takde masaalah bahawa Dia adalah tuhan seluruh makhluk. Termasuk kafir dan Islam, adakah dgn ayat yg umum spt ini kita boleh katakan bahawa boleh menggunakan nama Allah secara mutlak.

Sori Bro!! Allah pun kata dulunya umat manusia satu aqidah semuanya. Tetapi akhirnya terpecah kepada 3 golongan:

1) muwahhid (ahli tauhid).
2) musyrik (golongan penyengutu).
3) golongan mulhid(Athies).

apabila manusia itu sendiri menolak Allah sebagai Rab mereka, bahkan menganggap benda lain sebagai tuhan atau mereka sekutu kan Allah.adakah selepas itu,Allah masih gembira terhadap mereka dan memuliakan mereka dengan pembelaan,spt sokongan puak leberalis terhadap puak kristian dgn mengatakan bahawa tak mengapa mereka gunakan nama Allah utk
merancakkan perkembangan kristian?

atau sebaliknya Allah turunkan ratusan ayat utk mencela kebahlolan mereka? Bukalah surah Al Baqarah banyak mana Allah mencela puak Yahudi. Bukalah surah Al Imran banyak mana ayat yg mencela kejahatan mereka yg secara provokatif mensyarikati Allah. Jika agama lain spt Budha, Hindu dll mereka melakukan syirik kerana menganuti falsafah yg silap tetapi lebih ringan daripada kesalahan Yahudi dan Kristian yg sengaja nak lawan Allah dgn menganjurkan ajaran yg berasaskan kedegilan dlm keadaan mereka faham kebenaran. Bukalah ayat yg menyebutkan: demi sesungguhnya telah kafirlah golongan yg mengatakan Allah itu salah satu dari tiga.Maka selaku pihak yg mentauhidkan Allah dan yg diberikan kuasa memerintah adakah kita boleh bersetuju agar pihak yg memang sejak dulu bersumpah utk membawa semua org Islam mengikut agama mereka?

Mengizinkan mereka menggunakan nama Allah sama dgn merelakan perbuatan mereka dan termasuk dalam perbuatan menolong mereka menyebarkan kekufuran. Satu lagi ayat yg dijadikan hujjah adalah: jika kamu tanya puak mushrikin siapa yg ciptakan langit dan bumi?

Mereka pasti akan katakan "Allah". Bolehlah berdalil dgn ayat ini sebagai fatwa keharusan menggunakan nama Allah? Jawabnya sesekali x boleh, pertamanya ayat tersebut ayat Rububiyyah sedangkan persoalan yg dibincangkan adalah persoalan uluhiyyah. Keduanya ialah ayat tersebut perlu dibaca sampai habis, iaitu (kalau begitu kata Allah) mengapa kamu berpaling dari Allah menunjukkan bahawa ayat ini adalah kritikan Allah terhadap mereka yg menunjukkan ketidakrelaan Allah utk disekutukan dgn yg lain...jadi skg puak liberalis ni nak jadi supporter Allah ke atau supporter kristian?

Rela dgn kekufuran adalah kufur.wallahu a'lam...

-Tulisan Maulana Helmi (Darul Uloom Zakariyya, Johannesburg)-

Note Ibn Batoota: Kita menulis demi AGAMA bukan demi sesuatu kumpulan atau sesuatu parti. Adalah amat menyedihkan apabila ada orang yang mainkan isu agama ni kerana berbeza fahaman politik bukan kerana kecintaan pada agama. Bila parti A cakap haram, parti B akan cakap harus dengan mencari pelbagai alasan sedangkan alasan SEBENAR nya cuma satu iaitu : "Disebabkan A cakap haram,maka kita kena cakap harus sebab A tu lawan politik kita."

Kalau tak percaya, cuba suruh parti A cakap harus, tentu parti B akan bising cakap parti A menggadaikan kalimah Allah,tak mampu pertahankan kalimah Allah dan macam-macam lagi dalil dikeluarkan untuk menyokong pula pengharamannya.

Atas sebab itu sesuatu fatwa itu perlu merujuk kepada ulama yang neutral, bukan rujuk kepada parti yang pasti akan keluarkan fatwa berlawanan dengan parti lawan.

Pergaduhan parti politik demokrasi tidak lebih hanyalah permainan catur Dajjal yang sorang jadi pihak putih,sorang jadi pihak hitam. Bila putih ditawan, hitam jadi raja, dan permainan dimainkan semula. Bila hitam ditawan, putih jadi raja,dan permainan dimainkan semula. Sampai bila nak habis? Sampai bila umat Islam rela dipecah belahkan oleh Dajjal?

Kita tidak memihak kepada sesiapa pun, kerana kita tenang dan bahagia menjadi neutral, kerana apabila neutral menjadi pilihan, kita dapat berfikir dengan waras dan adil.

Para ulama Islam telah sepakat bahawa Redha/Rela kepada kekufuran atau kesyirikan adalah kufur(maksudnya pelakunya jatuh murtad)...

Sekarang demi Allah, tanya iman kalian, apakah kalian Rela kalimah "Allah" disyirikkan secara JELAS?


-uibo-

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates