Like Sampai Jari Patah

Saturday, 9 March 2013

Ada mat femes menilai saya tanpa mengkaji dan mungkin cuma beberapa status saya yang dia baca dan terus menghukum,mengumpat dan mengaibkan saya di khalayak ramai peminatnya...tapi tiada minat saya mendedahkan namanya agar nama baiknya terjaga,dan mungkin ia salah faham semata-mata....

Hm....its ok,kite sangke baik,mungkin beliau tidak ikuti sepenuhnya perkembangan status saya terutamanya bab 'bidadari' tu,bahkan banyak status yang saya privatekan mungkin sebab tu hero tu salah faham.tapi dia juga sangat membela fahaman wahabi,salafi dan seangkatannya,tak heran lah kalau baru sekarang nak bersuara... :D

Anyway:untuk stopkan dosa-dosa yang terus menerus maka saya menjelaskan:

1) isu nama: pada status yang lepas,saya menjelaskan tentang merahsiakan nama isteri,tujuan status itu dibuat ialah kerana begitu ramai bertanyakan saya nama isteri saya,dan kenapa saya tak tulis nama isteri saya dalam kad kahwin saya,bila saya menolak untuk menjawab maka mereka katakan saya bawa ajaran sesat la pulak..maka saya pun jelaskan dalam status yang si hero salah fahami sebagai 'perintah' atau bersungguh-sungguh menekan orang lain untuk amalkannya,sedangkan saya tulis sungguh-sungguh tu sebab itu memang gaya penulisan saya sejak dulu,dan sebab kedua ialah sebab saya nak pertahankan hak saya,saya ada hak mutlak untuk tidak pamerkan nama atau gambar bini saya dan juga dalam masa yang sama saya jelaskan ia sebagai adab semata-mata,bukannya hukum syarak.korang nak tayang nama ke,tayang bini ke,itu korang punya pasal lah...tapi bini aku,aku tak kan tayang kat orang,sedangkan namanya pun aku tak rela laki bukan mahram sebut tanpa sebab,inikah pula aku nak biar laki bukan mahram 'ratah' tubuh bini aku melalui gambar-gambar pameran bini di fb.
Cemburu ialah sifat allah,sifat nabi dan sifat sahabat r.hum,bahkan fatimah r.ha telah ditanya apa yang terbaik untuk seorang wanita,maka beliau menjawab 'tidak melihat lelaki dan tidak dilihat lelaki'..kemudian saidina ali berkata, 'apakah kalian tidak malu?apakah kalian tidak cemburu?isteri kalian keluar di khalayak ramai lalu ramai lelaki melihatnya dan dia juga melihat mereka?apakah kalian tidak malu?tidak cemburu?-jadi jelas yang terbaik untuk perempuan itu ialah 'disembunyikan' bukan bermakna haram dipamerkan sebab hukum kata harus perempuan dilihat laki selagi mana auratnya terjaga,tapi LEBIH BAIK disembunyikan.

2)isu jubah bukan sunnah nabi terus dicop wahabi pulak juga disalahfahami,sedangkan yang saya tulis ialah ada orang wahabi yang cakap macam tu,bukannya orang yang cakap macam tu ialah wahabi..... =.=" erkkk.....bab jubah tu sunnah nabi ke tak,ngaji kitab syamail tirmizi je lah....pecinta akan mengikuti yang dicinta...

3) ada hero malaya lain pulak yang tak femes telah mendakwa dengan bersungguh-sungguh bahawa saya seorang syiah,atas alasan 'dia hentam wahabi' dengan 'dia pakai serban hitam'....mungkin si wahabi tu belum jumpa tentang hadis nabi memakai serban hitam....orang yang pakai serban hitam tak semestinya syiah sebab serban hitam itu sunnah nabi,bukan sunnah syiah,syiah yang tiru nabi...

Hari ni hari last aku kat malaysia~aku mau terbang jauh-jauh dari korang...dengan sayap kiri aku....

Note: jangan samakan tasawuf dengan feqah,harus tahu apa beza keduanya.............................

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates