Like Sampai Jari Patah

Friday 11 October 2013

Jemaah Tabligh episod 2

Seperti yang saya telah khabarkan, saya cerita tentang jemaah Tabligh ni bukan kerana saya cenderung atau bias kepada mana-mana jemaah atau firqah, tapi disebabkan cerita-cerita pengalaman saya di Afrika ni berkait rapat dengan jemaah ni, maka saya terpaksa kenalkan dulu kepada kalian semua apakah itu jemaah ini kerana saya akan sering menyebutnya dalam kisah-kisah saya pada masa akan datang.

Hari ni bermula cuti di madrasah dan saya bersama bidadari dan baby saya keluar makan angin kat bandar Johannesburg. Kami singgah di satu penempatan yang dikategorikan sebagai kawasan "elit" atau hanya diduduki oleh orang kaya-raya. Rumah-rumah kat situ memang mewah, kereta mewah, semuanya boss-boss kilang dan pekerja-pekerja jawatan tinggi. Tempat tu namanya Ridgeway, kedudukannya terletak di pinggir bandar Johannesburg dan mempunyai kadar jenayah yang rendah kerana ia dijaga rapi oleh polis (sebab ia tempat orang kaya).

Apa yang mengejutkan, tempat itu dipenuhi oleh MUSLIM. Ada sebuah masjid besar kat tengah-tengah penempatan orang kaya tu dan masjid tu ramai bila 5 waktu solat. Dalam 4-5 saf. Kalau kat Malaysia, jangankan kata orang kaya, orang miskin pun tak datang masjid sebab orang Melayu-Islam kat Malaysia ni fikir masjid tu dibina untuk orang Hindu, Kristian, Buddha, sebab tu diorang tak berani jejak kaki ke masjid (if u know wut I mean). So-called "pejuang Islam" pun tak datang masjid(kecuali kalau ada ceramah daripada puak diorang,baru diorang datang).

Kat Malaysia ni, kucing lagi ramai kat masjid daripada manusia yang mengaku Allah tu tuhan mereka dan Nabi Muhammad tu nabi mereka.

Anyway, kat situ ramai muslim datang ke masjid dan mereka semua jutawan-jutawan-jutawan, beli semuanya cash-cash-cash. No RiBa at All. Dan bila saya tanya kat salah sorang ahli jemaah masjid kat situ berapa orang tabligh dalam masjid ni, dia jawab "semua".

Dia cakap, 35 orang dari masjid ni pernah keluar dakwah selama 4 bulan di serata dunia. So obviously 35 orang ni akan menjadi "ahli jemaah tetap" yang mengimarahkan masjid tu. Hampir cecah 100 orang muslim kat situ pernah keluar dakwah 40 hari. Dan yang berpengalaman 3 hari terlampau ramai. Disitu terdapat 300 keluarga Muslim dan semuanya jutawan kecuali beberapa keluarga (tetapi tetap kaya). Boleh dikatakan semua lelaki di tempat tu pernah keluar berdakwah paling kurang 3 hari. Sebab tu bila ditanya berapa orang "tabligh" kat sini dia jawab "semua".

Itu jumlah yang "Allahuakbar" bagi sebuah komuniti "jutawan". Jutawan mana dalam dunia ni yang pakai jubah dan serban dan mengimarahkan masjid serta malukan muka mereka untuk berdakwah dari lorong ke lorong dengan jalan kaki selain mereka?

Ada seorang pakcik tua dari Pulau Fiji datang melawat ke sini dan bila dia nampak "tabligh" dia akan peluk mereka kuat-kuat dalam keadaan sebak. So kami tanya dia kenapa dia suka sangat dengan "tabligh" ni?

Dia cerita, pada tahun 1965, masa tu dia masih remaja. Waktu itu tidak ada muslim di pulau Fiji kecuali sedikit dan pulau tu juga kecil, dalam kurang dari 1 juta orang populasi manusia. Muslim yang sedikit tu pulak datang dari India dan langsung tak tahu apa-apa tentang Islam. Hanya nama mereka sahaja yang "Islam", tapi mereka tak tahu jawab salam, tak tahu apa itu solat, puasa, zakat, haji, dan tak tahu mengucap pun. Masjid pun tak ada. Di pulau tu hanya dipenuhi oleh hindu dan kristian.

Pada suatu hari, tahun yang sama, ada beberapa orang jemaah Tabligh dari Zambia datang ke situ dengan kapal. Mereka mencari-cari orang Islam disitu dengan cara memberi salam. Tapi tiada yang jawab. Hampir seluruh pulau mereka cari muslim tapi tiada. Akhirnya mereka tanya penduduk tempatan dimana mereka boleh cari muslim. Penduduk jawab "kamilah muslim". 

Jemaah tu pun gembira dan bagi salam. Tapi mereka tanya apa tu "assalamualaikum"? 

Jemaah tu terus peluk mereka dengan erat sambil menangis.(Kerana mereka telah sedar bahawa disitu ramai muslim tapi muslim disitu sudah terlampau jauh dari Islam)

Jemaah ini kemudiannya membeli banyak ekor kambing dan buat kenduri besar-besaran dan jemput semua penduduk muslim untuk makan. Kemudian mereka mula bercakap dan bersembang sehinggalah jemaah itu tahu bahawa semua muslim disitu tidak tahu langsung apa itu allah, apa itu rasul, apa itu islam.

Akhirnya mereka berdakwah disitu selama 4 bulan, dan mereka minta dari markaz tabligh untuk tambah masa lagi sehingga dua tahun mereka tinggal disitu sehinggalah mereka ajar semua penduduk tentang asas-asas Islam seperti akidah, solat, wudhu, sampai terbina masjid. Kemudian mereka pulang semula ke family mereka (sebab nanti orang fitnah mereka bukan-bukan sebab tak balik dari dakwah) dan jemaah lain pula dihantar ke sana bersama ulama.

Sejak 1965 sehingga kini 2013, daripada 1 juta penduduk, hampir 500 RIBU manusia telah masuk Islam, lahir 19 orang ulama bertaraf Mufti, 300 orang ulama bertaraf Maulana, 5000 orang ulama yang hafiz 30 juz Al-Quran dan semua saham pahala ni masuk ke akaun jemaah tabligh dari Afrika (Zambia) tadi sehingga ke hari ini.

Sebab tu pakcik tu sangat berterima kasih kepada "tabligh" kerana sanggup tinggalkan anak isteri mereka untuk berdakwah kepada mereka sehingga terbentuk komuniti Islam yang besar disana dan selamatkan ramai orang dari neraka Jahannam.

Wallahi demi Allah, bila saya dengar dia cakap camtu, terus saya rasa bertaubat dan sebak bila saya teringat dulu saya selalu kutuk,halau,lari dari jemaah ni. Moga Allah ampunkan saya.

Kalau tak mahu ikut, janganlah zalimi mereka, mereka tak minta wang tak minta sedekah tak minta projek, tak minta anak dara, tak minta jadi ahli MLM, tak minta makanan..

Tapi mereka cuma minta kita semua kembali kepada Islam...

Tanpa membawa apa-apa fahaman yang berkepentingan...

Mereka cuma mahu orang Islam kembali sujud pada Allah....

Allah our uske Rasul ke raste mei chale,
Sab ke sab qurbani kya tha,
is qurbani ka naam pyaar kehte hei,
Agar yeh pyaar nehi hei,
To kya hei yeh?

Note: Kepada yang menjadi followers saya sejak fb saya yang lama (sebelum di hacked oleh makhluk tak-cukup-kasih-sayang), tentu korang ingat tentang kisah bidadari saya bila keluar rumah akan pakai jubah yang full black tanpa sulaman bunga, manik, batu kelip dan alat-alat tabarruj yang lain kerana beliau cuma mahu simpan kecantikannya untuk suami sendiri (bukan untuk tunjuk kat suami orang seperti kebanyakan wanita zaman sekarang). Kepada yang berminat untuk menjadi "bidadari" juga yang berhasrat menyimpan kecantikan hanya untuk suami sendiri (bukan untuk tunjuk kat suami orang seperti kebanyakan wanita zaman sekarang), maka syarikat Batoota group ada mengeluarkan jubah hitam kosong tersebut di page Batoota Islamic Fashion (BIF) dengan harga yang berpatutan. Mohon kepada bakal-bakal bidadari sekalian untuk kunjungi page tu dan order supaya bumi ini dipenuhi dengan bidadari~ 

penuhkan dunia dengan bidadari~ 

-Semoga menjadi kebanggaan Rasulullah-

-uibo-

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates