Like Sampai Jari Patah

Friday 11 October 2013

Jemaah Tabligh

Ramai orang request untuk saya cerita lagi pengalaman-pengalaman "ganas" sepanjang berada di benua Afrika, crime's world.

Tapi sebelum tu, let's make thing straight first. Kalau kalian perasan,saya banyak menyebut tentang Tabligh bila cakap tentang benua Afrika ni. Jadi kali ni saya nak cakap sikit pasal jemaah dakwah paling besar dalam dunia ni. Bukan bias kepada mana-mana jemaah atau firqah, tapi itulah hakikatnya, kalau kalian datang sendiri ke sini, secara automatik kalian menjadi "Tabligh" kerana usaha dakwah ini terlampau umum sehingga menjadi aktiviti tetap setiap masjid di Afrika Selatan. Kiranya kalau kat Malaysia ni macam majlis baca yasin malam jumaat, tahlil, berzanji, dan lain-lain tu menjadi umum pada masyarakat, begitu juga aktiviti tabligh di sini dilakukan oleh semua umat Islam, dari imam, bilal, tok siak, budak-budak, bisnesman, doktor, student sampailah ke gengster-gengster. Selepas kedatangan jemaah Tabligh, kadar jenayah di seluruh Afrika menurun mendadak (kerana mafia-mafia ramai bertaubat) menyebabkan kerajaan berikan penghormatan yang sangat tinggi kepada golongan tabligh untuk menguruskan semua urusan umat Islam di sini.(sama seperti di Malaysia, kerajaan berikan penghormatan tinggi kepada golongan tabligh atas jasa mereka menurunkan kadar jenayah negara dan menjadi asbab bertaubatnya ramai mat pit, mat rempit, gengster, artis-artis seperti iwan dangdut,dr.sam saya anak malaysia, pierre andre dan entah artis mana lagi. Jika kalian berkunjung ke kuala lumpur, cuba lah datang ke markaz tabligh malaysia di masjid jamek sri petaling, disana kalian akan temui semua golongan yang saya maksudkan, dari mat pit, pembunuh bersiri, perogol bersiri, perompak, drug dealers semuanya ada).

Semua masjid yang ingin dibina mestilah melalui persatuan ulama dan persatuan muslim yang semua ahlinya merupakan orang tabligh.

Jadi kalau saya tak sebut tentang tabligh dalam cerita saya,itu merupakan satu penutupan fakta yang terang, umpama saya menutup mata di siang hari sambil berkata : "malam yang sangat indah".

So jangan salah anggap saya ni cenderung pada mana-mana jemaah atau kutip komisen daripada mana-mana jemaah. Kalau tak percaya, datanglah sendiri ke Afrika Selatan dan kalian akan dapati di setiap masjid punya papan kenyataan akan ada tertulis aktiviti-aktiviti tetap setiap masjid di seluruh negara dan semua aktiviti itu merupakan aktiviti tabligh yang merupakan sunnah nabi.

Dalam masa yang sama juga berbelas-belas guru Talaqqi saya merupakan aktivis tegar tabligh dan tareqat. Walaupun saya lebih cenderung kepada aktiviti tareqat dan habiskan masa dengan majlis tareqat bersama syaikh saya, tetapi tidak dapat tidak saya kadang-kadang akan berada juga di dalam majlis tabligh kerana ia terlampaulah umum. 

Rata-rata muslim disini telah keluar berdakwah 4 bulan di india,pakistan,bangladesh yang mereka sebut sebagai IPB seawal umur 15-17 tahun. Kebanyakan mereka yang berumur linkungan 18-25 pula telah pun berdakwah selama 4 bulan secara jalan kaki yang mereka namakan sebagai jemaah pedal. Yang berumur linkungan 20-30 pula, pasport mereka telah pun penuh dengan cop visa seluruh dunia kerana berdakwah di negara luar selama 4 bulan.

Setiap tahun,dinegara ini mereka akan berkumpul yang mereka namakan sebagai "ijtimak". Puluhan ribu akan berkumpul selama 3 hari untuk mendengarkan pelbagai nasihat daripada ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah dari seluruh dunia. Beberapa minggu lepas, mereka adakan "ijtimak old workers" iaitu perhimpunan pendakwah senior di Madrasah saya yang hanya dihadiri oleh ahli tabligh veteran yang berpengalaman sekurang-kurangnya berdakwah selama 4 bulan. Untuk acara tahunan tabligh sedunia pula, jutaan mereka akan berkumpul di Bangladesh dan mendapat rekod dunia, iaitu perhimpunan tahunan manusia paling besar di dunia selepas perhimpunan Haji. Dan yang menakjubkan, mereka semua berkumpul setiap tahun tanpa miss setahun pun dan perhimpunan mereka berlaku tanpa diiklankan di media seperti TV,radio,surat khabar,kain rentang, poster-poster di tiang letrik, internet dan lain-lain media. Tiba-tiba je dah berkumpul berjuta-juta di Bangladesh untuk mendengar nasihat para ulama sedunia. Semua iklan perhimpunan hanya dibuat dengan penyebaran mulut sahaja persis seperti di zaman Rasulullah. Saf solat mereka sampai berkilo-kilo meter panjangnya kerana manusia yang terlampau ramai.

Rata-rata mereka mempunyai akhlak yang superb dan hati mereka umpama air, mudah menangis dan penuh kerisauan akan umat manusia sedunia. Mengikut cerita penduduk tempatan, banyak mafia-mafia dan kongsi gelap hebat di Afrika dibubarkan secara sendiri kerana ahli-ahlinya telah bertaubat kerana menjadi tabligh. Jemaah dakwah ini mempunyai kekuatan dakwah yang sangat hebat kerana selain daripada menziarahi rumah-rumah orang Islam, mereka juga masuk ke disko-disko, pub, kelab malam, rumah pelacuran, sarang dadah, lorong-lorong yang dipenuhi pondan dan sebagainya untuk mereka dakwah. Walaupun ada yang berfikiran dangkal dan mempunyai kecacatan otak bahawa golongan ini tidak boleh didekati jika dalam keadaan berpakaian jubah,serban dan lain-lain. Namun bagi jemaah ini, mereka slumber kering je masuk tempat-tempat tu untuk berdakwah dan menyebabkan ramai gengster dan samseng dan sampah-sampah di jalan menjadi permata mulia yang bersinar-sinar di sisi Allah. Oleh sebab itu, bila saya datang ke markaz tabligh disini, rata-rata mereka walaupun berjubah berserban, tapi badan mereka dipenuhi tatu-tatu besar kerana itu merupakan pengenalan mafia mereka. Dalam keadaan tangisan gengster-gengster itu dikeluarkan dari tempat-tempat kotor itu dan di bawa ke masjid lalu disucikan. Keadaan ini saya nampak depan mata saya dan bukannya sekali atau dua kali.

Bagi setiap negara, mereka mempunyai prioriti dakwah yang berbeza, jika disini, lubuk-lubuk gengster merupakan sasaran, kalau di Malaysia, jemaah ini banyak masuk ke hutan, bukit dan perkampungan orang asli dimana kawasan itu sangat gersang dengan agama dan ramai pula yang murtad kerana dimurtadkan oleh golongan missionaries kristian. Mengikut laporan tabligh Malaysia, JAKIM juga sering berkerjasama dengan tabligh di Malaysia untuk berdakwah diseluruh tanah air kita terutamanya di kawasan perkampungan orang asli.

Adalah sangat cacat otak dan pemikiran bagi saya jika saya nafikan jasa besar jemaah ini, kerana lebih 10 negara yang saya travel, saya akan jumpa jemaah ini sedang giat melakukan dakwah supaya umat Islam kembali kepada Allah. Apabila ramai yang bertaubat, mereka akan ajak pula yang lain untuk turut bertaubat. Maka ini "bisnes" akhirat yang sangat menguntungkan kerana menjadi sebab orang lain bertaubat atau mendapat petunjuk Allah merupakan satu aset besar di akhirat kerana walaupun mereka mati, tetapi buku catatan amalan mereka sentiasa dipenuhi pelbagai catatan amal.

Saya tergerak menyebut tentang jemaah ini adalah kerana terdapat suara-suara sumbang yang memfitnah jemaah ini dengan tuduhan-tuduhan aneh serta mengaitkan saya dengan jemaah ini dalam bentuk penghinaan. Adalah amat memalukan bagi diri saya apabila orang mengaitkan saya dengan jemaah ini kerana saya langsung tidak layak dikaitkan dengan jemaah ini. Dahlah orang-orang Tabligh memang dah benci saya(sebab saya selalu hentam diorang dalam group diorang,hehe), pastu orang lain kaitkan saya pulak dengan jemaah ni yang menyebabkan orang Tabligh lebih tak suka pada saya kerana mengaitkan saya dengan jemaah ini akan menyebabkan fitnah kepada jemaah ini. 

Mana mungkin saya ini digelar tabligh sebab kalau saya ni tabligh, tak kan lah saya nak main fb? Itu logik yang pertama. Mengikut guru saya, orang Tabligh sedunia membahagikan masa menjadi 3 iaitu 8 jam untuk bekerja mencari nafkah, 8 jam untuk berdakwah kepada masyarakat dengan cara dakwah Nabi(real life dakwah, bukan maya) dan 8 jam untuk keperluan diri seperti makan,minum tidur dan masa untuk keluarga. Jadi mereka tidak mungkin ada masa nak main fb. Yang keduanya, orang-orang Tabligh ni akhlak mereka memang power, boleh nangis kita dibuatnya. Jadi mana mungkin saya dikaitkan dengan jemaah ini memandangkan akhlak saya yang sangat buruk dan kasar? Kalau korang kaitkan jugak, orang Tabligh tetap tak akan mengaku saya ini golongan mereka. 

So, semua tuduhan itu just don't make any sense. Tapi saya tetap suka jemaah ni kerana hormat saya pada guru saya sepertimana Ustaz Azhar Idrus hormat jemaah ini kerana guru-gurunya (khususnya di Pondok-pondok Thailand) juga ramai yang Tabligh. Begitu juga sepertimana Tuan Guru Nik Aziz sangat hormat pada jemaah ini kerana guru-gurunya juga ahli Tabligh yang bukan Tabligh biasa, tapi tabligh yang memang tegar dan pekat kerana dulu Tok Guru belajar agama di Darul Uloom Deoband yang merupakan Markaz Ulama Tabligh Sedunia. Habib Umar di Darul Mustofa juga sangat menghormati jemaah ini kerana bapanya merupakan ulama pertama di Yaman yang menjadi Tabligh di tanah Yaman.Di negara Arab, jemaah ini dihormati kerana salah seorang ketua dan juga salah seorang pengasas jemaah ini ialah Maulana Muhammad Zakariyya Al-khandahlawi yang merupakan guru hadis kepada Abuyya Maliki (Sayyid Muhammad Alwi Al-Maliki) yang sangat terkenal sebagai benteng Ahlu Sunnah Wal Jamaah di seluruh dunia khususnya negara Arab. Apabila Abuyya Maliki menghormati Tabligh kerana gurunya yang merupakan pengasas bersama jemaah Tabligh, maka murid-muridnya dan komuniti Arab yang lain juga turut menghormati jemaah ini. Jemaah ini juga dihormati di tanah Arab kerana pengaruh Maulana Sayyid Hassan Al-Hasani An-Nadwi di tanah Arab yang sangat hebat dan Maulana An-Nadwi merupakan antara veteran Tabligh yang terawal dan bersahabat baik dengan pengasas UTAMA jemaah tabligh ini iaitu Maulana Muhammad Ilyas Al-Khandahlawi (Pakcik kepada Maulana Zakariyya). Jika di benua Afrika ni, jemaah ini dipandang tinggi dan dihormati kerana nama ulama-ulama Tabligh seperti Mufti Radhaul Haq, Mufti Menk, Maulana Sulaiman Molla, Maulana Sulaiman Khatani dan ramai lagi.

Nama-nama institusi Darul Uloom seperti:

-Darul Uloom Deoband, India
-Mazahirul Uloom Saharanpur, India
-Hathazari Madrassah, Bangladesh
-Darul-uloom Nadwatul Ulama, India
-Darul Uloom Karachi, Pakistan
-Jamia Uloom ul Islamia, Pakistan
-Jamiah Darul Uloom Zahedan, Iran
-Darul Uloom London, England
-Darul Uloom New York, United States
-Darul Uloom Canada, Canada
-Madrasah In'aamiyyah, South Africa
-Darul Uloom Zakariyya, South Africa

Merupakan madrasah-madrasah Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang guru-gurunya membawa manhaj Tabligh.

Disebabkan terlampau ramai ulama dalam jemaah ini di seluruh dunia, jadi pelajar agama tidak dapat lari dari memiliki guru yang bermanhaj Tabligh. Jadi menghormati jemaah ini kerana guru-guru mereka ahli Tabligh merupakan sesuatu yang normal bagi pelajar agama di seluruh dunia. Hanya yang mempunyai kecacatan otak dan kebantutan berfikir je akan cakap bukan-bukan tentang jemaah ini.

Adapun tidak dinafikan terdapat beberapa ahli tabligh yang menimbulkan fitnah seperti anak berterabur ke, soal nafkah ke, kebersihan ke, itu semua tidak sama sekali pernah diajar di dalam jemaah ini tetapi merupakan keburukan individu itu sendiri, saya sendiri pernah bertanya kepada para ulama tabligh berkenaan hal ini misalnya saya tanya adakah jemaah tabligh pernah mengajar ahli mereka supaya menjadi pengotor, tinggalkan anak isteri TANPA nafkah dan lain-lain? Bahkan para ulama itu menangis bila diajukan soalan ini kerana mereka berusaha penuh menyuruh semua ahli Tabligh ini agar menjaga adab,akhlak, kebersihan, dan lain-lain sehinggakan setiap ahli Tabligh yang mahu berdakwah diwajibkan untuk diinterview oleh ketua-ketua kawasan masing-masing berkenaan nafkah dan hal berkaitan yang mereka namakan sebagai proses "Tafakut". Hanya yang mempunyai bekal dan nafkah kepada keluarga sahaja dibenarkan keluar oleh ketua Tabligh di kawasan masing-masing. Jadi mereka sendiri tidak tahu apa sebenarnya masalah tabligh yang tak bagi nafkah tu kerana mereka telah jalankan kerja mereka. Mungkin tabligh tu makan semua duit nafkah tu untuk dirinya atau lain-lain, itu bukan ajaran Tabligh dan tidak pernah disuruh oleh mana-mana ulama Tabligh untuk lakukan itu kerana perbuatan itu haram. Mana mungkin ulama menyuruh umat melakukan perkara haram? 

Sama seperti Nabi melarang kita mencuri, tapi jika kita mencuri jugak, adakah patut kita hina agama Islam dan menuduh agama Islam sebagai agama pencuri? Hanya orang yang Maha Bodoh atau extremely deadly freaking MORON sahaja yang akan lakukan itu kerana telah jelas Allah dan Rasul haramkan mencuri, tiba-tiba umat Islam mencuri, maka itu bukan salah Islam. Maka sama juga seperti ulama Tabligh yang telah pun bagi panduan yang lengkap pada ahli Tabligh jika mereka langgar peraturan, maka itu bukan salah jemaah Tabligh tapi salah individu yang langgar peraturan tu.

Note: Hanya Jauhari Mengenal Manikam.

Dunya mei jitni hei nafaratei,
Phir bhi dillo mei ke cahatei,
Mar bhi Jayyei, Pyaar Walei,
Zindah Rehti hei unki Mohabbatei.

*(Sapa yang faham, faham lah, malas aku nak translate.)
-uibo October 10 via mobile-

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates