"Ustaz, rumahtangga saya selalu tak tenang, saya dengan isteri kerap bergaduh, pasal hal yang kecil pun boleh bergaduh, kadang-kadang hal yang tak masuk akal, pun boleh bergaduh. Saya dah pening, saya dah jumpa ramai USTAZ, semua kata saya ADA SAKA, saya dah jumpa dengan ramai orang, untuk buang saka saya nie, dah buang sana sini, tapi rumahtangga macam tu juga, jiwa selalu tak tenang, degil betul ya saka saya nie ye ustaz? Ustaz boleh tolong buang tak saka saya?"
Soalan dari sang faqir kepada kedua-dua mereka:
SUAMI
1) Bilakah kali terakhir mandi bersama?
3) Bilakah kali terakhir Mengaji Al Quran bersama isteri?
4) Bilakah kali terakhir memeluk isteri dari belakang sewaktu isteri membuat kerja rumah?
5) Bilakah kali terakhir menyuap isteri makan?
6) Bilakah kali terakhir mengusap belakang isteri?
7) Bilakah kali terakhir memegang tangan isteri? Bilakah kali terakhir mengucapkan I Miss You pada isteri?
9) Bilakah kali terakhir memberi hadiah kepada isteri?
ISTERI
1) Bilakah kali terakhir 'iron' baju suami tanpa diminta suami?
2) Bilakah kali terakhir mengurut kaki suami tanpa permintaannya?
3) Bilakah kali terakhir makan bekasan suami?
5) Bilakah kali terakhir memohon maaf kepada suami walau tidak buat salah?
6) Bilakah kali terakhir memandang wajah dan.mata suami dengan senyuman manis?
7) Bilakah kali terakhir mengucapkan I Love You pada suami? Bilakah kali terakhir menerima hadiah dari suami?
9) Bilakah kali terakhir meng'Aamiin'kan doa yang keluar dari mulut suami?
Kalian yang membaca boleh menilai persoalan tersebut kepada diri sendiri...
Cumanya sang faqir hendak ulas sedikit perihal USTAZ yang mudah membuat telahan atau dakwaan yang akan mengelirukan pesakit malahan akan menambahkan lagi masalah mereka.
Bayangkan tatkala mereka bertengkar, si suami akan ucapkan, 'ini SAKA awak punya pasallah nie.
Si isteri akan balas semula, 'saka awak pun apa kurangnya'
Persoalannya sampai bila masalah menyalahkan saka ini akan berlarutan?
Kesudahannya mereka akan berkata, 'kami selalu bergaduh kerana saka kami tak ngam'
Aduhai... para USTAZ atau yang menggelar diri sebagai 'perawat Islam', tolong jaga ETIKA, atau perlukah sang faqir terangkan apa itu ETIKA PERAWAT? Rasanya tidak perlu, antum sudah maklum akan hal tersebut, tetapi kenapa masih di'langgar'?
Ketahuilah bahawa, belaian dan usapan suami pada belikat dan ubun-ubun isteri dengan penuh kasih sayang walau sekejap, akan menghilangkan tekanan mereka selama mana sebelum belaian atau usapan itu dilakukan.
Fahamilah, urutan lembut pada kaki suami oleh isteri, biarpun sebentar saja, akan membuatkan suami hilang segala beban yang dipikul seharian bekerja.
Sebagai suami isteri, kedua-dua pihak perlu memahami psikologi serta jiwa masing-masing.
Kepada suami, ayuh cuba contohi cara Sayyiduna RasulULLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam menyantuni isteri-isteri Baginda Al Mustofa SallALLAHu Alaihi Wassalam.
Kepada isteri, cuba sebaik mungkin mencontohi akhlak Sayyiditina Khadijah Al Kubra dalam melayani Sayyiduna RasulULLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam. InsyaALLAH bahagia rumah tangga.
Jangan terlalu mengikat diri dengan perihal mistik sehingga terlepas pandang pada perkara yang lebih Realistik.
~maulana usamah mables~
0 comments:
Post a Comment