Like Sampai Jari Patah

Sunday 15 September 2013

RIBA



Sejak lahir sehinggalah tahun 2010 saya memang tak tahu menahu tentang riba. Tetapi selepas guru terhormat saya jelaskan satu per satu tentang riba. Badan saya berpeluh-peluh, bergetar-getar dan setiap kali melihat muslim mengambil riba, air mata saya tak akan mampu ditahan. Bila saya cuba terangkan, mereka semua sangka saya gila,bodoh, datang dari planet marikh, tak up to date,tak moden,macam mana nak hidup, macam mana nak beli rumah,kereta,bisnes..semua tu kena ludah balik ke muka saya....

Apa yang lebih memedihkan hati sampai nak tercabut jantung saya ialah bila saya lihat golongan ustaz-ustazah pun pakai duit riba juga untuk membeli rumah dan kereta mereka yang bakal mereka tinggalkan di dunia selepas mereka mati masuk kubur badan kena makan ulat....

Dulu saya sangat sedih dengan kes zina yang semakin berleluasa sebab itu menunjukkan kiamat dah semakiinnnn dekat, dari yang bogelis sampailah niqabis, semuanya dah macam binatang. Manusia dengan binatang dah tak ada beza, mengawan sini sana. Tapi sekurang-kurangnya manusia-manusia ni masih ada lah sedikiiiiiiiit lagi akal yang tinggal yang menyebabkan mereka tidak mengawan dengan pasangan mereka di jalanan seperti binatang. Beerti mereka masih menganggap ianya sesuatu yang dosa,kotor dan jijik.

Tetapi yang lebih menakutkan ialah kini hampir semuanya terlibat dengan riba, daripada sesampah-sampah manusia hinggalah semulia-mulia manusia semuanya makan riba. Bahkan ianya tidak pernah dianggap dosa dan yang lebih lebih lebih menakutkan ialah manusia kini GEMBIRA yang amat apabila pinjaman berunsur riba mereka dari para bank laknatullahi'alaihim diluluskan.

Manusia kini gembira apabila mendapat wang riba?

Manusia kini sedih dan tertekan bila bank black list nama mereka daripada mengambil pinjaman riba dari mereka?

Sistem bank riba ini telah diperkenalkan oleh Dajjal melalui family Rothchild untuk merosakkan seluruh manusia dengan "memaksa" seluruh manusia makan riba dan hapuskan "dosa" riba dengan menjadikannya "halal".

Seluruh keluarga dan rakan kita kononnya "terpaksa" terlibat dengan riba untuk membeli keperluan hidup samada rumah,kenderaan,modal bisnes dan lain-lain.

Sedangkan dosa riba adalah terrrrramatlah besar!

Jika dosa zina itu sebesar gajah maka dosa riba pula adalah sebesar ikan paus!

Nabi telah beri amaran yang maha hebat kepada pemakan riba, antaranya sesiapa yang guna satu dirham (lebih kurang RM25) duit riba dosanya adalah LEBIH BERAT daripada berzina dengan 36 pelacur.

Nabi juga bersabda mafhumnya riba itu mempunyai 73 pintu (dalam riwayat lain ada sebutkan 70,72,63 pintu) dan dosa riba yang paling kecil ialah umpama seorang lelaki BERZINA DENGAN IBU SENDIRI.

Dalam hadis lain ada dinyatakan bahawa apabila telah nampak jelas di sesuatu tempat tu berleluasanya zina dan riba, maka mereka itu adalah golongan yang menghalalkan azab allah ke atas mereka.

Nabi juga bersabda di dalam Sahih Muslim yang mafhumnya:

“Allah melaknat orang yang memakan (hasil) riba, yang memberi makan dengannya, penulisnya, dan dua saksinya jika mereka mengetahuinya”

Orang yang mempunyai otak dan iman pasti akan bergetar apabila ancaman-ancaman maha hebat seperti ini dibacakan. Dan dosa sebesar ini apabila kita halang saudara muslim kita daripada mendekatinya, kita pula yang dituduh bodoh dan gila. Tidak sedar dirikah kalian bahawa kalian sedang hebat dilaknat oleh Allah setiap saat kerana riba????

Saya mulai sedar betapa bahayanya riba apabila guru saya akan bergetar,berpeluh, dan beristigfar banyak-banyak apabila lalu di depan bank. Apabila beliau lalu di bangunan dan terdapat bangunan bank di hadapan,dia akan elakkan dirinya daripada seluruh teduhan bangunan tu dan berjalan dalam keadaan seluruh badannya tidak ditutupi walau sebesar kuman pun bayang-bayang daripada bangunan bank tu.bila ditanya kenapa, beliau menjawab mafhumnya bahawa:

" dosa riba antara dosa paling berat dalam islam melebihi dosa berzina dengan ibu sendiri. Ia satu-satunya dosa yang secara jelas Allah telah isytiharkan PERANG. Dan saya tidak mampu mencegah sesiapa pun daripada mengambil riba, jadi setiap kali saya nampak bank dan pusat riba lainnya, saya akan mencegah maksiat besar ini dengan hati dan beristigfar sebanyak-banyaknya. Saya tidak akan lalu di bawah bayang-bayang bangunan bank kerana seluruh bangunan itu dibina melalui wang keuntungan riba, jika ianya disewa, ianya disewa dengan wang keuntungan riba, jadi berselindung daripada matahari di bawah bayang-bayang bank tanpa sebab adalah sama seperti mengambil manfaat daripada hasil keuntungan wang riba. Saya takut jika di dunia ini saya bersih dari apa-apa wang riba, tapi selepas saya mati, buku amalan saya penuh dengan dosa riba yang banyak dan setaraf dengan berzina dengan ratusan pelacur hanya kerana saya mengambil teduhan daripada bangunan bank yang merupakan pusat riba dan penarik bala Allah yang paling kuat. "

Tidak ada golden words yang lebih berharga daripada ini.Ketika saya bertalaqqi kitab Mukhtasar Al-Quduri dengan guru saya, pengarang kitab tersebut sangat beradab. Beliau tidak pernah menyebut lafaz "halal" atau "haram" di dalam kitabnya kerana takwa (takut-takut bila cakap sesuatu tu haram,rupa-rupanya disisi Allah ianya halal, inilah ketakwaan para ulama zaman dahulu,bukan macam "ulama" zaman sekarang, lagi-lagi puak-puak wahabi, sesedap tekak mak bapak diorang je cakap itu ini bidaah,haram,sesat,kafir,masuk neraka), sebaliknya pengarang cuma tulis perkataan "yajuz" (dibenarkan) dengan "la yajuz"(tidak dibenarkan) sebagai ganti lafaz "halal-haram".

TETAPI! Apabila masuk bab Riba je, ayat pertama yang pengarang tulis ialah "Yahrumu" (DIHARAMKAN).

Syeikh saya yang ketika itu membacakan kitab ini kepada kami akan terdiam,memejam kuat mata dan bergetar-getar badannya seperti tersangat sejuk. Kemudian setelah bertenang, beliau terangkan kepada kami bahawa Dajjal sudah benar-benar hampir sampai kerana kini riba sudah lagi tidak dianggap dosa dan sesiapa yang berkata ianya dosa akan dituduh gila dan bodoh...

Jika kalian merupakan salah seorang pemakan riba, berhentilah segera dan bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat....

Kepada para pemakan riba yang tetap mahu makan riba selepas diberikan amaran maka dengan jelas Allah berikan ancaman untuk sumbat mereka ke dalam JAHANNAM SELAMA-LAMANYA...Allah berfirman...

“Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Rabbnya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba selepas amaran diberi), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa.” (Al-Baqarah:
275-276)

Berkata Al Imam Adz Dzahabi Rahimahullah :
“Ini adalah ancaman yang sangat besar dengan dikekalkan didalam neraka orang yang makan dari hasil riba, sebagaimana yang kamu saksikan bagi orang yang kembali memakan riba setelah peringatan. Tidak ada daya dan upaya kecuali karena pertolongan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung ” (rujuk kitab Al-Kabaair Imam Adz Dzahabi : m/s 35 )

Note: Bersaksilah wahai seluruh manusia bahawa aku telah menyampaikan, bersaksilah wahai seluruh jin bahawa aku telah menyampaikan, bersaksilah wahai seluruh malaikat bahawa aku telah menyampaikan dan bersaksilah wahai Allah, bahawa aku telah menyampaikan.

-ustaz ibnu batoota owsem-

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates