Like Sampai Jari Patah

Saturday, 9 March 2013

Seorang lelaki kaya sakit teruk dan tiada harapan sembuh...lalu dengan rendah hati dia berdoa..

"Oh allah,hanya engkau yang dapat selamatkan aku,hanya engkau ya allah...sembuhkan lah aku ya allah..tolong..please..."

Lalu Allah datangkan seorang doktor pakar yang tawarkan service yang kononnya mampu mengubat penyakit itu tapi bayarannya mahal..
Lelaki tadi sangat gembira dan sanggup bayar berapa sahaja...kemudian dia pun sembuh..lalu dia berkata kepada kawan-kawannya..

"Kalau kau nak tau..doktor ni lah yang sembuhkan aku,hebat betul skill dia,doktor-doktor lain semua cakap aku dah tak ada harapan,tapi doktor tadi boleh sembuhkan juga...fuh..tabik spring la..."

Note: perkara ini berlaku setiap hari setiap masa dan kita anggap biasa..setiap hari allah dicari bila susah,lalu dibuang bila senang...jadi kenapa salahkan allah kalau kita kena panggang dalam neraka kerana kebodohan kita sendiri?????

Korang cuba bayangkan ada seorang miskin datang kepada korang mintak sedekah,korang ada terlampau banyak harta lalu bagi kat dia sejuta ringgit..lepas tu orang miskin tu ambil dan pergi macam tu je..tak terima kasih pun..apa perasaan korang?marah ke?kalau korang marah,korang sedar tak yang itulah yang korang lakukan pada allah tiap hari?apa korang je layak mendapat pujian dan penghargaan tapi tidak allah?
Lalu kita merintih kenapa umat hari ini semakin celaka dan rosak.....semuanya sebab kita!sebab akidah kita yang rosak!sebab amalan kita yang rosak!

P/s: fikir seribu kali dengan akidah rosak macam ni boleh ke kita dapat syahid kalau pergi perang di palestin?kalau kena bunuh ngan yahudi silap2 mati katak bukannya mati syahid,sebab iman salah pada allah...

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates