Like Sampai Jari Patah

Saturday 9 March 2013

isu lafaz insyaallah

Aku dapat banyak mesej berkenaan gambar yang dinisbatkan kepada Dr.Zakir Naik,seorang pendakwah/debato terkenal dari India yang bukan ulama(beliau seorang doktor perubatan) tapi cukup mahir dalam bidang perbandingan agama islam dan kristian...beliau pengganti kepada pendakwah terkenal islam dari Afrika Selatan iaitu Sheikh Ahmed Deedat..

Dr.Zakir Naik sering dikritik ulama Ahli Sunnah wal Jama'ahkerana membawa fahaman wahabi/salafi tapi beliau dipuji ulama sedunia kerana usaha beliau berdebat dengan kristian tentang Islam...
Beliau dan Syeikh Ahmed Deedat kedua-dua mereka merupakan inspirasiku dalam konteks melawan bukan islam tapi Dr.Zakir Naik bukan pilihanku bila dia mula mendakwahkan doktrin sesat wahabi/salafinya..
Semoga Allah tunjukkan beliau jalan yang benar dikalangan ahli sunnah wal jama'ah..

disebabkan aku tak larat nak ulang jawab di inbox jawapan yang sama,maka aku jawab disini je...

Gambar itu mendakwa penggunaan lafaz insya-Allah dalam bahasa arab dan bukan arab adalah salah...
Dalam bahasa arab,lafaz insyaallah ini terbahagi kepada tiga lafaz:

1) in : jika
2) Sya : kehendaki
3) Allah : allah

Jadi dalam bahasa arab,ia perlu ditulis dengan lafaz,kalimah dan huruf yang betul agar tiada kerosakan makna..
Manakala dalam bahasa selain arab seperti english,melayu..tidak ada kesalahan kiranya kita nak tulis: insyallah,insya-Allah,i'allah,inshaAllah dan sebagainya kerana kita semua memahaminya sebagai in-sya-Allah..bukan selainnya..dalam 'uruf(adat kebiasaan) orang melayu,penggunaan bahasa ringkas itu perkara biasa dan difahami maknanya,jadi benda tu tak jadi masalah....

Bahasa arab perlu dipelajari nahu dan balaghahnya tentang bahasa arab,manakala bahasa melayu perlu dipelajari mengikut kaedah nahu(tatabahasa) nya tersendiri..mengikut dewan bahasa dan pustaka,perkataan yang diterjemahkan dari lafaz in-sya-allah ialah insya-Allah...

Jadi isu ini diringkaskan sebagai:
1)Kalau dalam bahasa arab,memang salah jika insyaallah tidak ditulis dengan betul kerana akan ubah maknanya.
2)Kalau dalam bahasa selain arab,boleh digunakan apa sahaja perkataan ikut uruf sesuatu bahasa dan bang tu..

-tamat-uibo

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates