Like Sampai Jari Patah

Tuesday 10 September 2013

teka teki

di dalam Al-Quran mempunyai 114 surah.hanya surah at-taubah tiada "bismillah "jadi hal yang demikian,hanya tinggal 113 "bismillah" nya.tapi, bila dikira semula ada 114 "bismillah" jadi,dimana letaknya "bismillah" yang lagi satu?

= di dalam surah al Naml..kisah perutusan untuk Nabi Sulaiman...ayat ke 30
-------------------------------------------------------------------

Air merupakan pelarut yang bagus.maknanya air dengan air boleh bercampur. tp Allah maha berkuasa Dia menjadikan Dua Air laut iaitu tawar dan masin x boleh bercampur bahkan dihalangi oleh satu dinding yang ahli saintis pun berasa hairan, bagaimanalah dua air laut ni x boleh bercampur.Soalannya,manakah ayat di dalam Al-Quran yang membuktikannya?

=surah ar-rahman ayat 19-20"ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing2 tidak melampaui sempadannya."

=dalam surah Al Furqan : 53
"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir, yang satu tawar lagi segar yang lainnya masin lagi pahit. Dan Dia jadikan di antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi."
------------------------------------------------------------------------

Dalam al-quran, ade surah yg panjang dan surah yg pendek. Terdapat satu surah yang panjang ini, Allah turunkan sekaligus semua ayat dalam surah tu dari awal hingga akhir lengkap sampai abis, dalam satu masa. Apakah Surah ini?

=surah al-an'am

----------------------------------------------------------------------

Siapakah pembunuh 1/6 daripada penduduk bumi?

=Qabil yang membunuh 1/6 daripada penduduk bumisebab bunuh Habil..pada zaman tersebut cuma ade Nabi Adam a.s, Siti Hawa, Qabil, Habil, Iklima dan Lubuda.Dan Qabil adalah 1/6 dari manusia pada ketika itu.
---------------------------------------------------------------------

apakah duanya yang tiada tiganya...

=malam dan siang.Allah SWT berfirman Al-Quran surah Al-Isra' ayat 12 :Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)..

-ana mahu berhijrah-

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates