Like Sampai Jari Patah

Sunday 23 June 2013

Bermulanya Pergaduhan Suami Isteri

Bermulanya pergaduhan sesama manusia samaada suami dgn isteri, anak dgn bapa, murid dengan guru, abg dgn adik, rakyat dgn pemimpin sehinggalah kepada pergolakan dunia adalah kerana masing2 menuntut HAK.

Si isteri berkata kepada suami "Abg kan suami, ni semua tanggungjawab abg. Tugas saya hanya berhias utk abg jer!!".

Suami kata pada Isteri " Hei!! Engkau tu sedar diri sikit! Aku ni suami engkau. Syurga engkau dibawah tapak kaki aku kau tau tak??"

Anak cakap dgn bapak " Ayahkan bapak saya. Ayah tau tak kenapa saya jadi mcm ni?? Sebab bapak la!! Bapak yang xpandai didik saya. Sbab tu saya jadi mcm anak setan. Bapak borek anak rintik. Betul kan pepatah ni??"

Bapak cakap dgn anak " Hei, engkau anak derhaka!! Tak reti nak hormat mak bapak!! Aku ni kerja siang malam utk besarkan engkau tau tak?? Anak tak kenang budi! hormatlah aku ni sebagai bapak engkau..

Huh..inilah yang biasa terjadi. Masing2 menuntut hak masing2. Indahnya Islam mengajar kita untuk menunaikan hak setiap org Islam tak kira siapa pun dia. Lebih2 lagi org yang paling hampir dengan kita. Tugas kita ialah menyempurnakan HAK. Hak diri sendiri kita serahkan kepada Allah dan maafkan org yang berkaitan dengan HAK kita.

Subhaanallah.. Begitu indahnya kemaafan ini sehingga ia mampu melentorkan keegoan. Cuba anda amalkan setiap malam sebelum tidur meminta maaf dan ucapan terima kasih dari pasangan anda. Saya yaqin ianya amat berkesan dalam mewujudkan kasih sayang kerana Allah.

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates