AMAL MAQOMI WANITA (MASTURAH)
Salah 1 maksud masturah
dikeluarkan adalah untuk MEMBENTUK FIKIR AGAMA, kerana setiap hari wanita selalu disibukkan dengan urusan rumah tangga sehingga fikirnya hari-hari hanya urusan dunia.
Oleh kerana itu dgn KELUAR ke JALAN AGAMA 'diharapkan setelah pulang ke rumah' dapat membawa FIKIR AGAMA untuk BEKAL MENGHADAP ALLAH swt, sehingga akan menjadikan wanita tersebut ASBAB HIDAYAH dgn beberapa AMALAN yg perlu wujud DALAM RUMAH :
1) Menjadi 'ALIMAH : wanita yg BERILMU dengan menjaga TA'LIM secara ISTIQAMAH,
• Ta`lim adalah perintah Allah
swt dan salah satu SUNNAH
Rasulullah saw
• Ta`lim adalah ROH AGAMA
• Ta`lim adalah salah satu
pintu gerbang MASUKnya AGAMA ke dalam rumah.
2) ZAHIDAH : HIDUP SEDERHANA
• Hidup SEDERHANA adalah salah 1 SUNNAH cara hidup
RASULULLAH saw.
• Dengan hidup sederhana HISAB akan MUDAH dan RINGAN· Sederhana PAKAIAN, MAKANAN, PERUMAHAN, PERABOTAN, PENAMPILAN dll.
3) 'ABIDAH : AHLI IBADAH, menjaga SOLAT di AWAL waktu, ZIKIR pagi petang, semua pekerjaan rumah selalu diiringi dengan ZIKIR,ISTIQAMAH baca AL QURAN dan BERUSAHA untuk selalu MENGKHATAMNYA, SOLAT-SOLAT SUNAT,PUASA WAJIB dan PUASA SUNAT serta gemar BERSEDEKAH.
4) MURABBIYAH : Sebagai GURU yg MENDIDIK anak–anak SECARA ISLAM SESUAI dengan yg telah DICONTOHKAN oleh RASULULLAH saw ;
Kerana ANAK adalah AMANAH dari ALLAH swt,
• Tarbiyatul adab : jaga ada-ADABnya
• Tarbiyatul jasad : badan, pakaian dan makanan
• Tarbiyatul Wiladhah : setelah
melahirkan
• Tarbiyatul Diin : Agama, KENALKAN sejak anak-anak masih kecil, latih untuk selalu takut hanya kepada Allah swt, tanamkan pada anak CINTA ALLAH dan RASULNya, cinta SAUDARA dll.
5) KHADDIMAH : Selalu BERKHIDMAT
untuk SUAMI dan anak–anak dalam setiap menunaikan KEPERLUAN dan kehendak SUAMI dan ANAK-ANAK serta setiap tamu yg dtg ke RUMAH dgn IKHLAS kerana ALLAH swt.
6) DA'IYAH : MENGAJAK MANUSIA untuk selalu TAAT kepada ALLAH swt dan kepada RASULULLAH saw dgn MENANAM IMAN YAKIN kepada KAMPUNG AKHIRAT, dll.
By : Sheikh Mahfudz Indarto Aljawi
0 comments:
Post a Comment