Boikot bukan isu bermusim!
Teruskan memboikot sehingga mereka menghentikan saluran dana kepada Israel!
|
Hihihi..lawak..lawak..
Ada orang dakwa saya ni menentang usaha boikot produk yahudi... :)
Kalau nak tahu...(Kalau nak tahu lah kan..)..
Saya secara peribadi telah dapat kesedaran untuk boikot yahudi sejak tahun 2006..
Saya
ada print poster produk yahudi dan tampal kat bilik, tiap kali beli
barang saya akan elakkan dari beli barang yahudi, alhamdulillah ia
berlaku istiqamah sejak tahun 2006 (bukannya boikot bermusim spti
sesetengah org yg semangat je lebih tapi boikot nya bermusim)..
Selain dari boikot produk yahudi, saya juga boikot cara hidup yahudi, pakaian yahudi, cara makan yahudi dan lain2 ttg yahudi,
Dulu saya pakai jeans, baggy-style, carrot-style, t-shirt snoop dog, tribal back, fubu, rambut pacak2, kasut adidas, nike..
Tapi
sejak 2006, saya bakar semua tu dan cuma pakai jubah, baju pagoda,
t-shirt putih kosong, kain pelikat dan seluar tae kwon do yang sesuai
digunakan bersama jubah putih dan juga sesuai untuk training martial
arts...
Bahkan semua negara yang saya jejak kakinya, saya pakai jubah dan kain pelikat je...
Semata2 kerana tidak mahu musyabbih (menyerupai) orang2 yahudi nasrani...
Kepala
saya pula sentiasa tertutup seperti yang diajar nabi, masuk tandas,
makan, minum, belajar, memasak, semuanya saya tutup kepala...
Dan juga saya sangat anti kepada bank, Saya boikot bank kaw-kaw sampai lalu kat bayang2 bank pun saya akan istigfar...
Sebab bank ni ciptaan yahudi dan institusi riba terbesar dunia...
Saya
tak pernah ada hutang dengan bank walaupun satu sen dan cuma guna bank
untuk KEMUDAHAN transfer wang semata-mata, dapat duit, terus keluarkan,
saya simpan duit sendiri seperti yang diajar nabi bukan simpan dalam
bank seperti yang diajar yahudi, bila dah banyak sangat dan khuatir tak
dapat jga dengan baik, baru saya akan masukkan sebahagian ke dalam
tabung haji kerana tabung haji bukan bank tapi "sebuah tabung" untuk
pergi haji.....
Lagu, muzik, movies semuanya saya boikot dan haramkan ia terutamanya dari hollywood...
Lagu2 jihad sahaja dan nasyid2 tarbiah yang saya simpan dalam laptop saya..
Nasyid2 lalai meleleh2 pun saya boikot...
Movies
pun saya cuma simpan movie jihad seperti cerita 'lion of the desert'
kisah umar mukhtar pejuang jihad di libya sebelum zaman gadaffi dan
movies2 dan dokumentari islam seperti jejak rasul...
Movies2 islamik lalai meleleh2 macam ayat2 cinta, kcb, 7 petala cinta, tahajud cinta dan lain2 juga saya boikot...
Eh c'mon lah...kata nak boikot???
Apa barang 'semangat lebih' tapi cuma boikot mcd?
Kalau nak boikot, boikot lah seperti seorang muslim!
Benci kerana allah..cinta kerana allah...
Boikot sungguh2, benci sungguh2, bukan boikot sebahagian je, yang nafsu suka tak nak boikot...
Aduhai~
~UIBO~
0 comments:
Post a Comment