~bidadari syurga 2~frm ustaz ibnu batoota owsem
Lelaki diciptakan fitrahnya sukakan wanita..walaupun mereka tahu wanita dipenuhi 4 jenis kekotoran yang saya(Ibnu Batoota) sebutkan di status sebelum ni,mereka akan tetap gilakan kaum wanita,jadi allah benarkan lelaki nikah 4 di dunia,dan mendapat habuan jutaan bidadari di syurga...
Rugi kepada para lelaki yang allah haramkan bidadari untuknya kerana pengkhianatan mereka ke atas para BIDADARI DUNIA (wanita dunia) samada mereka bercouple,bercinta luar nikah dan segala bentuk pengkhianatan yang lain...
Tapi allah maha pengampun,kalau kita taubat sekarang dan bersihkan diri,allah akan ampunkan kita dan akan masukkan kita ke syurga yang mana sekecil2 syurga ialah sebesar 10x ganda besar dunia (10 x 7 langit dan 7 bumi=70 langit dan 70 bumi),dan bumi umpama cincin di atas padang pasir yang luas bila dibandingkan keluasannya dengan langit pertama,begitu juga langit pertama besarnya umpama sebentuk cincin di atas padang pasir yang luas jika dibandingkan dengan keluasan langit kedua,begitulah seterusnya,sampai langit ke tujuh,seluruh 7 bumi 7 langit hanya umpama cincin di atas padang pasir yang luas jika dibandingkan dengan al-kursi,dan al-kursi cuma umpama sebentuk cincin di atas padang pasir apabila dibandingkan dengan kebesaran arasy allah...dan arasy allah di atas air dan menjadi atap kepada syurga(tetapi allah tidak bertempat di atas arasy kerana maha suci allah daripada tempat,allah wujud tanpa tempat,haram dan berdosa besar jika seseorang yang berkata allah duduk bersila di atas arasy)...
jadi sekecil2 syurga pun besarnya 10x ganda dunia dan paling kurang ada 2.5 juta bidadari menunggu para lelaki yang dijadikan allah tidak akan letih atau lemah,yang mempunyai kekuatan 40 orang lelaki dunia untuk melayan semua bidadarinya..
dan para lelaki syurga digambarkan dalam quran dan hadis sebagai sentiasa sibuk setiap hari dengan aktiviti memecahkan dara bidadari...
Dan itu sekecil2 syurga untuk orang yang mempunyai sekecil2 iman yang sebesar zarah...
Kaum wanita pula diciptakan allah fitrahnya sukakan perhiasan dan shopping seperti emas,bunga,baju cantik,wangian,pinggan mangkuk maka di syurga kelak,para ketua bidadari(wanita dunia) akan diberikan banyak supermarket2 besar dan semua barangnya percuma,baju2 mereka sangat cantik dan lembut,70 warna yang berbeza dengan 70 wangian yang berbeza pada setiap helai benang kain sutera..dan kulit mereka sangat halus hingga bila mereka minum air,boleh nampak air tu lalu di tekak mereka kerana terlampau lembut kulit mereka...
Dan allah hapuskan sifat cemburu daripada mereka,jadi mereka tak dulik pun suami mereka tidur dengan sejuta bidadari satu malam...
Adapun betapa istimewanya kaum wanita dunia,di dunia allah ciptakan mereka sangat kotor dengan haid,istihadah,nifas,darah,najis dan lain2,tetapi tetap allah mewajibkan maruah mereka dijaga,mewajibkan mereka dihijab,berpurdah,berpakaian hitam,mengharamkan mereka bermusafir tanpa mahram,menutup semuanya kerana sejak di dunia lagi allah mahu mereka dilayan seperti BIDADARI kerana sifat bidadari ialah "tidak pernah dilihat dan tidak pula melihat lelaki haram selain suaminya" dan juga "tidak pernah disentuh manusia atau jin"..
Jadi ruginya,ruginya,ruginya wanita yang tidak menutup aurat,ruginya wanita yang pamer gambar di fb WALAUPUN BERPURDAH,ruginya wanita yang bercouple,ruginya wanita yang bercinta dengan lelaki bukan mahram,ruginya wanita yang serahkan diri kepada lelaki..
Kerana di dunia lagi mereka dilayan seperti ahli neraka..
Kerana di dunia lagi mereka diharamkan allah dilayan seperti bidadari..
kerana di dunia lagi mereka tidak dijaga maruahnya...
Kerana di dunia lagi mereka menjadi bahan nafsu sahaja..
Berbeza dengan para wanita yang sejak di dunia lagi allah isytiharkan mereka itu BIDADARI iaitu mereka yang menjaga diri,mata,telinga,tangan,kaki,kemaluan daripada yang haram,iaitu wanita yang tidak pernah dilihat lelaki,wanita yang malu dan tidak pamerkan diri mereka untuk jadi tatapan jutaan lelaki(terutamanya di fb),wanita yang menjaga diri dari cinta murahan sebelum nikah,wanita yang menutup semua jalan fitnah,wanita yang zuhud dari semua perhiasan dunia..
Mereka inilah para bidadari di dunia,dan bakal menjadi ketua ketua bidadari di syurga..kalau bidadari di syurga yang sekiranya mereka zahirkan wajah mereka dilangit dunia akan membuatkan semua lelaki dunia mati kerana berkecai hati mereka pun dah lebih dari cukup,maka kata-kata apa lagi yang boleh diungkapkan untuk menggambarkan bagaimana indahnya KETUA BIDADARI?yang mana walaupun si suami di syurga akan dilayan berjuta-juta bidadari,tetapi tetap dia akan letakkan isterinya di singgahsana tertinggi disebelahnya kerana antara semua bidadari yang wujud,isterinya tetap wanita syurga yang paling cantik dimatanya...bukannya kalau kat dunia para wanita kotor,di syurga pun mereka kotor..salah tu..kalau wanita dunia masuk syurga,mereka akan jadi berganda2 lebih cantik dan lebih suci dari bidadari sampai bidadari pun jeles!
sebabnya wanita dunia banyak pengorbanan,jaga maruah,jaga aurat,jaga diri,jaga syariat,jaga ibadat,so mereka akan dijadikan sebagai bidadari yang paling indah..sama macam kes kat syurga tak de orang tua..bukan bermakna orang tua tak masuk syurga,tapi semua yang tua bila masuk syurga akan kembali muda..sweet 17..
Note:kepada makcik2 yang tak suka dengan kisah bidadari,yang jeles dengan kemontokan badan bidadari,jeles dengan dara bidadari yang tak pernah hilang,Apa guna korang jeles dengan diorang sedangkan hakikatnya koranglah bidadari tu...JIKA KORANG BERUSAHA HANCURKAN DAN REMUKKAN HATI KORANG UNTUK JAGA SYARIAT ALLAH..maka koranglah yang akan jadi permaisuri di syurga..
Jangan ragu lagi,kalau ini yang korang nak,keluar segera dari tipu daya dunia,remukkan hati korang,clash dengan semua wanita2 haram,clash dengan semua lelaki2 haram,yang dah terlanjur,bertaubat segera,allah tak pernah tutup pintu taubatnya..memang hati korang akan remuk hancur kerana dihina sebab nak berubah,nak berubah nak tutup aurat,berpurdah,pakai pakaian hitam,tak mau baju yang berhias,tinggalkan makwe pakwe kesayangan,tapi korang jangan fikir allah buta..jangan korang fikir allah pekak,jangan korang fikir allah akan SIA SIAKAN air mata korang kerana menahan pedih remuknya hati kerana taatkan perintahnya..kerana nabi telah bersanda:
"Sesungguhnya Allah ada bersama hati hati yang remuk kerana taatkan perintahNya...."
0 comments:
Post a Comment