Like Sampai Jari Patah

Sunday 15 September 2013

kampung sunnah

Sejak dua menjak ni, hati saya jadi sangat resah gelisah,murung dan sering tiba-tiba menangis tanpa sebab. Semuanya bermula selepas saya berhenti menulis buku,berhenti membaca kitab,berhenti berfikir untuk umat,berhenti melakukan semua urusan rutin saya dan baring sambil melihat status-status orang ramai dalam fb...saya jarang yang amat membaca status sesiapa pun kecuali jika ditag itu pun kebanyakannya tak dilayan...saya hanya berada di dalam dunia saya,akaun saya,inbox saya.

Saya tulis status di wall sendiri,komen sikit-sikit apa patut, dan saya teruskan rutin harian saya. Saya tak pernah ada masa untuk tengok status-status lain di home facebook ni.

Tapi baru-baru ni saya mula terdetik untuk membaca,menjadi silent reader. Dan tak semena-mena air mata saya mengalir. Terutamanya bila saya melihat baby saya yang sedang tidur di sebelah saya sambil isap jari.

Saya terfikir...Subhanallah...Lahaula wala Quwwata illabillah.... Hebatnya kerosakan umat...apa akan jadi pada anak-anak aku nanti?

Ada yang upload gambar dedah aurat, ada yang berpelukan, ada yang jantan betina berkekek-kekek,ada post pasal cinta luar nikah,ada yang post hina imam-imam mazhab,ada yang post pasal anti hadis,ada post pasal keagungan syiah, ada post pasal keagungan wahabi,ada post untuk ketawakan niqabis yang menjaga maruahnya, ada post pasal kutuk ulama "kuno" dan up kan ulama "moden", ada yang mengutuk pendakwah, ada jugak yang mengaibkan individu2 tertentu khususnya yang melibatkan politik kepartian. Isu-isu seperti purdah,keharaman wanita bersafar tanpa mahram, dan lain-lain syariat Allah telah menjadi satu bahan jenaka orang-orang bodoh.

Saya jadi bagai nak gila selepas saya korek-korek dunia gelap fb ni dan perkara pertama yang saya risaukan ialah anak saya. Adakah anak saya juga termasuk dalam golongan ini ataupun dia mendapat petunjuk daripada Allah?

Saya menjadi sangat takut dengan tanah kelahiran sendiri...

Dan saya ceritakan dan tunjukkan semua kerosakan ini kepada bidadari saya. Dia juga menangis dan terkejut kerana dia tidak pernah didedahkan dengan perkara macam ni sejak kecik sebab dia tak pernah terlibat dengan apa-apa teknologi moden dan cuma bersekolah di rumah. Dia lalu terus bacakan kepada saya satu hadis berkenaan hal ini yang diriwayatkan saidina huzaifah alyamani di mana rasulullah arahkan untuk lari masuk ke hutan/pergunungan sambil membawa haiwan ternakan apabila bertemu dengan zaman ini...

Dia mintak supaya kami sekeluarga jangan tinggal di Malaysia kerana ketakutan yang amat sangat akan kerosakan agama. Lebih baik tinggal di hutan,jauh dari manusia terutamanya yang dikenali daripada seluruh keluarga berada di neraka kerana terpengaruh dengan semua fitnah dajjal ni.

Saya juga terfikir perkara yang sama dan akhirnya saya bermesyuarat dengan salah seorang guruku. Beliau syorkan kepadaku agar tidak melarikan diri ke hutan sebaliknya saya perlu membina sebuah perkampungan yang agak jauh daripada bandar dan hanya dipenuhi dengan orang baik-baik yang beramal soleh,beramal sunnah 100%,menutup aurat dengan sempurna, suasana ilmu,iman dan amal yang baik, mempunyai kebun dan ladang sendiri,sembelih sendiri binatang untuk dimakan dan yang paling penting jauh dari fitnah orang ramai.Dengan ini,sebuah komuniti yang baik dapat dibina,dapat saling berdakwah,dapat tegakkan solat jumaat dan dapat bina suasana yang baik agar dapat memberi kesan kepada hati siapa sahaja yang masuk ke situ seperti di madinah ketika zaman rasulullah. Sesiapa yang melihat suasana madinah,pasti akan masuk islam.Dengan ini,umat mendapat manfaat.

Idea dan kerisauan ini saya curahkan kepada semua rakan niaga saya di Afrika Selatan yang terdiri daripada saintis,doktor,pakar bahasa inggeris,pakar ekonomi dan ulama. Mereka semua sangat takut bercampur gembira dan teruja dengan idea tu serta bersetuju untuk tinggal bersama saya. Saya dan rakan ulama saya akan ajar anak-anak kami bab agama,yang lain pula akan ajar mengikut kepakaran bidang masing-masing di sekolah yang kami sendiri bina.

Semoga Allah makbulkan dan mudahkan urusan ini.Amin.

Note: kepala sudah gegar,hati sudah gusar,jantung sudah berdebar....harap-harap cita-cita ni tercapai.....


-ustaz ibnu batoota owsem-

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates