Like Sampai Jari Patah

Friday 11 October 2013

Murtadin Anti-Hadis

Beberapa lama yang lepas ada swinging bowl mana entah add saya masuk dalam group puak-puak murtadin yang menolak hadis-hadis Nabi dan kononnya cuma percaya pada Al-Quran sahaja...

Puak-puak murtad ni menggelarkan diri mereka sebagai "Quranist" dan saya tak berapa nak layan sebab terlampau sibuk dengan hal itu ini...

Tapi beberapa hari lepas saya tiba-tiba teringin nak kaji pasal diorang ni lepas ada ahli mereka dalam group tu (yang selama ini saya jadi silent reader kat situ) mengeluarkan kata-kata pengkafiran terhadap sahabat Nabi yang mulia bernama Saidina Abu Hurairah r.a. Sahabat Nabi yang mulia ini mereka samakan dengan pengarah filem holywood yang mereka kata "mencipta hadis" sesuka hati dan "memurtadkan" ramai orang Islam.

Saya pun mula scroll semua komen dan post-post dalam secret group tu dan kenal pasti ahli-ahlinya...

Antara ciri-ciri mereka yang saya dapat simpulkan ialah:

-Mereka menafsir Quran sesuka hati mengikut kaedah bahasa Melayu.
-Semuanya tak faham bahasa Arab.
-Mereka tidak solat kerana menganggap amalan solat yang umat Islam amalkan pada hari ini merupakan dongengan dari hadis.Kata mereka,"solat" tu lafaz arab yang kalau diterjemahkan dalam bahasa Melayu bermaksud "link/connection", jadi selagi mana seseorang itu ada link(hubungan) dengan Allah(yakni percaya pada Allah) maka ia dikira sudah pun bersolat.
-Mereka tidak tutup aurat, wanita-wanita mereka berpakaian seksi mengalahkan golongan lampin-pakai-buang atas alasan yang sama.(dongengan hadis)
-Semua amalan-amalan ibadat yang diajarkan secara terperinci dalam hadis ditolak mentah oleh mereka.Mereka juga mengkafirkan umat Islam kerana menyembah kepada "kiub hitam" (Ka'bah) yang tiada dalilnya dari Al-Quran.
-Mereka mengkafirkan semua ulama Islam dan menganggap mereka semua sebagai perosak kesucian Islam.

-Mereka sangat benci kepada perawi hadis terutamanya Saidina Abu hurairah dan Imam Bukhari dan banyak post mereka dalam group tu membuat pelbagai lawak yang menghina kepada 2 tokoh wali Allah itu.

-Mereka sangat agungkan saintis-saintis barat yang mereka anggap sebagai penafsir Quran terbaik kerana dalam Quran ada banyak ajaran sains yang hanya mampu dirungkaikan oleh para Saintis secara detail. Jadi syaitan buatkan mereka agung-agungkan saintis kafir dan hina-hinakan para Sahabat Nabi.

-Mereka sangat benci kepada para Sahabat dan menganggap mereka semua munafik kerana ramai dikalangan mereka merupakan "perawi hadis". Mereka gunakan ayat-ayat teguran dalam Quran kepada para Sahabat sebagai dalil untuk menghina para Sahabat(Sedangkan Al-Quran tu sendiri merupakan riwayat para Sahabat yang dikumpulkan pada zaman Saidina Abu Bakar,kejahilan sejarah yang mereka tidak sedar. Mereka nafikan sejarah ini kerana ia juga datang dari riwayat Sahabat. Maybe mereka fikir Al-Quran tu memang dah siap di printing pada zaman Nabi dan di cetak sampai ke zaman ini).

-Tahap kekafiran mereka adalah sama seperti Syiah.

-Puak ini lebih teruk daripada Wahhabi, at least Wahhabi tetap percaya pada hadis Sahih walaupun mereka anti hadis daif(yang juga merupakan hadis Nabi).

Jadi mengikut level kesesatan:

1) Wahhabi - percaya Quran dan anti hadis daif.(Sesat)
2) Quranist- percaya Quran dan anti semua hadis.(Sangat sesat)
3)Syiah- Langsung tak percaya Quran kecuali Al-Quran ciptaan ayatollah mereka dan anti semua hadis kecuali hadis ciptaan ayatollah mereka.(Paling sesat)

Lepas saya dah bosan kaji pasal diorang, saya pun "munculkan diri" dalam group tu dan ajukan beberapa persoalan (ala-ala ajak debat lah konon). Semua soalan saya mereka tak dapat jawab dan hanya dijawab dengan provokasi dan kata-kata kesat yang hebat. Bila saya tanya soalan,mereka jawab semula dengan soalan lain untuk alihkan perhatian kepada persoalan lain, hal ni berlarutan sampai lah ke hari ini. Hari ini saya bukak lagi 2 soalan yang melibatkan Quran, pertama tentang solat dan kedua tentang riba. Kali ni admin sendiri yang turun dan mencabar saya dan cuba jawab, tapi "gagal". Terlampau banyak admin ter-kantoi kerana terpaksa akui keperluan hadis dalam menafsir Quran. Admin cuba buang semua soalan dan timbulkan soalan-soalan lain yang juga akhirnya admin terperangkap jugak dalam soalannya sendiri...

Last-last, dia delete semua post saya termasuk semua komen-komen "membunuh" saya dan kick saya dari group beberapa minit yang lalu...hek eleh...entah pape...macam pondan...

Semoga kita dan anak-cucu kita selamat daripada fitnah Dajjal ini. Kita hidup di akhir zaman, sekurang-kurangnya kita janganlah jadi "watak tanda kiamat" seperti yang Nabi khabarkan. Tujuan post ini dibuat ialah supaya semua orang berhati-hati dengan kumpulan ni. Kalau ada kawan atau ahli keluarga korang yang mula menunjukkan ciri-ciri yang macam saya list kat atas tu,cepat-cepat selamatkan dia sebab puak ni bukan lagi "sesat" tapi "murtad"....Murtad bukan benda main-main.........................

Kalau rasa nak main-main,pegi main angry bird~

Atau boleh visit page Batoota Toy's World dengan pelbagai pilihan alat permainan yang menarik~

https://www.facebook.com/BatootaToysWorld

Note: please lepas ni jangan sape-sape add saya dalam mana-mana group nonsense lagi...group wahabi ke,quranist ke,syiah ke,liberalisme ke,group gay sedunia ke,group cari jodoh ke,group peminat korea ke....sebab bila korang add,lepas tu saya kena kick...sama je..baik tak payah add...baik kita buat hal sendiri dan lepak kat wall ni je untuk bincang perkara yang haq. Biarkan mereka berendam dalam loji najis mereka, kita selamatkan dulu orang yang masih belum terjun ke dalamnya.

-uibo-

1 comments:

Anonymous said...

Hahaha..... nak jual barang pun perlu buruk2kan orang lain ke.... sampai begitu sekali nak cari makan..... ???

Henti-hentikanlah anda mempergunakan nama baginda nabi dan para sahabat demi kepentingan golongan anda..... !!!!

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates